Wednesday, December 2, 2009

kami kuno @ pandangan mereka sebenarnya yang kalut?

Kursus Perwakilan Kolej,
Dewan al-Ghazali, FSKM

Kelu lidah saya di dalam bengkel itu. Saya hanya memandang wajah penceramah tanpa reaksi apa2. saya memerhatikan setiap gayanya dan saya analyze setiap butir bicaranya. Ada yang menyakitkan bagi saya tetapi menjadi bahan ketawa audiens yang lain. Alhamdulillah, saya tahu Allah meletakkan saya disini, kerana saya mampu untuk menghadapi. Cukuplah sekadar saya menerima, tetapi jauh sekali untuk saya menghadam setiap butir bicaranya.

Kerana saya yakin dengan pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram pada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan.

Beberapa titipan yang ingin saya kongsikan dalam penulisan kali ini.

Pada sesi pertama kami disogok dengan pelbagai perkara
"you all ni semua cantik2 belaka,yelah..melayu kan. tapi saya tengok macam mayat hidup! Ni, barisan ni(sambil mengarahkan tangannya kearah kami)." Fatimah yang berada di sebelah menoleh sekilas ke arah saya. saya senyum kelat. Begitu juga saya lihat adik2 yang lain, semunya makin gelisah dan tak senang duduk. Penceramah cuba untuk meyakinkan para peserta supaya sentiasa kelihatan cantik bermekap.

Tiba waktu rehat, saya mendekati Afiqa(seorang perwakilan kolej seperti saya) untuk memperbetulkan tudungnya yang nampak senget benget. Saya tahu dia keletihan kerana baru sahaja pulang dari kem 3 hari terus ke bengkel 2 hari ini. wajahnya pucat keletihan. Tapi tampak bersih dan tenang sahaja.
"meh akak betulkan tudung fiqa ni, nanti bising plak En. Kamril tu. Kene mekaplah, berlipstik lah" seru saya sambil membetulkan tudungnya. Lantas Afiqah bisikkan ke telinga saya "takpe kak, kecantikan kita hanya untuk suami.." tergelak saya. Kagum dengan pendirian adik yang seorang ini. bermujahadah dalam diam.


Pada sesi keempat keesokan harinya,
"yang ustazah, ustaz..tutup mata. Tak boleh tengok video seksi2 nie." ajuk si penceramah sambil tetikus komputernya meng'klik' video penyanyi barat. skrin papan putih membantu penyaksian kami pada video yang ntah apa2. nak jer saya katakan pada ketika tu, nanti kat akhirat ustaz dengan ustazah nie sahaja ke yang akan ditanya oleh malaikat mungkar dan nangkir? Ustaz dan ustazah ni sahaja ke yang akan ditimbang amalannya. Yang lain tidak?
Kuno sangat ker kalo ustaz dan ustazah jadi pemimpin? Masih tak relevan lagikah kalo golongan ini memonopoli uitm satu hari nanti?


(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

"commonlah, kita buat ape nak islamic sangat. Kita ni UITM.. UITM you know. Bukan UIA kan" Kata-kata pencermah kali ini mengundang gelak tawa yang lain. Saya sekali lagi tersenyum kelat. Sekilas saya memandang sahabat siswa dari Kolej Perindu, kelihatan serius. Ideologi apa pula kali ini yang ingin tuan penceramah sampaikan pada kami. Ingin sahaja saya ajukan soalan, Allah tu nampak kalian bila kalian ada kat bumi UIA sahaja ke? Commonlah..(saya kembalikan kata2 tersebut) berpandanganlah sebagaimana Allah memandang kita. Kita ada penghujung, akhirat itu kekal!
Pokok pangkalnya,

Saya tidak tahu ditahap kemana kekuatan saya untuk menghadapi bingkisan bicara seperti ini lagi. Perlukan mujahadah dan terus bermujahadah. Tapi kebimbangan saya lebih kepada adik2 yang baru naik as JPK. Pandangan mereka bersi dan suci lagi, saya tak mahu ianya tercemar dek pemikiran2 yang jauh dari pokok dan pangkal aQidah. Saya tak nak kain yang putih itu kotor dek habuk2 yanberterbangan mahupun kuah yang tertumpah atasnya. Amat saya sygkan semuanya. Allah, bantulah hambaMu dan jagalah mereka kerana aku yakin penjagaanMu lebih baik dari diriku. Kau lebih tahu apa yang tidak aku tahu.

Tuesday, November 17, 2009

Halusinasi ku..

Janganlah engkau berputus asa,
kerana berputus asa itu bukanlah akhlak seorang Muslim..
ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin
dan impian hari ini adalah keyataan hari esok.
YaAllha, berikan kekuatan untuk hambaMu ini..
hanya Kau mengetahui apa yang tidak aku ketahui..
Takbir..!!!!

.:. SyaHadaTuL HaQ.:.

Bismillah. Salaam 'Alayk
pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'?


Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi saya yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan?
Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.


"Syahadah : penyaksianAl Haq : kebenaranJadi,


'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.



Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'?
Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?




Saya naik saksi vs Saya mengakuErk, ada bezakah keduanya?


Macam sama saja..

Untuk lebih memahami perbezaannya,
\saya bawa anda kepada satu analogi.




Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,



"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini,
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta".



Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".



A little bit complicated, right?



Ini baru pengertian dari sudut bahasa sahaja :)
Kita masuk kepada bahagian yg akan memeningkan kepala lagi.

Saya ingin bangkitkan satu persoalan.


Sudah terlaksanakah Syahadah Al-Haq kita?




Allah laknat mereka hingga ke hari ini bukan saja kerana mereka menolak untuk memikul tanggungjawab menyampaikan risalah Allah, bahkan mereka ubah kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada mereka.Mungkin anda akan menarik nafas lega kerana anda merasakan anda tidak sama dengan Bani Israel yang derhaka itu. Ya, anda tidak membunuh nabi-nabi, seperti yang mereka lakukan.

Anda juga tidak mengubah kalam Allah dalam kitabnya. Anda tidak seperti mereka yang banyak meminta, tetapi kemudian ingkar kepada suruhan Allah. Mungkin dari sudut itu, anda memang tak wajar disamakan dengan mereka.
Dan bagaimana yang dikatakan dengan pelaksanaan Syahadah Al-Haq itu sendiri?Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar tentang kalimah syahadatul haq ini?


golong dalam golongan yang INGKAR untuk MEMIKUL beban dakwah dan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini seperti yang telah Bani Israel lakukan dahulu?Ingkar untuk melaksanakan Syahadah Al-Haq.




Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing . يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ 


1. Wahai orang-orang yang berselimut
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !



(Surah Al-Mudassir)




Jadi apa kata anda?Masih ragu-ragu untuk menyampaikan risalah Islam?Atau...anda mahu menunggu sehingga laknat Allah menimpa umat Muhammad atas keingkaran melaksanakan Syahadah Al-Haq ini seperti yang diterima oleh Bani Israel?




Na'udzubillah min dzalik




ayuh muhasabah..


Monday, October 26, 2009

Setahun sebagai perwakilan Kolej

Tidak pernah lagi saya menulis berkenaan tugas dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan program-program berbentuk kerohanian dan Insaniah di Kolej. Selama mana saya berada di pimpinan, belum pernah lagi saya meniti dan mencoretkan pengalaman tersebut di blog maya ini.


Semuanya tersemat kemas berada di kotak folder acer, aspire 4530. gambar-gambar yang ada kalanya buat saya tersenyum seorang diri. saya cuba menilai kembali selama mana saya berada di pimpinan, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang tidak tertunai, cita-cita yang tidak kesampaian. Bagaimanalah nanti apabila ditanya diakhirat. Allah..


Jika dahulu, tidak pernah saya rasakan ingin bergelumang dengan dunia perwakilan kolej. Kerana hati, jiwa dan fizikal saya lebih terikat dengan gerak kerja Persatuan Mahasiswa Hadhari. Tetapi, percaturan Allah dan syura kakak2 senior lebih mendahului keberkatan. Mereka lebih tahu tika saya masih mentah untuk menganalisa dan membuat keputusan. Saya serahkan segalanya pada Allah, dengan kemampuan kudrat yang ada saya akan laksanakan sebaik mungkin.





bergerak kerja bersama JPK yang lain, saya rasakan stu rahmat, Sabar, IQ, EQ dab SQ kadang-kadang tak terbalance dek kematangan yang tak dijiwai lagi. namun, insan-insan inilah menjadi penguat diri, penghibur hati dalam menerajui mehnah berorganisasi. cukup saya sayang kesemuanya, 16 orang berada di level yang sama membuatkan kami sentiasa bertatap muka. jangan rindu kat hafsah nanti yer..!!








Semalam, ketika majlis penghargaan Perwakilan Kolej, tika mana Dr. Azmi melontarkan ucapannya, ucapan kasih sayang dan tanda terima kasih dari ayahanda untuk anak-anaknya. Saya diasak dengan rasa sebak dan debaran yang amat sangat. Tambahan, sempat disematkan harapan dan impian beliau untuk meningkatkan nilai insaniah dalam diri mahasiswa. Sebak kerana saya telah menamatkan kontrak pimpinan selama satu tahun. Terlalu banyak..banyak lagi yang tidak terlaksana. Debaran kerana saya rasakan tanggungjawab yang lebih besar menanti pada tahun hadapan.







Namun, jika di’rewind’ kembali, mungkin saya boleh tersenyum dengan pencapaian kini. Dengan tertubuhnya Badan Musolla Mawar, mengexploitasi sahabat surau, kami punya matlamat dan visi untuk dicapai. Meng’grand design’kan apa yang ingin dibawa oleh Dr Azmi dalam menitikberatkan perkembangan insaniah mahasiswi, saya diasak untuk lebih mengkomersialkan Badan Musolla pada tahun berikutnya.











Adik2 dan sahabat2 pimpinan baru, ketahuilah bahawa Badan Musolla mempunyai impian dan dream yang sangat jauh. kami mungkin telah berjaya merintis sedikit ‘jalan’ kearah mencapai dream ini, namun tempoh satu tahun tidak cukup untuk merealisasikan apa yang ingin BMM mahukan. Justeru,kami tinggalkan kepada kepimpinan baru untuk terus menganalis, seterusnya melengkapkan agenda yang dipersetujui bersama.

NJika saya kenang kembali, terlalu banyak kelemahan yang dicarit sepanjang berada dalam organisasi. Adakalanya saya merosakkan nilai dari sudut pengurusan, kecekapan dan tidak ‘alert’ terhadap persekitaran ummah. Saya agak lambat memahamkan exco2 tentang matlamat, memastikan momentum dan gerak kerja kearah mencapainya laju dan tangkas.gerak kerja agak lambat. Sem ini, jika dinilai BMM hanya mampu merealisasikan 2/3 daripada keseluruhan program tanpa meninggalkan kesan 100% untuk mahasiswi menghayatinya.


namun, segalanya telah saya nilai dan perlu amat saya ambil iktibar. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran selama mana saya berada di JPK dan Presiden Badan Musolla.

"Kebaikan yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebathilan yang terancang kukuh"
wallahu'alam..

Monday, October 19, 2009

"angka + nombor" kaitan dengan al-Quran

Assalamualaikum wbt
1
Baru-baru ini bukankah kita dikejutkan dengan insiden gempa di Sumatera, bahkan rentetan daripada peristiwa tersebut, kita mendengar pelbagai tafsiran dan juga gambaran yang cube diketengahkan dalam bentuk angka VS penafsiran al-Quran.
1
kali ini, saya cuba dapatkan pandangan seorang yang faqih utntuk merungkai permasalahan yang timbul. ayuh, kita ZOOM IN...!!!!!!
1
Oleh: al-Ustadz Hammad bin Amir Abu Muawiyah al-Makassari
1
Tanya:Bismillah. Ana mendapat risalah yang disebar di masjid yang berisi hubungan antara gempa di Sumatera dengan beberapa ayat dalam Al-Qur`an. Disebutkan di situ: Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam. 8.52. Lalu kita disuruh melihat ke Al-Qur`an surah 17 (Al-Isra`) ayat 16, ayat ke 58 dan surah 8 (Al-Anfal) ayat 52, yang mana ketiga-tiga ayat ini berisi keterangan tentang seksaan Allah kepada kaum yang melakukan maksiat.
1
1
Apakah hukum mempercayai hal ini dan menyebarkan berita ini, apatah lagi sebahagian teman menyatakan bahawa berita ini juga tersebar melalui sms.
1
1
Jawab: Pertama sekali, kepastian bahawa kejadian ini adalah seksaan atau azab secara mutlak kepada semua korban adalah hal yang kurang tepat, apatah lagi mengarahkan makna ayat-ayat di atas kepada peristiwa di Sumatera. Hal itu kerana yang maut ramai di antaranya kaum muslimin yang Insya Allah baik agamanya. Seandainya ada musibah yang menimpa seorang muslim, maka itu merupakan ujian baginya dan merupakan penghapus dosanya. Ini kerana seksaan kepada orang kafir dipanggil azab sementara seksaan kepada kaum muslimin dipanggil ujian.
1
1
Jadi ,musibah gempa di Sumatera ini adalah azab bagi orang-orang kafir yang memang selayaknya menerimanya dan merupakan penghapus dosa bagi kaum muslimin yang meninggal, serta penghapus dosa dan peringatan bagi korban yang masih hidup dan bagi selainnya yang tidak mengalaminya.
1
1
Ala kulli hal, menghukum secara mutlak bahawa kejadian ini adalah azab yang diperuntukkan untuk mereka semua, adalah hukum yang perlu ditinjau kembali. Ini kerana pada zaman para nabi sebelumnya, azab hanya menimpa orang-orang kafir dan membinasakan mereka semuanya, wallahu a’lam.Kedua, anggaplah kita menyatakan itu adalah azab, akan tetapi kita tetap tidak menerima seandainya makna ayat-ayat di atas diarahkan kepada kejadian ini.
1
1
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengingatkan di dalam Muqaddimah at-Tafsir mengenai salah satu kesalahan di dalam tafsir iaitu: Menafsirkan sebuah ayat dengan kejadian yang datang kemudia, yang mana kejadian tersebut tidak ditunjukkan oleh lafaz dan makna ayat tersebut.Sementara di sini, manakah hubungan di antara ketiga ayat ini dengan kejadiannya? Betul di dalam ayat-ayat tersebut disebutkan seksaan dan azab, akan tetapi apakah kejadian ini adalah azab secara mutlak untuk mereka semua? Kalaupun azab, kenapa membataskan hubungan kejadian ini hanya pada tiga ayat, bukankah banyak sekali ayat dalam Al-Qur`an yang menyebutkan tentang azab?
1
1
Kami jawab : Hubungan erat antara ayat-ayat ini dengan kejadian di Sumatera -di mata orang yang pertama kali menimbulkan hal ini- adalah di dalam hal nombor surah dan ayatnya dan jam terjadinya gempa bumi. Bukankah ini lebih dekat kepada bentuk dugaan dan ramalan berbanding tafsiran ayat? Orang ini berusaha menunjukkan kebenaran isi Al-Qur`an dengan cara-cara seperti ini, padahal apa yang dia sebutkan tidak ada hubungannya dengan Al-Qur`an kecuali sekadar angkanya.Isi pentingnya, kami tidak mengingkari penggunaan ayat-ayat ini sebagai peringatan kepada kaum muslimin sekalian akan apa yang terjadi di Sumatera, akan tetapi yang kami ingkari adalah menghubungkan antara keduanya dengan hubungan yang tidak diterima di dalam ilmu tafsir Al-Qur`an, iaitu angka-angka.
1
1
Seandainya mahu mengingatkan kaum muslimin, maka ingatkanlah mereka dengan semua ayat yang berisi ancaman kepada pelaku maksiat, janganlah hanya terbatas pada ayat-ayat ini dan jangan pula menonjolkan kaitan di antara ayat dan sebuah peritiwa (baik/buruk) dengan sesuatu yang tidak ada hubungannya.
1
1
Ini kerana membiarkan hal-hal seperti ini berkembang akan membuka pintu-pintu ramalan dan penafsiran Al-Qur`an dengan penafsiran yang tidak dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.
1
Kembali kepada pertanyaan:
1
1. Hukum mempercayainya?
Oleh kerana tidak ada kaitan sama sekali antara ketiga ayat ini dengan peristiwa di Sumatera, maka tentunya kita tidak mempercayai kalau ayat yang diturunkan 15 abad yang lalu ini merupakan peringatan bagi orang-orang yang hidup 15 abad selepasnya bahawa akan terjadi peristiwa pada jam sekian lewat sekian. Ini kerana sama sekali tidak ada dalil yang menunjukkan hal itu, dan mengaitkannya (melalui angka-angka) adalah perbuatan berkata ke atas nama Allah tanpa ilmu dan itu diharamkan.
1
1
2. Hukum menyebarkannya?
Tidak boleh menyebarkannya dengan alasan di atas, kerana ia membuka pintu dugaan, ramalan, dan penafsiran Al-QUr`an dengan penafsiran yang salah. Ditambah lagi dia adalah perbuatan membazir harta(kredit sms) untuk hal-hal yang tidak ada manfaatnya.Sebagai nasihat, hendaklah setiap muslim tidak sibuk dengan hal-hal seperti ini, akan tetapi hendaklah dia mengambil pelajaran dan peringatan daripada apa yang terjadi di sana dan berusaha memberikan bantuan kepada para korban sesuai dengan kemampuannya. Insya Allah ini jauh lebih bermanfaat.
1
1
Jadi, hakikat sebenarnya, tafsir ayat menggunakan angka atau mengaitkan angka dengan alquran, haram hukumnya dan ulama' tafsir tak pernah menggunakan angka bilangan utk tafsir ayat.... dan untuk tafsir ayat mesti melalui 16 ilmu. ilmu angka tidak termasuk. adapun yang berlaku sekarang ini, adalah secara kebetulan sahaja dan mungkin sebahagian mukjizat alquran. namun tidaklah boleh dibawa kepada penafsiran.
1
1
apapun alhamdulillah, dengan insiden ini kita belajar sesuatu, dan mungkin satu ilmu baru untuk kita semua,
moga-moga tidak diulangi akan datang
1
Takbir..!!! ( ",)

Update lah blog.. ("-)

Assalamualaikum wbt..

Sudah beberapa kali saya diasak untuk mengupdate blog . Baik sahabat2 yang kerap berkunjung ke DQ. Darul Qatrunada ni mahupun adik2 yang kerap saya betemu di musolla. Apatah lagi saya seolah2 di desak untuk terus melontarkan penulisan dan idea di blog yang gelap maya ni. Seronok membaca kata mereka. Adakalanya saya juga digelar ber’jiwang’ dalam penulisan. OPS….!!! No, no, no…!


Tak tahu nak kata apa(dah kene pakse update blog. Esok Test….!!!!!)


Buat institusi kunjungan yang sentiasa bertandang ke DQ, moga kalian sentiasa dirahmati kerana Allah. Sahabat2, adik2, maaf dengan teratak buruk milik kak hafsah dan kak mida ni membuatkan kalian kurang selesa. Maaf andai ada sekelumit perbuatan dan perkataan yang menyinggung perasaan. Kehadiran kalian cukup membuatkan hati kami gembira dan sentiasa terbuka menerima kunjungan.


Kecoh giler kadang2 bilik ni, adakalanya mungkin menimbulkan kepelikan dikalangan jiran2 JPK yang lain. Tak peliklah kalo ukhwah kita dipandang pelik, sebab memang pelik bagi yang tak pernah merasainya. Kalau nak terserempak tu, satu batu dah cam sape orangnya. 200 meter dah angkat tangan, panggil nama..!! dari tingkat 5 ke ground flow, adik2 boleh jerit panggil kakak yang lalu dibawah. Orang2 tepi ni memang pandang peliklah.


If A nak beli makanan? Si A Tanya B nak makan apa, B Tanya C pulak nak makan apa, then C Tanya D pulak nak beli apa..hingga abjad seterusnya. Bimbang sahabat2 lain tak makan lg agaknya. Huhu sampaikan ada sahabat ni balik denga tangan yang tak cukup nak pegang makanan, untuk sahabat, sanggup sahaja..
Kongsi masalah? tak payah nak katala..boleh kata takde rahsialah antara kami, ada kot.. ckit.


Er.. ok lah tu. Kira update blog jugaklah ni kan.
Sekadar memenuhi permintaan.. (^-^)

Asif setiap kekurangan..

Hafsah Waqafan


Saturday, October 3, 2009

Kembara Cinta Ilahi 3 dan Qiamulail Jamaie

Assalamualaikum wbt..
salam setinggi ukhwah sekencang dakwah..
Buat institusi Bloggers yang dikasihi kerana Allah..


titipan seinfiniti kasih sayang buat
warga sisiwi 'marhalah mawar',
pimpinan Badan Musolla Mawar,
Sahabat2 BMM.
jiran2 'daurah Qatrunada' (DQ)
dll

Rasanya masih tidak terlambat untuk sedikit bingkisan pentarbiyahan ramadhan yang telah berlalu dan keberkatan syawal yang hampir 2 minggu menampakkan diri..
Alhamdulillah, Semoga madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mentarbiyyah diri kita.. melahirkan insan yang sebenar2nya hamba kepada ALLAH..
Semoga 'amalan-'amalan yang kita hadirkan dibulan Ramadhan diteruskan pada bulan-bulan2 yang seterusnya..
Dari saya warga dan institusi Badan Musolla Mawar, dengan serendah-rendah hati kami, memohon seinfiniti kema'afan atas segala tanggungjawab silaturrahim yang yang terabai, segala janji-janji yang tidak tertunai,hutang-hutang yg terlupa dibyr dan atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak..







AYUH... Program seterusnya,
KEMBARA CINTA ILAHI 3,
bermalam di Musolla Mawar,

dan
QIAMULAIL JAMAIE
datang lagi..


Berikut merupakan butiran program

Tajuk : Kembara Cinta Ilahi 3 dan Qiamulail Jamaie
Tarikh : 3 Okt 2009
Masa : 9.30 malam

Tentatif...

9.30 mlm : Talk dan Pengisian Ilmiah berkenaan CINTA
12.0 mlm : Bermalam di surau
4.00 pg : Qiamulail Jama'ie
4.45 pg : Continue talk..
5.49 : Solat Subuh berjemaah..


Jom, program Tarbiyah bersama..
ajak sekali adik2 Sharing is Caring
seluruh warga sisiwi Mawar, Melati, Delima
dan Kolej2 Kediaman UITM
dijemput hadir..


.:.IsLaM.:.uKhWaH.:.MaWaR.:.

Monday, September 14, 2009

Masihkah ada lagi Ramadhan berikut untukku...

Malam ini aku bejalan sendirian terhuyung hayang pulang dari solat terawih.
Hati sarat dengan pelabagai ragam emosi yang melanda diri, keseimbangan IQ, EQ dan SQ yang tak ter’balance’ dek kesihatan yang tak brape nak ok. Semuanya bercampur baur.Dari iftar dan tadarus jamaie td hinggalah ke Solat terawih dan witir, seakan2 hati dikecamuk rasa hiba. Entah pada apa harus aku tumpukan perhatian. Keletihan badan yang melampau turut menjejaskan kekuatan zahir dan batinku. YaAllah, lemahnya aku tanpa nikmat kesihatanMu.


“Hafsah, dah sihat?”


“ha, jgn lupa pakai topeng muka. Takut suspect H1N1..”


“jangan lupa mkn ubat”


“Hafsah baliklah, tak payah join unit hisbah. Kan tak sihat..”


“taktik nak kebah, jangan pakai baju tebal2…etc”


“sah, dah gi klinik lom?”


Inilah ragam sahabat2ku, yang kebanyakannya risau dek kesihatanku yang tak menentu. Benarla sabda Nabi SAW, ibarat sesama mukmin dalam kecintaan, belas kasihan dan kasih sayang mereka, adalah bagaikan sebuah tubuh, jika satu anggotanya mengeluh, maka seluruh anggota badannya turut merasakan dengan berjaga malam dan demam.


Berhenti seketika aku di tepi surau. . Tiba2 terdetik, aku membilang hari dengan jari. Ramadhan berbaki 5 hari. YaAllah, ramadhanMu.. Terleka aku mungkin agak lebih melayan demam, batuk dan selsema yang masih tak kebah masuh hari ke-5. Perit, adakala sakit kepala yang menyerang ‘ala2 migrain’ buat aku lebih melayan rehat dan tido.


Kali ini dongakku 90˚ menghadap langit. Memandang ke langit kemerah-merahan. Nak hujan agaknya..Menutup hatinya dengan kabus gelap. Mungkin sudah penat memancarkan sinar dari matahari di siang hari. Tiada rasa hati untuk ku mengeluh, kerana aku tahu sifat mengeluh juga sebahagian dari syirik khafi. Tidak ingin walau secebis aku mensyirikkan tuhan..


Aku berehat sebentar di wakaf bahagian sudut tepi musolla.sendirian.. Pandangan mata berpinar melihat bangunan marhalah mawar yang mencangkar langit. 9 Tingkat. Tinggi.. hatiku kuat meronta mahu merenung panjang. Solat terawih yang berbaki 1/3 daripada jemaah awalnya.. Bilangan iftar jamai’e yg semakin merundum, bilangan tadarus jamai’e yang semakin menyusut. Solat jemaah subuh yang hanya tinggal berapa kerat..


Sahabatku.. dengan nada apakah lagi untuk aku ber’husnuzon’. Dengn gerak daya bagaimanalah lagi untuk aku merayu dan menyeru.. Letihkah kalian berada di saf ini.. penatkah kalian bersama mata-mata dan rantai-rantai perjuangan. Tega kah kalian membiarkan sahabat lain terumbang-ambing dalam usaha mengistiqomahkan diri. Sanggupkah kalian membiarkan hanya 2, 3 kerat mujahidah mengimarahkan musolla, menggerakkan segala aktiviti dgn tulang2 hawa yang tak seberapa ni.. tak mampu.. tak mampu sahabat..



Jujur, aku terlalu merasai keletihan.. dipenghujung sem, apabila segala gerak kerja yang dijalankan selama ini dinilai semula. Aku semakin penat dan lelah untuk terus bermuhasabah dan berdialog dengan jiwa. Bertengkar dengan nafsu..Walaupun Allah tak melihat kepada hasil kejayaan semata, tapi dilnilai olehNya adalah usaha. Namun, tidak cukup sekadar itu aku membuat penanda aras.Terdetik aku,betapa ramainya warga siswi yang jauh dan makin jauh dariMu..



Hiba..sayu..lantaran, aku bisikkan ditelinga :
“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

Aku mulai resah saat berpijak di marmar untuk menuju kebilik. Aku tenangkan hati, cuba menerima apa jua pemandangan yang muncul di kedua belah mataku. Tetap aku melangkah, meskipun berat bak bata yang menghempap. MasyaAllah, mengapa begitu sukar kau menyedari saudaraku? Telah berulang kali aku tegaskan, aku amarahkan pendirianku, jauhi apa yang dilarang tuhan. Ikatlah dirimu dengan musolla. Jebakkan dirimu dalam suasana biah soleha. Namun, kau berdegil. Aku semakin resah di situ. Tidak lagi aku mahu menoreh dalam luka dihati. Mungkin lebih baik bagiku untuk men'silent'kan diri. Ya, mungkin ia lebih baik. Jalur dan warna ketetapan ilahi, siapa mahu melawan?

Lantaran satu kalimah meng’enak’kan dan me’reda’kan hati..


.:.kerja tuhan siapa tahu, setiap hati milikNya kan.:.

Wednesday, September 9, 2009

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMuTuhan...
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum wbt..



Lama penulisan blog saya biarkan senyap seketika, hampir berhari mencecah minggu malah mejengah ke bulan. Jika nak diikutkan, ada saja yang ingin dikongsi dalam penulisan. Malah, sempat saya listkan tajuknya didalam notepad. Tapi, masa berlalu pergi tanpa tindakan apa2 dari saya. Mungkin kedhaifan dalam menguruskan masa dengan baik. Saya masih belajar. Nak kata sibuk? Ramai lagi da’ie yang bertebaran menghabiskan sepenuh masa untuk Islam. Saya? Apalah sangat..


TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH..


(Forum Mencari Isteri Idaman)

Tahniah kpd Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Seketeriat Exco Agama dan Kerohanian, Pimpinan Badan Musolla Mawar, PMH dan seluruh warganya atas kejayaan beberapa program yang telah diurus dengan cantik dan rapi. “Bicara Ramadhan”, “Mencari Isteri Idaman”, “Sehari Bersama Seabad Terasa” dan berbagai.

Mencari Isteri Idaman

Pada mulanya program ini berbentuk talk yang melibatkan sepasang suami isteri. Tetapi atas beberapa kemaslahatan, program ini berubah ’shape’ menjadi forum. Dan ramai pula yang menjadi penerjun dan mampu mendarat dengan baik. Alhamdulillah..

(lambakan Mawarians..)
Perkara yang cuba ditekankan adalah persoalan berkenaan dengan wanita dan title isteri. Melihatkan kepada enakmen-enakmen yang kompetitif dalam mengejar ketandusan isteri yang soleha, saya merungkai satu-satu persoalan mengenai fitrah manusia, seterusnya ciri dan idaman isteri menurut kaca mata lelaki.


Saya rasa bertuah kerana dapat bersama-sama memperbincangkan isu dihadapan mahasiswi di marhalah mawar walaupun menjadi salah seorang ahli penerjun. Tetapi tidaklah seterjun yang baru shaja diconfirmkan untuk menjadi panel pada jam 7, forumnya jam 8.30 malam. Dasyatlah ustaz..


Bukan utk dikisahkan siapa penerjun @ bukan, tetapi penghargaan yang tak terhingga kepada pihak2 yang terlibat kerana mampu menjadi backup plan dalam menyampaikan dakwah kampus sacara langsung kepada warga Mawar khususnya.


Suka untuk saya merungkai bait-bait dan beberapa pengisian yang diketengahkan apabila diajukan persoalan oleh saya yang bertindak moderator. soalan ke-4 pada pusingan ke 2, melayakkan pandangan seorng siswa untuk dikongsi apabila ditanya mengenai calon isteri idaman. Dan katanya, “soalan yang diajukan sngatlah panas..rasa mcm nak balik jer”. Layan..



(Penuh semangat..)


1. Taat dan Patuh pada suami

Pernah Rasulullah bersabda,

“sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Apabila engkau memberi perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga dirinya”




Ironinya, ramai remaja telah menjadikan hadis ini sebgai satu amalan sebelum menjelang perkahwinan. Contohnya, wala’ pada yg bukn bergelar suami, @ hanya dgn title ‘boyfren’. Bermesra mengalahkan bulan pernama. Dok makan berdua, lamanya seperti nak tunggu bulan jatuh keriba. Dah confirm ker dia suami kita??? Istikharah dah? Kalo tak jadi, macam mane..?? tak rasa buang masa? Tak rasa kita kumpul banyak dosa? Tak takut Allah tak pandang kita dengan pandngnNya..? YaAllah… sahabat2, warga Mawar yang sngat dikasihi, inilah dia realitinya. Keadaan masyarakat yang semakin membimbangkan keadaanya, kondisi mahasiswa yang tidak kompetensif dlm mengejar kebaikan. Malah mencatat keburukan dgn tangan2 mereka sendiri.. nauzibillahiminzalik..

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.



3.Berhias untuk suami



Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.



Sabda Rasulullah SAW:



Dari Jabir ra. Ia berkata:



"Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing". Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)



Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam



Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.




Allah SWT berfirman, ertinya:



“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)





6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami


Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.




Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

Bersikap malu terhadap suami.


Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.


Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.


Sentiasa menghormati keluarga suami .

Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.



Kesimpulannya, secara pandangan kasar saya melihat segala persoalan yang diketengahkan mampu digarap dan diolah dengan ilmiah oleh saudara fadhil. Pandngn dan corak yang berbeza dilontarkan oleh kak sya dlm bentuk yang lebih santai dan memikat. Setinggi-tinggi tahniah buat al-Fadhil ‘ustaz’ Mohd Fadhil kerana telah menjadi penerjun yang baik dan mendarat dengan cantik, juga kepada ustazah Dr. syarifah atau lebih mesra dgn panggilan kak sya.

.:.salam mahabbah .:.

Tuesday, August 18, 2009

Friday, July 24, 2009

ku Genggam Satu Azimat

bismillah Pictures, Images and Photos
Assalamualaikum wbt..

lama sgnt blog ini aku biarkan bersawang, akhirnya ketakmampuan

aku memejamkan mata melayakkan 1 post'g utk pg ini.

alhamdulillah.. (^-^)

0

SHARING IS CARING

o
“Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu,
Sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu, Aku akan terus menyerumu,
Pada yang Satu..”


Satu per satu bait kata nukilan Fatimah Syarha ini aku pegang erat.
aku rasai, betapa sukarnya mengajak dan menyeru.
Bagaimanalah ingin aku taut hati adik-adik ini yaAllah..???
Sungguh, aku tak mampu..

Adik-adikku…
Hadamlah setiap bingkisan ini,
“Ingatlah bahawa Islam berputar, maka berputarlah
kamu bersama Islam kemana saja ia berputar..
Ketahuilah bahawa penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka
Janganlah kamu berpisah dari al-Quran..”



Adik-adik yang akak kasihi…
Rasailah apa yang telah kami lalui..
Tika sabar diuji, itulah tarbiyah.. bila derita menyapa..
Baru kita tahu sengsaranya derita.. saat rasa diri kuat lantaran kakuatan sahabat, baru kita
tahu tingginya martabat ukhwah..

Adik-adik yang kasihi..
Sharing Is Caring adalah wadah terbaik untuk dirimu…
adik-adik berupaya memilihnya.. walau kadag kala rasa diri tersasar
lantaran pautan nafsu.. namun peluang dari-Nya
sentiasa ada..


jika pernah terdetik, “BUANG MASALAH DGN SHARING IS CARING TU..”
“MALASNYA NAK TURUN JUMPA KAKAK TU..”
“ALAH..BOLEH KE AKU KOMIT DGN SIC NI..”
“ CUKUPLAH DULU MASA KAT SEKOLAH, AKU DAH TAKNAK TERIKAT”
“BANYAK LAGI KERJA AKU NIE, STUDY LAGI”

Beristigfarlah kembali adik-adik…
Yakinlah, setiap masa yang kita infakkan pada jalanNya
akan diiringi dengan seribu kemanfaatan..

Adik-adik yang akak kasihi..
Nak Tanya sikit boleh??
Beriman tak adik-adik dengan ayat ni..?? Surah Muhamad, ayat 7, page 507.
Tentulah kan.. kata-kata Allah, siapa yang tak percaya.
Beriman kepada Kitab, bukankah itu satu rukun iman yang 6.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah,
Nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanMu”

Hrm….Janji Allah tu.

o
(^-^)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AKU GENGGAM SATU AZIMAT…
“Hafsah, kau hanya penyeru, bukn penghukum..”
YaAllah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku..
Itu tugas rasulMu,
Aku kuteruskan semampuku..
Hingga kehujung nafasku..
Izinkan aku..

Amin..

Tuesday, June 9, 2009

ALUMNI BMM 'fresh' dihati


ALUMNI Badan Musolla

(ana 4 dari kanan bersama barisan alumni)


Sem kedua yang melayakkan saya bergelar JPK mengheret beberapa insiden demi insiden yang pastinya membuatkan saya tersenyum sendirian. Tidak kurang pula hati diulit resah lantaran beberapa tanggungjawab yang masih lagi tidak terlaksana bahkan mampu ‘memberatkan kepala’ diri yang dhaif lagi hina ini. Penulisan saya kali ini mungkin lebih ingin mengungkit kenangan dan mengetengahkan jasa-jasa mereka yang telah bergelar “ALUMNI Badan Musola Mawar”.

Ukhwah yang tertaut erat antara kami memungkinkan perpisahan yang terjadi sering dikenang. Dengan mempraktikkan system barter, saling bertukar-tukar video peribadi,kad-kad ucapan, kata-kata semangat atau boleh diertikan sebagai ‘pena kasih sayang’, segalanya sangat manis bagi kami.


Rumah Allah menyaksikan pertemuan antara sesama kalian. Bachelor af degree in Mathematics, Law, Mechanical of Engineer, Chemistry, Biology, Farmacy, Medic, perbezaan ’course’ yang diambil di Universiti dan latarbelakang keluarga juga taraf kehidupan tidak menghalang pertalian UKHWAH yang dicipta keranaNya terus dibajai.
Sabda Rasulullah s.a.w :-

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Masihkah ada lagi kenangan-kenangan kalian saat selesainya solat berjemaah di Musolla Mawar? Masih segarkah diingatan kalian tatkala pipi sama bertaut, tika tangan saling menggenggam erat, saat lutut saling bersentuhan, pabila duduk dalam kumpulan sambil seorang diantara kita meyampaikan tazkirah, alunan sayu zikir munajat setiap malam sabtu, pengisian tajwid antara kita walaupun serba kekurangan? Subhanallah.. juga pada waktu-waktu ifthor Isnin dan Khamis lantas merasai nikmatnya suapan pertama seorang sahabat.

Apakah masih jelas diingatan kalian semua? ”Malam Aman Palestin” yang tenang menyaksikan hujan renyai-renyai pada jam seawal 8.00 malam. Saat hati gelisah dan mencipta resah apabila dua program bertembung di Dataran Cendekia, malam yang dingin apabila hujan berhenti menangis lantas mencipta kabus namun bahang dengan rasa ketidakpuasan hati. Antara mereka dan kita. Segalanya dalam kenangan. Apakah masih antum ingat saat2 kita saling berganding bahu menjayakan program-program kerohanian berkala di Kolej, biarpun banyak kekurangan mencipta keluhan. Tapi cukup ana bangga dengan kalian. Kekentalan dan kesabaran menghadapi segala tribulasi menjadikan hati ana terus tegar untuk bersama kalian. Syukur pada Allah kerana mengurniakan sedikit kekuatan dari ’kekuatanNya’.

Dalam kenangan yang tercipta dan malam-malam yang kita isi pengisian bersama, ’jengah’kan di hati antum dengan rasa syukur kepada Allah dengan kurniaan ukhwah yang terus mengalir dalam diri. Jika pernah terlintas dihati dengan rasa benci, tidak senang dengan sahabat, beristigfarlah.. sesungguhnya itulah tipu helah syaitan untuk menyesatkan manusia.Ukhti, maklumlah bahawa diantara pendekatan syaitan untuk menyesatkan manusia adalah menanamkan kebencian pada dirimu terhadap sahabat-sahabatmu. Syaitan akan terus-terus membisik ditelinga kita :
”orang ini pernah berbuat sesuatu, orang itu pernah meyakitimu”
Makhluk Allah itu tidak akan pernah rasa jemu dengan propaganda itu sehingga dirimu menyendiri, lemah dan malas. Kemudian, diri kita yang banyak dosa ini akan terus diheret mencintai dunia, kita diperdaya oleh syaitan dengan khayalan-khyalan maya,memikirkan dunia dengan segala kesenangan dan kesibukan-kesibukan duniawi yang remeh sehingga menyekat perjuangan kita di kampus. Tidakkah kalian rasa ianya satu kerugian yang sangat besar? Ukhti, dengan rasa rendah diri dan penuh kasih sayang untuk semua. Jagalah hati-hati kalian daripada rasa asing dengan sahabat, masalah dakwah, majlis-majlis ilmu, agar dirimu terhindar daripada menjadi santapan lazat dan terjerat dengan tipu daya syaitan. Semuanya telah jelas diolah dengan penerangan yang baik dalam buku VIRUS-VIRUS UKHWAH karya Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah dan JANJI DAN SUMPAH IBLIS karya Adil Akhyar. Hidupkanlah dalam kehidupan kalian dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Ana sendiri sedang berusaha menjadikan sunnahnya sebagai budaya.

Dan jika ada diantara kita yang lebih banyak mengundang keluhan daripada mencipta rasa senang, InsyaAllah setelah semuanya berlalu barulah kini kita sama merasai manisnya rasa mahabbah. Ukhti, campak dan semaikan hati-hati kalian di Kolej ’Wardatul Syauqa’ itu untuk dibajai. Semuanya masih kukuh dalam ingatan.

Mohon maaf dari ana sepanjang berada di marhalah Mawar atas keterlanjuran kata-kata, ketidakpuasan hati, keputusan dan perancangan yang tidak rapi, kalimah yang mengguris jiwa dan segala rasa kurang senang. Ingatan ukhwah dan simpulan kemas berpintal iman akan terus tertaut disitu. InsyaAllah.

Dalam hadith Qudsi , peganglah dengan FIRMAN Allah Subhanahu wa Ta'ala :

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”




.:. ISLAM .:. UKHWAH .:. MAWAR .:.


Halusinasi hamba yang dhaif..


Alhamdulillah, seungkap kalimah lailahaillallah terus meniti dibibir.

“apakah ertinya saya menganut Islam” garapan hebat Fathi Yakan. Menjadikan saya terus kaku dan setia kemana sahaja bersama buku ini. Satu pengalaman dan pembacaan yang sangat berharga. Malahan apabila mengulangi pembacaan ini, darurah dan kewajipan atas kesedaran sebagai seorang muslim terus menghantui diri. Sudah pasti! Saya telah jatuh cinta. Inilah sumbernya untuk saya sedar dan terus sedar. Subhanallah, masih lagi saya terfikir bahawa inilah.. inilah nikmat Allah yang tidak ternilai. Iman dan Islam. Saya ada Islam, dengannya saya dikurniakan iman.

Lantaran kelemahan dan keburukan yang sering menguasai diri, saya tidak mahu terus hanyut dengan arus dunia. Saya tidak mahu meniti umur yang menginjak usia 20 tahun ini hanya dengan kejayaan akademik semata-mata. Sebaliknya, hati terus ingin melangkah lebih jauh, memberi sumbangan sepenuh jiwa dan raga hanya untuk agama Allah ini. YaAllah, izinkan hambaMu.

Satu per satu peristiwa saya fikir dan renungkan sepanjang tahun pertama saya di UITM. Adakah hanya mensia-siakan masa yang Allah telah berikan? Nauzubillahiminzalik.. minta dijauhkan. Atau dari sudut perkadaran yang tidak seberapa, saya mampu menginfakkan sebahagian masa daripada keseluruhan masa yang telah Allah berikan ini pada jalanNya? Alhamdulillah.. (^-^)

Memulakan langkah dan kayuhan pada sem pertama bersama PMH, saya rasakan satu jutaan rahmat dariNya.. Melibatkan diri secara istiqomah bersama persatuan inilah, saya mengenali serba serbi kondisi sebenar bagaimana itu dakwah. Kolotnya saya ketika itu. Hampir-hampir mengalami kejutan budaya memandangkan satu per satu perkara yang saya tempuhi tidak di ‘mind set’ kan diotak, dan terus dihadam. Tetapi atas kehendak dan naluri yang Allah berikan, digerakkan hati ini untuk terus bersama mereka. Alhamdulillah.. dan akhirnya, dengan dorongan sahabat-sahabat saya melayakkan diri untuk di’interview’ oleh Pegawai Pembangunan Pelajar untuk menjadikan pangkat JPK terus berada di pundak dan bolehlah dikatakan mem’beratkan kepala’.

Sepanjang berada dibarisan pimpinan, masih jelas diingatan, saya mewujudkan beberapa perancangan jarak dekat dan jarak jauh sebagai langkah pertama dan berterusan di Kolej Mawar. Tidak menjadikan golongan yang berfikrah tertentu sebagai sasaran, saya terus ligat dengan idea-idea bernas yang dikeluarkan oleh AJK Badan Musola Mawar sendiri sebagai strategic dan backup plan untuk program kerohanian di Kolej. Tak terucap kepiluan diri lantaran terasa amat sukar mengajak, menyeru dan terus mengislah. Mungkin atas kedaifan dan kejahilan yang masih lagi membelenggu hati. Namun, bukan berasal dari pendidikan sekolah agama di peringkat menengah tidak menjadi asbab untuk saya terus tunduk pada kelemahan diri. Ianya saya jadikan satu cabaran lantas mendorong saya untuk lebih konsisten memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. InsyaAllah..

Dan alhamdulillah, boleh saya katakan Rancangan Peringkat Pertama berakhir dengan kejayaan dalam menanamkan kefahaman dari sudut peribadatan dengan beberapa agenda. Jauh dari sudut hati, saya bimbang barah-barah yang ada akan terus menular dan merosakkan setiap inci dan segenap kehidupan mahasiswi, mengkucar kacirkan pemikiran, merosakkan akhlaq dan akhir sekali menyediakan masyarakat kepada ketewasan pertama Umat Islam suatu ketika dahulu. Saya berusaha untuk mengelak!

Seterusnya, Rancangan Peringkat Kedua terus menghimpit saya dengan terus rasa bersalah atas sikap dan kecuaian yang tidak sepatutnya. Dalam erti kata lain, saya tidak mahu menjadi diri ‘tawanan’ yang kalah dan keciciran, terus dicengkam perasaan, tertipu pula dengan anasir-anasir kepalsuan dan keindahan zahir yang memukau. Justeru, tekad harus disematkan dan perancangan yang lebih teliti perlu amat saya teliti dengan rapi. Itu pengajaran!

Rentetannya, saya merasakan bahawa amat banyak dan besar sekali kekosongan jiwa-jiwa mahasiswi yang tidak dapat diisi dengan Islam sepenuhnya, Aqidah? Sistem hidup mahupun akhlaq? Syariat.. kesemua keperluan ini menyebabkan saya berhadapan dengan satu tanggungjawab besar mendepani sem hadapan yang memungkinkan terciptanya sejarah masa depan umat Islam. Ya, tanggungjawab ini pastinya memerlukan iman dan iradah yang ampuh!

p/s : Allah tidak akan membebani sesuatu melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya.

(^ - ^ )

Thursday, May 28, 2009

'PerMuLaaN' di sanubariku

.:. Assalamualaikum wbt .:.

Alhamdulillah, minggu MMS berlalu sudah. Malam semalam, perjalanan pulang kekampung di tangkak pada jam 6 petang. Jika nak diikutkan, mengambil masa hanya lebih kurang 3 jam utk sampai. Tapi otak ligat mengatakan bahwa bas ini akan singgah di Pudu dahulu dan melewatkan perjalanan. So. Maybe dalam pukul 10.30 malam nanti baru sampai. Pernah suatu ketika, bas yang saya naiki dalam perjalanan pulang ke destinasi sampai ke melaka dan memakan masa 30 minit saja lagi untuk sampai ke Tangkak. Tapi, bus terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur, mahu tak sampai 3 jam pergi dan balik. Totally, 6 jam saya menghabiskan masa dalam bus. Bus apa? Opps, tak perlulah saya sebutkan.


Semalam saya tinggalkan sahabat dengan seribu satu macam rasa, rindu, sayang. Jiwa sarat dengan ukhwah yang tertaut erat, hati diheret nilai taqwa yg berharapan ingat terus bersama mereka. Bimbang lost, bimbang cuti tak terlaksana dengan baik. Tapi, bila mengingatkan mak dan ayah yang sentiasa menanti anaknya pulang, hasrat itu cuba saya kaburkan sementara. Hanya kaburkan, bukan dipadamkan terus.

Bersama mereka, hati menjadi tenang. Bersama mereka, rasa difahami. Bersama mereka, jiwa diikat rasa cinta pada agama dan perjuangan. Bersama mereka, saya rasa keindahan Islam itu akan terlaksana. Mereka tidak lupa bangsa, tidak lupa negara. Semunya berperanan ’penting’ dan ’lebih penting’. Subhanallah! Hebatnya apa yang saya rasa.

Cuti ni, saya terus didesak dengan kesedaran untuk memantapkan diri. Dari sudut pengisian rohani dan mentaliti. Otak telah ligat berfikir bahawa cuti kali ini harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan kebolehan diri lantas memaksimumkan pengisian untuk adik2 baru naik cuti nanti. Ledakan debaran demi debaran menjadikan saya terus tidak keruan menempuhi dan mengisi masa cuti yang baru bermula pagi tadi.


1) Al-Raheeq Al-Makhtum Sirah Rasulullah SAW oleh Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Murakfuri

2) Penyakit Umat Islam (kaedah & cara pengubatannya) oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh

3) Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan

4) Janji & Sumpah Iblis oleh Adil Akhyar

5) Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya) oleh Mustafa 'Abdul Rahman

6) Is The Bible True Word Of Good? oleh Sheikh Ahmed Deedat


InsyaAllah, dengan izin-Nya inilah 'title'2 buku yang saya aim untuk diisi dalam masa fre ni.


'Tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada' - asSyahid Imam Hassan al-Banna.


Justeru, SEMATKAN TEKAD!






Saturday, May 23, 2009

SeLaMaT DaTanG

Bismillah Pictures, Images and Photos




23 Mei 2009




Dicatat sebagai tarikh bagi seluruh penghuni Kolej Mawar menerima orang baru. Baik dari kalangan staff, JPK, LO mahupun PM terus meneima asakan dan ledakan debaran untuk menerima adik-adik pelajar asasi bagi ambilan Mei. Alhamdulillah, segala gerak kerja berjalan dengan lancar. Mungkin terdapat beberapa kekurangan dari pelbagai sudut, tetapi dari sudut pandangan tepi saya perhatikan segalanya berjalan tanpa urusan yang meragukan.




Bermula dengan pendaftaran kolej bagi pelajar baru, LO dan PM menyambut orang baru dengan senyuman. bait "Selamat datang ke Kolej Mawar" tidak lekang meniti dibibir, dihias dengan senyuman seikhlas hati. InsyaAllah.




Mungkin boleh saya ulas berkenaan beberapa incident. Ada diantara ibu2 dan bapa2 yang agak demand untuk menyelesaikan Proses pendaftaran anak2 kesayangan mereka. Tapi takpelah, saya paham memandangkan otak dan mental ini telah saya aktifkan untuk menerima apa sahaja karenah dan tribulasi penjaga juga pelajar2 yang baru mendaftar ni.




ada pula, "kak,saya homesick la..". ha, sudah. lalu, dengan kekuatan yang ada cuba saya berikan kata2 semangat dan dorongan. Biasalah, fresh lagi. Baru habis SPM kan.




Bagi sesi malam, adalah slot kerohanian. Dinanti bukan? Dimulai dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah membuatkan adik2 baru ni saya perhatikan agak teruja untuk slot berikutnya. Tazkirah selingan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Aminudin yang boleh ana simpulkan 'main' penyampaiannya adalah berkenaan syahadah. "Lailahaillahumuhammadurrasulullah"
Adik-adik baruPelajar Asasi Ambilan Mei 2009-Fresh lagi tu.. -















Buat adik-adik baru, selamat datang ke Kolej Mawar.
Selamat datang untuk melanjutkan pelajaran ke UITM.
tahniah semua kerana andalah insan terpilih.

PerCaYa..???

( ^ - ^ )



.:. Islam .:. Ukhwah .:. Mawar .:.

Wednesday, May 20, 2009

AllaH PiLiH aKu ?

Bismillah Pictures, Images and Photos
ALLAH PILIH AKU ?
A
Entah bagaimana hendak digambarkan perasaan kali ini.
A
BERTUAH? TERSELAMAT? TERIKAT?
dgn satu AKUR JANJI..
A
alhamdulillah.
.
aku BERTUAH kerana ada mereka.
aku menangis dan akhirnya tersenyum kerana
diIKAT dengan JANJI SETIA.
aku rasa SELAMAT kerana berpegang dgn 'KALAM-NYA'
lalu..
A
kemanakah akan terus aku INFAKkan kakiku ini?
A
Aku sendiri MENANTI JAWAPAN.. ^-^
A
PLAN + TARBIYAH DIRI + TINDAKAN
+
TRIBULASI
A
yang pastinya AKU BERSAMA MEREKA..!


A

Saturday, April 18, 2009

DEMAM ke? SelseMa 'EXAM' jer..

Warga kampus demam 'exam'.

ana pun salah seorang di antara ribuan siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. .
PTAR 4, UITM...kalih beberapa kali disudut satu meja, pandangan mata sedia tertumpu pada tulisan yang tertulis di atas meja tersebut. Dengan pensil.

Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain. Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar. Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. Oh…no!

Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja kita. bukan nak bercakap soal bahasa. simpati pada siswi yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas, dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. Apapun, respon yang diberi mungkin sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…Redha je la…Ada hikmahnya…Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

Tersenyum aku.
terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Oh, bisa penangan cinta!

aduhai, teringat peristiwa beberapa hari lepas usai pulng dari Forum brsempena "Konvensyen al-Quran", laluan pintu gate besr Kolej Mawar, UITM .dipenuhi dgn kereta2 dan motosikal2 beserta couple2yg sprtinya tak mahu berganjak dari kedudukan asal.

astagfirullah.. begini rupenye kolej aku.

########............................

disentak lamunan oleh shbat JPK, Kak Masyi "hafsah, awk ni knape.. ok ke tak?"

** " baru balik ni. tak kak, hafsah xtahan la tengok keadaan luar gate Mawar tu. dah mcm kwsan 'haknyai..' " ~aku mula luah apa yg sarat dlm kepala.

kak Masyi :- erm, mcm tu lah hafsah, dah makin teruk socialnye"~ blasnya..

lalu, dgn kudrat yg ada dan 'kuasa' yg telah termaktub..

**"kak, apa kata kita wat gerak gempur jom mlm ni. kalo ikutkan pekeliling Mawar sendir mane boleh berdua2an, lepak tempat 'malap' mcm tu.pnggil sekali JPK diplin & keselamatan ngan RS. RS mane yg free mlm ni?"

yani :- Pn hafiza..ha, cantik! bawak skali Kak Aini. ada MT kuat sikit.

lantas, handphone aku capai utk dial no pn hafiza. Alhamdulillah.. RS mudh berikn kerjasama.
diberikan permission 100% utk usaha kami mlm tu.
bergerak ala-ala 'skuad maksi' bukn waqi' utama ku,krn perlu amat aku jga pndgan RS.padaku, mlm ini cukup sekdr kita 'halau' hantu2 haknyai tu..esok lusa kita tubuhkan pulak 'gerakan JPK & RS'

~~boleh dikatakan, cube aku smpaikan kpd mereka dgn cara berhikmah.. tp ada kalanya, kehendak jiwa jd hilng sabar bila rasa dicbar. apatah lagi, hujah mereka 'melirik' soal agama. timbul sdikit pertengkran kecil dgn seorng siswa brsama 'aweknya' memperdebatkan soal muamalat (pndgn mata). sampaikan terkeluar ayatku "jgn berckap soal muamalat jika kamu sendiri tak belajar waqi' utk bermuamalat'~~~astagfirullah..

lalu, ditenangkan oleh shbat seangkatan JPK yg lain. "takpe,dia akan jawb diakhirat.."


Mujur ada mereka.


kak zana(tgs khas), yani (Informasi), Kak maizan (ydp), ana (kerohanian), kak Masyi (akademik) n kak Mida(kepimpinan)
insan2 ini anugerah Allah yg tak ternilai utkku.

kekuatanku meredah TRIBULASI DUNIA UITM


tapi, bukan itu perkara UTAMA. yang AULAnya

adalah


Remaja + Fitrah + Cinta



<< ..dari ana.. >>

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu.




Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.


Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).


Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26).

Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.


Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.




<<..AKU TERIMA NIKAHNYA NOR HAFSAH OMAR....

siapakah dia..ingin ku tahu.
ntah2 Allah lebih dahulu menjemputku.
Allah..bagaimana pula KUBURku nanti..
takutnya aku..


"PEMILIK CINTA-KU SETELAH ALLAH & RASUL"

.......................

Tuesday, April 14, 2009

BitTauFiQ waNnaJaH




USAHA + DOA + TAWAKAL + REDHA



kalih pndgn mata ku beberapa kali melihat jadual belajar didinding yg tak terlaksana dgn baik..tambahan, dgn 'carier mark' yg masih membimbngkan hati..


lantas terngiang kata seorng shbt yg 'if kita terlalu merisaukn sesuatu, tandanya seolah-olah kita tak yakin pada Allah'. astagfirullah..


lalu, perlu amat aku memperbnyakkan doa,


"FAIZA 'AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH"


Padaku, penting untukku tunjukkan 'izzah ISLAM dalam segala aspek; akademik, perasaan Redha, ikhlas walaupun payah..duka walaupun sengsara DLL.

kerana apa yg harus aku imani, tiada apa yang KAU taqdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.."


( ^ - ^ )


Ya ALLAH,
sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada ISLAM dan perjuangan,
maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara.
Dan sekiranya kejayaanku membuatkanku jauh dari ISLAM dan perjuangan,
maka KAU lebih berhak menentukan selayaknya untukku
.






subhanallah walhamdulillah...
tiap kejayaan, kekuatan, milik-Mu hanya disndarkan utk-Ku.
bila2 saja Kau mampu menarik semula..
jgn jadikan aku antara yg leka dlm 'proses imtihan', hingga aku lupa ibadahku, hingga aku lalai laksanakan tugasku, bantu Ya Allah.
krn apa yg aku impikan adalah redho-Mu.
YaAllah, kurniakanla buat usrahti (keluargaku), sahbt2 ku,
kejayaan demi kejayaan..
agar bisa kami jadikan sbg penggerak dan medan terbaik utk melangkah
ke jalan dakwah yg lebih besar.
':BIT TAUFIQ WAN NAJAH :'

Monday, April 13, 2009

PBA mencipta wadah



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..


Allahumma Antal 'Azizul Jalil,

sesungguhnya aku merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapMu,
atas kurniaan-Mu yg tak terhingga.


Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya ditgnMu sajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru, jadikanlah apa kiranya segala kerja
mereka sepnjang 2 hari itu, sebelumnya mahupun hari2 yg mendatang sbgai Ibadah yg Engkau redhai.
terimalah segala kerja mereka sbgai amal soleh yg Engkau berkati.


rahmatila kami Ya Allah dgn al-Quran.
Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dgn ketinggian martabat al-Quran.
Muliakanlah kami dgn kemuliaan al-Quran.

Peliharalah lidah kami dari melakukan pnghinaan dan pendustaan terhadap Kalam-Mu.
Kurniakanlah apa kiranya kpd kami kekuatan dan keazaman utk membaca & memperkota ayat2-Mu dlm kehidupan.


Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami, bila-bila, dimana shja, walau kerana apa,
dengn keazaman serta dgn iltizam dan istiqomah utk terus menabur budi dan bakti kpd agama-Mu. kurniakanlah dari kami zuriat dan genearsi beriman

agar suatu saat kami mampu mencipta wadah
memartabatkan keindahan dan kebenaran al-Quran yg sebenar..


.: AMIN :.
( ^ - ^ )
>>dalam hati aku ada mereka <<



 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa