Tuesday, June 9, 2009

ALUMNI BMM 'fresh' dihati


ALUMNI Badan Musolla

(ana 4 dari kanan bersama barisan alumni)


Sem kedua yang melayakkan saya bergelar JPK mengheret beberapa insiden demi insiden yang pastinya membuatkan saya tersenyum sendirian. Tidak kurang pula hati diulit resah lantaran beberapa tanggungjawab yang masih lagi tidak terlaksana bahkan mampu ‘memberatkan kepala’ diri yang dhaif lagi hina ini. Penulisan saya kali ini mungkin lebih ingin mengungkit kenangan dan mengetengahkan jasa-jasa mereka yang telah bergelar “ALUMNI Badan Musola Mawar”.

Ukhwah yang tertaut erat antara kami memungkinkan perpisahan yang terjadi sering dikenang. Dengan mempraktikkan system barter, saling bertukar-tukar video peribadi,kad-kad ucapan, kata-kata semangat atau boleh diertikan sebagai ‘pena kasih sayang’, segalanya sangat manis bagi kami.


Rumah Allah menyaksikan pertemuan antara sesama kalian. Bachelor af degree in Mathematics, Law, Mechanical of Engineer, Chemistry, Biology, Farmacy, Medic, perbezaan ’course’ yang diambil di Universiti dan latarbelakang keluarga juga taraf kehidupan tidak menghalang pertalian UKHWAH yang dicipta keranaNya terus dibajai.
Sabda Rasulullah s.a.w :-

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Masihkah ada lagi kenangan-kenangan kalian saat selesainya solat berjemaah di Musolla Mawar? Masih segarkah diingatan kalian tatkala pipi sama bertaut, tika tangan saling menggenggam erat, saat lutut saling bersentuhan, pabila duduk dalam kumpulan sambil seorang diantara kita meyampaikan tazkirah, alunan sayu zikir munajat setiap malam sabtu, pengisian tajwid antara kita walaupun serba kekurangan? Subhanallah.. juga pada waktu-waktu ifthor Isnin dan Khamis lantas merasai nikmatnya suapan pertama seorang sahabat.

Apakah masih jelas diingatan kalian semua? ”Malam Aman Palestin” yang tenang menyaksikan hujan renyai-renyai pada jam seawal 8.00 malam. Saat hati gelisah dan mencipta resah apabila dua program bertembung di Dataran Cendekia, malam yang dingin apabila hujan berhenti menangis lantas mencipta kabus namun bahang dengan rasa ketidakpuasan hati. Antara mereka dan kita. Segalanya dalam kenangan. Apakah masih antum ingat saat2 kita saling berganding bahu menjayakan program-program kerohanian berkala di Kolej, biarpun banyak kekurangan mencipta keluhan. Tapi cukup ana bangga dengan kalian. Kekentalan dan kesabaran menghadapi segala tribulasi menjadikan hati ana terus tegar untuk bersama kalian. Syukur pada Allah kerana mengurniakan sedikit kekuatan dari ’kekuatanNya’.

Dalam kenangan yang tercipta dan malam-malam yang kita isi pengisian bersama, ’jengah’kan di hati antum dengan rasa syukur kepada Allah dengan kurniaan ukhwah yang terus mengalir dalam diri. Jika pernah terlintas dihati dengan rasa benci, tidak senang dengan sahabat, beristigfarlah.. sesungguhnya itulah tipu helah syaitan untuk menyesatkan manusia.Ukhti, maklumlah bahawa diantara pendekatan syaitan untuk menyesatkan manusia adalah menanamkan kebencian pada dirimu terhadap sahabat-sahabatmu. Syaitan akan terus-terus membisik ditelinga kita :
”orang ini pernah berbuat sesuatu, orang itu pernah meyakitimu”
Makhluk Allah itu tidak akan pernah rasa jemu dengan propaganda itu sehingga dirimu menyendiri, lemah dan malas. Kemudian, diri kita yang banyak dosa ini akan terus diheret mencintai dunia, kita diperdaya oleh syaitan dengan khayalan-khyalan maya,memikirkan dunia dengan segala kesenangan dan kesibukan-kesibukan duniawi yang remeh sehingga menyekat perjuangan kita di kampus. Tidakkah kalian rasa ianya satu kerugian yang sangat besar? Ukhti, dengan rasa rendah diri dan penuh kasih sayang untuk semua. Jagalah hati-hati kalian daripada rasa asing dengan sahabat, masalah dakwah, majlis-majlis ilmu, agar dirimu terhindar daripada menjadi santapan lazat dan terjerat dengan tipu daya syaitan. Semuanya telah jelas diolah dengan penerangan yang baik dalam buku VIRUS-VIRUS UKHWAH karya Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah dan JANJI DAN SUMPAH IBLIS karya Adil Akhyar. Hidupkanlah dalam kehidupan kalian dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Ana sendiri sedang berusaha menjadikan sunnahnya sebagai budaya.

Dan jika ada diantara kita yang lebih banyak mengundang keluhan daripada mencipta rasa senang, InsyaAllah setelah semuanya berlalu barulah kini kita sama merasai manisnya rasa mahabbah. Ukhti, campak dan semaikan hati-hati kalian di Kolej ’Wardatul Syauqa’ itu untuk dibajai. Semuanya masih kukuh dalam ingatan.

Mohon maaf dari ana sepanjang berada di marhalah Mawar atas keterlanjuran kata-kata, ketidakpuasan hati, keputusan dan perancangan yang tidak rapi, kalimah yang mengguris jiwa dan segala rasa kurang senang. Ingatan ukhwah dan simpulan kemas berpintal iman akan terus tertaut disitu. InsyaAllah.

Dalam hadith Qudsi , peganglah dengan FIRMAN Allah Subhanahu wa Ta'ala :

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”




.:. ISLAM .:. UKHWAH .:. MAWAR .:.


No comments:

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa