Sunday, June 20, 2010

Berikan Laluan Perubahan Diri


Saat saya menyelesaikan catatan ini, buku “Rindu Bau Pohon Tin” karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil baru saya khatamkan. Alhamdulillah, hanya dalam masa 2 hari. Saya mampu istiqomah dalam pembacaan kali ini. Syukur…




Terkenang,
“ustaz, saiful islam sihat?” saya mencari peluang berbual dengan ustaz hasrizal bila berkesempatan menjemputnya ke Program anjuran Kolej. Ceramah “Hidup Mesti Bercinta”.
“Alhamdulillah..sihat.” ustaz membalas ceria…

Tersentak dari lamunan, kini..saya amat bertuah dapat melayari kehidupan ustaz di bumi Anbiya melalui pembacaan ini. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak muda perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Saya membaca dalam tawa dan air mata. Ayuh, baca! Senaskah tarvelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta ilahi!

Kelat sungguh jari saya menaip untuk mengukir rasa jiwa, namun saya yakin, saya puas! Kalaulah saya mampu se’istiqomah’ ustaz dalam melakar coretan kehidupan hidup seorang pejuang, pasti tika ini saya telah berkongsi coretan tersebut bersama2 adik2 yang lain. Saat saya di sekolah menengah, sekolah agama, memegang taklifan ketua pelajar, memenuhi ketidakpuasan hati pelajar yang berbilang bangsa, meleraikan pergaduhan yang lazimnya timbul atas rasa perkauman. Tambahan PERPIS yang saya harapkan mampu menjaga kebajikan pelajar muslim dari sudut kefahaman Islam, lantaran konsep mento-menti yang lebih ‘closed’. Allah.. saya rindukan suasana itu! Dan kini, kehidupan di university. Akan saya maksimumkan sebaik mungkin!

Hanya dengan penulisanlah, saya melepaskan geram yang terbuku, meng’henyak’kan ketidakpuasan rasa jiwa, melakar kepuasan dan kenangn2 bersama sahabat ukhwah fillah. Jika saya analisa kembali, terlalu banyak perubahan dalam fasa hidup saya, akhlak, cara berkawan, daya kepimpinan, berpakaian.
Pernah dahulu saya berazam untuk berubah.kini juga! Mengubah perkara2 yang menghalang saya dari mengecap kecemerlangan. Sampai satu masa, kita akan berubah. Berubah pada pemikiran, gaya menyampaikan ilmu, kelakuan dan akhlak. Saya yakin, perubahan itu adalah perkara biasa dalam kehidupan.

“hafsah, ana nak tanya sumthing nie.” Seorang sahabat memecah kesunyian suasana belajar.
“ya..” saya menatap kearahnya.
“apa nti rasa bila ramai yang menyebut tentang nti, jpk, n mawar?”
“biarkan..nti tau ana mcm mane, biarlah apa org nk pndg, janji Allah pndang kita. Fitnah, ana tak boleh nak tutup mulut org. kadang2 ana rasa hiba bila dihina, tp ana gembira. Gembira sebab kita dapat pahala!” saya memecahkan kesunyian dengan lawak bersahaja..sahabat2 lain tersenyum sama.
Saya menutup persoalan itu dengan membawa isu2 lain yang harus dikongsi bersama teman2 ini, cukuplah saya rasa terkilan dengan mulut hamba Allah yang tak tahu kisah sebenar, tetapi ingin menyebarkan fitnah. Inilah virus-virus dalam tanah!!


“Rindu bau Pohon Tin”, antara karya ustaz yang paling saya terkesan apabila membacanya. Tarvelog tarbiah yang dekat dengan jiwa saya. Menggarap konsep kepimpinan yang memng kene dengan batang hidung saya, sungguh terasa! Kata ustaz, PEMIMPIN HARUS PUNYA IDEA!

Saya belajar sesuatu, pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa kamera. Tambahan pamimpin yang hanya bijak menghentam dan mencerca. Sesak jiwa saya memikirkan pergelutan yang sering berlaku dimana-mana peringkat pimpinan sekalipun, sekolah, university, oragnisasi, mahupun pemimpin Negara sendiri.

Namun pandangan saya terhenti pada kilauan kata2 Sheikh Mohamad al-Maktoum,kisah rusa dan singa.

Saya yakin, kalo rusa dan singa perlu hebat berlari, mencari mangsa dan melepaskan diri dari pemangsa, semua harus berlari dan berlari. Hanya yang lengah dan membuta tuli, akan keciciran. Dan yang paling penting, pemimpin yang bijak sentiasa memikirkan pelapisnya kelak. Menyerahkan tampuk kepimipnan kepada tangan si culas..adalah jalan pintas kearah tewas!

Yang saya pasti, saya mahu pulang pada keluarga nanti, kedunia kerjaya, alam rumahtangga, menjengah usia tua.. saya ingin melaluinya dengan debu penuh makna, mengejar rahmat dan barakah dariNya! InsyaAllah..

Thursday, June 10, 2010

Alhamdulillah..



~~ukhwah fillah~~

Alhamdulillah, lafaz syukur saya rafakkan kesyukuran buat Rabbul Izzati..
alhamdulillah teramat, timbunan kerinduan saya akhirnya terubat.

saya tenang kerana masa2 saya diisi dengan undangan sebagai fasilitator di merata tempat,menyudahkan tanggungjawab sbagai pimpinan yang telah lama ditaklifkan. Kadang2 bila mana saya merungkai kembali masa yang berlalu 'deras', terlalu banyak kesilapan dan lagho yang saya 'fe'el'kan. Allah.. saya kerugian dari sudut masa. keperibadian muslim yang kurang kualiti!

saya bermuhasabah dan berazam kembali. cuba menggunakan sebaiknya masa yang ada, lambakan buku yang masih tidak terbaca, amalan2 sunnah yang tidak di'praktikal'lkan lagi.InsyaAllah..iltizam harus disemat.

wsalam,

Friday, April 16, 2010

Pemilik kasihku setelah ALLah & Rasul

“Salam, kak sah sihat? Senyap je kakak kesayangan ni..”

“Alhamdulillah.. sihat. Nape dik? Lain mcm je.. “

“mak rindu, dia kirim salam.. selalu2 lah call mak, ayah.. kelmarin ayah jatuh motor. Dada dia kene hempap baja.. berapa hari susah nak bangun tu. “

Tergamam aku, baru beberapa hari lepas aku bercakap dengan ayah. Suaranya perlahan.. bile kutanya tentang kesihatan, katanya baik2 saja.. Rupanya derita ayah disebalik suaranya.

Ku tahu siapa ayah..

bagaimana ayah..

Jarang berterus terang bila ditimpa kesulitan…

Mak ayah..
Anakmu sering mgharapkan doa dan restu dari kalian..
Doa dan restu yg brpnjangan yg tiada noktahnya selagi hayat dikandung badan..kesilapan dan kelemahan lalu sering mengingatkan anakanda tentang keperitan dan kejerihan hidup membesarkan kami semua..Dikesempatan inilah anakanda membuka lembaran baru, mengorak langkah dgn seribu iltizam untk membalas segala titik peluh kalian berdua.

Mak ayah..
Anakanda memohon beribu kemaafan andai ada sekelumit perbuatan mahupun perkataan yg menyinggung perasaan. Bukn niat dihati utk melukakan kalian berdua, tetapi anakanda pasti keputusan yg anaknda lakukan pasti ada hikmah disebaliknya..tidak perlu mengundang kerisauan didada kerana setiap yg berlaku anaknda serahkan kpd yg Maha Kuasa.

Mak ayah..
Anakanda faham apa yg kalian rasa.. tanggungjawab telah banyak mengajar anakanda untk menjadi insan yg lebih matang dan berguna.. hati anaknda telah tebal utk menerima segala2nya..otak anakanda telah berkemabang utk membuat segala keputusn yg ada.. kini, anakanda mampu utk berdiri seteguh prinsip diri dlm menghadapi apa jua cbran dan dugaan mendtg.. doakan anakanda..

Mak ayah..
Kasih syag yg kalian berikan telah menutup mata anakanda untk mencari kasih syg diluar.. terima kasih atas segalanya..kasih suci inilah yg membuatkan anakanda tidak prnah berasa jemu bersama dgn anak2mu yang lain..tidak akan anakanda lukakan hati kalian sehingga kalian redha dgn jodoh anakanda.. tp itu semua kuasa tuhan yg tak mungkin kita halang.. percayalah belum ada insan yg benar2 bertapak dihati anakanda kecuali kalian berdua dan keluarga kita..maruah anakanda terletak kepada kekuatan keluarga..

Mak ayah..
Kalau diikutkan hati dan perasaan mahu shaja anakanda terbang meninggalkan bumi UITM ini utk bersama mak dan ayah.. susah senang kita bersama.. tak sanggup walaupun sedetik utk sebuah perpisahan dgn kalian berdua..tapi anakanda percaya, redhanya kalian berdua dgn pemergian anakanda..redhalah anakanda dlm menuntut perjuangn yg tidak pasti apa kesudahannya..

Mak ayah..
Kerana mengingatkan pesan2 kalianlah, anakanda seperti sekarang ini..yg mungkin akan tabah dan terus tabah..yg mungkin akan berani dan terus berani demi maruah keluarga dan agama.. sering mengingatkan sahabat2 tentang hakikat kehidupan dalam setiap undangan 'talk' yg anakanda penuhi, kini anakanda benar2 teruji..

****mahu SYAHID @ MENANG? igauan..****


Mak ayah..
Bantu anakanda.. kdag2 terasa diri kembara sendirian..
Mimpikan syurga idaman, tapi diri tak tahan ujian..
doakan anakanda agar sntiasa mekar dalam jambangan setia pada perjuangan islam..
berjuang menegakkan hakikat kebenaran dibumi UITM ini sesuatu yg sukar..

mak ayah..
rasanya masih belum terlambat andai semua ini kite kecapi bersama..
anakanda mahu jadi anakanda.. mak ayah..ada kalanya anakanda ingin kembali menjadi anak kecil.. yg dulunya jika abg dan kakak mengusik,tika anakanda merintih kesedihan, kedukaan..pujukan mak ayah menenngkan anakanda...

SENYUM.. NANTIKAN KEPULANGAN ANAK2 MU

SETELAH FINAL EXAM BERAKHIR.. :-)

Syurgaku ditapak kakimu..

Saturday, February 20, 2010

ku pasakkan kekuatan

*************************
pantas jariku menari.. memikirkan sesuatu..
a
a
SYABAB...SYABAB...SYABAB...
a
a
terdetik aku, terlintas kata2 mereka..

“ukht, cmin dgn cmat ni lain. Cmat lebih hebat..” suatu andaian yang aku kira munasabah untuk aku analisa kemantapan seorang mujahidah dalam mengatur strategic belajar dan brgerak kerja..
a
Aku faham benar mehnah dan tribulasi yang melanda mereka,

“ntahla..kadang2 tugas dtang tanpa ana rela menolak..tak mampu nak melepas taklifan yang diberikan..”
a
a
Allah, berikan mereka kekuatan. Kalaulah aku mampu, memberikan sedikit sumbngan supaya syabab2 harapan mu ini akan terus mekar di Medan Perjuangan, aku mungkin org pertama yg mengangkat tangan.. untuk mengurangkan beban mereka, dengan bilangan yang tidak seberapa..
a
a

YaAllah, tidak tahan aku melihat syababmu terus menerus penat dan lelah melakukan gerak kerja.. sehingga ada cahaya sinar yang terpancar diwajah mereka ditelan waktu senja..
a
a

YaAllah, aku tidak tegar melihat syababMU, shabatku keciciran di Medan Pendidikan dek ketandusan tenaga di Medan Perjuangan..YaAllah, bantulah mereka umpama tenaga mereka melampaui kuantiti mereka..
a
a
YaAllah, sehingga ada diantara mereka sakit menanggung derita. Sembuhkan dia, berikannya kesihatan tubuh badan dan akal.. tenaganya masih diperlukan, heretlah dia kembali menjadi rantai2 perjuangan.. YaAllah,detik2 doa dhuhaku kumohon dikabulkan..
a
a
ALLAHURABB...
a
a
ALLAH, akan kepedihan, dugaan, ujian mahupun titipan kejayaan insan2 ini, ku panjatkan doa' kepada Mu... kasih syg dariMu, berikanlah apa jua yang terbaik untuk penghidupan mereka, untuk agama dan dalam setiap akhir perkara mereka..
a
a
Titipanku disini tak lain tak bukan adalah untuk motivasi diriku sendiri jua. Dalam kelesuan aku bergerak kerja,terkadang terkulai dek kurang keyakinan, inginku cari sumber kekuatan. Dalam keletihan, aku inginkan madah yang mampu
'mendakap-ku' .
Dalam tasbih,tahmid, istighfar ada tawakal..
Dalam sujudku, ingin kupasakkan keyakinan..
a
a
*************************

Thursday, February 11, 2010

Halusinasi @ Realiti..????

Qatrun tak mampu nak menenangkan hati dan perasaannya, usai qiam pagi tadi dia kembali semula ke meja tulis. Cuba dibaca kalam2 Allah, mencari keyakinan dan petunjuk utk membuat keputusan..

Makin diasak dirinya untuk mengatakan ya pada ‘persoalan tersebut’, makin hatinya rasa tidak enak. Dirinya akur dengan tuntutan perjuangan, supaya tidak keciciran, selepas individu muslim, haruslah baitul muslim, msyarakat dan strusnya...
Bimbang hati dikawal syaitan, Qatrun kebilik air buat kali kedua pagi itu untuk mengambil wudhu’. B’sungguh2 Qatrun mengalirkan air kebeberapa anggota badannya, bimbang wudhu’ tidak diterima. Beberapa ketika, “Qatrun, tak tido lg..”. wafa’, teman se’level’menguak pintu bilik sambil melihat jam, mendekati 3 pagi.

Terkejut dengan sapaan temannya, air mata disapa cepat2. Bimbang temannya yang seorang itu menyedari. “eh, awak nangis yer Qatrun.. kenapa ni? Ada masalah?”

“Taklah..saya ok jer.”

“jgn nak tipu sy eh, meh sini pandang sy..” tanganku ditarik kearahnya. Mata saling tertatap, Qatrun tak mampu menyembunyikan gelojak perasaannya,
Lantas bila berdepan dengan seorang shabat, ketika mana hati resah dan gusar memikirkan sesuatu,katakmampuan dirinya membuat keputusan rentetan istikharaah yg berulang saban hari, hati jadi sebak..mata mula mengalirkan air mata dek kegusaran hati yang tidak tertanggung.

Lalu, pd ketika itu juga Qatrun dipeluk erat oleh wafa’..
“ nangislah Qatrun..” kalimah wafa’ kali ini benar2 buat hatinya tersentuh, tangisan yg cuba disekat beberapa hari kebelkangan, dileraikan dlm dakapan seorang shbat..

Erat…Benar2 erat….
Keazaman harus dipasakkan..!!

Monday, January 25, 2010

.:.Ku sangka diriku TeguH.:.





Entah dengan gerak gaya bahasa yang bagaimana kali ini ingin saya kongsikan. Kesyukuran teramat disebalik debaran seorang perwakilan yang menyesakkan. Satu persatu event besar melibatkan penglibatan siswi dikolej Mawar bersama Pegawai Pembangunan Pelajar, Perwakilan Kolej dan Pengetua membuatkan saya menarik nafas lega. Semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah..



Cuma kali ini bahang pilihanraya kampus uitm kian terasa.. mana tidaknya, bertindak sebagai Yang Dipertua menjadi asbab saya direquest untuk menjadi pencadang mereka.



“salam. Hafsah, awk free x? sy ada projek besar ni. Hehe, nak mintak awk jadi pencadang sy sbg MPP. Please hafsah.. smpai hujung bulan ni je.. boleh ya…” MP_Fiza

“assalamualaikum kak, sy ummu dr FSKM. Akak free skrang? Sy nak jumpa jap.. Nak mintak akak cadangkan sy as MPP, itupun if akak tak keberatan..”



Beberapa lagi lamaran daripada siwi2 Mawar sy terima.. meminta untuk mencalonkan mereka. Namun semuanya sy tolak dengan baik atas sebab2 yg lebih mengaulakan sy bergerak kerja ditempat lain. InsyaAllah, keputusan dgn petunjukNya.


Bergelumang dengan meting dan meting dan meting semenjak 2 menjak ni, resahnya jiwa..melihat bangunan2 dan bilik mensyuarat shja, ke canseleri untk tabung amanah hep, bertemu kaunselor pelatih, kerjasama bersama akhbar the cook-RTM-TV3, program keushawanan bersama Kelab Permata Negeri Selangor. Bla bla..



Namun saya tahu, kerumitan ini juga dirasai oleh sahabat2 YDP kolej lain lebih-lebih lagi di awal sem. Kalut sedikit. Ada kalanya sem kali ini, saya lebih bertindak sebagai pemikir berbanding penggerak. Rindu acap kali bertamu untuk bertemu sahabat sahabiah di surau Mawar. Yang dulunya bergerak sbgai Perwakilan Kerohanian..naik dan turun surau adalah kewajipan utama yang saya letakkan dipundak bahu untuk saya galas pada ketika itu. Allah..



Hujung minggu, mencari peluang mendamaikan jiwa..


chewwwaaahhh..


mencari kehijauan.. sejuk mata meyaksikan ciptaan Tuhan..



HIJAU itu kedamaian..



permusafiran ditepi tasik..Jiwang jugak kitorg nie.

abis baju kene tarik, aih..

sekadar memeriahkan blog yang telah lama tidak di update.. wsalam.


Wednesday, December 2, 2009

kami kuno @ pandangan mereka sebenarnya yang kalut?

Kursus Perwakilan Kolej,
Dewan al-Ghazali, FSKM

Kelu lidah saya di dalam bengkel itu. Saya hanya memandang wajah penceramah tanpa reaksi apa2. saya memerhatikan setiap gayanya dan saya analyze setiap butir bicaranya. Ada yang menyakitkan bagi saya tetapi menjadi bahan ketawa audiens yang lain. Alhamdulillah, saya tahu Allah meletakkan saya disini, kerana saya mampu untuk menghadapi. Cukuplah sekadar saya menerima, tetapi jauh sekali untuk saya menghadam setiap butir bicaranya.

Kerana saya yakin dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram pada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan.

Beberapa titipan yang ingin saya kongsikan dalam penulisan kali ini.

Pada sesi pertama kami disogok dengan pelbagai perkara
"you all ni semua cantik2 belaka,yelah..melayu kan. tapi saya tengok macam mayat hidup! Ni, barisan ni(sambil mengarahkan tangannya kearah kami)." Fatimah yang berada di sebelah menoleh sekilas ke arah saya. saya senyum kelat. Begitu juga saya lihat adik2 yang lain, semunya makin gelisah dan tak senang duduk. Penceramah cuba untuk meyakinkan para peserta supaya sentiasa kelihatan cantik bermekap.

Tiba waktu rehat, saya mendekati Afiqa(seorang perwakilan kolej seperti saya) untuk memperbetulkan tudungnya yang nampak senget benget. Saya tahu dia keletihan kerana baru sahaja pulang dari kem 3 hari terus ke bengkel 2 hari ini. wajahnya pucat keletihan. Tapi tampak bersih dan tenang sahaja.
"meh akak betulkan tudung fiqa ni, nanti bising plak En. Kamril tu. Kene mekaplah, berlipstik lah" seru saya sambil membetulkan tudungnya. Lantas Afiqah bisikkan ke telinga saya "takpe kak, kecantikan kita hanya untuk suami.." tergelak saya. Kagum dengan pendirian adik yang seorang ini. bermujahadah dalam diam.


Pada sesi keempat keesokan harinya,
"yang ustazah, ustaz..tutup mata. Tak boleh tengok video seksi2 nie." ajuk si penceramah sambil tetikus komputernya meng'klik' video penyanyi barat. skrin papan putih membantu penyaksian kami pada video yang ntah apa2. nak jer saya katakan pada ketika tu, nanti kat akhirat ustaz dengan ustazah nie sahaja ke yang akan ditanya oleh malaikat mungkar dan nangkir? Ustaz dan ustazah ni sahaja ke yang akan ditimbang amalannya. Yang lain tidak?
Kuno sangat ker kalo ustaz dan ustazah jadi pemimpin? Masih tak relevan lagikah kalo golongan ini memonopoli uitm satu hari nanti?


(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

"commonlah, kita buat ape nak islamic sangat. Kita ni UITM.. UITM you know. Bukan UIA kan" Kata-kata pencermah kali ini mengundang gelak tawa yang lain. Saya sekali lagi tersenyum kelat. Sekilas saya memandang sahabat siswa dari Kolej Perindu, kelihatan serius. Ideologi apa pula kali ini yang ingin tuan penceramah sampaikan pada kami. Ingin sahaja saya ajukan soalan, Allah tu nampak kalian bila kalian ada kat bumi UIA sahaja ke? Commonlah..(saya kembalikan kata2 tersebut) berpandanganlah sebagaimana Allah memandang kita. Kita ada penghujung, akhirat itu kekal!
Pokok pangkalnya,

Saya tidak tahu ditahap kemana kekuatan saya untuk menghadapi bingkisan bicara seperti ini lagi. Perlukan mujahadah dan terus bermujahadah. Tapi kebimbangan saya lebih kepada adik2 yang baru naik as JPK. Pandangan mereka bersi dan suci lagi, saya tak mahu ianya tercemar dek pemikiran2 yang jauh dari pokok dan pangkal aQidah. Saya tak nak kain yang putih itu kotor dek habuk2 yanberterbangan mahupun kuah yang tertumpah atasnya. Amat saya sygkan semuanya. Allah, bantulah hambaMu dan jagalah mereka kerana aku yakin penjagaanMu lebih baik dari diriku. Kau lebih tahu apa yang tidak aku tahu.

Tuesday, November 17, 2009

Halusinasi ku..

Janganlah engkau berputus asa,
kerana berputus asa itu bukanlah akhlak seorang Muslim..
ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin
dan impian hari ini adalah keyataan hari esok.
YaAllha, berikan kekuatan untuk hambaMu ini..
hanya Kau mengetahui apa yang tidak aku ketahui..
Takbir..!!!!

.:. SyaHadaTuL HaQ.:.

Bismillah. Salaam 'Alayk
pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'?


Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi saya yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan?
Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.


"Syahadah : penyaksianAl Haq : kebenaranJadi,


'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.



Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'?
Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?




Saya naik saksi vs Saya mengakuErk, ada bezakah keduanya?


Macam sama saja..

Untuk lebih memahami perbezaannya,
\saya bawa anda kepada satu analogi.




Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,



"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini,
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta".



Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".



A little bit complicated, right?



Ini baru pengertian dari sudut bahasa sahaja :)
Kita masuk kepada bahagian yg akan memeningkan kepala lagi.

Saya ingin bangkitkan satu persoalan.


Sudah terlaksanakah Syahadah Al-Haq kita?




Allah laknat mereka hingga ke hari ini bukan saja kerana mereka menolak untuk memikul tanggungjawab menyampaikan risalah Allah, bahkan mereka ubah kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada mereka.Mungkin anda akan menarik nafas lega kerana anda merasakan anda tidak sama dengan Bani Israel yang derhaka itu. Ya, anda tidak membunuh nabi-nabi, seperti yang mereka lakukan.

Anda juga tidak mengubah kalam Allah dalam kitabnya. Anda tidak seperti mereka yang banyak meminta, tetapi kemudian ingkar kepada suruhan Allah. Mungkin dari sudut itu, anda memang tak wajar disamakan dengan mereka.
Dan bagaimana yang dikatakan dengan pelaksanaan Syahadah Al-Haq itu sendiri?Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar tentang kalimah syahadatul haq ini?


golong dalam golongan yang INGKAR untuk MEMIKUL beban dakwah dan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini seperti yang telah Bani Israel lakukan dahulu?Ingkar untuk melaksanakan Syahadah Al-Haq.




Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing . يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ 


1. Wahai orang-orang yang berselimut
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !



(Surah Al-Mudassir)




Jadi apa kata anda?Masih ragu-ragu untuk menyampaikan risalah Islam?Atau...anda mahu menunggu sehingga laknat Allah menimpa umat Muhammad atas keingkaran melaksanakan Syahadah Al-Haq ini seperti yang diterima oleh Bani Israel?




Na'udzubillah min dzalik




ayuh muhasabah..


 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa