Saturday, December 13, 2008

WAlimaH UkhTiNa kaklong





JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
Anakanda kepada
HJ OMAR BIN SAPAR & HJH RAHMAH BTE MOHD LIM

Bertempat di 89, KG BUKIT BANJAR,
84900 TANGKAK,
JOHOR
Tarikh 20 DEC 2008


Sungguh manis bilamana segala gerak kerja walimah diurus bersama keluarga tersyg. Indahnya ukhwah bertakhtakan ibadah dan keikhlasan krn Allah.
Buat ukhtina kaklong, mudah2han dapat membina ’baitul muslim’ dibawah jagaan Allah swt.

Insan yg paling sibuk ana perhatikan siapa lg kalo bukn ayahanda tercinta. Semuanya diatur serba rapi supaya tidak ada persiapan saat2 akhir. Bermula dari ’rewang’, ’angkat balai’, segala keperluan semakin mencukupi. Maklumlah, giliran anak pertama. Semuanya serba teratur. Ayah, hebatnya insan ini bila ana perhatikan kewajaran sifat kepimpinan yg jelas2 ada dlm dirinya. Jauh disudut hati ingin jadi sepertinya, tak pernah berputus asa dlm mendidik kami. Ketegasannya terserlah sejak ana kecil lg, ayah juga tak pernah bertolah ansur dlm soal ’berkawan anak2nya’. Semuanya ditapis dan diteliti.
Pernah suatu ketika, ana disoal be-tubi2 oleh ayah sehingga menangis hanya kerana ada shbt lelaki yg dtg kerumah utk menyerahkan kertas kerja kerana kemusykilan trhadap progrm ’HARI GURU’ yg kami rancangkan disekolah. Bukn siapa, tetapi hanyalah salah seorng majlis tertinggi bdn pengawas seperti ana.

Tika ini, baru sedar tindak tanduk ayah yg se-olah2 mahu menyekat pergaulan ana. Semuanya bagi mendidik, menjaga batas2 seorng muslimah, bahkan utk megelakkan fitnah akhir zaman. Alhamdulillah, ayahlah anugerah yg tak ternilai utk ana.

Dlm kesibukan ana menjemput bekas2 student SEMESTA dan gurunya,
Masih jelas diingatan beberapa hari lalu,

****************************************************************

”papa2.. anak murid papa dtg.” ~ kdngaran teriakan Iqbal Hakimi, satu2nya anak lelaki cikg amin apabila aku smpai diperkrngn rumah miliknya di Lot 104,Jln Sri Ledang, Taman Mega.
”pa..kak cha ke tu. Yeke pa..” ~ rengekan sikecil berusia 6 thun itu mengusik hati kecilku, tersenyum aku melihat telatahnya.’Ya Allah, kuatnya ingatan ank kecil ini. Masih mengenali aku walaupun hampir 2 tahun brlalu.’ ~getus hatiku.

’ha, hafsah. Masuk meh, cikg ingat awk tak dtng td’ ~cikgu mempelawa sambil membuka pintu garaj rumahnya. Beberapa jam yg lalu telah ku maklumkn kehdiranku pd ptg itu. Hanya sekadar utk menjemputnya ke walimatulurus
2o Dec ini.keriuhan anak2nya bermain didalm rumah menggamit suasana.

”maaf cikgu. Alang2 lalu Tamn Tangkak Jaya td, singgah umah kaunselor jap. Tu yg lmbt sikit. B’bual2 dgn kaunselor tak prasn pulk dh lewat. ” ~ sambil kakiku melangkah masuk kerumah cikgu amin. Sempat ku kunci ‘hendal’ motor. Telah aku maklum kejadian ‘motor hilng’ yg kerap brlaku ditaman itu. ”mak ngan ayah kirim salam cikgu, tak sempat nak kemari katenye. rumah paklong yg kat Asahan tu ada wat kenduri sikit” ~aku berbicara sambil mencari kelibat isterinya, cikgu azimah yg juga seorng pendidik di SMK Tun Mamat. Iqbal sempat kusentuh pipinya yg berisi. Comel, dah besar pnjng.

”w’kumslam.cikgu mah ada kat dapur hafsah, tngh mask” ~aku tergelak kecil bila tindkanku yg seperti ter-cari2 dpt dihidu. (adus, kuat betul firasat cikgu ni)

’em, masak? Kul 4, takkan lunch kot. Em,masak utk aku dtg ke, isyh, susah2 jer cikgu ni.’~getus hatiku. Tp kebiasaanya beginilah, cikgu amin memg gemar menjamu tetamu. Masih segar diingatan spnjang 18 bulan yg lalu, setiap kali kehadirnku kerumahnya, pasti ada shaja yg terhidang. Sikapnya yg gemar menjamu tetamu membuatkan dirinya disenangi, malah kebaikannya itu disebut2 disekolah. Tetapi aku kenalinya disekolah dahulu sebgai seorng guru yg tegas dan pntingkan displin. (erm, biaselah.anak murid lg mase tu :-o )


Pertemuan petng itu dgn keluarga cikgu amin berakhir jam 5.40. juga jamuan ringkas. Bnyak perkara yg dikongsi, perkembngn semasa, prkmbngn persatuan dakwah (PERPIS), terbaru berita kematian suami kpd ex-pengetua pn hjh Khamidah buln 11 yg lepas, innalilla hi wa inna ilaihiroji’un..al-fatihah. Rasenya masih bru lg pertemuanku dgn arwah, hari raye lepas sempat aku kerumahnya di Parit Jawa, Muar b’sama2 dgn cikgu Fazlina. Tup tup insan ini pergi menyahut seruan ilahi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongn org2 yg soleh. Dan hangatnya isu UiTM jugalah yg menjd perbualan utma kami. Biaselah, UiTM kan penuh dgn kontroversi. (hehe...)

Pesanan juga kata2 perngsang dr cikgu sempat dititipkan utk aku terus tegar dlm jalan ini, antara kata2nya ”istiqomahlah, kita bukn bergerak brsendirian. Sebabnya kita ade kekuatan fitrah.Allah letakkan perhitungn dlm pada kita menghadapi perjuangn yg pahit, sukar dan lama. Penghujungnya akn ada kemanisan.” ~nasihat itu sarat dgn mesej dakwah. Cukup aku mengerti bila bibir guru ini menuturkan kata ’fitrah’, dan seingatku ketika di SMK Seri Tangkak dhulu, aku diajar dan dididik utk sentiasa membebaskan fitrah dari runtuhan berbagai KEPALSUAN dlm berkepimpinan. Lebih2 lg tanggungjawab yg tergalas dibahu agak berat ketika itu. Ahh..kenangan manis mengusik QALBU.


inilah diriku, dgn taklifan yg pernah trpikul dibahu suatu ketika dahulu sbgai Ketua Pelajar ( ketua pengawas sekolah), Pengerusi PERPIS dan Naib Presiden Kelab Setia mnyebabkan hubungnku dgn guru2 sgt akrab. Dan alhamdulillah, keakraban itu mekar hingga kini! Terima kasih YaAllah, kerana kurniaan ukhwah yg terus mengalir dlm diri yg dhaif lg hina ini.

Pengalamku, guru2 ini sentiasa memahami..



Kaunselor yg sering kutemui utk membincngkn masalah2 pelajar,program2 motivasi, jalinan krjasama antara beberapa buah sekolah, semua itu memerlukan organisasi tertinggi bdn pengawas sbgai penggeraknya.
Cikgu Saipul Anuar, GPK HEP, merangkap ’menti’ (bapa angkat) yg sering kuketuk biliknya utk melaporkan perkembngn terkini masalah displin pelajar, juga menguruskan hal2 berkaitan kutipan derma dan dana2 bg yg memerlukan.
Hrm, ustaz Azemee, penasihat PERPIS merngkap guru panatia Pend. Islam, juga merupakan guru kelas utk subjek Pend Islam. Masih jelas diingatan, masa mula2 dhulu pihak PERPIS cuba menubuhkan kelas Bahsa Arab..kami merangkak dan bertatih agar progrm ini berterusn. Dan akhirnya, alhamdulillah.. bukn shja pelajar muslim tetapi juga menarik minat dikalangn pelajar
non-muslim. Itu antara titipan kejayaan buat kami lebih2 lg cabarannya agak besar bilamana sekolah itu terdiri drpd peljar pelbagai bangsa, kaum dan agama. Tp, semua itu tidk menjadi masalah utk PERPIS bersikap toleransi.

Bukankah ISLAM itu sendiri mendidik kita begitu, asalkan keperluan dan hak yg ’haq’ itu tidak berubah.yg perlu ditolak patut ditolak, yg kelihatan mulia tetapi sbnrnya hina, jauhkan.dan yg sebaliknya jdkan sndaran.

bukankah ’toleransi pd perkauman’ itu, ada batasnya. Maka, peliharalah. :-p


Bnyk lg kisah yg tidak terungkai jika bercerita tujuh hari tujuh malam sekalipun. yg pasti, mereka ada dlm hati aku. Jalinan ukhwah yg terpatri dhulu membuatkan pertemuan berikutnya sentiasa dinantikan.


Allah, hajat pd mulanya ingin ’publish’kan jemputan walimah shja(rujuk awal post). Lain pula jadinya. Pantang sungguh bila laptop ade di riba. Hrm.. (idea dah membeku sebnrnya, jari jemari pun dah letih,
Plak tu, bru ingat nak stop. Hafsah2..)

Sudahnya, wallahua’lam..


p/s :- ya akhi wa ukthi, ukhtina kaklong, Siti Rahayu Hj Omar bihabibathi fi Tangkak, Johor. Watakunu ghodan huna.. Jemput bertamu. J Doakan semuanya brjalan lancar. InsyaAllah

Friday, December 5, 2008

Fajar IslaM kian menYinsinG..

Photobucket


Assalamualaikum wbt..
.
Alhamdulillah, dgn kalimah Allah ana bgun awal pg td sedari jam 6.17 am melihatkan jam digital didinding. diberi nafaz lg, syukur tidak terhingga masih dikurniakan nikmat iman dan islam. Tafakkur sejenak selepas zikir mathurat di’end’kan, ana melihat terik mentari. Diberanda luar rumah, sinar matahari mula menmpakkan ke’gagahan’nya. Tanda2 awal waktu fajar brmula, waktu dhuha me-manggil2, jiwa brkehendak utk menympurnakan solat sunat yg telh menjdi kewajipan dibahu Rasulullah saw.

Hari2 matahri brsinar, Islam? Ya, inilah yg membuatkan hati ana me-ronta2 utk berbicara. Buknkah kita telah melihat tanda2 awal pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Antum percaya? Ana, bukn shja prcaya, bahkan yakin dgn janji Allah. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula mngembalikn kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh2 Islam telah mula bimbang dan khuatir dgn kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan2 ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'. Dakyah ana,tuduhan itu mengarut!!

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Sungguh ana setia mengikuti perkembngn ’glocal’ dan ’global’ di akbar2 dan media massa. US yg suatu saat dahulunya mendabik dada kekuatan mereka, tetapi kini merupakn negara yg menunggu saat-saat kehancuran, dgn masalah dalaman yg begitu teruk seperti mana runtuhnya kerajaan komunis. Bukankah ini satu petanda? Bhawa kekuasaan kekuatan musuh Islam ini tidak akan bermaharajalela selamanya. Kebangkitan obama sebgai Presiden US januari ini, menarik minat ana, adakah mampu membwa perubhan besar kpd seantero dunia. Dgn onar2 yg dijanjikan, kita lihat dan tunggu shja. Hrm, lihat shaja rencana berikutnya..




Dan inilah yg adakalanya buat ana tersenyum, bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing, dan bakal menjadi penguasa alam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Jadi perlu amat2 kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini. Ya, DINUL ISLAM..!

Ana kembali me-rangkak2 mengingatkan dialog antara saidina Omar r.a dn shabtnya..kata-kata Saidina Omar kepada sahabatnya: " Impikanlah". Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Antum mngenali siapa itu abu ubaidah? Muaz dan salim? insyaAllah akn ana jelaskan dlm post berikutnya. Nantikan.


Dlm pd itu, inilah yg ana fikirkan bhawa kekuatan ’manhaj rabbani’ tidak ada pada manusia lain. Sedarkah antum bahawa muslimin, atau scara syumulnya, ana istilahkan Islam itu sndiri menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan sejagat? Sistem ciptaan manusia yg wujud pada hari ini telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan yg amat kpd manusia. Buknkah kita telah didik bhwa jgn sesekali menolak sistem Allah ini.



Dan inilah sebenarnya modal utama yg ingin ana publishkan untuk kita kembali memerintah dunia. Kita semua brharga, tetapi buknkah seorang pemuda itu lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia.

Bangkitlah, biar suatu saat nanti, apabila nama Islam ini jika dihumban kebumi menjadi permata, dicampak kelaut menjd mutiara dan dilontar kelangit mnjd bintng.
(psst, kata2 hikmah mse zaman ana brpidato dulu. :-p )

p/s : jngn biarkan Sinar Islam Tenggelam..!!

~ hak cipta terpelihara ~
wardatul_syauqa89@yahoo.com
wardatulsyauqa89.blogspot.com

Friday, November 28, 2008

.:: aYaT- aYaT CinTa ::.





Ayat2 cinta.. ( bru brkesempatan menonoton :-) ) masyaAllah,Hebatnya jalinan kasih tercipta dalm kisah ini.ISLAMIC ROMANCE FILM dgn garapan pengarah terhebat adaptasi dari novelis terkenal, HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY..




Mungkin ana sudah jaatuh cinta dgn INDONESIA..!!
Waduh..gi mana sih. Iya patut atau enggak??
Hrm..Ingin berbicara tntng cinta??
Ah.. kalut..! ana butuh waktu utk memahami ini smua.
Ana butuh ilmu yg perlu ana jdkan sndaran dlm gerak kerja amal.
Mampukah ana?
Ah.. dimane ada usaha, disitu Allah akn tunjuk jalanNya.. tak perlu terlalu bnyak berbicara. Tp tahulah bhawa tindakan dn kerjasama juga usaha itu perlu ada.


KITAB FIQH&USUL?? TAFSIR?? SIRAH NABAWIYAH?? HADIS2..??
Peduli ke?
semuanya masih belum melekat dihati..
blum lg tertanam dijiwa.. gimana ni..!

apa lg?


SYED QUTB?? HASSAN AL-BANNA?? FATHI YAKAN??
MUSTAPHA MASYUR?? AL-MAUDIDI?? Ulama Malaysia sendiri.. HARUN YAHYA??
Angan..tokoh2 ini pun blum terletak di KEPALA. hanya sekadar ketahui
serba serbi shja.

Buku CALCULUS setebal 3 inci itu mampu kamu KHATAMkan,
buku2 diatas??
SEDARLAH, diri kamu perlu dihalusi dgn jalan2 ISLAM..!

Terkenang kata ayahanda (rujuk post PROF MADYA HJ SHAFIE MEHAD)
”perhebatkan jiwa kamu anakku, tidak lahir kekuatan umat Islam hanya dgn linangn air mata. Hiasi angan2 kamu dgn JALAN2 TARBIYAH..”

Allah, kerana mngingatkan ini semualah. Ana perlu SEDAR. Ya..manusia memg sentiasa perlukan PERINGATAN

P/S : ana butuhkan peringatan. Allah..

Tuesday, November 18, 2008

cinta vs CINTA??




Agak malu utk ana berbicara tentng post kali ini. Cinta VS CINTA???
RISAU? GeMeNtaR?
teringat kata presiden MPP USIM sewaktu persidangn duahala dgn persatuan dakwah disana, dikatanya yg if skirenya kite terlalu memikirkan sesuatu yg telah Allah tkdirkan kita sbgai asbab utk menerimanya, mksudnya kita tak Redha..
lantas, jari jemari terus rancak menekan keypad komp..
hati terus kuat dgn keyakinan utk menyampaikn sesuatu..

Sabda Rasulullah.. ”sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”

Tidk ana fikirkan utk menulis post kali ini dgn panjg lebar..
Bilamana mata melihat ayat yg begitu pnjg, hati mula gelisah, jiwa semakin bergelojak utk lari dari pembacaan..mulut mula menguap.. semuanya semakin BOSAN!! Allah.. ana sendiri begitu. Moga penulisan kali ini dijauhkan drpd pengaruh syaitan laknatullah..

Ana...ana malu dgn tuhan.. ana malu dgn diri sndiri..
Hakikatnya, diri mengaku beriman.. tapi pernah lari dr kehendak tuhan..
Astagfirullah..

Cube ana gali kebenaran..saat itu ana terkejar2, ’merangkak’ dan cube utk ’bertatih’, juga ’brjalan’..

Akhirnya,ana temui SINAR itu..

tiada kata untuk membalas sebuah kebenarn. Ana tahu
kebenrn itu sudah lama dulu, tp ana tak mmpu utk mlawan
kehndk nafsu ana sendiri. ana akui,ana trtipu dgn apa ng
dipnggil fitrah, dan apa yg dipnggil sebgai keperluan manusia.
Cinta tak pernh membwa kita ke mana,andai cinta itu bukn dlm
lingkungn CINTA yg Allah redha.
Tiada cinta yg Allah benarkn kecuali selepas tali
perkahwinn mengiktnya. Itulah apa yang telah ana
pelajari lama dulu dn dari semua kitab Fiqh yg cube ana selak kembali seleps lama terletak di almari, tiada
satu pun yg mghalalknnya.. Ana tahu kebenarn ini sudah lama
dahulu, tetapi ana tidak kuat untuk menegakknnya. Ana tidak mampu
utk menundukkan kemahuan hati ana. ’KATA’ dan JANJI Allah memberikan
ana kekuatn utk bngkit kembali dari kesilapn ana selama ini..

’KATA’~~ al-QURan
Jaminan Allah..
Inna hazalquran nayahdi lillati hiya aqwamu
Wayubasy shirulmukminin
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih
Lurus dn memberi khbr gembira kpd org2 mukmin...”
(Al-Isra: 9)

~ p/s :- Tiap sesuatu itu MILIK Allah...~

KEMBALIKAN IZZAH ISLAM!!

ImtiHan TerakHir.. fuh..






Assalamualaikum wbt.. kali ni post yg ana ingin publishkan agak ringan…
Memandangkan tahun 2008 bakal berada di pnghujungnya,
ingin skali ana menyelak lembaran demi lembaran peristiwa2 menarik sepnjng sem satu ana di UITM.. TIDAK SEMUA, TP CUKUPLAH DGN 2 @ 3 EVENT sahaja..dlm kesibukan ana menghadapi imtihan terakhir lusa..ana cube cari masa utk menjejakkn kaki ke PTAR 4.. utk online.em, ayat kali ni pun nk skema.. tak bleh bla.. k, kite gune istilah biase.. hee.. tak nk pnjang2 crite..tengok kat bawah ni.. :-)

EVENT 1 :- KEM MAHASISWA HADHARI
EVENT 2 :- LAWATAN PMH KE USIM
· bicara dua hala bersama pimpinan MPP USIM
· Diskusi bersama barisan PENGIMARAHAN dan PENGURUSAN MASJID NEGARA, JAKIM bertempat di Masjid Negara.
· Lawatan ke PUSAT KESENIAN ISLAM
EVENT 3 :- GOTONG ROYONG membasuh dewan untk SOLAT TERAWIH (LEBIH KURNG muatan utk 3500 ORG PELAJAR)


TEMPAT : Kg Batang Kali, Ampang, SELANGOR
TARIKH : 25,26 & 27 JULAI 2008.
SUBJEK : KEM PERSATUAN MAHASISWA HADHARI

Sebelum kata diatur, sebelum madah di bicara..ana nk perkenalkan dhulu PERSATUAN MAHASISWA HADHARI @ PMH ni ape.. first of all, JGN PNDNG DGN NAMA. Lebih2 lagi istilah ’HADHARI’, lg skali ana ingatkan, DON”T LOOKS BY ITS COVER.
K, ana cite.. mula2 mase PMH ditubuhkn dgn nama PERSTUAN MAHASISWA ISLAM. Tp, diatas beberapa sebab tertentu, di bawah akta tertentu, nama terpaksa ditukar kpd PMH (nama sekarang).. nama bertukar tetapi langsung tak merubah tujuan dan matlamat persatuan DAKWAH.. alhamdulillah..
Cume apa yg ana nk tekankan, istilah mahasiswa ’HADHARI’ yg kami gunakan adalah merujuk kpd mahasiswa yg ’MAJU, KEDEPAN, CEMERLANG’.. k, berikut antara rentetan aktiviti KEM.
Kami sampai ke tapak kem lewat petang..kemas2 dlm dorm.. dan aktiviti kem bermula malam tu.. agak ringan.. bermula dgn sesi ta’rof..

Dan mencari pimpinan RA’IS dan RAI’SAH..


Ta’rof kat bawah ni tak silap ana mereka yg lahir dlm bulan 12.. ana???
JAP, SEBELUM TU.. GAMBR2 berikut TAK diBENARkan diGRAB..
KECUALI dgn IZIN..JUJURlah pada DIRI kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI..

ana, kak ila, fiza..amira dan syaz(bukn nama sebenar)..walaupun mase yg diberikn hanya lebih kurng 5 minit, tp cukup untk kami saling mengenali..ukhwah fillah abadan abada..


Ta’rof kat bawah ni mereka2 yg berbaju PINK..hehe..

Kak nana, kak diana, fiza n lain2..
(fiza..eit,nti pun ade.. :-))



KOPIAH PUTIH ni RAIS.. SLOT yg dikendalikan adala sesi KULIAH SUBUH.
Wallaupun bidang terjun. Tp ana fikirkan TERBAIK dari seorng pemimpin utk dijadikn contoh kpd yg lain. TAHNIAH rais.. BITTAUFIQ WANNAJAH!




Kami buli fasilitator.. erm,, IDEA ANA(dlm bulatan) KE?? Hihi```
Tp takpe..mase nak balik tu DAH MINTAK MAAF..



Ana..membentang tugasan..
Kami diberi tugasan utk mengulas slide video yg telah dityngkan..
Berkenaan ISU GEJALA SOSIAL dan MASALAH2 serta TUGAS PARA DAIE masa kini..juga CABARAN2 terbesar berdakwah di BUMI UITM..




Walaupun tempatnya tak berapa nak ’HIGHCLAS’.. tp cukuplah.. ANA sebagai pemimpin muslimat takde dengar satu pun suara yg merungut dgn apa yg disediakan.. kerana itu semua tak penting utk pamntapan PARA DAIE.. semuanya terletak kepda kekuatan PENGISIAN yg diketengahkan..




salah satu CHECK POINT yg perlu mereka lalui..




Erm.. KAMI kene DENDA.. kata BRO KAMAL, ”ok..semua!!pegang telinga kawan masing2..dgn kiraan satu, TURUN!! Satu....!!!! wei, TURUN!! Knape tak TURUN ni..”
Tulah..kami degil. KDG2 fasi BAIK, KDG2 fasi GARANG.. nak tak nak kene PATUH jer ape yg diarahkan.. hmm..




Dlm tutur bicaranya ada gerak tarbiyah.. man hua?? Inilah dia timbalan pengerusi dua yag ana perhatikan cukup hebat bila berbicara..boleh memukau sesiapa shaja yg ada..
Dlm gerak lngkahnya ada semngat mujahid.. Beruntungnya dia dipilih oleh Allah sebgai asbab dgn tutur bicara yg sgt berhikmah..




Berikut merupakan wajah2 fasilitator yg ana fikirkan cukup bnyk penglaman
mengorganisasikan PERSATUAN DAKWAH di bumi UITM.. Fastabiqul khoirat!!




GAMBAR2 kat bawah ni ana fikir 10 kali, samada mahu diPUBLISHkan ataupun tidak.. inilah dia barisan MUSLIMIN dan MUSYARIQUN..
Tidak salah kalo ana sertakan sekali barisan KEPIMPINAN yg bnyk JASAnya kepda
PERSTUAN DAKWAH.. maaf. Gambar agak POYO.. huhu````

Zaim (dlm bulatan), coursemate ana..terkejut bile trnmpk nta turun dr bas. Jazakkilla hukhoiran zaim, tahniah krna dlm bepuluh2 ribu mereka di UITM, nta juga digerakkan hati oleh ALLAH SWT utk turut serta dlm perjuangn ini.. semoga ISTIQOMAH!!


Secara KESELURUHAN.. nilah barisan MUSLIMAT yg menjayakan KEM..
Terlalu bnyk PENGISIAN berguna yg diperturunkan kepda kami..
Alhamdulillah.. syukran ya MUSYARIQOT..

ANA(dlm bulatan) sebagai RAISAH..



Nak balik dah ni, sempat lagi main BELON..
Inilah kami, KEMESRAAN jelas terpncar diwajah masing2..
Ukhwah fillah abadan abada




Ikatan MAHASISWA HADHARI yg dapt ana simpulkan..
Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhwah manusia terseksa
Tanpa dakwah,sesat manusia semakin NYATA.




BERIKAN SUMBANGAN KEPADA ISLAM..!!

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَـهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Kamu beriman kpd Allah dan rasulnya dan berjihad dijalan Allah dgn harta dan jiwamu.. itulah yg lebih dr kamu jika kamu mngetahuinya..

(surah ash-saff : 11)

Tuesday, October 28, 2008

PROF MADYA HJ SHAFIE MEHAD



Kutatap wajahnya mingkin buat kali terakhir..
Hatiku pilu..inilh hari terakhir dan kelas terakhir falsafah.
Menandakan 1 sem yang ku lalui bakal berada dipenghujngnya..

Oral test subjek ’falsafah in islamic n science’ masih tdk terlaksana..Ptg itu ku gagahkan diri utk bertemu prof. Insan yg sgt kuhormati..setiap bait katanya penuh hikmah..tiap bicaranya penuh falsafah.

P3-34..
Ku teliti no bilik milik profesor Shafie Mehad..

********************************

" ya..masuk..! " ~arah prof dari dlm bilik setelah pintu biliknya kuketuk berulang kali..

" maaf prof..sy lewat setngh jam " ~aku mulakn bicara setelah melngkahkn kaki kedlm bilik prof..memang salah diri krn trlewat drpada temujanji..hajat pd mulanya ingin membentang projek csc pd jam 2.30 tetapi melewati jam 3 pm baru presentation projek b’mula.. berakhir pd jam 4..lantas, dipercepatkn langkah utk bertemu Prof Shafie Mehad di aras 3 Bangunan FTMSK 1..

" takpe, duduk." ~butir bicaranya kali ni agak tegas.

" nama kamu.." ~prof mula b’tnya.

" hafsah.. nor hafsah ank kpd umar " ~ku cube jerat guru falsafah ini dgn pngnalan diri..masih segar diingatan kata2 prof dibilik kuliah..

~~~(" kamu..(sambil jari telunjuknya menunjuk kearah ku) bangun!Nama kamu.."
" hafsah prof.." jwbku ringkas tp agak gentar..
" hafsah..anak kepda ' umar' tu ke..” pngistilahan prof buatku terkedu.. dan akhirnya tersenyum malu..mungkin tak dimengerti teman..anggapanku, prof sekdar mnguji sejauh mane sejarah saidina umar itu kumengerti... sunnah sahabiah..
(" baik..Sy mahu kamu jd socrates perempuan. tindkan Socrates, lakukan ujikaji keatas sy."((saat itu prof duduk di kerusi dan aku brada berdiri dihdpannya seolah2 mahu berlakon)
Tindakan prof scara drastic mengundng gelak tawa teman2 didlm bilik kuliah..Kenangan manis mengusik kalbu.. )~~~~

" Ya, hafsah..apa yg kamu peroleh sepnjng kelas sya " ~ byg socratesnya mula menmpakkan tingkah..bertanya dan mula brtnya..inilah dia gaya seorang falsafah yg cube diselami sejak mula sem lg..

Aku mla brbicara satu demi satu, kndungan yg ku dapat drpd kelasnya..
Satu demi satu persoalan yg prof ajukan ku jwb dgn baik..teng menatap wajahnya...teratur tuturku menjwab persoalannya..

" Minat kamu.." ~tingkah prof.

Lantas hati terdetik utk berkongsi pndpat dgn prof. persoalan inilah yg kdg2 kurasakan benar2 buat aku lalai..ku ukir tinta perjuangnku..kekuatan dan keyakinan..kukirimkn impianku..dlm tenng aku berbcra, prof mngmbil peluang utk menyeka..

" fikirkan anakku, apa prkara utama yg kamu lakukan dlm perjuangn ni. Sumbngn kamu.."

" kepimpinan melalui tauladan "

" kamu tahu, baik..kamu sedar @ tidak, teladan dan perwatakn seorng pendkwah itu tunjangnya..sedar @ tidk kamu jika sy katakn seorng ibu juga b’dakwah kpd anak2nya tanpa menyatakan yg dia adalh seorng pendakwah..sedar@ tidk kamu bhwa alam disekeliling kamu juga b’dakwah tnpa menuturkan bicaranya..siapa guru kamu? Dimana sekolah kamu?..."

Persolan itu ku biarkn tanpa jawapan..

" alam inilah anugerah Allah yg tak ternilai buat kamu..dimana shja kamu berada, itu adalh sekolah kamu..guru kamu? kucing, tumbuhan itulah guru kamu..makhluk2 Allah inilah yg mngajar kamu erti kehidupn & kesabaran..tidak tersekat pd p’gistilahannya shja.. " ~smbung prof.

" inilah apa yg sy takde.. sy x nmpak prof.."

" usah bersedih anakku.., ujian, kesakitn..kamu dlm penilainNya.. Allah dtgkan ujian ini utk menguji hambaNya..Allah pilih kamu sbab dia tahu kamu akn lulus ujian ini..terusknlah berdoa dan berikhtiar..
La yukallifullah hunafsan illah wus’aha
Allah tak akn memberati seseorng melainkan apa yg terdaya olehnya..
Yakin pd Allah..ada hikmah semua ni.. "

Tanpa sedar, titik2 air mataku gugur.. pilu.. alangkah bertuahnya memiliki guru sprti prof..alangkah mahalnya kata2 perangsang dr prof..pujukannya €bagai air wadi utk pngmbara haus dipdg pasir..seperti ku???
Saat ini kulihat prof tersenyum..

" sy bahagia melihat kamu titiskan air mata..kuatkan jiwa kamu. Perhebatkan diri kamu anakku.. tidak lahir kekuatan umat Islam hnya dgn linangan air mata. Bismillahirahmanirrahim.. alif..lam..mim.. surah al-baqarah, sambung ayat sy.. "

Arahan prof..Ku mengerti..lantas basmallah permulaanku..
Menymbung ayat ke-2 surah albaqarah hingga ayat ke-6..
syahdu..cukp syahdu apabila kalimah 'anakku' meniti dibibir prof.. yaAllah..rindunya aku pd mak & ayah.. rindunya aku pd belaian mereka sewaktu kecil.. Allahu..Allahu..Allahu..

" bacaan kamu.. sy bg A " ~ sambil tgn prof menulis term A dan dibulatkan.

Kukira prof sekadar ingn mengmbil hati..:-) malu..tersenyum sndiri.
Kali ini prof bingkiskn ciri2 org2 yg bertaqwa..perjalanan..segala pahit getir..dan prof kongsi sejarah yg menyentuh hati..kukira untaian dlm setiap bingkisn, tutur dr prof sgt bermanfaat buat diri.. bertuahnya hati pd ketika ini..Menerima islah utk pemantapan jiwa.. Bertemu bual dgn insan yg cukp berpngalaman.. lebih2 lg prof adalah bekas dekan fakulti..

********************************

alhamdulillah..Kau pertemukan aku dgnnya YaAllah..
Pertemuan dgn prof ptg itu melewati jam 6.14 pm... dr jam 4.10 pm..
Kuminta diri utk beredar..tmbahan, kewajipan solat asar masih tdk terlaksana..
Prof sndiri agak terkejut apbila melihat jam di tgnnya.. masa kurasakn amat2 mencemburui diri pd saat itu.. sgt cemburu!!

Dan apa yg dpt kusimpulkan dgn petemuan ’ayahanda’ pd ptg itu..
Diri yang merasai..segalanya prlu diteln..
Biar pahit.. biar keras.. namun amat berguna..
Agar menjadi lebih kuat.. dan kata 'ayahanda'..
Kdg2 kita perlu meluahkan..krn kebisuan sukar ditafsir..
Pandangan sukar dimengertikn..

******************************************

Saat kaki melangkah keluar dr bilik prof..Masih kurasakn semngat itu..
Langkahan kali ini terasa ringn..ketenngn itulah titipan dr prof..
Tiap bait katanya kutelan, bahkan ku hadam.. utk dijadikan pedoman..

Ukwah fillan abadan abada..
Allahu...

Tuesday, October 21, 2008

Srikandi Mawar..


MKN MLM PENGHARGAAN MAWAR
Hotel Holiday Villa Subang, Subang.
Date : 11 OKT 08
Time : 9.30 pm

Keluh yg tumpah kesegenap nusa merentap luka bangsa
Airmata membasahi pipi bkn bererti hampa yg mengisi
Secalit sejarah hitam tidak akan merunthkan
segunung wawasan

Krn selaut kasih kpd pertiwi tdk pernh bertepi
Dgn tekad dan nekad semngat srikandi
Kita hadapi abad baru dlm gandingn bahaduri
Sermpang sergahan lalu mngajar kita makna berani

Tidak kami lupakan sentuhan tangn mu srikandiku
Juga seru suara menjd doa dan restu
Melentur rebung insani
Agar diri juga bahasa ibunda
Dinegeri berdaulat menjunjung tinggi kembng mewangi

Kerana keluhurn akal dan budi
tertnujng pengorbanan
Ibu Zain, membalut maruah bngsa mencerna ilmu
Kita bwrwibawa cendikia dibumi merdeka ini

Ayuh srikandiku ingatlah
Ingat pesan wan sari Sekali menjadi tunggak
tetap manjdi petnda pncang perjuangn
Menjd teras semngat didada wangsa
Yg meliputi jati diri dn jitu kebenaran


Untaian puisi diungkap satu per satu.. yakin.. dgn penuh pengertian..
Penuh hikmah..Tatkala bibit terakhir puisi ciptaannya itu dilontrkan.
Kdngaran tepukan gemuruh dr audien..

" begitulah td persembahn yg penuh meyakinkan dr saudari Nor Hafsah Hj Omar..utk pengethuan sidng hadirin dan hadirat, saudari Nor Hafsah pernah menyertai pertndingan puisi peringkat kebangsaan anjuran sastera ikhtisas, juga merupakan pemenang tmpt ke-2 pertndingn puisi sempena Hari Putra-Putri Seroja. Satu bakat mawar yang amat dibanggakn. " ~MC

*************************************************************

Alhmdulillh..satu tnggungjwb telah selesai..

yaAllah..sesungguhnya bakat ku adalh milikMu..keyakinanku berpaksi Kamu.. kekuatanku umpama daun, mudh diterbangkan angin..kecntikan ini hanya pinjamn drMu.. yaAllah..kerdilnya aku..tatkala selaut pujian ku terima dr teman2, jgn kau lahirkan riak dan ujub dlm diri ini hanya kerana santapan dan pujian dunia..
YaAllah, aku kembali kpdMu..kuatkan aku.. Perhalusi jiwaku..Jadikan pnglibatan ini sebgai wadah utk membuka mata mereka di UITM..
Bhwa insan yg bertudung litup tidk menyekat diri untk menympaikan mesej dlm bntuk puisi..membuktikan bhawa hiburan juga dihalalkan dlm Islam..andai batas-batas dan syariatnya terpelihara..kene pd caranya.

"UITM DiHaTiKu..!! :-)"

Friday, October 17, 2008

Ku DaMBakAn KeKuaTan




19 okt 2007 (9.00 mlm)

" salam..kak,skrang surau melati dh xde org.Dlm 3 or 4 org je..
Setkat ni, Allah still giv me srngth utk hdpkn surau tu, tp x tau sampai ble sy ble istiqamah.dlu ada kak2 snior. Sdh kak, surau tu cntk dipndg dr luar tp xde p’gisian. yaAllah..akak tlg ingtkan sy andai sy terlupa.. :-/ " ~iera PMH

"...................................takpe iera, jgn gentar wlaupn bilngn sdikit. Mungkin masing2 sibuk, periksa pun nk dekat dah kn..Doalah biar liqa’ jemaah dulu kembali sediakala.."

~ku cuba bina kekuatan dan semngat iera..dirinya krasakan benar2 teruji dgn situasi..istiqamahkan dia YaAllah..tabhkan hatinya..

YaAllah..kurniakan kami bdn yg ringn utk menympurnakan ketaatan kpd perintahMu..Hati yg khusyuk.. keyakinan yg benar2 mantap..
Berikanlah kami iman yg sebenarnya supaya kami tidak gentr dan mngharap org lain selain dr Engkau sendiri..
Kembngkan lembayung rahmatMu kpd sesiapa saje yg bersama dgn kami yaAllah..perelokkan peribadi kami..hiasilah dan semarakkan dlm hati kami semngat mujahidah islam..Perkenankan YaAllah..


Prkara yg sama berlaku pd ku.. kebetuln, hati berbeza..fikirkan prkara yg sama..
Iera....
*********************************

Mlm itu, hujn turun renyai2..
Keselesaan dan ketengn malm dirasakn sbntar cuma.. dek krn tempias hujn yg m’ganggu konsentrasi study.. semakin lebat..kilat mula memprlihtkan chayanya..difikirkn, perlu utk dia beredar dr situ sbelum guruh pula berdentum..ditinggalkan wakaf itu dgn rasa kecewa..naik ke bilik utk pinjamkan laptop pd kak ct, kakak naqibah kesyangnnya.. kakak yg bnykbntu mmbwanya dlm halaqah islamiyah di bumi UITM ini.. p’gislahan dri dr smasa ke smasa..

**************************************

Fikirn kembali ligat memikirkn mesj iera td..mungkn tiada tempt mengadu..
Dilontarkan pdku..keadaan surau disaat menjelngnya imtihan, membuatkan adiknye yg seorg ni jd gelisah..betul juga dik..ukhwah tg terbina persis mutiara..bila tiada, hati yg gundah gelana..

Rasa sebak mula menghimpit diri..Sampai bilekah akn terus begini.. dimanakah mereka tatkala imtihan itu Allah jadikan utk uji diri..
Teman..kembalilah..
Kita hidupkan kembali surau itu..cntik tersergam indah, harus dinyalakn dgn majlis ilmu.. sinarkan rumah Allah dgn liqa’ kasih rindu..
Ku rindu... kengn bersma kalian mengusik kalbu..


Imtihan tidak kurng 1 minggu shja lg..
Dirinya harus tegar mengawal emosi diri..
Chapter 5 linear trnsfrmation yg tertngguh td prlu dikhtmkan mlm ini juga..
Hafsah, kuatkan semangat!!

*******************************

kasih tertaut kembali..

Kem pamantapan Fasilitator





-bawah gerakan badan2 NGO..

Irama handset menyentak lamunan seketika.. ada mesej dr kak ct..

"Adikku syg.knp jd mcmni ni? Jgn was2 tau dlm mengejar ilmu agama..yakin pd Allah, yakin pd diri s’diri..insyaallah,k.ct cuba sdaya mgkin utk tnjuk jalan yg benar.jgn mcm ni,Allah sdg menilai iman kt.ok,akak nk solat jap ni." ~ K.ct..

" Maaf kak.." ~ ku reply mesj sptah..

" takda pe2 syg.biasa la 2, kdg2 bila kt nak wat baik ni,nafsu amarah s’tiasa mnyekat.ingt lg x k.bie ckp,nafsu,akal, hati akn cuba mengalahkn.."

" Hafsah ingt kak, syukran.."

-komitmen pelajaran
- presentation projek csc
- persembhan puisi di MALAM PENGHARGAAN MAWAR(jumaat mlm..)
- halaqoh usrah(khamis..)
- test algebra, & falsafah (jumaat..)
- assignment koko (sbtu-submitted)
- test teori & praktikal test.(sabtu ptg)
- pelawaan mempngerusikan kursus kawin di PI.. (ahad-pg n ptg)
- kem fasilitator (liqa’ sprti inilah yg sgt dirindui..)

Kem fasilatator ini menuntut suatu kesabaran..dlm satu2 masa, diri trpaksa berkejar dan berulang alik ke kolej dan fakulti,test..kemudian kembali semula ke kem fasi.. liqa’ fuad ar-rafik membuatkan bdn yang letih terasa segar kembali..hati yg kalut kembali jernih..hebatnya ukhwah fillah.
Agenda utk hujung minggu cuba dilistkan utk menage time dgn baik..Tegurn drpd kakak naqibah ksyngnnya disemat dlm hati..Saat ini rasa diri amat teruji, minggu paling sibuk didunia.. Ana kene kuat.. rasa resah dan gelisah mnghantui diri..xkan dibiarkan diri terlena kembali..
Kesibukan pd plajaran bukn suatu prkara yg boleh menghlng diri untk terus berjuang.. kelenaan berada dijaln jihad dan dakwah tidak menyekat diri untk berjaya didlm peljrn..menjadi yg terbaik dikalngn yg terbaik..keyakinan pd janji2 Allah mengatasi segalanya..




فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepadaAllah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Surah A-li 'Imraan, Ayat 159






TARIKH : Esoknye..
TEMPAT : Pusat islam


" hafsah..nti letih ye?
Muka nti pucat.. " ~ seorng temnnya brtnya

" Hrm? xpyh risula.. letih skit je.." ~ jawbku

" nti balik nak? " ~temanya brtnya lg

" Takpe..ana ok. "

" masyaAllah..dahi nti..pans ni.
Nti balik lah, rehat..
lgpun imtihan dah dekat sgt..nak murajaah bdn kene sihat..
ana smpaikan pd tuan presiden nanti.
urusn kat pusat islm ni ana boleh bantu.. " ~ cube memujuk ku

hendak dilwan kata temn yg seorng ini, tidk terdya..kata2,tindkan, ketegsnnya terserlah ..ku toleh sekilas cermin dindng disebelhh..cntik ukirannya..dgn nama Allah dan Muhammad..tentu mahal.. tumpuan utma utk melihat wajah, pucat sgt ke..

" ana tak peduli,nti angguk ke tidk kali ni nti kene dgr cakap ana..kalau diikutkan aluwiyatnye..mane yg perlu diutamakn.." ~temannya kali ni tegas

ku diam sketika..berkira utk tinggalkan pust Islm ataupun tdk..fikirkan kputusn trbaik utk diri..as-suqut ’alamatur redha..diam itu tndanya reda..

"ayuwah ya uhibbuki..wa ana laahiqun..dgn ana pun nak tegas sgt.
Lembutlah skit..’"ku cuba bersuara..

menjeling temannya sekilas..
temannya tersenyum..


" iyelah..org dah nak ambek third language ni,
Ingtkan diam dh tak tau nak ckap ape..
Rupenye terpendm erat kata hikmah
..skali kluar.. meletop.. " ~cube menyakatku

Dua2 tergelak sama..Tegas, dan kuat menyakat..
Monolog (nti..ana syg ukhwah kita)


Kudakapnya sejurus bersiap utk pulng..senyuman manisnya terukir lg..
Menatap raut shbtnya yg sering mendamaikan..Inilah diriku..Dengan keberadaan sahabat-sahabat yang jujur, hidup terasa indah, tatkala mendengar kata-kata, bertatap muka, dan berakrab-akrab bersama mereka. Permasalahan dapat diatasi, beban dan penderitaan yg dialami mnjdi ringn..

inilah kemanisan ukhwah yg Allah janjikan..
masih segar diingatan kata2 kak ct dlm sylabus usrah b’kenaan ukhwah.

Katanya "Allah Subhanahu wa Ta'ala sndiri sgt mencintai ukhuwah, memuji dan mewajibkannya kepada seluruh Mukmin..lihat adik2,sejauh mane kite mndahulukan shbt melebihi kpntingn diri......"

Itulah yg difahaminya, Allah menurunkan banyak ayat yg brkaitn dgn tema ukhuwah.dan yg paling menonjol di antaranya adlh beberapa ayt dlm surat al-Hujurat, ayat 11-12..

Kuat keyakinannya mengatakan bhwa ukhuwah adalah priority yg utama, dan merupakan tuntutan mutlak untuk
membangunkn asas dan kekuatan bagi kaum Mukminin..


’syukran, Allah yubarik fiki..ana syg nti..Doakan ana kuat..’ ~ungkapanku trsirat penuh makna..ntah dimengerti @ tidak temannya yg sorng ni..

**********

Kakinya melngkah keluar dr pusat islam..rumah Allah..
Klau nak diikutkan, diriya telah bersedia (mustaid) dgn mauduk yg ingin dismpaikan sbgai pengerusi mjlis.. Taklif yg pd mulanya terpikul dibahu sndiri, amanat dr presiden..dilepaskan kpd teman sprjuangan..Kasihtn tak mengizinkn...2.3 hari ni bdnnya terasa kurng enak.
Betul kata teman..ksihatan prkara utma.

Kaki melngkah pulng..Batuknya hampir 2 mnggu..tidk pulih lg.
Batuk yg berulng kali kdg2 membuatknnya terasa sakit didada..
Ingin kepusat kesihatn, namun tak berkesempatan..
Ditangguhkan dhulu..imtihan just around the corner..
Kuliah hnya tinggal beberapa hari..Minggu2 terakhir inilah, masyghul sgt..jadual amat padat.Hampir setiap mlm penuh dgn kelas ganti..
Test tak henti2.. sungguh terasa diri teruji..Halaqa’ usrah tak perlu terhenti..
Hanya krn kesibukn yng menghimpit diri..


Monolog..
Zikir itu kekuatan jiwa..
Bangkitlah wahai insan..
gundah gelana itu prkara biasa..
Jgn sampai diri jd alpa..
Semua itu mehnah dr yang Esa..
Ku petik keratan zikir mathurat utk dijdkn sndaran..
Allahumma inni a’u zubika minalhammiwalhazan..yaAllah,aku berlindung kpdMu dr resah dan gelisah..

Dirinya cuba brmonolog..membina kekuatn hati..
Sabarlah wahai hati.. skit je lg..

FaStaBiQuL kHoiRaT..!!

Thursday, October 9, 2008

NURHAFIZAH BTE SAIDIN

19 okt -08 (mlm)

’fiza dah buat analysisis utk projek kita tak..’

’blum lg wak..nak present awal ke..’

’ha’a, ingat mcm tulah.. azie kata nak balik hujung minggu ni..
Kita buat awal lah.. awak ikut sy balik umh nak tak..’

’nak..!’ ~ cepat respon temnnya kali ini..
Mungkin teruja utk mengenali kluargaku.. tp..

’tp fiza, umah makcik kat sg buloh.. bukn umah sy..’
Wajahnye kelihatan sdikit kecewa..

’boleh ye fiza, lg pun makcik sy tu tinggal berdua je ngn suami die..
Anak dia ada yg kat jepun, kerja kat sabah, yg bangsu kat teknik melaka..
Nanti sy call makcik dlu..’


NURHAFIZAH BTE SAIDIN



Insan ini mudah tersentuh hatinya..
saat kaki mula menapak di bumi UITM..insan inilah yg akur dgn gerak geri ana..
insan inilah yg menemani ana kemana shja..
saat hati mula bertemu, insan inilah yg banyak menyokong ana..
Jauh dtg dari utara..takdir Allah kita bersama..
Maaf andai ada sekelumit perbuatan yg menyinggung perasaan.
nti, maaf kerana kesibukan ana menyekat ana utk lebih melayani nti..
tp percayalah, dlm setiap langkahan ana tetap berpegang kpd..ukhwah yg ana bina tak terletak pd jauhnya ingatn pd shbat.. tp lebih kuat andai ukhwah itu terletak dlm keyakinan utk sama2 membawa sahabat pd jalan Allah..

Ungpn utk nti..

bila seorang teman bertutur tentang diriku
yang memancing kemarahanku
kumaafkan segala kesalahannya
dan ku rendam amarahku
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

temanilah ana..
jgn jemu bersama ana..

"Ana UhHiBuki...!"
:-Hafsah untuk FiZa..

Saturday, September 27, 2008

Salam semanis ukhwah


Assalamualaikum wbt..
perkenalan bermula tika pena mula bertinta..
salam sekencang dakwah
seindah perjuangan setinggi pengorbanan..

Sudah agak terlalu lama blog friendster ana tinggalkan.
Kali ini hati dan jiwa mengorak langkah dgn seribu iltizam utk bangkit dlm penulisan..versi blogspot peribadi..tidak mahu ana ketinggalan dalam menympaikan mesej dakwah..hakikatnya hati ini sudah tidak lama berperasaan..
Hati? Keringkah? Atau mungkin dah kemarau?? Erm..takpun berhabuk..
Perlu ana sucikan hati ini..lap semua habuk2.. hehe..
Bila rasa kehilangan, bru nak cri TUHAN.. Allah, tidak mahu ana jd hamba yg sombong. astagfirullah..Nauzu billah hi min zaliq..
Yang ada sudah pergi, biarkan.. Yang tiada makin menghilang..tp yg disisi belum tentu memahami..erm..yg faham pulak belum tentu mendengar..
Yang mendengar pun belum tentu merasai.. isyh..cerewetnye ana.


Kdg2 kita perlu meluahkan..krn kebisuan sukar ditafsir..
Kerana itulah ana bangkit dlm penulisan..ana yakin, mase yg terluang adalh trbaik utk pengisian dlm blog.. rasa seperti ada ’perkara’ yg perlu kita uruskan, ada ’perkara’ yg perlu kita beri mkn.. ada ’perkara’ yg perlu kita titipkan utk pedoman masa depan..
Adakalanya pandangan sukar dimengertikn..dgn penulisanlah, biarpun pahit.. walau keras.. namun amat berguna..titipn utk shbt2.. utk ’anak2’???
Bak kata k.zira ’ hafsah menulis blog, bguslah..bleh bg anak bace nanti..’. huhu~~~~

Senandung kasih dan syg buat ayahanda dan bonda tercinta,seluruh keluarga..
Teristimewa buat teman2 kesyangn..k.ct, naqibah ksygn..teman2 usrah..barisan jawatnkuasa perwakilan Kolej..kak dilla, kak maizan, teman2 seketeriat YDP dan Kerohanian, shbt2 surau Mawar..juga pimpinan persatuan dakwah(PMH) dibumi Uitm..kalianlah penyebarak obor mujahidah dlm hidup ana..terima kasih atas segalanya..
Adakalanya ana rasakan memulakn lngkh dlm penulisan ini amat perit..bertatih..jatuh dan bangun semula..
Kadang2 tanpa tangan menghulurkan bantuan,terasa diri kembara sendirian..
Mujur ada teman yg beri prtolongan.. subhanallahi walhamdulillah wala ilahaillah huwallahuakbarrr..!!

Selaut pujian dan syukur ter utama2 nya kehadrat Ilahi krn akhirnya blog ini terhasil jua..Moga2 penulisan ini mampu membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu kehidupn, peringtn kealpaan, kejutkn dr lamunan kesilpn, penuh bingkisn nasihat dan tegurn..utk dititipkan sbgai pedoman.. namun, ana akui bahawa usaha kecil ini sarat dengan kelemahan dan ana alu-alukan kritikan membina daripada pelwat2 blog.. hehe..

Wassalam..
wardatul_syauqa89@yahoo.com
http : //wardatulsyauqa89.blogspot.com
Nickname : Bintu Omar
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa