Wednesday, February 29, 2012

Jangan Hentikan Dengan Titik (.), Berilah Koma (,)

Seringkali saya menulis apa yang berlaku pada diri.
maka jika tiada yang istimewa @ kejutan yang berlaku @ tanpa minat @ tiada aral dan tujuan, maka blog ini saya biarkan menyepi.
hanya duduk di rumah, berteman, mengajar, benar2 membosankan. Fikiran menjadi liat malah memberatkan tulang dengan situasi begini.

Jika dalam mana2 sesi perkongsian, saya banyak menganjurkan adik-adik supaya sentiasa terbuka, berbicara perkara yang baik-baik, bahkan perkataan itu perlu mengandungi cas-cas positif, serta sentiasa bersemangat menghadapi apa saja bentuk ujian yang Allah bagi.



Semenjak di zaman Rasulullah s.a.w, baginda sudah menyarankan kalimah yang positif.
“aku begitu kagum dengan al-fa’lu,” kata baginda. Para sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan al-fa’lu itu?”. “Kalimah yang baik-baik.. (al-kamah tayyibah)” jawab baginda.

Contoh pertama….
1. Saya sakit.
Bukankah lebih elok kiranya, noktah itu dibuang dan digantikan dengan koma. ^_^
2. Saya sakit, tetapi sebentar lagi akan baik.

Contoh kedua…
jika berhadapan dengan teman yang menghadapi masalah, katakanlah.. “awak mesti boleh uruskan!”, “jgn bimbang, awak hebat dan mampu menyelesaikannya”.




Hakikatnya, memang kata-kata itu berlawanan dengan keadaan teman tadi, namun tujuannya adalah untuk memancing harapan agar orang itu kembali bersemangat, menjalani kehidupan dan punya pengharapan yang baik. Itu adalah modal yang kita perlukan. ^_^ modal untuk hidup yang berkualiti.

Bahkan, kekaguman rasulullah s.a.w berganda ke atas al-fa’i, iaitu pengharapan yang baik, kalimah yang baik, mengingatkan kita untuk tidak berkata sesuatu yang buruk ketika kejadian yang tidak menyenangkan. Misalnya ketika terasa dengan tingkah sahabat, putus tunang, sakit yang berterusan, adik-beradik yang banyak ragam malah pelbagai perkara menyedihkan yang menjadikan kita pedih.

Alangkah bijaknya jika keluhan itu digantikan dengan :
“semoga kamu dirahmati Allah..” atau
“InsyaAllah.. esok lusa reda lah hati dia nanti..” atau
“Alhamdulillah.. pasti ada hikmah yang Allah bagi. “ atau
“Moga sakit ini menghapuskan dosa-dosaku dan sakit ini memendan harapan sembuh.”

Baik bukan? ^_____^

Jika dalam diri seseorang tertanam keyakinan bahawa yang mengecewakan tidak selamanya ada dan pasti berakhir, ia akan menghasilkan tenaga dan fikiran yang positif. Bersemangat dan terdorong untuk memaafkan masa lalu dengan menggantikannya dengan perkara yang lebih baik.

P/s: Berita buruk tidak seharusnya diakhiri dengan titik (.), namun harus dilanjutkan dengan koma(,) , lantas diiringi berita pengharapan yang lebih baik. ^_^

3 comments:

Mujahid Muda said...

salam ziarah,,,wah perkongsian yang pada ana cukup menarik,,,setiap yang negatif diakhiri dengan positif hanya kerana tanda (koma,),,,begitu juga dengan dakwah,,,tiada noktah didalam dakwah,,walau apapun method dakwah yang digunakan, harus tetap diteruskan,,,ayuh berfikiran positif,,,syukran atas perkongsian,,, ^_^ (abis semua komen letak koma..)

'Hafsah' said...

yup, betul. tapi nta jelah yang tak guna noktah sebab jimat nafas. nge..

tajuk, idea dari buku yang ana cadangkan dalam posting sebelum nie. boleh cari dan beli ya, ^_^

Mujahid Muda said...

insyaAllah akan mencari..

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa