Thursday, September 16, 2010

Belajarlah "aku tidak tahu.."

Hari ini saya sempat menziarah dari blog ke blog, mencari dan menimba pengetahuan..
Tertarik dengan status seorang sahabat Mesir yang ingin saya kongsikan, Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Jika di kampus, saya diajukan pelbagai soalan oleh adik2. Dari pelbagai sudut, sedangkan hakikatnya bidang yang saya faqih adalah ilmu mantik, sebahagian dari ilmu aqli(berasal dari akal fikiran). Ilmu yang diperlukan oleh manusia untuk berfikir dan menyusun.. maka kiranya persoalan agama yang menghujani saya, saya akur dengan kecetekan ilmu didada. MasyaAllah, jahilnya diri ini.

Tetapi amat ramai antara kita yang mengeluarkan perkataan ‘saya rasa..’, ‘I think..’.Kononnya berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, “Islam untuk semua”. Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.

Ulama terdahulu ada yang menyebutkan, “Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga.” Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan “ini kan soalan simple je wahai Imam?”

Ulama’ juga kata, perkataan “tidak tahu” itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. (iya2 aje..)
mereka mudah menyebut Wallahu A’lam atau “aku tidak tahu”? Saya yakin ianya tentu sekali lahir dari sebuah taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Nauzubillahhiminzalik.. Bukankah ramadhan yang melepas mengajar kita bertaqwa, takut tersalah bicara kerana ingin menjaga puasa, menjaga tutur kata kerana mulut juga berpuasa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.

Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan tu. Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan?

Moga dengan kalimah “aku tidak tahu”, membantu kita untuk belajar sehingga “aku menjadi lebih tahu”. Biiznillah…

5 comments:

Mujahid Muda said...

salam...
alhamdulillah syukran atas coretan ni...subhanallah coretan yg begitu mantop...kate2 itu jg pernah diungkap oleh al-Fadhil Ustaz Nik Bakri Nik Mat..anak didik al-Habib Umar al-Hafidz(keturunan Rasulullah belah Hussin)...iaitu kalau xtahu cakap xtahu..dan jgn lah kita jadi orang yg cepat menghukum...pesan ustaz lagi, kalo belajar sesuatu bidang ilmu hendaklah dari pakarnya...dan orang yg hendak mengeluarkn hukum itu biarlah dari orang yg datang dari bidang itu sendiri...

sbg contoh: Pakar dalam bidang al-quran keluar hukum yg terdapat dalam al-quran dan xmungkin keluar hukum dari hadis...kerana dia bukanlah pakar hadis...melainkan dia adalah pakar dalam semua bidang..

kesimpulannya...betullah, kalo kita xtahu, maka katalah xtahu...
wallahua'lam...

Cahaya Haruman said...

slm..
byk yg sy x tahu..
terasa diri begitu jahil..

'Hafsah' said...

mujahid muda: Mudah2han Allah sentiasa memelihara lidah dan jiwa hamba2Nya. amin..
cahaya haruman : kita kene belajar wani.. jom belajar! mendidik diri..(,")

Mujahid Muda said...

insyaAllah...mudah2an begitulah hendakNya hafsah...

cahayaharuman90.blogspot.com said...

=)

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa