Tuesday, September 14, 2010

Catatan..

~~~~Saya mencari folder lama saya untuk meng’update’ blog yang telah lama bersawang. Nukilan demi nukilan, catatan saya sepanjang kesibukan saya berprogram di university. Namun, tidak diketemui. Saya bingung lalu bangkit mencapai buku “The Art Of Public Speaking” McGraw Hill International Edition, hajat ingin mengulangkaji, menyudahkan outline yang lama tertangguh. Lama saya biarkan..


Saya menyemak kembali dimana folder topic ‘Stress’ saya letakkan, namun tidak ketemui. Kali keduanya, saya hampa! Saya tutup kembali buku tersebut, kerja saya hari ini serba tidak kena. Macam2 perkara hinggap di kepala. Lalu saya mendekati Izul Imad, cahaya baru dalam keluarga, menenangkan diri saat menatap wajah sikecil. Rengekannya menghiburkan, tangisannya yang kecil buat saya tersenyum. Leka melayan telatah sikecil..


“YaAllah, bukan ke laptop aku baru di format! Patut pun takde, ntah2 document tidak dibuat backup” Saya terganggu lagi. Mencari punca dimana hilangnya folder2 didalam laptop, baru saya perasan. Saya kehilangan punca, mengeluh yang amat.. banyak kerja2 kuliah saya didalam folder tersebut. Astagfirullah..


Hajat saya ingin meng’post’ nukilan dan catatan saya sepanjang FESKOL ’10 tidak kesampaian. Hampir 5 catatan telah saya sudahkan, untuk berkongsi bersama didalam blog, untuk tatapan sahabat2. Bagaimana pahit manisnya berprogram, menyelitkan unsur dakwah dalam meting dan perbualan, membungkam program2 yang tidak kene dengan syar’ie serta bermujahadah untuk bertahan lantaran konflik dan pergolakan dalaman. Sokongan dan nasihat tidak putus2 dari AJK Induk FESKOL, saya kuat bersama mereka. Keletihan akhirnya terpancar diwajah mereka saat program terakhir, “Taha Universiti”.


Namun, saya kira kehilangan folder2 saya didalam laptop adalah ketentuanNya yang memungkinkan saya untuk menyimpan sahaja kenangan dan memori tersebut. Menjaga hati ramai pihak barangkali! Jauh disudut hati, saya ingin sekali berkongsi pengalaman yang ada untuk tatapan mereka. Biiznillah…


InsyaAllah, saya yakin. Dengan adanya penerus talian internet yang baru sahaja saya beli, dikurnia rezeki..dari semasa ke semasa, saya ingin seistiqomah saifulislam.com untuk memberi perkongsian walaupun sedikit, tapi tidak henti..
Mudah2han..

9 comments:

mohad said...

selamat hari raya

Nahl said...

study...study...hehe...tu, suh study tu...

Mujahid Muda said...

kalo dh jumpe 2 share2 la erk...mcm same je tajuk ngan outline ana...

'Hafsah' said...

salam,
ijad: selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
chacak : yup, jazakallah..
mujahid muda : siapa ni ya? ambil subjek yang sama dengan ana?

Mujahid Muda said...

ana - alhamdulillah masih lg barisan pejuang hadapan yg pertama...shbt nti jg...mgkn kalo paham ape yg ana maksudkn dgn barisan pejuang hadapan yg pertama, then kenallah ana...insyaAllah...tajuk utk outline bel tu same...stress..xambil subjek same sbb faculty lain..

inniakhofullah said...

salam haf..

salam aidilfitri..

lama tak dengar sahabat ana yang sorang ni..

semoga berjaya ye !!

p/s:bile nak datang usim lagi?

'Hafsah' said...

mujahid muda: emm, insyaAllah 'samar2 phm'..
erma: ukhti, rindu nti.. nanti ketemu ya. kat walimah ke kan.. mane tau, InsyaAllah..

Mujahid Muda said...

xpela, pnat nti memikir...nti knal ana...ana:

barisan pejuang (saff)
hadapan yg pertama (one @ wan)

insyaAllah, barisan pejuang hadapan yg pertama
= safwan

'Hafsah' said...

mujahid muda: MasyaAllah, nta. Syukran sudi ziarah..

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa