Wednesday, February 29, 2012

Jangan Hentikan Dengan Titik (.), Berilah Koma (,)

Seringkali saya menulis apa yang berlaku pada diri.
maka jika tiada yang istimewa @ kejutan yang berlaku @ tanpa minat @ tiada aral dan tujuan, maka blog ini saya biarkan menyepi.
hanya duduk di rumah, berteman, mengajar, benar2 membosankan. Fikiran menjadi liat malah memberatkan tulang dengan situasi begini.

Jika dalam mana2 sesi perkongsian, saya banyak menganjurkan adik-adik supaya sentiasa terbuka, berbicara perkara yang baik-baik, bahkan perkataan itu perlu mengandungi cas-cas positif, serta sentiasa bersemangat menghadapi apa saja bentuk ujian yang Allah bagi.



Semenjak di zaman Rasulullah s.a.w, baginda sudah menyarankan kalimah yang positif.
“aku begitu kagum dengan al-fa’lu,” kata baginda. Para sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan al-fa’lu itu?”. “Kalimah yang baik-baik.. (al-kamah tayyibah)” jawab baginda.

Contoh pertama….
1. Saya sakit.
Bukankah lebih elok kiranya, noktah itu dibuang dan digantikan dengan koma. ^_^
2. Saya sakit, tetapi sebentar lagi akan baik.

Contoh kedua…
jika berhadapan dengan teman yang menghadapi masalah, katakanlah.. “awak mesti boleh uruskan!”, “jgn bimbang, awak hebat dan mampu menyelesaikannya”.




Hakikatnya, memang kata-kata itu berlawanan dengan keadaan teman tadi, namun tujuannya adalah untuk memancing harapan agar orang itu kembali bersemangat, menjalani kehidupan dan punya pengharapan yang baik. Itu adalah modal yang kita perlukan. ^_^ modal untuk hidup yang berkualiti.

Bahkan, kekaguman rasulullah s.a.w berganda ke atas al-fa’i, iaitu pengharapan yang baik, kalimah yang baik, mengingatkan kita untuk tidak berkata sesuatu yang buruk ketika kejadian yang tidak menyenangkan. Misalnya ketika terasa dengan tingkah sahabat, putus tunang, sakit yang berterusan, adik-beradik yang banyak ragam malah pelbagai perkara menyedihkan yang menjadikan kita pedih.

Alangkah bijaknya jika keluhan itu digantikan dengan :
“semoga kamu dirahmati Allah..” atau
“InsyaAllah.. esok lusa reda lah hati dia nanti..” atau
“Alhamdulillah.. pasti ada hikmah yang Allah bagi. “ atau
“Moga sakit ini menghapuskan dosa-dosaku dan sakit ini memendan harapan sembuh.”

Baik bukan? ^_____^

Jika dalam diri seseorang tertanam keyakinan bahawa yang mengecewakan tidak selamanya ada dan pasti berakhir, ia akan menghasilkan tenaga dan fikiran yang positif. Bersemangat dan terdorong untuk memaafkan masa lalu dengan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik.

P/s: Berita buruk tidak seharusnya diakhiri dengan titik (.), namun harus dilanjutkan dengan koma(,) , lantas diiringi berita pengharapan yang lebih baik. ^_^

Tuesday, February 21, 2012

.:. Kelapangan .:.

Surah asy-Syarh (Kelapangan)

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu,
2. Dan Kami telang menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. Yang memberatkan punggungmu,
4. Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu,
5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sunguh-sunguh (urusan) yang lain,
7. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu mengharap.


Tidak terkata..
Betapa dekatnya jarak antara jalan keluar dengan kesabaran yang sempurna.
Barangsiapa takut Allah disegala urusannya, maka beruntungla ia..
Syukur.. Saya temui Dia dalam setiap dimensi kehidupan saya..
Bukankah siapa yang membenarkan Allah, berharap pdNya, maka Allah ada ditengah harapannnya..
Memang banyak kesulitan yang menyempitkan manusia
Dari sehasta demi sehasta
Padahal telah begitu sempurna
Allah menyiapkan jalan keluarnya

(Tafsir Ibnu Katsir)

20/02/2012

OTW pulang dari hospital…

Dalam keletihan saya renungi laluan apa yang Allah beri pada saya dan keluarganya..

Mereka terlalu banyak sabar, memapah ujian demi ujian..

sygnya Allah pada mereka..

Mengharap keputusan saya ketika musibah berat menimpa..

Maaf semua.. Saya tetap dengan pendirian saya..

Mohon jangan dipaksa..

Mohon YaAllah.. agar mereka memahami saya.. :-(

.:. Segalanya milikMu .:.

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Thursday, February 16, 2012

Travelog Syria


Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Saya turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN ADALAH

Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI... MASYAALLAH, HEBAT. RINDU MEREKA UNTUK SYAHID PADA JALAN ALLAH..


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid"
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

P/S : OO ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen

Wednesday, February 15, 2012

Mengatur nikmat, memburu berkat.. ^_^

"Marwilis PKNS" menerima saya sebagai tetamu petang itu. Berada ditengah2 kedai terasa bahangnya syurga buku. Saya mencari satu energi, mengisi kekuatan diri. Kalihan pertama memandang tajuknya membuatkan saya berhenti lama membelek buku ini.



Tahu diri. Itulah rahsia supaya seseorang milki ketenangan di bumi dan kehidupan setelah bumi, akhirat. Allah merumus, jika kamu syukur pada apa yang ada, maka akan ditambah. Jika manusia beristigfar, Allah tidak segan akan membentangkan nikmatnya berupa harta, keturunan dan hujan yang menjanjikan kesuburan. Dan Allah nyatakan bahawa setiap hamba wajib melakukan muhasabah diri demi kejayaan esok.

Kita dituntut untuk bijak demi memperolehi kejayaan dan keberuntungan. Adakah kita selama ini kurang berhasil?. Adakah kita khuatir keberhasilan akan hilang?. Bila kita sudah tahu jalan kejayaan dengan syukur, istigfar dan muhasabah, maka kita perlu risau dan cemas dengan ‘hantu kecemasan dan hantu kegagalan’.

Hikmahnya jika "Orang yang berjaya akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang ia lakukan dan mencuba kembali untuk melakukan dengan suatu cara yang berbeza.."

.:. SYUKUR .:. ISTIGHFAR .:. MUHASABAH .:. ^_^
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa