Tuesday, November 17, 2009

.:. SyaHadaTuL HaQ.:.

Bismillah. Salaam 'Alayk
pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'?


Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi saya yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan?
Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.


"Syahadah : penyaksianAl Haq : kebenaranJadi,


'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.



Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'?
Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?




Saya naik saksi vs Saya mengakuErk, ada bezakah keduanya?


Macam sama saja..

Untuk lebih memahami perbezaannya,
\saya bawa anda kepada satu analogi.




Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,



"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini,
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta".



Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".



A little bit complicated, right?



Ini baru pengertian dari sudut bahasa sahaja :)
Kita masuk kepada bahagian yg akan memeningkan kepala lagi.

Saya ingin bangkitkan satu persoalan.


Sudah terlaksanakah Syahadah Al-Haq kita?




Allah laknat mereka hingga ke hari ini bukan saja kerana mereka menolak untuk memikul tanggungjawab menyampaikan risalah Allah, bahkan mereka ubah kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada mereka.Mungkin anda akan menarik nafas lega kerana anda merasakan anda tidak sama dengan Bani Israel yang derhaka itu. Ya, anda tidak membunuh nabi-nabi, seperti yang mereka lakukan.

Anda juga tidak mengubah kalam Allah dalam kitabnya. Anda tidak seperti mereka yang banyak meminta, tetapi kemudian ingkar kepada suruhan Allah. Mungkin dari sudut itu, anda memang tak wajar disamakan dengan mereka.
Dan bagaimana yang dikatakan dengan pelaksanaan Syahadah Al-Haq itu sendiri?Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar tentang kalimah syahadatul haq ini?


golong dalam golongan yang INGKAR untuk MEMIKUL beban dakwah dan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini seperti yang telah Bani Israel lakukan dahulu?Ingkar untuk melaksanakan Syahadah Al-Haq.




Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing . يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ 


1. Wahai orang-orang yang berselimut
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !



(Surah Al-Mudassir)




Jadi apa kata anda?Masih ragu-ragu untuk menyampaikan risalah Islam?Atau...anda mahu menunggu sehingga laknat Allah menimpa umat Muhammad atas keingkaran melaksanakan Syahadah Al-Haq ini seperti yang diterima oleh Bani Israel?




Na'udzubillah min dzalik




ayuh muhasabah..


Monday, October 26, 2009

Setahun sebagai perwakilan Kolej

Tidak pernah lagi saya menulis berkenaan tugas dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan program-program berbentuk kerohanian dan Insaniah di Kolej. Selama mana saya berada di pimpinan, belum pernah lagi saya meniti dan mencoretkan pengalaman tersebut di blog maya ini.


Semuanya tersemat kemas berada di kotak folder acer, aspire 4530. gambar-gambar yang ada kalanya buat saya tersenyum seorang diri. saya cuba menilai kembali selama mana saya berada di pimpinan, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang tidak tertunai, cita-cita yang tidak kesampaian. Bagaimanalah nanti apabila ditanya diakhirat. Allah..


Jika dahulu, tidak pernah saya rasakan ingin bergelumang dengan dunia perwakilan kolej. Kerana hati, jiwa dan fizikal saya lebih terikat dengan gerak kerja Persatuan Mahasiswa Hadhari. Tetapi, percaturan Allah dan syura kakak2 senior lebih mendahului keberkatan. Mereka lebih tahu tika saya masih mentah untuk menganalisa dan membuat keputusan. Saya serahkan segalanya pada Allah, dengan kemampuan kudrat yang ada saya akan laksanakan sebaik mungkin.





bergerak kerja bersama JPK yang lain, saya rasakan stu rahmat, Sabar, IQ, EQ dab SQ kadang-kadang tak terbalance dek kematangan yang tak dijiwai lagi. namun, insan-insan inilah menjadi penguat diri, penghibur hati dalam menerajui mehnah berorganisasi. cukup saya sayang kesemuanya, 16 orang berada di level yang sama membuatkan kami sentiasa bertatap muka. jangan rindu kat hafsah nanti yer..!!








