Keranamu Ibu aku nukilkan penulisan ini..
Walau lega dengan peperiksaan tadi, pembaringanku tidak lena.. 2,3 hari lagi sambutan hari Ibu, aku fikirkan Ibu, fikiranku sesak mengingatkan ibu..
File manager di tel bimbit aku buka, mencari folder ibu, merenung wajahmu ibu, aku rindu.. benar2 rindu..
Membiarkan fikiran dibuai memori lalu, membiarkan air mata bergenang dikelopak mata.. aku terbayang sesuatu yang terpahat dibenakku, dizaman kenakalanku. Ibu, jika masa itu adalah aku pada hari ini,akan kukatakan padamu.. buatlah ibu, kerana tidak ada garisan yang cantik secantik birat rotan yang pernah kau hadiahkan padaku, tidak aka nada suara merdu bebelanmu, tidak ada lagu yang syahdu sesyahdu zikir ketika kau menidurkanku.. dan jika masa itu, adalah aku pada hari ini, takkan ada rungutan kerana melawan tindakanmu dan akanku redha setiap perilakumu terhadapku..
wajah polosmu, memancar sabar.. redup matamu memancar kasih.. gerak bibirmu mengalun sayang. telusan jemarimu mendakap rindu. ibu...jerih tidak engkau peduli. jemu tidak engkau singgahi, lelah engkau gagahi. ibu...engkau dodoikan diriku syahdu, engkau pupukkan taqwa kalbu, engkau junjung kalam wahyu. ibu...kini, kudratmu semakin lesu .namun, engkau masih merestu. ibu...ampunlah dosaku..
Hadirmu melengkapkan hidup ini wahai ibu
Dirimu telah menahan perit melahirkan
Dirimu telah menahan tidurmu demi mendodoikan
Dirimu telah mencurahkan kasih
Keseoranganku disini berdoa buatmu
bersujud tanda kesyukuran kepada-Nya
semoga Allah selalu melimpahkan kasih-Nya yang tak kunjung malap
untukmu ibu yang berhati mulia
Diawajahmu tidakku lihat riak penat
walaupun dirimu terpaksa menjaga kami beradik
kerna ku tahu dirimu seorang yang gagah
dan menjaga kami penuh kasih
air mataku mengalir saat menulis coretan ini
kerana mengenangkan pengorbananmu wahai ibu
yang tidak pernah kenal erti lelah dalam kehidupan ini
semoga Allah mencintaimu wahai ibu
tiada hadiah bernilai yang aku hadiahkan
melainkan untaian doa untukmu
semoga cinta-Nya luas kepadamu
melebihi luasnya cintaku kepadamu
~Selamat Hari Lahir Ibu~
Ya Allah... aku menyayangi dan mencintai ibuku kerana-Mu.
Tuhan... tolong Engkau lindungi ibuku selalu dari segala bahaya dan bencana.
Selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajahnya, supaya kutahu ibuku sedang berbahagia dengan hidupnya. Selalulah Engkau payungi dia dengan rahmat dan kasih sayang-Mu yang tiada bertepi itu.
Aku tidak mampu membalas semua kebaikannya untukku... dan aku tidak mampu, ya Allah, membayar segala pengorbanannya untukku.
Oleh itu, didiklah daku ya Allah, supaya mampu menjadi anak solehah yang terbaik buat kedua-dua orang tuaku. Agar mereka berasa bahagia selalu dengan kehadiranku, agar mereka sejuk hati tatkala melihat wajahku. Jadikanlah aku anak solehah yang selalu mendoakan kebahagiaan orang tuaku, kerana di bawah telapak kakinya ada syurgaku... kerana di bawah redhanya kejayaan dan kebahagiaan itu kuraih...
Ibu..=('
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment