“Salam, kak sah sihat? Senyap je kakak kesayangan ni..”
“Alhamdulillah.. sihat. Nape dik? Lain mcm je.. “
“mak rindu, dia kirim salam.. selalu2 lah call mak, ayah.. kelmarin ayah jatuh motor. Dada dia kene hempap baja.. berapa hari susah nak bangun tu. “
Tergamam aku, baru beberapa hari lepas aku bercakap dengan ayah. Suaranya perlahan.. bile kutanya tentang kesihatan, katanya baik2 saja.. Rupanya derita ayah disebalik suaranya.
Ku tahu siapa ayah..
bagaimana ayah..
Jarang berterus terang bila ditimpa kesulitan…
Mak ayah..
Anakmu sering mgharapkan doa dan restu dari kalian..
Doa dan restu yg brpnjangan yg tiada noktahnya selagi hayat dikandung badan..kesilapan dan kelemahan lalu sering mengingatkan anakanda tentang keperitan dan kejerihan hidup membesarkan kami semua..Dikesempatan inilah anakanda membuka lembaran baru, mengorak langkah dgn seribu iltizam untk membalas segala titik peluh kalian berdua.
Mak ayah..
Anakanda memohon beribu kemaafan andai ada sekelumit perbuatan mahupun perkataan yg menyinggung perasaan. Bukn niat dihati utk melukakan kalian berdua, tetapi anakanda pasti keputusan yg anaknda lakukan pasti ada hikmah disebaliknya..tidak perlu mengundang kerisauan didada kerana setiap yg berlaku anaknda serahkan kpd yg Maha Kuasa.
Mak ayah..
Anakanda faham apa yg kalian rasa.. tanggungjawab telah banyak mengajar anakanda untk menjadi insan yg lebih matang dan berguna.. hati anaknda telah tebal utk menerima segala2nya..otak anakanda telah berkemabang utk membuat segala keputusn yg ada.. kini, anakanda mampu utk berdiri seteguh prinsip diri dlm menghadapi apa jua cbran dan dugaan mendtg.. doakan anakanda..
Mak ayah..
Kasih syag yg kalian berikan telah menutup mata anakanda untk mencari kasih syg diluar.. terima kasih atas segalanya..kasih suci inilah yg membuatkan anakanda tidak prnah berasa jemu bersama dgn anak2mu yang lain..tidak akan anakanda lukakan hati kalian sehingga kalian redha dgn jodoh anakanda.. tp itu semua kuasa tuhan yg tak mungkin kita halang.. percayalah belum ada insan yg benar2 bertapak dihati anakanda kecuali kalian berdua dan keluarga kita..maruah anakanda terletak kepada kekuatan keluarga..
Mak ayah..
Kalau diikutkan hati dan perasaan mahu shaja anakanda terbang meninggalkan bumi UITM ini utk bersama mak dan ayah.. susah senang kita bersama.. tak sanggup walaupun sedetik utk sebuah perpisahan dgn kalian berdua..tapi anakanda percaya, redhanya kalian berdua dgn pemergian anakanda..redhalah anakanda dlm menuntut perjuangn yg tidak pasti apa kesudahannya..
Mak ayah..
Kerana mengingatkan pesan2 kalianlah, anakanda seperti sekarang ini..yg mungkin akan tabah dan terus tabah..yg mungkin akan berani dan terus berani demi maruah keluarga dan agama.. sering mengingatkan sahabat2 tentang hakikat kehidupan dalam setiap undangan 'talk' yg anakanda penuhi, kini anakanda benar2 teruji..
****mahu SYAHID @ MENANG? igauan..****
Mak ayah..
Bantu anakanda.. kdag2 terasa diri kembara sendirian..
Mimpikan syurga idaman, tapi diri tak tahan ujian..
doakan anakanda agar sntiasa mekar dalam jambangan setia pada perjuangan islam..
berjuang menegakkan hakikat kebenaran dibumi UITM ini sesuatu yg sukar..
mak ayah..
rasanya masih belum terlambat andai semua ini kite kecapi bersama..
anakanda mahu jadi anakanda.. mak ayah..ada kalanya anakanda ingin kembali menjadi anak kecil.. yg dulunya jika abg dan kakak mengusik,tika anakanda merintih kesedihan, kedukaan..pujukan mak ayah menenngkan anakanda...
SENYUM.. NANTIKAN KEPULANGAN ANAK2 MU
SETELAH FINAL EXAM BERAKHIR.. :-)
Syurgaku ditapak kakimu..