Monday, October 26, 2009

Setahun sebagai perwakilan Kolej

Tidak pernah lagi saya menulis berkenaan tugas dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan program-program berbentuk kerohanian dan Insaniah di Kolej. Selama mana saya berada di pimpinan, belum pernah lagi saya meniti dan mencoretkan pengalaman tersebut di blog maya ini.


Semuanya tersemat kemas berada di kotak folder acer, aspire 4530. gambar-gambar yang ada kalanya buat saya tersenyum seorang diri. saya cuba menilai kembali selama mana saya berada di pimpinan, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang tidak tertunai, cita-cita yang tidak kesampaian. Bagaimanalah nanti apabila ditanya diakhirat. Allah..


Jika dahulu, tidak pernah saya rasakan ingin bergelumang dengan dunia perwakilan kolej. Kerana hati, jiwa dan fizikal saya lebih terikat dengan gerak kerja Persatuan Mahasiswa Hadhari. Tetapi, percaturan Allah dan syura kakak2 senior lebih mendahului keberkatan. Mereka lebih tahu tika saya masih mentah untuk menganalisa dan membuat keputusan. Saya serahkan segalanya pada Allah, dengan kemampuan kudrat yang ada saya akan laksanakan sebaik mungkin.





bergerak kerja bersama JPK yang lain, saya rasakan stu rahmat, Sabar, IQ, EQ dab SQ kadang-kadang tak terbalance dek kematangan yang tak dijiwai lagi. namun, insan-insan inilah menjadi penguat diri, penghibur hati dalam menerajui mehnah berorganisasi. cukup saya sayang kesemuanya, 16 orang berada di level yang sama membuatkan kami sentiasa bertatap muka. jangan rindu kat hafsah nanti yer..!!








Semalam, ketika majlis penghargaan Perwakilan Kolej, tika mana Dr. Azmi melontarkan ucapannya, ucapan kasih sayang dan tanda terima kasih dari ayahanda untuk anak-anaknya. Saya diasak dengan rasa sebak dan debaran yang amat sangat. Tambahan, sempat disematkan harapan dan impian beliau untuk meningkatkan nilai insaniah dalam diri mahasiswa. Sebak kerana saya telah menamatkan kontrak pimpinan selama satu tahun. Terlalu banyak..banyak lagi yang tidak terlaksana. Debaran kerana saya rasakan tanggungjawab yang lebih besar menanti pada tahun hadapan.







Namun, jika di’rewind’ kembali, mungkin saya boleh tersenyum dengan pencapaian kini. Dengan tertubuhnya Badan Musolla Mawar, mengexploitasi sahabat surau, kami punya matlamat dan visi untuk dicapai. Meng’grand design’kan apa yang ingin dibawa oleh Dr Azmi dalam menitikberatkan perkembangan insaniah mahasiswi, saya diasak untuk lebih mengkomersialkan Badan Musolla pada tahun berikutnya.











Adik2 dan sahabat2 pimpinan baru, ketahuilah bahawa Badan Musolla mempunyai impian dan dream yang sangat jauh. kami mungkin telah berjaya merintis sedikit ‘jalan’ kearah mencapai dream ini, namun tempoh satu tahun tidak cukup untuk merealisasikan apa yang ingin BMM mahukan. Justeru,kami tinggalkan kepada kepimpinan baru untuk terus menganalis, seterusnya melengkapkan agenda yang dipersetujui bersama.

NJika saya kenang kembali, terlalu banyak kelemahan yang dicarit sepanjang berada dalam organisasi. Adakalanya saya merosakkan nilai dari sudut pengurusan, kecekapan dan tidak ‘alert’ terhadap persekitaran ummah. Saya agak lambat memahamkan exco2 tentang matlamat, memastikan momentum dan gerak kerja kearah mencapainya laju dan tangkas.gerak kerja agak lambat. Sem ini, jika dinilai BMM hanya mampu merealisasikan 2/3 daripada keseluruhan program tanpa meninggalkan kesan 100% untuk mahasiswi menghayatinya.


namun, segalanya telah saya nilai dan perlu amat saya ambil iktibar. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran selama mana saya berada di JPK dan Presiden Badan Musolla.

"Kebaikan yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebathilan yang terancang kukuh"
wallahu'alam..

No comments:

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa