Wednesday, November 9, 2011

Saya dan penyakit SCOLIOSIS

************
Slide x-ray saya diangkat ketempat yang lebih cerah..

“Tulang awak memang mcm ni ya?” Doktor memerhati lama x-ray tersebut.

Saya jadi kaget. Kenapa pulak dengan tulang aku.

“Tengok nie, tulang awak bengkok..”
doctor menunjukkan aluran tulang menggunakan alatan panjang.

“bersukan ke dulu? Awak kene kurangkan angkat benda berat. Awak muda lagi, ni masih belum tampung anak dlm kandungan….bla bla bla”
saya khusyuk mendengar bebelan doctor.
Hampir 30 minit.
Disuruhnya saya terapilah, itulah, inilah…
hmm… bukankah fenomena tulang bengkok itu perkara biasa wahai doctor?
Saya menempelak sendiri. ala2 bereaksi seperti seorang doktor..

******************

Mencari dengan tenang, ^_^

ini Research saya

Scoliosis ( Tulang belakang yang bengkok)




Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani.

GEJALA

Gejalanya berupa:
1. tulang belakang melengkung secara abnormal ke arah samping
2. bahu kiri dan kanan tidak sama tingginya
3. kelelahan pada tulang belakang setelah duduk atau berdiri lama
4. skoliosis yang berat (dengan kelengkungan yang lebih besar dari 60°) bisa menyebabkan gangguan pernafasan.

.Wajarlah kebelakangan ini kerap benar saya sakit belakang, sakit dada dan cepat penat.. saya fikirkan tekanan kerja tetapi ini puncanya.


BAHAYA SKOLIOSIS

Fakta pentingnya lainnya, dalam tingkat yang masih ringan, skoliosis memang seakan-akan menimbulkan masalah, tetapi para pederita skoliosis tidak boleh menganggap enteng kelainan tulang ini. Jika skoliosis dibiarkan terlalu lama maka akan memberi kesan kepada organ bahagian dalam, paru-paru dan jantung. Tulang tusuk akan menekan paru-paru dalam jantung pesakit, sehingga pesakit sering menderita sesak nafas (kesulitan bernafas) dan cepat lelah. Jantung juga akan mengalami kesulitan dalam mengepam darah. Skoliosis yang sudah parah, yakni dengan darjah kebengkokak > 90’, bahkan berpotensi menyebabkan tersepitnya saraf yang ada di sepanjang ruas tulang belakang sehingga terjadi kelumpuhan pada pesakit. Sayangnya hanya sedikit yang tahu skoliosis bias berpengaruh terhadap jantung, paru-paru, bahkan sumsum tulang belakang.


TANGGANI SKOLIOSIS SAYA


1. Skoliosis ringan atau dengan darjat kebengkokakan < 20’ hanya perlu diobservasi setiap satu tahun
2. Skoliosis sedang dengan kebengkokakn antara 20-40 darjah, dianjurkan menggunjkan alat bantu brace. Brace dipakai sehingga terjadi kematangan tulang (diperingkat kanak-kanak)



THERAPI POSTURE BADAN SAYA






MINUMAN SAYA


http://www.blogger.com/img/blank.gif
http://www.blogger.com/img/blank.gif

Rujukan :
http://kcoc.forumms.net/t308-tulang-belakang-bengkok
http://medicastore.com/penyakit/960/Skoliosis
http://ampangtaiping.blogspot.com/2010/02/kesihatan-skoliosis
http://julierafizah.blogspot.com/2011/03/scoliosis-sakit-sangatt

SUNGGUH..!! Benar-benar menuntut mujahadah saya untuk memberi hak penjagaan pada jasad ini. ^_^ untuk diri, masyarakat dan agama..

P/S : Rose ber'SYAUQAH' yang masih optimis.. -_-

Wednesday, November 2, 2011

Sabar - Berjuang - Berdakwah - Sedar. Tinggal?



Dalam satu edisi ceramahnya, Hassan al-Banna mengatakan:

"Sesungguhnya kehidupan... di dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia, terutamanya seorang Muslim. Dari seluruh Muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan."

Akademi Didikan Insan


http://www.adnintc.blogspot.com

Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya
Dia bergerak ke hati-hati manusia
Mengajak untuk menegenal tuhan yang Esa
Nikmati perjalanannya, berdiskusi dengan bijaksana
jika seseorang mendapat hidayah kerananya
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Tuesday, November 1, 2011

Cerewatkah saya?

Harapnya peribadi saya tidak menggambarkan seperti tajuk diatas. InsyaAllah saya jarang berkira.

Tetapi mutakhir ini saya tersedar bahawa kebelakangan ini saya jadi seperti cerewet. saya mula berkira dan mudah terasa. Bukan dengan keluarga, bukan juga teman2 rapat, tetapi pentadbiran kampus!


Bertahan

Saya survive apabila pihak petadbiran membuat panggilan dan meminta saya hadir segera untuk mesyuarat sedangkan saya berada didalam kuliah sedang menuntut ilmu! Saya survive walaupun saya tahu tindakan mereka sebegitu tidak kena.

Saya masih survive bermesyuarat dari jam 11 pm sehingga 6 am dek kerana Minggu Orientasi Pelajar menuntut amanah dari pagi hingga ke malam. Semua itu saya niatkan kerana tuntutan merancang dan berdakwah.

Saya masih survive sekiranya waktu-waktu cuti belajar saya dihabiskan dengan program-program pentadbiran beragendakan politik! Saya niatkan itu harga yang saya perlu bayar apabila menceburkan diri diruang kepimpinan yang sebegini.

Saya masih survive apabila dipersalahkan, diherdik dengan kata-kata yang tidak beradab. Saya masih survive dan mencari titik kesalahan diri untuk diperbaiki.

Saya masih survive berulang alik dari Johor ke Shah Alam 3 kali dalam tempoh satu minggu kerana audit yang tidak diuruskan sebaiknya oleh mereka. Justeru, saya perlu hadir menjawab pelbagai persoalan.


Bukan kesakitan

Segala keluhan itu hakikatnya bukanlah kerana sakit yang terkena ke atas diri saya. Apalah sangat semua itu jika dibandingkan dengan kesusahan-kesusahan lorong dakwah para Nabi dan generasi Islam yang terdahulu. Malah saya juga tidak pernah lupa kepada hadis Nabi saw :

“Daripada Abu Musa beliau berkata, apabila Rasulullah s.a.w mengutuskan seseorang daripada kalangan sahabatnya untuk apa-apa urusan, Baginda akan berpesan :“Berikan khabar-khabar yang menggembirakan, jangan kamu liarkan (manusia dengan pendekatanmu yang kasar), permudahkan dan jangan kamu susah-susahkan!”


Saya berusaha untuk memudahkan, tapi bukan itu yang menjadi persoalan.
Saya cuma harapkan jangan diperlakukan mahasiswa sebegitu diatas keculasan hal-hal pentadbiran.

Jangan dianggap mahasiswa ini seperti sampah dan membelakangkan pendapat mereka.

Semakin menjadi-jadi.

Namun bagi sesetengah yang lain, ia penanda aras kepada perubahan jati diri yang kritikal.

Cukuplah pencemaran bahasa berlaku antara dua telefon bimbit. Antara dua emel. Tetapi untuk menjadi kebiasaan yang disiarkan dari mulut ke mulut, meremehkan kesilapan kecil melebihi keutamaan pembangunan pelajat, saya kira bahasa dalam perbincangan bukan lagi keutamaan kita.

saya kira mereka kini bukan tidak pandai berbahasa.

Tetapi ‘Tidak reti bahasa’.

Kecuaian mereka daripada menjaga beberapa perkara asas mahasiswa yang menyandang jawatan ini membimbangkan saya. Risau memikirkan masa depan pelapis kelak!

Saya menulis ini sebagai kupu-kupu kecil yang masih optimis!

Friday, October 28, 2011

Me'makna'kan kehidupan


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,

InsyaAllah.. ^_^

Orang tu dah konvo ^_^




Mujur saya sempat sampai konvo awak

Tahniah mie.. ^_^

***********

Sedihnya bila saya kejut awak, awak taknak bangun
Sedihnya bila awak tak sedarkan diri
Sedihnya bila ramai sangat yang kerumun awak
Sedihnya bila awak kene usung dengan stretcher
Sedihnya bila doctor marah-marah awak suruh bangun
Allah, sedihnya..
Maaf, saya abaikan kesihatan awak
Maaf, saya lupa jaga makan minum awak
15 minit awak masuk wad, saya tinggalkan awak lagi
Saya ada meeting di canseleri jam 4.30
Saya kene kejar 'discussion' jam 5.30
Saya kene check persiapan pesta konvo sebelum malam

Maaf, saya lebihkan kerja2 dan tanggungjawab sy lebih dari awak

hmmmmmmmmmmm........

Mujur tiada apa2..
Lepas ni jangan pengsan lagi, saya risau! *-*

Monday, October 24, 2011

Mencintaimu TANPA JEMU

“Pak cik, makanan ni nanti nasi nya pakcik masakkan lembik sikit ya.. ayam, biar lembut. Ikan kembung pun ok. Daging tak payahlah.. bimbang penghuni2 rumah tu liat nak mengunyah daging”

*******
Kehadiran saya dan puluhan sukarelawan Mawar pagi itu d sambut gembira dan mesra oleh warga Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.




Tidak tahu mahu diungkap dengan kata-kata yang bagaimana bile mandengarkan rintihan mereka.
Hati saya tekad menziarah semua penghuni rumah Orang Tua Al-Ikhlas, saya bergerak dari katil ke katil.

***************



Wanita itu pernah mengandungkan, melahirkan dan lelaki itu pernah menjaga seorang anak sehingga dewasa. Wanita dan lelaki itu sanggup berkorban demi anak-anaknya yang tercinta. Wanita dan lelaki itu tidak pernah meminta segala keringatnya dibalas dengan harta berjuta meskipun pengorbanannya terlalu tinggi nilainya.


Tatkala anaknya bangun di tengah malam mahu diberi susu, wanita dan lelaki itu rela tidurnya terganggu selalu. Pabila anaknya sekadar demam biasa, wanita dan lelaki itu runsing tidak terkira. Tiap langkah anaknya, diiringi doa kudus ibu yang tercinta.



Musim peperiksaan yang tiba buat dirimu anak, wanita itu bersujud pada Yang Esa agar diperkenankan doa anaknya dan dia. Sewaktu wanita dan lelaki itu sibuk membahagiakan diri anak-anaknya, tidak pernah wanita itu meminta agar " Pujilah aku". Segala keperitan di jiwa seorang ibu dipendam jauh. Dia tahu, pahala yang besar selalu datang bertamu.


Anak-anak...jangan biarkan wanita dan lelaki itu berada disitu. Setiap bulan dan tahun, bilangan penghuni rumah itu kian meningkat. Jangan biarkan dirinya kesunyian ditinggalkan diri kalian. Jangan biarkan wanita itu menanggung derita seorang.. Hargailah dia, sayangngilah dia, cintailah dia. Kenanglah kembali pengorbanannya. Pandanglah redup mata ibu, selamilah jiwanya.





Pesan Rasulullah,

Dari Abu Hurairah R.A. ' Datang seseorang menemui dengan Rasulullah S.A.W. dan dia bertanya', " Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik dengannya?". Baginda S.A.W. menjawab " Ibumu." " Kemudian siapa?" " Ibumu". "Kemudian setelahnya siapa?" " Ibumu". Untuk kali berikutnya orang itu bertanya, "Lalu siapa?" " Bapamu". Jawab Baginda S.A.W.

Wednesday, October 19, 2011

Meningkat MOMENTUM diri!

Assalamualaikum wbt..
kalo rusa dan singa perlu hebat berlari, mencari mangsa dan melepaskan diri dari pemangsa, semua harus berlari dan berlari. Hanya yang lengah dan membuta tuli, akan keciciran. Dan yang paling penting, pemimpin yang bijak sentiasa memikirkan pelapisnya kelak. Menyerahkan tampuk kepimipnan kepada tangan si culas..adalah jalan pintas kearah tewas!

***************
Beberapa kali,
saya dikatakan tidak ceria, dihambat kata-kata membina dari sahabat, sehingga lirik patah hati nyanyian kumpulan saujana di ‘quote’kan ke facebook saya. Saya kira sebagai peringatan dari seorang teman..





Hari ini saya tekad membina sinergi kekuatan dalaman diri. Sampai bila saya harus lemah, diruntun kesedihan. Sampai bila saya harus melihat kesabaran teman-teman rapat sentiasa dekat memotivasikan jiwa saya yang ‘begini’..

Hanya kerana saya..

Noor Syamimi Ismail Basha, Nur Farhana Kamarudin, Adibah apdi.

Terima kasih.. ^_^


Saya memulakan.. *_*

Segala masalah saya listkan dalam satu kertas. Saya listkan kerja-kerja yang ada. Meeting-meeting yang setia benar hampir saban hari. Seminar-seminar, program-program yang perlu diuruskan, SIC group yang perlu dikawal selia, JPK yang harus saya jejak kekuatannya, GYDP yang semakin lesu, thesis yang perlu saya langsaikan. Keluarga yang perlu saya lebihkan saat begini, hal-hal sampingan yang menyesakkan..

Maka, saya temui beberapa langkah, dan dimana yang harus saya utamakan, juga apa perkara yang harus saya kuburkan sebentar.. Alhamdulillah, moga pilihan saya juga adalah pilihanNya.. Tawakaltualallah..

Petang itu saya tekad membawa JPK keluar dari bangunan itu, dari pelbagai momentum yang menyesakkan, mereka terlalu merasai perkara yang ‘luar biasa’ akhir-akhir ini.. Saya terlalu merasai tekanannya, jiwa jadi sesak, akal mengeluh letih, namun saya percaya yang perlu diubah sekarang ini adalah diri yang menghadapinya.




Waktu senja mengiringi langkah kami.



Berbuka puasa di foodcourt. Usai solat, saya gunakan waktu santai ini sebaik mungkin mencari 'keputusan baru' untuk kami. Moga permusafiran sebentar kami menyimpul senyuman kepada 'wajah-wajah serius' diatas..




Semoga Allah mengampunkan saya yang banyak rungut ini dan memberkati kehidupan kami..
Semoga langkahan pulang mereka diiringi rahmat Allah, disemat semangat perjuangan di kampus.

Disatu sudut lain,

Saya percaya, sangat sedikit sekali manusia yang bahagia. Kerana,


“Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur” [Saba' 34: 13]

Di suatu ketika, KEJAHILAN menjadi kuda tunggangan Syaitan untuk merosakkan kehidupan anak Adam.Maka di era lambakan ilmu dan maklumat, Syaitan menukar kenderaannya kepada TEKANAN HIDUP sebagai alat untuk tujuan yang sama.

Mohonlah bantuan daripada Allah agar kita tidak ditunggang Syaitan, musuh nombor satu manusia sepanjang masa.

Saya semakin pulih.. ^_^

Saturday, October 15, 2011

Laluan ada dihadapanmu




"Kekadang hati merintih derita,
jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih.
namun hakikat hidup tidak akan berubah,
yg perlu diubah adalah diri yg menghadapinya.
Hati memilih jalan,
akal memulakan langkah,
dan iman meluruskan arah....
mg kasih sayang ALLAH bersamamu...."
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa