Tuesday, January 31, 2012

Aku Bukanlah Sekuntum Bunga



Bagaimana ingin menimbulkan kesedaran dalam diri kita tentang apa yang sedang berlaku dalam diri.

Carilah sesuatu yang mampu membantu kita memahami diri sendiri, sebelum kita memahami mereka yang berada di sekitar diri, mengapa kita bertindak sedemikian rupa.


Adakalanya begitu banyak perkara yang menjengkelkan apatah lagi yang kurang menyenangkan. manusia? sikapnya? atau terjemahannya? Perdulikan kerana itu mengajarimu untuk melatih membersihkan hati dan jiwa, mendidik kesabaran dan mengajariku tidak berperilaku seperti itu.

'PEKA' dan 'MAKNA'kan kehidupan untuk mencari 'HIKMAH' milikNYA.
"..Dan hanya orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran.."

Sunday, January 22, 2012

Zaman Didikan

Aku bakal merindui zaman ketika halaqoh adalah keperluan
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan

Aku bakal merindui zaman ketika mambina adalah kewajiban
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku bakal merindui zaman ketika daurah menjadi kebiasaan
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku bakal merindui zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan
bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku bakal merindui zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
bukan tuntutan, hujatan dan paksaan

Aku bakal merindui zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan

Aku bakal merindui zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku bakal merindui zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian

Aku bakal merindui zaman ketika malam menanti detik program
bimbang renyai hujan merencatkan

Aku bakal merindui zaman ketika tengah malam pintuku diketuk
mendengar rintih siswi untuk dibantu

Aku bakal merindui zaman ketika mujahidah-mujahidah itu
sering tersenyum menatap kekalutanku

Aku bakal merindui zaman itu

Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

...

“Assalamualaikum, awk, blh sy mint pndpt dr awk.. !”

“Wkumslm. Ya, knapa?” saya reply dengan harapan ingin membantu.

“Awk tngh buat apa?”

Mesejnya kali ini saya tidak respon. Kata mahu minta pendapat. Tapi lain pula yang ditanya. Selang beberapa minit, conversation mesej saya berbunyi lagi.

“T’tbe sy tringtkn awk.. Sbenarnya n klu d izinkn sy nk brknln dgn awk lbh rapat. Boleh? Sy btl2 ikhlas.. Sy hrp awk tk m’nolaknye..”

Slide phone saya tutup tanda protes. Bengang! Mesej yang kadang kala membuatkan dahi saya berpeluh tanda risau. Berganda-ganda risau! Allah... Astagfirullah..

**********************************************************************
” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim)

Malah surat ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya.

*********************************************************************

P/s : Moga muslimat2 dan saya dijauhkan dari fitnah..

Monday, January 16, 2012

Melabuhkan Tirai Ijazah

Salam Alaik..

Saya berkira-kira menunaikan hasrat beberapa teman dan seseorang untuk mengupdate blog.



Tajuk?
Tiga tahun setengah jumlahnya. Seingat saya, blog ini dengan nama 'WARDATUL SYAUQA' tidak pernah saya ubah semenjak posting pertama di semester pertama UiTM pada Bulan September 2008. Saya bertatih dari Zero! Saya tidak biasa dengan internet, coding HTML, animasi dll pada waktu itu. Dek 'keras kepala' saya, akhirnya blog ini terhasil di musim peperiksaan walaupun kakak2 lain mengingatkan 'Tunggulah selesai exam baru buat..'. Saya sukakan dan cintakan bahasa. Lebih2 lagi jika diolah dalam bentuk penulisan dakwah yang kreatif. Manfaatnya besar. Lihat sahaja penulisan ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharudin, Ustaz Zahazan dan beberapa lagi.

Ok, Bolehlah.. Update! Bukan penulisan yang baru. Tetapi posting2 lama yang saya lebih senang 're-read' bila merasa diri jauh dengan sahabat-sahabat.bila saya tahu semangat saya semakin luntur. bila jiwa diasak dengan lambakan masalah.. (kdg2 rasa mcm perdana menteri..)

Adakalanya saya teringin bermimpi apa yang saya impikan, pergi ketempat yang ingin saya pergi, menjadi seperti apa yang saya inginkan, seolah2 saya benar2 hanya ada satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang saya inginkan.
Bolehkah berfikiran begitu?
Pernah jiwa dan otak saya hampir menolak taklifan YDP kerana CINTA saya pada gerak kerja JPK Kerohanian. Link : Sini

Kerana itu, saya bimbang saya terlalu berkira, tidak redho akan ketentuan Dia. Maka posting2 lama inilah yang menjadi sandaran saya, mengingat semula disaat saya merangkak membentuk diri, menjadi mad'u. Pengorbanan mereka, nasihat dan tunjuk ajar mereka ada di sini dan sini dan sini dan di sini . justeru mengapa harus saya sia-sia kan!


Kata seorang sahabat, "Takpe..hafsah dah ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada anak nanti. Umi dulu macam ni lah kat kampus. Ini dan ini dan ini. " Bebelnya panjang sambil menggerakkankan tetikus didepan mata. Saya gelak hingga kering gusi. mengiyakan saja apa katanya..

Dahulunya 'ana', kemudian 'aku', dan kini 'saya'.
Bila membaca semula posting lama benar2 terasa penulisan saya agak 'jiwang', 'meleret', 'berperasaan' dan 'ntah apa2'. Saya biarkan. saya tahu itu fasa saya meningkat dewasa. Tahun 2010 dan 2011 menunjukkan perubahan dalam corak tulisan saya. ^_^

Moga bahagia yang datang membuatkan saya cukup syukur padaNya, ujian dia membuatkan saya kuat, sedih dan gelisah yang timbul membuatkan saya seorang manusiawi, maka moga pengharapan saya benar2 tinggi untuk setiap ketentuan dan takdirNya.

Saya mohon maaf jika ada nukilan2 saya yang tidak menyenangkan. Apa yang dikongsikann bukanlah bererti saya adalah yang terbaik di kalangan kamu, tapi saya juga sedang mengingatkan diri saya yang sering lalai. dan semoga Allah hindarkan saya dari sifat riya' yang menjadi musuh hati.



P/s : 3 tahun setengah pengajian saya dalam bachelor melabuhkan tirai.. alhamdulillah.. ^_^

Tuesday, January 10, 2012

Hanya dariMu

Bismillahirrahmanirrahim..

YaAllah.. Peluklah hati ini disaat aku mula merasa gelisah..

Ya Rabbi.. Engkau lebih mengenaliku. Engkau lebih mengetahui akan setiap segalanya tentang aku.. Biarlah aku simpul dalam setiap doa-doa Istikharahku kepadaMu akan rasa ini..

Ya Rahim.. Tuntunlah hati hambamu ini YaAllah agar hanya mahu menerima CINTA yang benar-benar pilihanMu bukan semaat-mata pilihan nafsuku..

Engkaulah Yang Maha membolak-balikkan hati maka kutitipkan rasa ini padaMu YaAllah..
Aku serahkan semuanya pada-Mu..
Kerana semua ini adalah milik-Mu..
Amin Ya Rabb..

Monday, January 2, 2012

Lapangan Realiti

Usai pulang dari jogging (round UiTM) bersama ana dan achik pagi tadi,

mimie : saya edit gambar awak!

saya : ouo, mane? nak tengok.


saya terdiam. Tiada apa yang menggembirakan saya dengan gambar diatas.

Tak sabar nak saya ikut jejak awak ya Mimie Ismail Basha ^_^

Meninggalkan alam mahasiswa bakal membuka satu lagi lembaran kebimbangan dan keresahan dalam diri saya. Bergerak sendiri. Tiada yang memerhati.

Beberapa hari lagi.. saya bakal ditinggalkan zaman yang penuh idealisma, memberi cabaran, merencana dan merancang, sememangnya menyebabkan kadangkala keadaan reality sekeliling lebih senang untuk membiarkan diri saya terus hanyut dalam suasana berbanding saya yang mempengaruhi suasana.

Berpencak di pentas kampus tidak sama dengan pentas realiti kehidupan sebenar.

Inilah lapangan ummah, satu masyarakat yang penuh dengan warna-warni.

Moga setiap pengalaman yang dititip di bumi kampus sedikit sebanyak membantu mengisi lubang-lubang kekurangan diri dalam menangani setiap cabaran yang datang.

Allah, permudahkan..

Senyum : Berbudaya Hidup Sihat



" kenapa macam runsing jer ni.."
Saya menoleh sekilas, lagaknya tak seperti biasa. Kurang bercakap, hanya memerhati dari tadi.

"G lah berehat.."
Nasihat saya disambut senyuman kelat darinya.

Masih boleh tersenyum, walau saya tahu ada sesuatu menganggu fikiran adik ini.
saya faham saat-saat ini, sesiapa pun masih ada
project + assignment + Study + Final + Program + ...... + ....... + ......
sehingga menjadi 'jujukan perkara' yang tidak akan pernah habis malah berterusan.

Jika dalam istilah matematik yang complex, saya kategorikannya dalam "Taylors Sequence" yang perlu ditemui 'pemalar berganda' untuk menyelesaikannya.

Apa pemalar untuk kehidupan anda?
Ans : sila kekalkan senyuman.. "jujukan' diatas akan nampak mudah dan ringan. ^_^'

Apa pula 'pemalar berganda' untuk hidup adik ini?
Ans : 'senyuman nya lah yang kene berganda kak Hafsah!' (Jawapannya bila saya mencetuskan anologi dalam situasi)

saya tergelak kecil. amatan saya, pemikiran undang2 memang susah nak disamakan pemikirannya dengan ahli matematik *_*'

************************************************************************
Jom kita soroti kisah ni,

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Lelaki itu mengadu,
"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana,"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria."
Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri.

Hmm, tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat,
Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah menegaskan,
"Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya"

Jom amalkan Sunnah Rasulullah..
Senyum memulakan langkah di Tahun Baru!
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa