Friday, May 18, 2012

.:.Sarjana Muda.:.

Syukur..
Alhamdulillah...




"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati)."
[ad-dhuha, ayat 05]



Terima kasih ya Allah..
Terima kasih ya Rasulullah..
Terima kasih mak ayah..
Terima kasih  guru-guru..
Terima kasih sahabat2..
Terima kasih semua... ^_^


P/s: Terfikir.. saya melalui satu per satu fasa kehidupan.. Adakah bersedia kiranya dijemput kematian, Allahu.. Bila-bila masa saja teman..

Wednesday, May 9, 2012

.:. AreNa TaQwA.:.

Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahuakbar...

Hampir beberapa bulan dalam fasa baru ini saya semakin dapat menyesuaikan diri.  Suasana menyesuaikan diri di tempat kerja, menyusun jadual akademik,program,kerja, sks, social dgn teratur benar2 menguji ketahanan saya. Selalunya gembira dan tenang sahaja, tapi kadangkalanya ada juga duka. Namun, dengan semangat untuk terus belajar samaada formal atau tidak, saya tetap meletakkan diri saya dibawah, orang yang sentiasa dahagakan ilmu dan nasihat.

Dalam membina ikatan, mengutuhkan persahabatan, mengharmonikan kekeluargaan, saya merasai sejuta cabaran tanpa mampu diolah dengan perkataan. Namun setiap cabaran itu ada nilai yang tidak ternilai dengan apapun. Kerana yang dituntut itu jika hanyalah wang ringgit ternyata saya akan kecewa. Jika juga kerana nama maka saya akan kecewa. Jika hanya kerana untuk sedikit habuan dunia maka saya akan merana.

Pesan saya pada diri saya. Ikhlaslah! Li-llahi ta’ala. Nescaya kebahagiaan yang mendatang akan lebih manis.

Saya akan terus membaca dan menulis, terkadang akan menyampaikan. Semuanya hanya untuk sampai ke sana, yang hakiki. Allah ya rabbi, saya rindukan cebisan kerinduan itu. Pernah Engkau titipkan dalam sanubari ini, lantas dinoda mehnah syaitan, iblis dan nafsu diri maka iapun lerai dimamah dosa terkini.

Kini, saya akan usahakan kembali. Memimpin hati dan diri, menanam kesabaran, membuka diri dididik untuk mendidik, menjadikan pandangan Allah utama untuk saya lebih dari segalanya. Kerana apa? Kerana ijazah kehormatan diri yang bakal saya perolehi. Penstrukturan semula akan menjadi agenda. Saya tidak mahu jadi seorang yang lupa diri.  Asalnya di mana, akhirmya di mana? Silapnya jika semua kemanisan perjuangan zahir atau senyap terus lenyap. Kini saya menyendiri sementara diri mengrekrut segala kudrat kurniaan Ilahi agar disalurkan ke pentas dakwah insani. 

Saya..

Saya adalah muslimah yang terlalu banyak menerima
Sedangkan mereka jarang meminta
Kadang-kadang saya rasa
Sayalah  muslimah yang baru terjaga
Sedangkan mereka tak pernah terlena
Kadang-kadang saya bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan menjadi salah
Lantaran terlalu cepat saya melatah
Meluah dengan emosi dan rasa tak puas hati
Sedangkan mereka tabah menghadapi
Seorang muslimah yang banyak ragam begini

Kadang-kadang saya sakiti hati mereka
Bila tolak pandangan mereka
Bila sanggah segala hujah mereka
Maafkan saya..

Bukan bermaksud saya kurang menyayangi…
Bukan bermaksud saya menjadi tidak prihatin
Namun cabaran terlalu
Saya perlu tahu
Saya bukan muslimah biasa
Saya ingin dididik menjadi  muslimah haraki perkasa
Yang perlu sentiasa dibentuk
Diasuh dengan acuan tarbiah

Maafkan saya kalau saya menyakiti.
Maafkan saya kalau saya menyesakkan jiwa
Maafkan saya kerana saya tak sempurna

P/S : Kerana itu, tunduklah pada taqwa. Bacaan saya kali ini, Jom!  ^_^




".. Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.."
(Al-Ahzab :70-71)

Tuesday, May 8, 2012

.:. Pena untuknya .:.


8 Mei 12-6.22 am-

Ya Rasulullah,
Kala kukuak tabir kasihmu
Yang terlakar kemas dalam ingatanku

Ya Mustafa,
Andai hari ini dikau menjengukku
Pasti menitis air matamu itu
Pasti ceriamu berbuah lesu
Pasti tak terbayang KEPERITAN RAJUKMU


Jika benar rajukmu wahai kasihku
Ia benar menggusarkanku, lenaku, makanku..
hakikat diri ini kian lupa
pada hakikat sebagai khalifah
Yang kau wariskan padaku..
Yang kau wariskan pada umatmu ini


Diri ini mendamba syafaatmu
Mendamba sinar cintamu nan sejati
Namun diri ini mungkir
Mungkir pada janji nan terukir

Ya RABBI,
Sampaikan salamku buatnya
Buat kekasihMU itu
Moga kau limpahi hati ini
Dengan baraan semangat berapi
Moga kau penuhi hati ini


Dengan cinta setegar Abu Bakr
Moga kasih ini bertaut kembali…

Tewaskanlah kelemahan ini ya RABBI
Moga warna ceria mujahadah insani
Bersinar kembali


P : Koreksi dirimu untuk cintaNya dan cinta Baginda yang tak pernah menyedihkan.

Monday, April 30, 2012

Muslimah di Medan Islami


"kalau hanya sekadar menghafal rukun baiah dan rukun usrah tetapi penakut,,sila jangan dekati serikandi ini.....mereka "oki" BERSIH 3" 
Ustaz Riduan Mohd Nor, fb, 8.09 PM, 30/04/12


Bismillahi... Saya tersenyum bahkan terselit rasa terharu akan mereka, lebih2 lagi pemimpin utama yang sentiasa meraikan peranan Muslimat di medan amal islami. Allahubarik fi..

Muslimah, ciptaan Allah swt yang begitu unik. Emosinya tak terjangkau, mampu meledak dalam masa yang sama mampu menjadi sesejuk air di gunung. Penciptaannya unik, kisahnya berwarna-warni. Dia peniup obor semangat. 

siapa..?

Aminah Qutb, Hamedah Qutb, di Mesir..

Maryam Jameelah yang tidak lelah meruak kebangkitan  agama ini dengan tulisan yang mencerahkan akal. Berasal  keturunan Yahudi yang disapa hidayah Tuhan, begitu banyak meninta buku-buku berkaitan Islam sebagai cara hidup, sejarah gerakan Islam dan pelbagai tema penting Islam. 

Pelukan Khadijah yang menenangkan saat Rasulullah ketakutan..
Infakan hartanya untuk agama Allah..

Dr Maryam Solleh, sosok muslimat pemberani yang dipakej dengan kekuatan intelektual ini pula, menggalang perjuangan Islam di bumi Isra.

Muslimah dan Baitul Muslim
^_^
Kefahaman tentang makna kepimpinan yang salah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hnya lelaki menetapkan perancangan dan ketentuan pada kaum hawa, maka itu harus dilaksanakan. Sedangkan hakikatnya teman, muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Justeru, siapakah yang akan mengisi kekosongan itu dimedan islami..
 


P/S : Hidup ini mempunyai tujuan yang besar untuk dicapai. Memerlukan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan idea serta pandangan untuk terus maju ke arah matlamat tersebut. Oleh itu, perkongsian harus berlaku agar analisis dapat dilakukan seterusnya membentuk ilmu baru bagi maslahah ummah Bukankah muslimah itu MAMPU jika diOPTIMUMkan peranannya. Sir'uala barakatillah.. ^_^

Thursday, April 26, 2012

Nafas Syuhada'

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur
 (Surah An-Nahl 16: Ayat ke 78)



.:. Kenangan .:.

************************************************
“Assalamualaikum. Kak Hafsah ke? Boleh tak saya nak jumpa akak. Sekejap pun takpe, saya nak sangat jumpa akak..” Deringan pagian, seolah2 seruan jihad yang harus segera saya respon.

Petang itu, saya luangkan masa untuk memenuhi permintaan adik ini. Ditepi bilik, waktu tengahari, tenang dengan kehadiran siswi2 Mawar mundar mandir untuk kekelas. Saya duduk menghadapnya dengan tenang di atas meja batu, dia juga begitu. 

Ditangannya memegang sebekas ‘tupperware’ lutsinar. Saya tanya padanya, apa yang dia bawa. Adik ini diam. Saya kelu, tidak tahu bagaimana ingin memulakan, bagaimana untuk memujuknya bercerita. Akhirnya.. saya juga turut diam. Perlahan dia mengangkat wajahnya, memahamkan saya dengan setiap butir bicaranya.

“Saya ada masalah kak.. ..  ..  .. … … … .. .. .. .. Hinggalah satu ketika saya diserang symptom yang macam saya sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian..  ..  .. … .. .. .. … .. .. … … ..   saya baru belajar nak hidup. .. .. .. akak bantu saya .. .. .. satu hari saya perlu makan dekat 7 jenis pil berbeza.. .. ..” ‘tupperware’nya yang berisi ubat-ubatan dibuka perlahan2.. saya lihat air matanya menitis laju.

Akhirnya, dengan semasak-masaknya barulah saya benar-benar faham setelah taluan soalan saya dijawab adik ini. Dalam diam saya kagumi ketahanan jiwanya, kekuatan dirinya. Syahdu melihat senyuman dalam tangis, dengan redup wajah yang terpalit kepenatan. Allahubarik fi..

****************************************

“Salam. Kak, akak apa khabar? Fatimah ni.. Alhamdulillah.. Fatimah sem 1 kat UPSI ni dapat 3.89. Tak sangka.. Terima kasih bnyak kak.. .. .. .. .. Fatimah dilantik jadi Naqibah dekat surau, tapi tak tau lagi nak terima @ tak. Bimbang tak mampu .. akak doakan Fatimah ya, kuat kat sini..” Saya memerah memori pada mesej2 yang adik ini kirimkan..

Sem 1, di UiTM. Kemudian takdirnya berpindah ke UPSI. Imiginasinya, saya melihat perubahan yang sangat baik, mendadak. Syukur pada Allah.. Saya menyerahkannya bulat2 pada jagaan Allah, semoga Allah memberinya kekuatan dan barakah dalam setiap kehidupannya..

****************************************************

22 April 2012, di Dewan Muktamar Pusat Islam, UiTM. saya menerima panggilan.
Dan saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar dari mulut sahabat ini, mengirim berita pemergian adik usrah saya ini, saat itu air mata saya gugur satu persatu.


Sinar Harian ,
“seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00 petang tadi.

Arwah  Fatimah Mina Md Juferi
Tahun 3, Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 
Universiti Pendidikan Sultan Idris 
Al-Fatihah...


************************************

Akak sendiri melihat…
Bagaimana dirimu diuji dengan penyakitmu..
Akak sendiri..
Sempat berkongsi akan bagaimana derita dan kesabaranmu atas ujianmu…
Akak sendiri…
Sempat menjadi orang yang dirimu sayangi..

“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”


Wahai diri,

Perlu ada rasa syukur dalam diri ini..
Walau bgitu pedih  telinga, 
tatkala mendengar omelan sekeliling akan pemergianmu,
Allah lebih layak menentukan kedudukanmu,
Allah lebih tahu bagaimana mujahadah dirimu,

Wahai ukhti serikandi ILAHI,
Semoga rohmu tenang disana..

**************************************************** 

  Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
  " .....kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".
( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )


Rabbul Izzati…tempatkanlah Ukhti Fatimah Mina Md Juferi bersama orang2 beriman~…  

Friday, March 30, 2012

.:. Penghubung Generasi Muda .:.

”Connecting youth for a better life”
Penghubung Generasi Muda




kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.


Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

P/S : AYuh Kenali NISA'..

.:. Secangkir Kenangan .:.

Dengan nama Allah..

Mohon ma'af atas penangguhan dalam arena penulisan. Saya kira cukup 'adil sebenarnya kerana penulisan saya perlu ditumpahkan pada arena yg sedikit berbeza.Apapun, wardah ber’syauqa’ ini (nama pena blogger) ini masih tetap insan yg sama :)


Idea adalah sesuatu yg diilhamkan oleh Allah s.w.t. tetapi andaikata sy gagal mengekstrak ilham itu dari minda agar diluahkan dalam bentuk penulisan, maka apa yang berlaku seakan binaan untuk saya cambahkan fikiran yang terbentuk.
Syukur alhamduliLLAH, kini berkesempatan utk menulis.

Pernah saya dengar orang berkata, apabila kita rasa kita kurang menghargai sesuatu perkara, bila tiada, kita akan mengenang dengan sebenar-benar perasaan.
Justeru, sekarang ini saya rasakan sangat benar kata-kata itu. Terima kasih kepada yang berkata.. =)

Dan saya jadi teringat dengan sebenar-benarnya.. September lepas, tatkala azan maghrib berbunyi memberi isyarat supaya perkongsian yang hampir sahaja bermula itu perlu berhenti, dan ketika itu juga air mata yang menemani saya, dihadapan kakak ini, lidah saya hanya diam, tapi mata menitis tanpa henti, ada bebanan sebenarnya waktu tu, beberapa ujian yang terbeban dalam hidup saya, tapi lidah kelu, maka mata yang mula berkata...saya memang begitu, sukar bercerita. Hatta sampai hari ini kakak itu tidak tahu punca kedua yang menyebabkan mulut saya terkunci tapi mata sahaja yang berbicara.

Sehinggalah lanjutannya.. Saya diamkan dengan tenang. Bahawa saya yakini Allah mengajar saya sesuatu yang sangat penting untuk diambil ibrahnya.

Kini..

Saya tak pernah menyangka Allah memberikan kurnia yang besar untuk saya. Saya melihat kesungguhannya. Dengan memohon akan senantiasa dibawah Naungan Allah s.w.t, memohon bahawa jalinan ini akan menjadi perhiasan terindah yang akan terus dibawa ke syurga.
*** Disember 201_ ***

Thursday, March 22, 2012

.:. Ayuh Menuju Allah .:.

“Banyaklah rehat, mesti penat kan bila kerja dan belajar.” Teguran sahabat ini membuatkan senyuman saya yang keletihan terasa kelat. Menidakkan dalam hati.

Tapi benar kata segelintir mereka, zaman kampus benar2 jauh dari lapangan hidup sebenar. Kini saya rasai, jauhnya berganda.



AJK Nisa’ Kawasan bakal menuntut komitmen hampir saban malam dan hujung minggu, Pengajian Sarjana yang menjadi amanah ma dan ayah untuk saya galas sunguh2 dan, pekerjaan yang saya pilih hanya kerana tidak mahu masa yang ada terbuang begitu sahaja.


Saya menjadi malu jika semua rungutan saya listkan dalam penulisan ini.
Tidak adil.
Tidak setimpal.

Justeru, postifkan diri & carilah HIKMAH seluasnya dari kurniaan Allah!

Web google saya buka lantas menaip “Hidup Rasulullah sarat keletihan & penuh tarbiah” untuk di search. Merindui kekasih yang benar2 menyayangi saya dan kamu semua disaat dia bergembira malah juga tika dalam kesulitan dan kesakitan. Saya sebak.

Kalaulah ini pun saya tak mampu mengendalikan keletihan dan kepenatan saban hari, bagaimana bila berkahwin nanti, mempunyai anak, betugas dan komitmen lain.

Jadi,saya cuba optimis


Berhentilah mengeluh, melangkahlah dengan semangat dan kefahaman bahawa tiada yang mudah Allah ciptakan untuk mereka yang menjadi rantai-rantai perjuangan Rasulullah..


P/S : Saya meyakini bahawa dalam hidup ini, andai saja kita membuka mata dan telinga seluasnya, saya percaya pasti sentiasa ada ruang dan peluang untuk saya belajar, menambah ilmu dan seterusnya melonjakkan dirinya pada satu lagi tahap untuk memperbaiki diri. Ayuh, optimis! ^_^

Monday, March 19, 2012

.:.Tidak ada milik kita .:.

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

KITA ALLAH PUNYA

Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya


Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa


Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

P/S : Kita memiliki apa yang Dia punya, segalanya milik Dia..
Lagu dengan garapan konsep tasawuf yang sangat hebat.. Subhanallah.
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa