Monday, September 12, 2011
Aisyah ra Idaman Muslimah
“Akak, akak nak Hafsah jadi Aisyah atau Siti Khadijah?” saya mencetuskan satu persoalan.
“Hm? Oo..tak pernah terfikir pulak akak.. Ha nak jadi yang mana satu?”
“Ha nak jadi dua2. Tapi, ha ‘lebih’ nak jadi Aisyah..” aku tersenyum mengusik. Penuh persoalan.
Aku vs Aisyah
Aisyah…
Dirimu seorang muslimah cerdas
Dipilih mendampingi Rasulullah baik di Akhirat
Perjalananmu mebuatkan sesiapa saja berdecak kagum
Momentum jiwamu begitu menggetarkan
Kelincahan peribadimu amat menyenangkan
Aisyah
Wahai pendamping Rasulullah
Sehelai pakaian yang engkau punya tak membuat engkau malu dan risau
Engkau sentiasa mensyukuri apa saja kurniaanNya
Tiada kata yang mampu menggambarkan
Kehebatan peribadimu wahai Aisyah
KAU SURI TAULADAN MUSLIMAH SEDUNIA
Aku….
Aku adalah muslimah yang terlalu banyak menerima
Sedangkan mereka jarang meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah muslimah yang baru terjaga
Sedangkan mereka tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan ku menjadi salah
Lantaran terlalu cepat aku melatah
Meluah dengan emosi dan rasa tak puas hati
Sedangkan mereka tabah menghadapi
Seorang muslimah yang banyak mulut begini
Kadang-kadang aku sakiti hati mereka
Bila ku tolak pandangan mereka
Bila aku sanggah segala hujah mereka
Maafkan aku..
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi…
Bukan bermaksud aku menjadi tidak prihatin
Namun cabaran terlalu
Aku bukan muslimah biasa
Aku ingin muslimah haraki perkasa
Yang perlu sentiasa dibentuk
Diasuh dengan acuan tarbiah
Akulah muslimah yang terlalu bercita-cita tinggi
Yang mungkin kadang-kadang sukar dimengerti
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
insyaAllah dirimu mampu, bukanlah mampu jadi sesempurna keperibadian Aisyah tetapi mampu jadi sebaik-baik yang mungkin...memang lumrah kita tidak sempurna...terlalu banyak kelemahan/kekurangan...tapi kelemahan/kekurangan itu lah yang harus dibentuk supaya menjadi kekuatan untuk diri kita...jangan mengaku kitalah yang terbaik tetapi mengakulah insyaAllah "saya mampu jadi yang terbaik" insyaAllah sebaik mungkin..bersyukurlah kerna dirimu sudah pun digelar muslimah dan punya pemahaman tentang islam..kerna diluar sana masih yang belum temui apa yang dicari...wallahua'lam
p/s: melalut ape tah ana ni...mcm tak kena topik je... ?(^_^)?
Bolehlah tu ust, boleh diterjemah oleh akal ana nie. T.kasih atas sokongan, kunjungan yg tak jemu ke blog ana yg ntah apa2 nie..
Allahu Robbi...xde r ust..tp baru nak start ye r...
Salam penuh ceria...Ha faham mcmana, mereka faham mcmana,Ha mahu mcmana, mereka mahu mcmana,Ha mampu mcmana, mereka mampu mcmana. Allah berikan kita kefahaman, kemahuan dan kemampuan yang berbeza. Buat yang paling baik wahai mujahidah.
Akak.. ^_^ ada blog juga.
Post a Comment