Friday, December 30, 2011

Allah.. :'( pimpin aku..

Terjemahan :
"Bila banyak berjalan, mudah kan rasa penat.
Tambah2 bila turun naik tangga, nafas macam ditarik2..
Nak naik dan turun tangga, perlu dipimpin.
Bimbang bila dah naik, kita turun balik. Kan sedih..
Tapi alhamdulillah kalau bila dah turun, kita naik semula.."

P/s : ^_^

Thursday, December 29, 2011

Didik dirimu : Berdamailah dengan takdir..

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa.^_^
Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya.
Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan teman.. kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”




Hm, mana mungkin kita akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur.
Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Teman...
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!
Berulangkali membacanya, posting ini benar-benar mendidik saya.
Ayuh.. Didik dirimu, berdamailah dengan takdir!

Friday, December 23, 2011

YaAllah, rahmati usiaku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah..





“Ya Allah, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama aku mentaatimu.

Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga diakhirat kelak dapat ku kutip hasilnya.

Ya Allah, tambahkanlah amalan ku disaat bertambah usia ku.

Sebagai tanda cintaku kepadamu,

Ya allah, engkau tidak mensia-siakan segala usahaku untuk mencari haruman bau syurga mu,

Tempat rehat yang abadi untuk selamanya..”

YaAllah, kurniakan aku umur yang mampu membuatkan mak dan ayah tenang dan berbahagia dengan kehadiranku.

Seawal pagi saya dkejutkan dengan pelbagai kejutan



Terima kasih adik-adik 'sharing is caring' Adibah, Achik, Ucu, Alang, Along, Uda, Wani, Ana, Bubu, (nama-nama samaran) untuk kejutan wish birthday seawal jam 1 pagi hingga membuatkan saya terharu menitiskan air mata..

Terima kasih men'comot'kan muka akak dengan krim yang lazat jika dimasukkan ke dalam mulut.

Dinding facebook saya dipenuhi ratusan ucapan selamat. Hadiah-hadiah dari sahabat, adik-adik. Terima kasih untuk semua ucapan, doa yang kalian titipkan.
Moga Allah merahmati usia saya.. Ameen.

Wednesday, December 21, 2011

Fastabiqul Khoirat..

21 December 2011, 2.01 am..
Saya begitu sukar melelapkan mata. Allah.. ada sesuatu menganggu fikiran saya.
Payah saya rasakan.
Acer 4530, saya kuak perlahan. Bimbang menganggu tidur teman disebelah. Volumenya saya kecilkan sebelum windows menjengah. Saya harus mencari sasuatu pengisian untuk diri daripada saya pening memikirkan perkara-perkara lain.
Waktu hening ini harus saya manfaatkan..

Kisah Rasulullah menjadi pilihan.


Saya berimiginasi, begitu halus hati para sahabat bila bersama Rasulullah.


Takala nabi telah wafat begitu mendalam cinta seorang sahabat ketika nabi tiada. Rasa jauh hendak di bandingkan dengan diri saya yang tidak pernah menatap wajah baginda. Kerdilnya diri saya bila mengenangkan apa yang telah saya buat apatah lagi dosa yang menggunung tinggi. Sepi rasanya diri saya bila rasa kosong dengan bersendirian dan bergelumbang dengan keresahan.

Saya koreksi diri, mencari jalan. Saya tahu jiwa ini perlukan satu nur cahaya dalam hati untuk membentuk suatu lantunan mahabbah kepada nabi sehinggakan setiap detik dan setiap gerakan saya, saya ingin mengingatinya dengan keadaan yang rindu.

Teman, hebatnya rindu itu sehinggakan kita sering kali ingin menemuinya jika pernah menemuinya..
Contohnya, ahli keluarga, ibu ayah, sahabat2..
Pagi ini saya rasakan lebih hebat rindu kepada org yg memberi satu motivasi dlm kehidupan saya apatah lagi tidak pernah melihat dan menatap wajahnya. :’(
Manakah kerinduan kita lebih hebat dari segalanya apatah lagi ingin merindui baginda.
Seharian mengenagkan kisah dakwah dan kehebatanya dalam memeperjuangkan Islam di muka bumi.
Saya boleh jadi perindu dalam keresahan.

Alangkah bahagianya jika sekali seumur hidup dapat menatap wajah baginda yg tenang . JIka nabi pernah menangis utk umatnya sebelum wafat kenapa kita tidak boleh menangis inginkan sekali melihat wajah nabi. Syaitan tidak mampu menyerupai Baginda... Alangkah indahnya ... indahnya bahagianya jika dapat menatap wajah baginda . Mampukah hambaMu ini yaAllah... Alangkah damainya diri ini bila di suluh dengan nur cahaya rabannimu ya ALLah.... Ya Rasulullah...

Tersenyum wajahnya dalam mengubat lara wajahmu tenang bagaikan air walupun selindung derita dengan senyuman yang mententeramkan. Hakikatnya Baginda tidak tertahan lagi derita utk bertemu denganMu ya Allah... Berkali ingatkan Umat. Mengenangkan umat... Hebat begitu hebat baginda.

Ya Allah.... aku tahu hambaMu ini acap kali melakukan kesalahan. Ya Allah engkau curahkan kelembutan hati ini agar sentiasa hidup dalam setiap kali nafas mengigati Nabi sehingga mendambarkan kerinduan yg teramat kepadaMu yaALLAH.

Tuesday, December 20, 2011

Manusia bila diuji

Bismillahirmanirrahim..



Kadang-kadang saya selalu terfikir..

2 tahun disini saya mengenggam begitu banyak memori

Jiwa saya sarat dengan cerita untuk dikongsi

kadang-kadang.. Perit dan penatnya melalui semua ini

Kadang-kadang.. Saya gembira.

Biasalah, manusia memang sentiasa memikirkan masalah.

Saya tahu, suatu hari nanti saya bakal merindui jalan yang pernah saya lalui kini

Saya bersyukur kerana Allah pernah mencampakkan saya disini

Teman, berbahagialah dengan adanya masalah. Kerana masalah itu ibarat api yang membakar kerak dosa, melunturkan karat maksiat, membersihkan kakisan dengki, meraih ketinggian peibadi.
Allah.. sungguh aku tahu semua ini nikmat darimu tuhan..

Berbahagialah teman.. kerana kalau kita tak pernah diberi masalah, hidup bakal tempang tanpa aral melintang, mudah tanpa masalah yang menghadang. Boleh jadi Allah belum memberi kepercayaan untuk memikul masalah.

Teman..ayuh pandanglah masalah dengan tenang. Siapkan agenda kedua bila gagal dilangkah pertama. Siapkan hati untuk segala kondisi. Kelola diri secara kreatif dan inovatif. Berusahalah untuk lebih dewasa dan bijak dalam bertindak. Pandang semua itu sebagai pendidikan kesabaran dan uji keimanan, untuk mengekspresikan ketaatan. Berdoalah, semoga menjadi peribadi yang lebih baik, lebih kuat, lebih sabar, lebih tercabar, lebih matang dan lebih dewasa.

Saya bakal grade, beberapa masa lagi. Jujur, risau dan bimbang bergerak sendiri nanti. Saya perlu lebih advance memahami dunia luar, gerak kerja luar.
Mohon doakan saya.. Dunia akhirat, supaya saya terus istiqamah, ^_^

Monday, December 5, 2011

Perisai..




Ya Allah..
Aku mengadu kepadaMu tentang kelemahanku, kekurangan dayaku dan betapa rendahnya pandangan orang terhadapku.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih,
Engkaulah Tuhanku dan Tuhan manusia-manusia yang tertindas.

Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku?
Adakah kepada orang yang jauh yang bersikap kasar terhadapku?
ataukah kepada kerabat yang Kau kurniakan kuasa kepadanya mengatasiku?

ya Allah,
kiranya Engkau tidak memurkai aku semuanya itu tidak akan aku hiraukan!

Namun harapanku kesejahteraan dariMu lebihku harapkan untuk diriku.
Ku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menerangi segala kegelapan yang dapat menyejahterakan urusan dunia dan akhirat.
Aku berlindung kepadaMu dari kemurkaan dan kemarahanMu terhadapku.
Relalah aku atas segala-galanya hinggalah Engkau relakan aku.

Tidak ada daya, tidak ada kekuatan melainkan dengan bersamaMu..

Mengejar Kelebihan Muharram

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu." (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, "Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, "Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

ayuh, manfaatkan bersama! ^_^
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa