Selagi kita manusia selagi
itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu
pertentangan.
Perbezaan adalah rahmat kerana
ia memberikan satu perspektif yang lebih holistik.
Saya mahupun sesiapa.. pasti
ada titik butanya masing-masing. Apa yang saya lihat jelas, mungkin kabur pada
pandangan orang lain. Apa yang saya pandang benar, berbeza pada pandangan orang
lain. Perspektif saya tidak sama dengan orang lain. Hikmahnya, itu rahmat!
Manfaatkan persamaan. Uruskan
perbezaan.
Pada saya, (maaf kalau tak
sama..)
Adab itu lebih utama
berbanding perkara ranting yang harus dipertikaikan. Hanya kasih sayang, tak
mampu mencari kebenaran. Fikirlah, jika tidak selamanya akan jadi begini..’Don’t
care how much you know until the know how much you care’.
Peliharalah apa yang ada kini
kerana itu tanda syukur atas kurniaan Ilahi.
Kekadang saya merasai, (maaf
kalau tak sama..)
Melihat soal peribadi sudah menggaburi soal
pokok dan akarnya. Emosi bersalut dunia hampir menjadi motif utama.
Kalau saya..(maaf lagi kalau tak sama)
Anda adalah saudara saya. Umpama bnyak roh didalam satu
jasad. Melukai hati anda adalah sama melukai hati saya sendiri. Semestinya
saya merasakan sakitnya kerana saraf
iman kita sama. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.
Bukan mudah menilai ego diri, menanam ketahanan hati. Saya amati sedalamnya.
Buanglah sejauhnya tanggapan neatif yng menyesakkan. membungkam nilai kepercayaan. Pensel, penulisan, bacaan, editor malahan apa sahaja pun, jika dipandang dari sudut negatif maka ianya akan menjadi negatif walaupun dibaca dalam nada berbeza.
( Maaf lagi sebab tak sama.. )
Jelasnya, saya membawa diri saya selama ini mengikut rentak dan etika
atas pengetahuan dan adab-adab agama Allah yang perlu saya jaga. Adik, mak, ayah,
sahabat, mad’u, kawan, anda, sesiapa saja. Saya mencari kebaikan, walau ia agak
meletihkan. Bukan soal siapa yang saya temui, tetapi siapa saya ketika menemui
mereka.
Seringkali, saya rasai saya ini benar-benar tidak difahami.
Apa sekalipun, saya tahu Allah bersama saya, dulu, kemudian, selama-lamanya..
Rabbi yassir..