Wednesday, November 9, 2011

Saya dan penyakit SCOLIOSIS

************
Slide x-ray saya diangkat ketempat yang lebih cerah..

“Tulang awak memang mcm ni ya?” Doktor memerhati lama x-ray tersebut.

Saya jadi kaget. Kenapa pulak dengan tulang aku.

“Tengok nie, tulang awak bengkok..”
doctor menunjukkan aluran tulang menggunakan alatan panjang.

“bersukan ke dulu? Awak kene kurangkan angkat benda berat. Awak muda lagi, ni masih belum tampung anak dlm kandungan….bla bla bla”
saya khusyuk mendengar bebelan doctor.
Hampir 30 minit.
Disuruhnya saya terapilah, itulah, inilah…
hmm… bukankah fenomena tulang bengkok itu perkara biasa wahai doctor?
Saya menempelak sendiri. ala2 bereaksi seperti seorang doktor..

******************

Mencari dengan tenang, ^_^

ini Research saya

Scoliosis ( Tulang belakang yang bengkok)




Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani.

GEJALA

Gejalanya berupa:
1. tulang belakang melengkung secara abnormal ke arah samping
2. bahu kiri dan kanan tidak sama tingginya
3. kelelahan pada tulang belakang setelah duduk atau berdiri lama
4. skoliosis yang berat (dengan kelengkungan yang lebih besar dari 60°) bisa menyebabkan gangguan pernafasan.

.Wajarlah kebelakangan ini kerap benar saya sakit belakang, sakit dada dan cepat penat.. saya fikirkan tekanan kerja tetapi ini puncanya.


BAHAYA SKOLIOSIS

Fakta pentingnya lainnya, dalam tingkat yang masih ringan, skoliosis memang seakan-akan menimbulkan masalah, tetapi para pederita skoliosis tidak boleh menganggap enteng kelainan tulang ini. Jika skoliosis dibiarkan terlalu lama maka akan memberi kesan kepada organ bahagian dalam, paru-paru dan jantung. Tulang tusuk akan menekan paru-paru dalam jantung pesakit, sehingga pesakit sering menderita sesak nafas (kesulitan bernafas) dan cepat lelah. Jantung juga akan mengalami kesulitan dalam mengepam darah. Skoliosis yang sudah parah, yakni dengan darjah kebengkokak > 90’, bahkan berpotensi menyebabkan tersepitnya saraf yang ada di sepanjang ruas tulang belakang sehingga terjadi kelumpuhan pada pesakit. Sayangnya hanya sedikit yang tahu skoliosis bias berpengaruh terhadap jantung, paru-paru, bahkan sumsum tulang belakang.


TANGGANI SKOLIOSIS SAYA


1. Skoliosis ringan atau dengan darjat kebengkokakan < 20’ hanya perlu diobservasi setiap satu tahun
2. Skoliosis sedang dengan kebengkokakn antara 20-40 darjah, dianjurkan menggunjkan alat bantu brace. Brace dipakai sehingga terjadi kematangan tulang (diperingkat kanak-kanak)



THERAPI POSTURE BADAN SAYA






MINUMAN SAYA


http://www.blogger.com/img/blank.gif
http://www.blogger.com/img/blank.gif

Rujukan :
http://kcoc.forumms.net/t308-tulang-belakang-bengkok
http://medicastore.com/penyakit/960/Skoliosis
http://ampangtaiping.blogspot.com/2010/02/kesihatan-skoliosis
http://julierafizah.blogspot.com/2011/03/scoliosis-sakit-sangatt

SUNGGUH..!! Benar-benar menuntut mujahadah saya untuk memberi hak penjagaan pada jasad ini. ^_^ untuk diri, masyarakat dan agama..

P/S : Rose ber'SYAUQAH' yang masih optimis.. -_-

Wednesday, November 2, 2011

Sabar - Berjuang - Berdakwah - Sedar. Tinggal?



Dalam satu edisi ceramahnya, Hassan al-Banna mengatakan:

"Sesungguhnya kehidupan... di dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia, terutamanya seorang Muslim. Dari seluruh Muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan."

Akademi Didikan Insan


http://www.adnintc.blogspot.com

Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya
Dia bergerak ke hati-hati manusia
Mengajak untuk menegenal tuhan yang Esa
Nikmati perjalanannya, berdiskusi dengan bijaksana
jika seseorang mendapat hidayah kerananya
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Tuesday, November 1, 2011

Cerewatkah saya?

Harapnya peribadi saya tidak menggambarkan seperti tajuk diatas. InsyaAllah saya jarang berkira.

Tetapi mutakhir ini saya tersedar bahawa kebelakangan ini saya jadi seperti cerewet. saya mula berkira dan mudah terasa. Bukan dengan keluarga, bukan juga teman2 rapat, tetapi pentadbiran kampus!


Bertahan

Saya survive apabila pihak petadbiran membuat panggilan dan meminta saya hadir segera untuk mesyuarat sedangkan saya berada didalam kuliah sedang menuntut ilmu! Saya survive walaupun saya tahu tindakan mereka sebegitu tidak kena.

Saya masih survive bermesyuarat dari jam 11 pm sehingga 6 am dek kerana Minggu Orientasi Pelajar menuntut amanah dari pagi hingga ke malam. Semua itu saya niatkan kerana tuntutan merancang dan berdakwah.

Saya masih survive sekiranya waktu-waktu cuti belajar saya dihabiskan dengan program-program pentadbiran beragendakan politik! Saya niatkan itu harga yang saya perlu bayar apabila menceburkan diri diruang kepimpinan yang sebegini.

Saya masih survive apabila dipersalahkan, diherdik dengan kata-kata yang tidak beradab. Saya masih survive dan mencari titik kesalahan diri untuk diperbaiki.

Saya masih survive berulang alik dari Johor ke Shah Alam 3 kali dalam tempoh satu minggu kerana audit yang tidak diuruskan sebaiknya oleh mereka. Justeru, saya perlu hadir menjawab pelbagai persoalan.


Bukan kesakitan

Segala keluhan itu hakikatnya bukanlah kerana sakit yang terkena ke atas diri saya. Apalah sangat semua itu jika dibandingkan dengan kesusahan-kesusahan lorong dakwah para Nabi dan generasi Islam yang terdahulu. Malah saya juga tidak pernah lupa kepada hadis Nabi saw :

“Daripada Abu Musa beliau berkata, apabila Rasulullah s.a.w mengutuskan seseorang daripada kalangan sahabatnya untuk apa-apa urusan, Baginda akan berpesan :“Berikan khabar-khabar yang menggembirakan, jangan kamu liarkan (manusia dengan pendekatanmu yang kasar), permudahkan dan jangan kamu susah-susahkan!”


Saya berusaha untuk memudahkan, tapi bukan itu yang menjadi persoalan.
Saya cuma harapkan jangan diperlakukan mahasiswa sebegitu diatas keculasan hal-hal pentadbiran.

Jangan dianggap mahasiswa ini seperti sampah dan membelakangkan pendapat mereka.

Semakin menjadi-jadi.

Namun bagi sesetengah yang lain, ia penanda aras kepada perubahan jati diri yang kritikal.

Cukuplah pencemaran bahasa berlaku antara dua telefon bimbit. Antara dua emel. Tetapi untuk menjadi kebiasaan yang disiarkan dari mulut ke mulut, meremehkan kesilapan kecil melebihi keutamaan pembangunan pelajat, saya kira bahasa dalam perbincangan bukan lagi keutamaan kita.

saya kira mereka kini bukan tidak pandai berbahasa.

Tetapi ‘Tidak reti bahasa’.

Kecuaian mereka daripada menjaga beberapa perkara asas mahasiswa yang menyandang jawatan ini membimbangkan saya. Risau memikirkan masa depan pelapis kelak!

Saya menulis ini sebagai kupu-kupu kecil yang masih optimis!
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa