Sunday, June 20, 2010

Berikan Laluan Perubahan Diri


Saat saya menyelesaikan catatan ini, buku “Rindu Bau Pohon Tin” karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil baru saya khatamkan. Alhamdulillah, hanya dalam masa 2 hari. Saya mampu istiqomah dalam pembacaan kali ini. Syukur…




Terkenang,
“ustaz, saiful islam sihat?” saya mencari peluang berbual dengan ustaz hasrizal bila berkesempatan menjemputnya ke Program anjuran Kolej. Ceramah “Hidup Mesti Bercinta”.
“Alhamdulillah..sihat.” ustaz membalas ceria…

Tersentak dari lamunan, kini..saya amat bertuah dapat melayari kehidupan ustaz di bumi Anbiya melalui pembacaan ini. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak muda perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Saya membaca dalam tawa dan air mata. Ayuh, baca! Senaskah tarvelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta ilahi!

Kelat sungguh jari saya menaip untuk mengukir rasa jiwa, namun saya yakin, saya puas! Kalaulah saya mampu se’istiqomah’ ustaz dalam melakar coretan kehidupan hidup seorang pejuang, pasti tika ini saya telah berkongsi coretan tersebut bersama2 adik2 yang lain. Saat saya di sekolah menengah, sekolah agama, memegang taklifan ketua pelajar, memenuhi ketidakpuasan hati pelajar yang berbilang bangsa, meleraikan pergaduhan yang lazimnya timbul atas rasa perkauman. Tambahan PERPIS yang saya harapkan mampu menjaga kebajikan pelajar muslim dari sudut kefahaman Islam, lantaran konsep mento-menti yang lebih ‘closed’. Allah.. saya rindukan suasana itu! Dan kini, kehidupan di university. Akan saya maksimumkan sebaik mungkin!

Hanya dengan penulisanlah, saya melepaskan geram yang terbuku, meng’henyak’kan ketidakpuasan rasa jiwa, melakar kepuasan dan kenangn2 bersama sahabat ukhwah fillah. Jika saya analisa kembali, terlalu banyak perubahan dalam fasa hidup saya, akhlak, cara berkawan, daya kepimpinan, berpakaian.
Pernah dahulu saya berazam untuk berubah.kini juga! Mengubah perkara2 yang menghalang saya dari mengecap kecemerlangan. Sampai satu masa, kita akan berubah. Berubah pada pemikiran, gaya menyampaikan ilmu, kelakuan dan akhlak. Saya yakin, perubahan itu adalah perkara biasa dalam kehidupan.

“hafsah, ana nak tanya sumthing nie.” Seorang sahabat memecah kesunyian suasana belajar.
“ya..” saya menatap kearahnya.
“apa nti rasa bila ramai yang menyebut tentang nti, jpk, n mawar?”
“biarkan..nti tau ana mcm mane, biarlah apa org nk pndg, janji Allah pndang kita. Fitnah, ana tak boleh nak tutup mulut org. kadang2 ana rasa hiba bila dihina, tp ana gembira. Gembira sebab kita dapat pahala!” saya memecahkan kesunyian dengan lawak bersahaja..sahabat2 lain tersenyum sama.
Saya menutup persoalan itu dengan membawa isu2 lain yang harus dikongsi bersama teman2 ini, cukuplah saya rasa terkilan dengan mulut hamba Allah yang tak tahu kisah sebenar, tetapi ingin menyebarkan fitnah. Inilah virus-virus dalam tanah!!


“Rindu bau Pohon Tin”, antara karya ustaz yang paling saya terkesan apabila membacanya. Tarvelog tarbiah yang dekat dengan jiwa saya. Menggarap konsep kepimpinan yang memng kene dengan batang hidung saya, sungguh terasa! Kata ustaz, PEMIMPIN HARUS PUNYA IDEA!

Saya belajar sesuatu, pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa kamera. Tambahan pamimpin yang hanya bijak menghentam dan mencerca. Sesak jiwa saya memikirkan pergelutan yang sering berlaku dimana-mana peringkat pimpinan sekalipun, sekolah, university, oragnisasi, mahupun pemimpin Negara sendiri.

Namun pandangan saya terhenti pada kilauan kata2 Sheikh Mohamad al-Maktoum,kisah rusa dan singa.

Saya yakin, kalo rusa dan singa perlu hebat berlari, mencari mangsa dan melepaskan diri dari pemangsa, semua harus berlari dan berlari. Hanya yang lengah dan membuta tuli, akan keciciran. Dan yang paling penting, pemimpin yang bijak sentiasa memikirkan pelapisnya kelak. Menyerahkan tampuk kepimipnan kepada tangan si culas..adalah jalan pintas kearah tewas!

Yang saya pasti, saya mahu pulang pada keluarga nanti, kedunia kerjaya, alam rumahtangga, menjengah usia tua.. saya ingin melaluinya dengan debu penuh makna, mengejar rahmat dan barakah dariNya! InsyaAllah..

Thursday, June 10, 2010

Alhamdulillah..



~~ukhwah fillah~~

Alhamdulillah, lafaz syukur saya rafakkan kesyukuran buat Rabbul Izzati..
alhamdulillah teramat, timbunan kerinduan saya akhirnya terubat.

saya tenang kerana masa2 saya diisi dengan undangan sebagai fasilitator di merata tempat,menyudahkan tanggungjawab sbagai pimpinan yang telah lama ditaklifkan. Kadang2 bila mana saya merungkai kembali masa yang berlalu 'deras', terlalu banyak kesilapan dan lagho yang saya 'fe'el'kan. Allah.. saya kerugian dari sudut masa. keperibadian muslim yang kurang kualiti!

saya bermuhasabah dan berazam kembali. cuba menggunakan sebaiknya masa yang ada, lambakan buku yang masih tidak terbaca, amalan2 sunnah yang tidak di'praktikal'lkan lagi.InsyaAllah..iltizam harus disemat.

wsalam,
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa