Friday, September 17, 2010

Aku khabarkan berita padanya dengan linangan air mata..

Dalam kekhusyukan aku berusaha melangsaikan 'hutang-hutang' kuliah,
akhirnya.. insan yang amat benar aku rindu..
rindu menatap wajahnya, mendengar nasihatnya, meluahkan rasa kepadanya, melayan bicaranya,menghayati setiap pengisiannya, Allah..


insan... tundukkan hatimu: salam adik..
insan... tundukkan hatimu: sibuk ea..
insan... tundukkan hatimu: ok..caiyok2
wardatul_syauqa89: kak siti?
insan... tundukkan hatimu: siapkan assgment
wardatul_syauqa89: ha'a kak.
wardatul_syauqa89: banyak..
insan... tundukkan hatimu: yeeeee....
wardatul_syauqa89: akak kat mane?
insan... tundukkan hatimu: byk ke asgmnt
wardatul_syauqa89: yup
insan... tundukkan hatimu: ok..takpe
insan... tundukkan hatimu: pass cni cikit
insan... tundukkan hatimu: akak tolong wat
insan... tundukkan hatimu: hehee
insan... tundukkan hatimu: kat umah
wardatul_syauqa89: hehe, jauh bangat sih..
insan... tundukkan hatimu: mcmana sekarang
insan... tundukkan hatimu: sihat?
wardatul_syauqa89: alhamdulillah..
wardatul_syauqa89: sihat,
wardatul_syauqa89: mak abah sihat kak?
insan... tundukkan hatimu: alhamdulillah
insan... tundukkan hatimu: keja jpk mcmana?
insan... tundukkan hatimu: mak sihat
wardatul_syauqa89: mcm tue lah..
insan... tundukkan hatimu: ayah tak sihat ckit
wardatul_syauqa89: baru lepas program besar,
insan... tundukkan hatimu: mcmtu mcmana?
wardatul_syauqa89: FESKOL antara kolej
insan... tundukkan hatimu: ok ke tak?
insan... tundukkan hatimu: program pe?
wardatul_syauqa89: ok..
insan... tundukkan hatimu: ohh..
wardatul_syauqa89: program berjalan baik, hafsah pun baik2 aje..
insan... tundukkan hatimu: em,kalau ok takpe la
insan... tundukkan hatimu: kalu ada pe2
wardatul_syauqa89: cuma masalah2 skit tue, biasalah kan kak..
insan... tundukkan hatimu: citer la
insan... tundukkan hatimu: akak dok jauh
insan... tundukkan hatimu: nak tolong tenaga tak boleh
insan... tundukkan hatimu: tolong bagi pandangan boleh la
wardatul_syauqa89: takpe, akak tlh doakan hafsah..
insan... tundukkan hatimu: mslah2 skit mcmana?
insan... tundukkan hatimu: insya allah
wardatul_syauqa89: Doakan hafsah kuat, kuat iman, kuat bekerja dengan org luar, kuat jaga adik2..
insan... tundukkan hatimu: mawar mcmana sekarang?
insan... tundukkan hatimu: hafsah kan memang kuat
insan... tundukkan hatimu: kenapa cakap mcmtu
wardatul_syauqa89: mawar sperti dulu, kalo performance pengkaderan kene tunggu akhir tahun nie..
wardatul_syauqa89: yelah, manelah tau kak..
insan... tundukkan hatimu: oh..ok
wardatul_syauqa89: Allah berkehendak.. bila2 je boleh berubah..
insan... tundukkan hatimu: insya allah
insan... tundukkan hatimu: moga pengkaderan dimawar sentiasa bertambah
insan... tundukkan hatimu: ye dik
wardatul_syauqa89: insyaAllah..
insan... tundukkan hatimu: kalu allah berkehandak
insan... tundukkan hatimu: benda kita tak pernah terjangka pun
insan... tundukkan hatimu: akan terjadi
wardatul_syauqa89: akak wat ape sekarang? tak beraya ke shah alam?
insan... tundukkan hatimu: then..
insan... tundukkan hatimu: kita lah yg betul2 kena redha dgn ketentuannya
insan... tundukkan hatimu: dia nak uji jauh mana iman kita
insan... tundukkan hatimu: semakin berjaya kita lalui ujiannya
insan... tundukkan hatimu: semakin meningkat martabat iman kita disisinya
insan... tundukkan hatimu: tak
insan... tundukkan hatimu: keja pun mak tak kasi lagi
insan... tundukkan hatimu: kena jaga ayah dulu
insan... tundukkan hatimu: nth la dik
insan... tundukkan hatimu: berjuang kat kelantan dulu kot
wardatul_syauqa89: ha, ayah akak tak sihat mcm mane..
wardatul_syauqa89: takpelah, besar hikmahnya insyaAllah..
insan... tundukkan hatimu: tak boleh jalan
insan... tundukkan hatimu: suara tak keluar
insan... tundukkan hatimu: kadang boleh makan
insan... tundukkan hatimu: kadang tak
insan... tundukkan hatimu: tu pun nasu air je
wardatul_syauqa89: yaAllah.. baru lagi?
insan... tundukkan hatimu: nasi ait
insan... tundukkan hatimu: nasi air
insan... tundukkan hatimu: dah ampir 5 bulan
insan... tundukkan hatimu: masa time akak nak grad aritu
insan... tundukkan hatimu: awal2 sakit lutut je
insan... tundukkan hatimu: pastu sampai tak boleh makan
wardatul_syauqa89: oo..
insan... tundukkan hatimu: doakanlah
wardatul_syauqa89: dah rujuk dr?
wardatul_syauqa89: insyaAllah..
insan... tundukkan hatimu: dah..
insan... tundukkan hatimu: dah habis dah spital g
insan... tundukkan hatimu: umm..doktor kata tulang ok
insan... tundukkan hatimu: ntah la
insan... tundukkan hatimu: ujian allah kot
insan... tundukkan hatimu: dia cabut sikit2 nikmatnya
insan... tundukkan hatimu: moga dia juga akan sembuhkan nanti
insan... tundukkan hatimu: mimie ada ke tu?
wardatul_syauqa89: akak sabar ya..
wardatul_syauqa89: mimie? dia kat rumah dia lah..
insan... tundukkan hatimu: oh
insan... tundukkan hatimu: akak ingat kat kolej dah
insan... tundukkan hatimu: ok la
wardatul_syauqa89: hafsah kat johor lagi, esok baru balik..
insan... tundukkan hatimu: nak wat asgment ek
insan... tundukkan hatimu: k,tak nak ggu dah
wardatul_syauqa89: ok kak..
wardatul_syauqa89: jaga diri,
insan... tundukkan hatimu: oh
wardatul_syauqa89: selalu2 ym hafsah kalo hafsah ada..
insan... tundukkan hatimu: ok..ada rezeki ym lagi
wardatul_syauqa89: insyaALlah..
wardatul_syauqa89: Asslamaualaikum
insan... tundukkan hatimu: ada apa2 citer kat akak ea
insan... tundukkan hatimu: jangan rahsia2
wardatul_syauqa89: hehehe..
insan... tundukkan hatimu: akak tahu mcmana keja dalam wasilah
insan... tundukkan hatimu: kadang2 gembira
insan... tundukkan hatimu: kadang sedih
insan... tundukkan hatimu: time gembira kena kongsi
insan... tundukkan hatimu: time sedih pun kena kongsi
insan... tundukkan hatimu: cari sahabt yg menahami
insan... tundukkan hatimu: ok..
Last message received on 16/09 at 14:40
wardatul_syauqa89: kak..
wardatul_syauqa89: Assalamualaikum
insan... tundukkan hatimu: Wsalam..




Air mata takkan selamanye sunyi

Senyuman takkan selamanya berteman
Ketawa takkan selamanya girang…


Aku menjadi rindu zahir dan batinku pada insan ini,
Kak Siti khalijah-adikmu Nor Hafsah
~Together & Forever, Ukhwah Fillah abadan abada~

Suatu ketika.. "Adikku syg.knp jd mcmni ni? Jgn was2 tau dlm mengejar ilmu agama..yakin pd Allah, yakin pd diri s’diri..insyaallah,k.ct cuba sdaya mgkin utk tnjuk jalan yg benar.jgn mcm ni,Allah sdg menilai iman kt.ok,akak nk solat jap ni." ~ K.ct..

" Maaf kak.." ~ ku reply mesj sptah..

" takda pe2 syg.biasa la 2, kdg2 bila kt nak wat baik ni,nafsu amarah s’tiasa mnyekat.ingt lg x k.bie ckp,nafsu,akal, hati akn cuba mengalahkn.."

" Hafsah ingt kak, syukran.."

…segala yang kami tempuhi selama 4 sem cukup lumat dalam ingatan, aku hadam setiap saat dan tempoh perkenal bersamanya..

Thursday, September 16, 2010

Belajarlah "aku tidak tahu.."

Hari ini saya sempat menziarah dari blog ke blog, mencari dan menimba pengetahuan..
Tertarik dengan status seorang sahabat Mesir yang ingin saya kongsikan, Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Jika di kampus, saya diajukan pelbagai soalan oleh adik2. Dari pelbagai sudut, sedangkan hakikatnya bidang yang saya faqih adalah ilmu mantik, sebahagian dari ilmu aqli(berasal dari akal fikiran). Ilmu yang diperlukan oleh manusia untuk berfikir dan menyusun.. maka kiranya persoalan agama yang menghujani saya, saya akur dengan kecetekan ilmu didada. MasyaAllah, jahilnya diri ini.

Tetapi amat ramai antara kita yang mengeluarkan perkataan ‘saya rasa..’, ‘I think..’.Kononnya berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, “Islam untuk semua”. Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.

Ulama terdahulu ada yang menyebutkan, “Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga.” Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan “ini kan soalan simple je wahai Imam?”

Ulama’ juga kata, perkataan “tidak tahu” itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. (iya2 aje..)
mereka mudah menyebut Wallahu A’lam atau “aku tidak tahu”? Saya yakin ianya tentu sekali lahir dari sebuah taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Nauzubillahhiminzalik.. Bukankah ramadhan yang melepas mengajar kita bertaqwa, takut tersalah bicara kerana ingin menjaga puasa, menjaga tutur kata kerana mulut juga berpuasa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.

Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan tu. Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan?

Moga dengan kalimah “aku tidak tahu”, membantu kita untuk belajar sehingga “aku menjadi lebih tahu”. Biiznillah…

Tuesday, September 14, 2010

Catatan..

~~~~Saya mencari folder lama saya untuk meng’update’ blog yang telah lama bersawang. Nukilan demi nukilan, catatan saya sepanjang kesibukan saya berprogram di university. Namun, tidak diketemui. Saya bingung lalu bangkit mencapai buku “The Art Of Public Speaking” McGraw Hill International Edition, hajat ingin mengulangkaji, menyudahkan outline yang lama tertangguh. Lama saya biarkan..


Saya menyemak kembali dimana folder topic ‘Stress’ saya letakkan, namun tidak ketemui. Kali keduanya, saya hampa! Saya tutup kembali buku tersebut, kerja saya hari ini serba tidak kena. Macam2 perkara hinggap di kepala. Lalu saya mendekati Izul Imad, cahaya baru dalam keluarga, menenangkan diri saat menatap wajah sikecil. Rengekannya menghiburkan, tangisannya yang kecil buat saya tersenyum. Leka melayan telatah sikecil..


“YaAllah, bukan ke laptop aku baru di format! Patut pun takde, ntah2 document tidak dibuat backup” Saya terganggu lagi. Mencari punca dimana hilangnya folder2 didalam laptop, baru saya perasan. Saya kehilangan punca, mengeluh yang amat.. banyak kerja2 kuliah saya didalam folder tersebut. Astagfirullah..


Hajat saya ingin meng’post’ nukilan dan catatan saya sepanjang FESKOL ’10 tidak kesampaian. Hampir 5 catatan telah saya sudahkan, untuk berkongsi bersama didalam blog, untuk tatapan sahabat2. Bagaimana pahit manisnya berprogram, menyelitkan unsur dakwah dalam meting dan perbualan, membungkam program2 yang tidak kene dengan syar’ie serta bermujahadah untuk bertahan lantaran konflik dan pergolakan dalaman. Sokongan dan nasihat tidak putus2 dari AJK Induk FESKOL, saya kuat bersama mereka. Keletihan akhirnya terpancar diwajah mereka saat program terakhir, “Taha Universiti”.


Namun, saya kira kehilangan folder2 saya didalam laptop adalah ketentuanNya yang memungkinkan saya untuk menyimpan sahaja kenangan dan memori tersebut. Menjaga hati ramai pihak barangkali! Jauh disudut hati, saya ingin sekali berkongsi pengalaman yang ada untuk tatapan mereka. Biiznillah…


InsyaAllah, saya yakin. Dengan adanya penerus talian internet yang baru sahaja saya beli, dikurnia rezeki..dari semasa ke semasa, saya ingin seistiqomah saifulislam.com untuk memberi perkongsian walaupun sedikit, tapi tidak henti..
Mudah2han..

Saturday, September 11, 2010

Lahirnya seorang mujahid..!

Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan padaNya dengan berita gembira ini lantas menguatkan jari jemariku mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama.

1 Syawal, hari Jumaat jam 5.30 pm..

Berita kelahiran seorang bakal mujahid Islam membawa hati-hati kami untuk pergi ke Hospital Tay, Muar. Melihat sendiri wajah bayi yang suci bersih dari noda dan dosa. Dan juga wajah seorang ibu yang melakukan pengorbanan yang tak ternilai harganya dalam mengandungkan seorang anak selama 9 bulan 10 hari.Serta tak lupa juga kepada seorang bapa (abg Long) yang memberi motivasi dan semangat buat isteri tercinta, raut berseri diwajahnya jelas terpancar. Seronok riaknya mendapat zuriat pertama..

Setiap anak yang dilahirkan adalah atas dasar Islam dan inilah yang dimaksud dengan fithrah dalam firman Allah Ta’ala berikut ini,

“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang hanif (tauhid). Fithrah (ciptaan) Allah, yang Allah telah fithrahkan (ciptakan) manusia atas dasar fithrah tersebut. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (QS. Ar Rum : 30)
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa