Saturday, September 11, 2010

Lahirnya seorang mujahid..!

Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan padaNya dengan berita gembira ini lantas menguatkan jari jemariku mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama.

1 Syawal, hari Jumaat jam 5.30 pm..

Berita kelahiran seorang bakal mujahid Islam membawa hati-hati kami untuk pergi ke Hospital Tay, Muar. Melihat sendiri wajah bayi yang suci bersih dari noda dan dosa. Dan juga wajah seorang ibu yang melakukan pengorbanan yang tak ternilai harganya dalam mengandungkan seorang anak selama 9 bulan 10 hari.Serta tak lupa juga kepada seorang bapa (abg Long) yang memberi motivasi dan semangat buat isteri tercinta, raut berseri diwajahnya jelas terpancar. Seronok riaknya mendapat zuriat pertama..

Setiap anak yang dilahirkan adalah atas dasar Islam dan inilah yang dimaksud dengan fithrah dalam firman Allah Ta’ala berikut ini,

“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang hanif (tauhid). Fithrah (ciptaan) Allah, yang Allah telah fithrahkan (ciptakan) manusia atas dasar fithrah tersebut. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (QS. Ar Rum : 30)

4 comments:

slaveofALLAH said...

Tahniah sahABATKU....dak tua dah...baby tue nak panggil awk apa ye MAK LANG???..:)..nant post la plak gambar anak buah awk tue yek...mesti comel!!!.....

Nahl said...

Burika laka fil mauhub, wa syakarta al-wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha asyuddahu

Mujahid Muda said...

alhamdulillah bertambah lg seorang mujahid muda yg akan turut sama berjuang satu hari nnt...insyaAllah...

'Hafsah' said...

Doakan anak kecil ini..

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa