Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahuakbar...
Hampir beberapa bulan dalam
fasa baru ini saya semakin dapat menyesuaikan diri. Suasana menyesuaikan diri di tempat kerja,
menyusun jadual akademik,program,kerja, sks, social dgn teratur benar2 menguji
ketahanan saya. Selalunya gembira dan tenang sahaja, tapi kadangkalanya ada
juga duka. Namun, dengan semangat untuk terus belajar samaada formal atau
tidak, saya tetap meletakkan diri saya dibawah, orang yang sentiasa dahagakan
ilmu dan nasihat.
Dalam membina ikatan, mengutuhkan persahabatan, mengharmonikan kekeluargaan,
saya merasai sejuta cabaran tanpa mampu diolah dengan perkataan. Namun setiap
cabaran itu ada nilai yang tidak ternilai dengan apapun. Kerana yang dituntut
itu jika hanyalah wang ringgit ternyata saya akan kecewa. Jika juga kerana nama
maka saya akan kecewa. Jika hanya kerana untuk sedikit habuan dunia maka saya
akan merana.
Pesan saya pada diri saya. Ikhlaslah! Li-llahi ta’ala. Nescaya kebahagiaan
yang mendatang akan lebih manis.
Saya akan terus membaca dan menulis, terkadang akan menyampaikan. Semuanya
hanya untuk sampai ke sana, yang hakiki. Allah ya rabbi, saya rindukan cebisan
kerinduan itu. Pernah Engkau titipkan dalam sanubari ini, lantas dinoda mehnah
syaitan, iblis dan nafsu diri maka iapun lerai dimamah dosa terkini.
Kini, saya akan usahakan kembali. Memimpin hati dan diri, menanam kesabaran,
membuka diri dididik untuk mendidik, menjadikan pandangan Allah utama untuk
saya lebih dari segalanya. Kerana apa? Kerana ijazah kehormatan diri yang bakal
saya perolehi. Penstrukturan semula akan menjadi agenda. Saya tidak mahu jadi
seorang yang lupa diri. Asalnya di mana,
akhirmya di mana? Silapnya jika semua kemanisan perjuangan zahir atau senyap
terus lenyap. Kini saya menyendiri sementara diri mengrekrut segala kudrat
kurniaan Ilahi agar disalurkan ke pentas dakwah insani.
Saya..
Saya adalah muslimah yang terlalu banyak menerima
Sedangkan mereka jarang meminta
Kadang-kadang saya rasa
Sayalah muslimah yang baru terjaga
Sedangkan mereka tak pernah terlena
Kadang-kadang saya bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan menjadi salah
Lantaran terlalu cepat saya melatah
Meluah dengan emosi dan rasa tak puas hati
Sedangkan mereka tabah menghadapi
Seorang muslimah yang banyak ragam begini
Kadang-kadang saya sakiti hati mereka
Bila tolak pandangan mereka
Bila sanggah segala hujah mereka
Maafkan saya..
Bukan bermaksud saya kurang menyayangi…
Bukan bermaksud saya menjadi tidak prihatin
Namun cabaran terlalu
Saya perlu tahu
Saya bukan muslimah biasa
Saya ingin dididik menjadi muslimah
haraki perkasa
Yang perlu sentiasa dibentuk
Diasuh dengan acuan tarbiah
Maafkan saya kalau saya menyakiti.
Maafkan saya kalau saya menyesakkan jiwa
Maafkan saya kerana saya tak sempurna
P/S : Kerana itu, tunduklah pada taqwa. Bacaan saya kali ini, Jom! ^_^
".. Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.."
(Al-Ahzab :70-71)