Monday, September 12, 2011

Bina kekuatanmu

Wkf estima T kabur dari pandangan, hati saya hiba.
Hiba bercampur baur.
Apalah persepsi yang berada disana?
Masihkah ada sokongan..
apa pula harapan & janji yang pernah saya tabur disini?
dalam diam, saya tarik nafas dalam2.
Langkahan saya berat..
Tiada rasa hati untuk mengeluh, kerana saya tahu sifat mengeluh juga sebahagian dari syirik khafi. Tidak ingin walau secebis saya mensyirikkan tuhan..


***
“Mawar paling tinggi berapa tingkat hafsah?” ust mencelah
“9 tingkat..” sy jawab sepatah.

***
“..Anggerik tu nampak kolej lama, Mawar ni macam hotel..” Kak fiza menghurai.
saya tersenyum kelat.

***
Siapa yang sedar disebalik kecantikan & ketinggiannya, bangunan itu menyimpan pelibagai ‘momentum’ yang menyesakkan.

Jujur, saya terlalu merasai keletihan.
Lantaran satu kalimah meng’enak’ & me’reda’kan hati memujuk diri,
.

“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

Kenapa harus berbelah bahagi?
bukankah medan ini yang mendidik dirimu?
mengasuh dan mengasah jiwamu?
Kenapa harus gentar?
tidak adil untuk mereka dan siapa sahaja?
Ini juga perjuanganmu..
Bangkit wahai jiwa yang lemah..

2 comments:

Sumayyah Islami said...

moga terus gagah berdiri..
ummat ini perlukan serikandi sepertimu duhai mawar berduri.
salam rindu =)

'Hafsah' said...

Merindui keteguhanmu srikandi prihatin.. Tiada yang lebih terungkap bila perpisahan dijernihkan dengan air mata kerinduan.. luv u fillah.. (^_^!)

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa