Saturday, April 4, 2009

PROF MADYA HJ GHAZALI



Siapa sangka saat itu MERUPAKAN kali terakhir ku tatap wajah 'ayahanda'.. siapa sangka..
insan yg terlalu besar jasa dan pengorbanannya dlm mengerakkn gerak kerja pimpinan persatuan dakwah dibumi UITM, PMH..
setahun jagung menjejakkan kaki di bumi mendan UITM, insan ini telah kukenali..
melalui raut wajahnya yg sering tersenyum.. buat hati yg resah, gundah gelana terus disapa ketenangan.. dan setiap katanya penuh falsafah,bait bicara juga sgt berhikmah.. subhanallah.. rindunya aku pd arwah..

masih jelas diingatan beberapa bulan lalu, ketika majlis berbuka puasa bersama pimpinan PMH disurau seksyen..shah alam.(x ingat nama surau..hinggakn jauh tersesat bersama kak sa’ie dan kak amal)

usai berbuka sempat dlam nada bergurau insan ini sempat mengusik kak Bib, Timb Pres PMH.. `sapa masak ni,em.. kalah sy makan kat kedai..’
usik mengusik menambah ria, org kata pengubat luka.. inilah dia arwah yg kukenali..

dan sebelum terawih, kata2 ’ayahanda’ terus sarat dgn nasihat..
"..sy percaya kekuatan dan perjuangan dakwah kamu tidak akan berhenti walau tidak lagi memegang pimpinan, tp beriltizamlah dgn gerak kerja Islam ini..Allah itu maha melihat. Tetapi jgn lupa pd pelajaran.. Moga Dia pandang usaha anak2.."

`anak2..` ungkapan itu buat aku runtun hati.. Akrabnya mereka.. yaAllah, moga uhkwah yg pernah tercarit itu terus mekar dan melebar hingga kesyurgaMu..

Hebatnya dia.. Kau hadirkan dia saat aku tahu kesukaran dn kegetiran kakak2 & akhi2 pimpinan PMH menguruskan persatuan. Dgn kerenah birokrasi, kekangan waktu, tngungjwab sbg anak, pelajar.. aku yakin .. memang Kau hadirkan insan ini untuk menguatkan mereka yaAllah..

Tika itu, di balik cermin Hospital , dlm kejauhan aku merenung ’erat’ wajah prof.. tidak sedarkan diri.Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan prof.. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini.. lantas, diri bermonolog.. prof akan pulih. InsyaAllah..

Pagi itu, aku terima panggilan dari seorg shbt, `hafsah.. prof baru meninggal pg td..`
Lalu jelas2 keegoaanku yg ada terlerai dgn jujuran air mata..

Dalam seusia 52 tahun memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk Allah memanjangkan usianya. Saat dan ketika dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Kami pasrah kepada ketentuan Ilahi …
kehilangannya sesuatu yang ditangisi,terutama bagi insan yg sentiasa di sisi,


i'allah,walau jasadnya telah pergi, namun,rohnya sentisa segar di sisi... singkat masa berlalu, tapi, Allah masih mahu mempertemukan kami semasa hidup nya.. moga berkat dari doa semua, rohnya ditempatkan di kalangan orang2 mukmin...

allahummakhtimlana bihusnil khatimah...
~~AMIN~~

Sesungguh segala kenangan biarlah bisa menjadi semarah perjuangan buat kalian. Dedikasi khas kutujukan buat
almarhum Prof Ghazali..

moga kau damai disana.
AL-FATIHAH

No comments:

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa