Alhamdulillah, seungkap kalimah lailahaillallah terus meniti dibibir.
“apakah ertinya saya menganut Islam” garapan hebat Fathi Yakan. Menjadikan saya terus kaku dan setia kemana sahaja bersama buku ini. Satu pengalaman dan pembacaan yang sangat berharga. Malahan apabila mengulangi pembacaan ini, darurah dan kewajipan atas kesedaran sebagai seorang muslim terus menghantui diri. Sudah pasti! Saya telah jatuh cinta. Inilah sumbernya untuk saya sedar dan terus sedar. Subhanallah, masih lagi saya terfikir bahawa inilah.. inilah nikmat Allah yang tidak ternilai. Iman dan Islam. Saya ada Islam, dengannya saya dikurniakan iman.
Lantaran kelemahan dan keburukan yang sering menguasai diri, saya tidak mahu terus hanyut dengan arus dunia. Saya tidak mahu meniti umur yang menginjak usia 20 tahun ini hanya dengan kejayaan akademik semata-mata. Sebaliknya, hati terus ingin melangkah lebih jauh, memberi sumbangan sepenuh jiwa dan raga hanya untuk agama Allah ini. YaAllah, izinkan hambaMu.
Satu per satu peristiwa saya fikir dan renungkan sepanjang tahun pertama saya di UITM. Adakah hanya mensia-siakan masa yang Allah telah berikan? Nauzubillahiminzalik.. minta dijauhkan. Atau dari sudut perkadaran yang tidak seberapa, saya mampu menginfakkan sebahagian masa daripada keseluruhan masa yang telah Allah berikan ini pada jalanNya? Alhamdulillah.. (^-^)
Memulakan langkah dan kayuhan pada sem pertama bersama PMH, saya rasakan satu jutaan rahmat dariNya.. Melibatkan diri secara istiqomah bersama persatuan inilah, saya mengenali serba serbi kondisi sebenar bagaimana itu dakwah. Kolotnya saya ketika itu. Hampir-hampir mengalami kejutan budaya memandangkan satu per satu perkara yang saya tempuhi tidak di ‘mind set’ kan diotak, dan terus dihadam. Tetapi atas kehendak dan naluri yang Allah berikan, digerakkan hati ini untuk terus bersama mereka. Alhamdulillah.. dan akhirnya, dengan dorongan sahabat-sahabat saya melayakkan diri untuk di’interview’ oleh Pegawai Pembangunan Pelajar untuk menjadikan pangkat JPK terus berada di pundak dan bolehlah dikatakan mem’beratkan kepala’.
Sepanjang berada dibarisan pimpinan, masih jelas diingatan, saya mewujudkan beberapa perancangan jarak dekat dan jarak jauh sebagai langkah pertama dan berterusan di Kolej Mawar. Tidak menjadikan golongan yang berfikrah tertentu sebagai sasaran, saya terus ligat dengan idea-idea bernas yang dikeluarkan oleh AJK Badan Musola Mawar sendiri sebagai strategic dan backup plan untuk program kerohanian di Kolej. Tak terucap kepiluan diri lantaran terasa amat sukar mengajak, menyeru dan terus mengislah. Mungkin atas kedaifan dan kejahilan yang masih lagi membelenggu hati. Namun, bukan berasal dari pendidikan sekolah agama di peringkat menengah tidak menjadi asbab untuk saya terus tunduk pada kelemahan diri. Ianya saya jadikan satu cabaran lantas mendorong saya untuk lebih konsisten memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. InsyaAllah..
Dan alhamdulillah, boleh saya katakan Rancangan Peringkat Pertama berakhir dengan kejayaan dalam menanamkan kefahaman dari sudut peribadatan dengan beberapa agenda. Jauh dari sudut hati, saya bimbang barah-barah yang ada akan terus menular dan merosakkan setiap inci dan segenap kehidupan mahasiswi, mengkucar kacirkan pemikiran, merosakkan akhlaq dan akhir sekali menyediakan masyarakat kepada ketewasan pertama Umat Islam suatu ketika dahulu. Saya berusaha untuk mengelak!
Seterusnya, Rancangan Peringkat Kedua terus menghimpit saya dengan terus rasa bersalah atas sikap dan kecuaian yang tidak sepatutnya. Dalam erti kata lain, saya tidak mahu menjadi diri ‘tawanan’ yang kalah dan keciciran, terus dicengkam perasaan, tertipu pula dengan anasir-anasir kepalsuan dan keindahan zahir yang memukau. Justeru, tekad harus disematkan dan perancangan yang lebih teliti perlu amat saya teliti dengan rapi. Itu pengajaran!
Rentetannya, saya merasakan bahawa amat banyak dan besar sekali kekosongan jiwa-jiwa mahasiswi yang tidak dapat diisi dengan Islam sepenuhnya, Aqidah? Sistem hidup mahupun akhlaq? Syariat.. kesemua keperluan ini menyebabkan saya berhadapan dengan satu tanggungjawab besar mendepani sem hadapan yang memungkinkan terciptanya sejarah masa depan umat Islam. Ya, tanggungjawab ini pastinya memerlukan iman dan iradah yang ampuh!
p/s : Allah tidak akan membebani sesuatu melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya.
(^ - ^ )
No comments:
Post a Comment