Semalam, ketika majlis penghargaan Perwakilan Kolej, tika mana Dr. Azmi melontarkan ucapannya, ucapan kasih sayang dan tanda terima kasih dari ayahanda untuk anak-anaknya. Saya diasak dengan rasa sebak dan debaran yang amat sangat. Tambahan, sempat disematkan harapan dan impian beliau untuk meningkatkan nilai insaniah dalam diri mahasiswa. Sebak kerana saya telah menamatkan kontrak pimpinan selama satu tahun. Terlalu banyak..banyak lagi yang tidak terlaksana. Debaran kerana saya rasakan tanggungjawab yang lebih besar menanti pada tahun hadapan.







Namun, jika di’rewind’ kembali, mungkin saya boleh tersenyum dengan pencapaian kini. Dengan tertubuhnya Badan Musolla Mawar, mengexploitasi sahabat surau, kami punya matlamat dan visi untuk dicapai. Meng’grand design’kan apa yang ingin dibawa oleh Dr Azmi dalam menitikberatkan perkembangan insaniah mahasiswi, saya diasak untuk lebih mengkomersialkan Badan Musolla pada tahun berikutnya.











Adik2 dan sahabat2 pimpinan baru, ketahuilah bahawa Badan Musolla mempunyai impian dan dream yang sangat jauh. kami mungkin telah berjaya merintis sedikit ‘jalan’ kearah mencapai dream ini, namun tempoh satu tahun tidak cukup untuk merealisasikan apa yang ingin BMM mahukan. Justeru,kami tinggalkan kepada kepimpinan baru untuk terus menganalis, seterusnya melengkapkan agenda yang dipersetujui bersama.

NJika saya kenang kembali, terlalu banyak kelemahan yang dicarit sepanjang berada dalam organisasi. Adakalanya saya merosakkan nilai dari sudut pengurusan, kecekapan dan tidak ‘alert’ terhadap persekitaran ummah. Saya agak lambat memahamkan exco2 tentang matlamat, memastikan momentum dan gerak kerja kearah mencapainya laju dan tangkas.gerak kerja agak lambat. Sem ini, jika dinilai BMM hanya mampu merealisasikan 2/3 daripada keseluruhan program tanpa meninggalkan kesan 100% untuk mahasiswi menghayatinya.


namun, segalanya telah saya nilai dan perlu amat saya ambil iktibar. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran selama mana saya berada di JPK dan Presiden Badan Musolla.

"Kebaikan yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebathilan yang terancang kukuh"
wallahu'alam..

Monday, October 19, 2009

"angka + nombor" kaitan dengan al-Quran

Assalamualaikum wbt
1
Baru-baru ini bukankah kita dikejutkan dengan insiden gempa di Sumatera, bahkan rentetan daripada peristiwa tersebut, kita mendengar pelbagai tafsiran dan juga gambaran yang cube diketengahkan dalam bentuk angka VS penafsiran al-Quran.
1
kali ini, saya cuba dapatkan pandangan seorang yang faqih utntuk merungkai permasalahan yang timbul. ayuh, kita ZOOM IN...!!!!!!
1
Oleh: al-Ustadz Hammad bin Amir Abu Muawiyah al-Makassari
1
Tanya:Bismillah. Ana mendapat risalah yang disebar di masjid yang berisi hubungan antara gempa di Sumatera dengan beberapa ayat dalam Al-Qur`an. Disebutkan di situ: Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam. 8.52. Lalu kita disuruh melihat ke Al-Qur`an surah 17 (Al-Isra`) ayat 16, ayat ke 58 dan surah 8 (Al-Anfal) ayat 52, yang mana ketiga-tiga ayat ini berisi keterangan tentang seksaan Allah kepada kaum yang melakukan maksiat.
1
1
Apakah hukum mempercayai hal ini dan menyebarkan berita ini, apatah lagi sebahagian teman menyatakan bahawa berita ini juga tersebar melalui sms.
1
1
Jawab: Pertama sekali, kepastian bahawa kejadian ini adalah seksaan atau azab secara mutlak kepada semua korban adalah hal yang kurang tepat, apatah lagi mengarahkan makna ayat-ayat di atas kepada peristiwa di Sumatera. Hal itu kerana yang maut ramai di antaranya kaum muslimin yang Insya Allah baik agamanya. Seandainya ada musibah yang menimpa seorang muslim, maka itu merupakan ujian baginya dan merupakan penghapus dosanya. Ini kerana seksaan kepada orang kafir dipanggil azab sementara seksaan kepada kaum muslimin dipanggil ujian.
1
1
Jadi ,musibah gempa di Sumatera ini adalah azab bagi orang-orang kafir yang memang selayaknya menerimanya dan merupakan penghapus dosa bagi kaum muslimin yang meninggal, serta penghapus dosa dan peringatan bagi korban yang masih hidup dan bagi selainnya yang tidak mengalaminya.
1
1
Ala kulli hal, menghukum secara mutlak bahawa kejadian ini adalah azab yang diperuntukkan untuk mereka semua, adalah hukum yang perlu ditinjau kembali. Ini kerana pada zaman para nabi sebelumnya, azab hanya menimpa orang-orang kafir dan membinasakan mereka semuanya, wallahu a’lam.Kedua, anggaplah kita menyatakan itu adalah azab, akan tetapi kita tetap tidak menerima seandainya makna ayat-ayat di atas diarahkan kepada kejadian ini.
1
1
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengingatkan di dalam Muqaddimah at-Tafsir mengenai salah satu kesalahan di dalam tafsir iaitu: Menafsirkan sebuah ayat dengan kejadian yang datang kemudia, yang mana kejadian tersebut tidak ditunjukkan oleh lafaz dan makna ayat tersebut.Sementara di sini, manakah hubungan di antara ketiga ayat ini dengan kejadiannya? Betul di dalam ayat-ayat tersebut disebutkan seksaan dan azab, akan tetapi apakah kejadian ini adalah azab secara mutlak untuk mereka semua? Kalaupun azab, kenapa membataskan hubungan kejadian ini hanya pada tiga ayat, bukankah banyak sekali ayat dalam Al-Qur`an yang menyebutkan tentang azab?
1
1
Kami jawab : Hubungan erat antara ayat-ayat ini dengan kejadian di Sumatera -di mata orang yang pertama kali menimbulkan hal ini- adalah di dalam hal nombor surah dan ayatnya dan jam terjadinya gempa bumi. Bukankah ini lebih dekat kepada bentuk dugaan dan ramalan berbanding tafsiran ayat? Orang ini berusaha menunjukkan kebenaran isi Al-Qur`an dengan cara-cara seperti ini, padahal apa yang dia sebutkan tidak ada hubungannya dengan Al-Qur`an kecuali sekadar angkanya.Isi pentingnya, kami tidak mengingkari penggunaan ayat-ayat ini sebagai peringatan kepada kaum muslimin sekalian akan apa yang terjadi di Sumatera, akan tetapi yang kami ingkari adalah menghubungkan antara keduanya dengan hubungan yang tidak diterima di dalam ilmu tafsir Al-Qur`an, iaitu angka-angka.
1
1
Seandainya mahu mengingatkan kaum muslimin, maka ingatkanlah mereka dengan semua ayat yang berisi ancaman kepada pelaku maksiat, janganlah hanya terbatas pada ayat-ayat ini dan jangan pula menonjolkan kaitan di antara ayat dan sebuah peritiwa (baik/buruk) dengan sesuatu yang tidak ada hubungannya.
1
1
Ini kerana membiarkan hal-hal seperti ini berkembang akan membuka pintu-pintu ramalan dan penafsiran Al-Qur`an dengan penafsiran yang tidak dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.
1
Kembali kepada pertanyaan:
1
1. Hukum mempercayainya?
Oleh kerana tidak ada kaitan sama sekali antara ketiga ayat ini dengan peristiwa di Sumatera, maka tentunya kita tidak mempercayai kalau ayat yang diturunkan 15 abad yang lalu ini merupakan peringatan bagi orang-orang yang hidup 15 abad selepasnya bahawa akan terjadi peristiwa pada jam sekian lewat sekian. Ini kerana sama sekali tidak ada dalil yang menunjukkan hal itu, dan mengaitkannya (melalui angka-angka) adalah perbuatan berkata ke atas nama Allah tanpa ilmu dan itu diharamkan.
1
1
2. Hukum menyebarkannya?
Tidak boleh menyebarkannya dengan alasan di atas, kerana ia membuka pintu dugaan, ramalan, dan penafsiran Al-QUr`an dengan penafsiran yang salah. Ditambah lagi dia adalah perbuatan membazir harta(kredit sms) untuk hal-hal yang tidak ada manfaatnya.Sebagai nasihat, hendaklah setiap muslim tidak sibuk dengan hal-hal seperti ini, akan tetapi hendaklah dia mengambil pelajaran dan peringatan daripada apa yang terjadi di sana dan berusaha memberikan bantuan kepada para korban sesuai dengan kemampuannya. Insya Allah ini jauh lebih bermanfaat.
1
1
Jadi, hakikat sebenarnya, tafsir ayat menggunakan angka atau mengaitkan angka dengan alquran, haram hukumnya dan ulama' tafsir tak pernah menggunakan angka bilangan utk tafsir ayat.... dan untuk tafsir ayat mesti melalui 16 ilmu. ilmu angka tidak termasuk. adapun yang berlaku sekarang ini, adalah secara kebetulan sahaja dan mungkin sebahagian mukjizat alquran. namun tidaklah boleh dibawa kepada penafsiran.
1
1
apapun alhamdulillah, dengan insiden ini kita belajar sesuatu, dan mungkin satu ilmu baru untuk kita semua,
moga-moga tidak diulangi akan datang
1
Takbir..!!! ( ",)

Update lah blog.. ("-)

Assalamualaikum wbt..

Sudah beberapa kali saya diasak untuk mengupdate blog . Baik sahabat2 yang kerap berkunjung ke DQ. Darul Qatrunada ni mahupun adik2 yang kerap saya betemu di musolla. Apatah lagi saya seolah2 di desak untuk terus melontarkan penulisan dan idea di blog yang gelap maya ni. Seronok membaca kata mereka. Adakalanya saya juga digelar ber’jiwang’ dalam penulisan. OPS….!!! No, no, no…!


Tak tahu nak kata apa(dah kene pakse update blog. Esok Test….!!!!!)


Buat institusi kunjungan yang sentiasa bertandang ke DQ, moga kalian sentiasa dirahmati kerana Allah. Sahabat2, adik2, maaf dengan teratak buruk milik kak hafsah dan kak mida ni membuatkan kalian kurang selesa. Maaf andai ada sekelumit perbuatan dan perkataan yang menyinggung perasaan. Kehadiran kalian cukup membuatkan hati kami gembira dan sentiasa terbuka menerima kunjungan.


Kecoh giler kadang2 bilik ni, adakalanya mungkin menimbulkan kepelikan dikalangan jiran2 JPK yang lain. Tak peliklah kalo ukhwah kita dipandang pelik, sebab memang pelik bagi yang tak pernah merasainya. Kalau nak terserempak tu, satu batu dah cam sape orangnya. 200 meter dah angkat tangan, panggil nama..!! dari tingkat 5 ke ground flow, adik2 boleh jerit panggil kakak yang lalu dibawah. Orang2 tepi ni memang pandang peliklah.


If A nak beli makanan? Si A Tanya B nak makan apa, B Tanya C pulak nak makan apa, then C Tanya D pulak nak beli apa..hingga abjad seterusnya. Bimbang sahabat2 lain tak makan lg agaknya. Huhu sampaikan ada sahabat ni balik denga tangan yang tak cukup nak pegang makanan, untuk sahabat, sanggup sahaja..
Kongsi masalah? tak payah nak katala..boleh kata takde rahsialah antara kami, ada kot.. ckit.


Er.. ok lah tu. Kira update blog jugaklah ni kan.
Sekadar memenuhi permintaan.. (^-^)

Asif setiap kekurangan..

Hafsah Waqafan


Saturday, October 3, 2009

Kembara Cinta Ilahi 3 dan Qiamulail Jamaie

Assalamualaikum wbt..
salam setinggi ukhwah sekencang dakwah..
Buat institusi Bloggers yang dikasihi kerana Allah..


titipan seinfiniti kasih sayang buat
warga sisiwi 'marhalah mawar',
pimpinan Badan Musolla Mawar,
Sahabat2 BMM.
jiran2 'daurah Qatrunada' (DQ)
dll

Rasanya masih tidak terlambat untuk sedikit bingkisan pentarbiyahan ramadhan yang telah berlalu dan keberkatan syawal yang hampir 2 minggu menampakkan diri..
Alhamdulillah, Semoga madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mentarbiyyah diri kita.. melahirkan insan yang sebenar2nya hamba kepada ALLAH..
Semoga 'amalan-'amalan yang kita hadirkan dibulan Ramadhan diteruskan pada bulan-bulan2 yang seterusnya..
Dari saya warga dan institusi Badan Musolla Mawar, dengan serendah-rendah hati kami, memohon seinfiniti kema'afan atas segala tanggungjawab silaturrahim yang yang terabai, segala janji-janji yang tidak tertunai,hutang-hutang yg terlupa dibyr dan atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak..







AYUH... Program seterusnya,
KEMBARA CINTA ILAHI 3,
bermalam di Musolla Mawar,

dan
QIAMULAIL JAMAIE
datang lagi..


Berikut merupakan butiran program

Tajuk : Kembara Cinta Ilahi 3 dan Qiamulail Jamaie
Tarikh : 3 Okt 2009
Masa : 9.30 malam

Tentatif...

9.30 mlm : Talk dan Pengisian Ilmiah berkenaan CINTA
12.0 mlm : Bermalam di surau
4.00 pg : Qiamulail Jama'ie
4.45 pg : Continue talk..
5.49 : Solat Subuh berjemaah..


Jom, program Tarbiyah bersama..
ajak sekali adik2 Sharing is Caring
seluruh warga sisiwi Mawar, Melati, Delima
dan Kolej2 Kediaman UITM
dijemput hadir..


.:.IsLaM.:.uKhWaH.:.MaWaR.:.

Monday, September 14, 2009

Masihkah ada lagi Ramadhan berikut untukku...

Malam ini aku bejalan sendirian terhuyung hayang pulang dari solat terawih.
Hati sarat dengan pelabagai ragam emosi yang melanda diri, keseimbangan IQ, EQ dan SQ yang tak ter’balance’ dek kesihatan yang tak brape nak ok. Semuanya bercampur baur.Dari iftar dan tadarus jamaie td hinggalah ke Solat terawih dan witir, seakan2 hati dikecamuk rasa hiba. Entah pada apa harus aku tumpukan perhatian. Keletihan badan yang melampau turut menjejaskan kekuatan zahir dan batinku. YaAllah, lemahnya aku tanpa nikmat kesihatanMu.


“Hafsah, dah sihat?”


“ha, jgn lupa pakai topeng muka. Takut suspect H1N1..”


“jangan lupa mkn ubat”


“Hafsah baliklah, tak payah join unit hisbah. Kan tak sihat..”


“taktik nak kebah, jangan pakai baju tebal2…etc”


“sah, dah gi klinik lom?”


Inilah ragam sahabat2ku, yang kebanyakannya risau dek kesihatanku yang tak menentu. Benarla sabda Nabi SAW, ibarat sesama mukmin dalam kecintaan, belas kasihan dan kasih sayang mereka, adalah bagaikan sebuah tubuh, jika satu anggotanya mengeluh, maka seluruh anggota badannya turut merasakan dengan berjaga malam dan demam.


Berhenti seketika aku di tepi surau. . Tiba2 terdetik, aku membilang hari dengan jari. Ramadhan berbaki 5 hari. YaAllah, ramadhanMu.. Terleka aku mungkin agak lebih melayan demam, batuk dan selsema yang masih tak kebah masuh hari ke-5. Perit, adakala sakit kepala yang menyerang ‘ala2 migrain’ buat aku lebih melayan rehat dan tido.


Kali ini dongakku 90˚ menghadap langit. Memandang ke langit kemerah-merahan. Nak hujan agaknya..Menutup hatinya dengan kabus gelap. Mungkin sudah penat memancarkan sinar dari matahari di siang hari. Tiada rasa hati untuk ku mengeluh, kerana aku tahu sifat mengeluh juga sebahagian dari syirik khafi. Tidak ingin walau secebis aku mensyirikkan tuhan..


Aku berehat sebentar di wakaf bahagian sudut tepi musolla.sendirian.. Pandangan mata berpinar melihat bangunan marhalah mawar yang mencangkar langit. 9 Tingkat. Tinggi.. hatiku kuat meronta mahu merenung panjang. Solat terawih yang berbaki 1/3 daripada jemaah awalnya.. Bilangan iftar jamai’e yg semakin merundum, bilangan tadarus jamai’e yang semakin menyusut. Solat jemaah subuh yang hanya tinggal berapa kerat..


Sahabatku.. dengan nada apakah lagi untuk aku ber’husnuzon’. Dengn gerak daya bagaimanalah lagi untuk aku merayu dan menyeru.. Letihkah kalian berada di saf ini.. penatkah kalian bersama mata-mata dan rantai-rantai perjuangan. Tega kah kalian membiarkan sahabat lain terumbang-ambing dalam usaha mengistiqomahkan diri. Sanggupkah kalian membiarkan hanya 2, 3 kerat mujahidah mengimarahkan musolla, menggerakkan segala aktiviti dgn tulang2 hawa yang tak seberapa ni.. tak mampu.. tak mampu sahabat..



Jujur, aku terlalu merasai keletihan.. dipenghujung sem, apabila segala gerak kerja yang dijalankan selama ini dinilai semula. Aku semakin penat dan lelah untuk terus bermuhasabah dan berdialog dengan jiwa. Bertengkar dengan nafsu..Walaupun Allah tak melihat kepada hasil kejayaan semata, tapi dilnilai olehNya adalah usaha. Namun, tidak cukup sekadar itu aku membuat penanda aras.Terdetik aku,betapa ramainya warga siswi yang jauh dan makin jauh dariMu..



Hiba..sayu..lantaran, aku bisikkan ditelinga :
“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

Aku mulai resah saat berpijak di marmar untuk menuju kebilik. Aku tenangkan hati, cuba menerima apa jua pemandangan yang muncul di kedua belah mataku. Tetap aku melangkah, meskipun berat bak bata yang menghempap. MasyaAllah, mengapa begitu sukar kau menyedari saudaraku? Telah berulang kali aku tegaskan, aku amarahkan pendirianku, jauhi apa yang dilarang tuhan. Ikatlah dirimu dengan musolla. Jebakkan dirimu dalam suasana biah soleha. Namun, kau berdegil. Aku semakin resah di situ. Tidak lagi aku mahu menoreh dalam luka dihati. Mungkin lebih baik bagiku untuk men'silent'kan diri. Ya, mungkin ia lebih baik. Jalur dan warna ketetapan ilahi, siapa mahu melawan?

Lantaran satu kalimah meng’enak’kan dan me’reda’kan hati..


.:.kerja tuhan siapa tahu, setiap hati milikNya kan.:.

Wednesday, September 9, 2009

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMuTuhan...
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum wbt..



Lama penulisan blog saya biarkan senyap seketika, hampir berhari mencecah minggu malah mejengah ke bulan. Jika nak diikutkan, ada saja yang ingin dikongsi dalam penulisan. Malah, sempat saya listkan tajuknya didalam notepad. Tapi, masa berlalu pergi tanpa tindakan apa2 dari saya. Mungkin kedhaifan dalam menguruskan masa dengan baik. Saya masih belajar. Nak kata sibuk? Ramai lagi da’ie yang bertebaran menghabiskan sepenuh masa untuk Islam. Saya? Apalah sangat..


TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH..


(Forum Mencari Isteri Idaman)

Tahniah kpd Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Seketeriat Exco Agama dan Kerohanian, Pimpinan Badan Musolla Mawar, PMH dan seluruh warganya atas kejayaan beberapa program yang telah diurus dengan cantik dan rapi. “Bicara Ramadhan”, “Mencari Isteri Idaman”, “Sehari Bersama Seabad Terasa” dan berbagai.

Mencari Isteri Idaman

Pada mulanya program ini berbentuk talk yang melibatkan sepasang suami isteri. Tetapi atas beberapa kemaslahatan, program ini berubah ’shape’ menjadi forum. Dan ramai pula yang menjadi penerjun dan mampu mendarat dengan baik. Alhamdulillah..

(lambakan Mawarians..)
Perkara yang cuba ditekankan adalah persoalan berkenaan dengan wanita dan title isteri. Melihatkan kepada enakmen-enakmen yang kompetitif dalam mengejar ketandusan isteri yang soleha, saya merungkai satu-satu persoalan mengenai fitrah manusia, seterusnya ciri dan idaman isteri menurut kaca mata lelaki.


Saya rasa bertuah kerana dapat bersama-sama memperbincangkan isu dihadapan mahasiswi di marhalah mawar walaupun menjadi salah seorang ahli penerjun. Tetapi tidaklah seterjun yang baru shaja diconfirmkan untuk menjadi panel pada jam 7, forumnya jam 8.30 malam. Dasyatlah ustaz..


Bukan utk dikisahkan siapa penerjun @ bukan, tetapi penghargaan yang tak terhingga kepada pihak2 yang terlibat kerana mampu menjadi backup plan dalam menyampaikan dakwah kampus sacara langsung kepada warga Mawar khususnya.


Suka untuk saya merungkai bait-bait dan beberapa pengisian yang diketengahkan apabila diajukan persoalan oleh saya yang bertindak moderator. soalan ke-4 pada pusingan ke 2, melayakkan pandangan seorng siswa untuk dikongsi apabila ditanya mengenai calon isteri idaman. Dan katanya, “soalan yang diajukan sngatlah panas..rasa mcm nak balik jer”. Layan..



(Penuh semangat..)


1. Taat dan Patuh pada suami

Pernah Rasulullah bersabda,

“sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Apabila engkau memberi perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga dirinya”




Ironinya, ramai remaja telah menjadikan hadis ini sebgai satu amalan sebelum menjelang perkahwinan. Contohnya, wala’ pada yg bukn bergelar suami, @ hanya dgn title ‘boyfren’. Bermesra mengalahkan bulan pernama. Dok makan berdua, lamanya seperti nak tunggu bulan jatuh keriba. Dah confirm ker dia suami kita??? Istikharah dah? Kalo tak jadi, macam mane..?? tak rasa buang masa? Tak rasa kita kumpul banyak dosa? Tak takut Allah tak pandang kita dengan pandngnNya..? YaAllah… sahabat2, warga Mawar yang sngat dikasihi, inilah dia realitinya. Keadaan masyarakat yang semakin membimbangkan keadaanya, kondisi mahasiswa yang tidak kompetensif dlm mengejar kebaikan. Malah mencatat keburukan dgn tangan2 mereka sendiri.. nauzibillahiminzalik..

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.



3.Berhias untuk suami



Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.



Sabda Rasulullah SAW:



Dari Jabir ra. Ia berkata:



"Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing". Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)



Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam



Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.




Allah SWT berfirman, ertinya:



“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)





6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami


Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.




Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

Bersikap malu terhadap suami.


Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.


Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.


Sentiasa menghormati keluarga suami .

Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.



Kesimpulannya, secara pandangan kasar saya melihat segala persoalan yang diketengahkan mampu digarap dan diolah dengan ilmiah oleh saudara fadhil. Pandngn dan corak yang berbeza dilontarkan oleh kak sya dlm bentuk yang lebih santai dan memikat. Setinggi-tinggi tahniah buat al-Fadhil ‘ustaz’ Mohd Fadhil kerana telah menjadi penerjun yang baik dan mendarat dengan cantik, juga kepada ustazah Dr. syarifah atau lebih mesra dgn panggilan kak sya.

.:.salam mahabbah .:.

Tuesday, August 18, 2009

Tautan cinta abadi..

ANA AKAN KEMBALI...!!!!!
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa