Tuesday, November 1, 2011

Cerewatkah saya?

Harapnya peribadi saya tidak menggambarkan seperti tajuk diatas. InsyaAllah saya jarang berkira.

Tetapi mutakhir ini saya tersedar bahawa kebelakangan ini saya jadi seperti cerewet. saya mula berkira dan mudah terasa. Bukan dengan keluarga, bukan juga teman2 rapat, tetapi pentadbiran kampus!


Bertahan

Saya survive apabila pihak petadbiran membuat panggilan dan meminta saya hadir segera untuk mesyuarat sedangkan saya berada didalam kuliah sedang menuntut ilmu! Saya survive walaupun saya tahu tindakan mereka sebegitu tidak kena.

Saya masih survive bermesyuarat dari jam 11 pm sehingga 6 am dek kerana Minggu Orientasi Pelajar menuntut amanah dari pagi hingga ke malam. Semua itu saya niatkan kerana tuntutan merancang dan berdakwah.

Saya masih survive sekiranya waktu-waktu cuti belajar saya dihabiskan dengan program-program pentadbiran beragendakan politik! Saya niatkan itu harga yang saya perlu bayar apabila menceburkan diri diruang kepimpinan yang sebegini.

Saya masih survive apabila dipersalahkan, diherdik dengan kata-kata yang tidak beradab. Saya masih survive dan mencari titik kesalahan diri untuk diperbaiki.

Saya masih survive berulang alik dari Johor ke Shah Alam 3 kali dalam tempoh satu minggu kerana audit yang tidak diuruskan sebaiknya oleh mereka. Justeru, saya perlu hadir menjawab pelbagai persoalan.


Bukan kesakitan

Segala keluhan itu hakikatnya bukanlah kerana sakit yang terkena ke atas diri saya. Apalah sangat semua itu jika dibandingkan dengan kesusahan-kesusahan lorong dakwah para Nabi dan generasi Islam yang terdahulu. Malah saya juga tidak pernah lupa kepada hadis Nabi saw :

“Daripada Abu Musa beliau berkata, apabila Rasulullah s.a.w mengutuskan seseorang daripada kalangan sahabatnya untuk apa-apa urusan, Baginda akan berpesan :“Berikan khabar-khabar yang menggembirakan, jangan kamu liarkan (manusia dengan pendekatanmu yang kasar), permudahkan dan jangan kamu susah-susahkan!”


Saya berusaha untuk memudahkan, tapi bukan itu yang menjadi persoalan.
Saya cuma harapkan jangan diperlakukan mahasiswa sebegitu diatas keculasan hal-hal pentadbiran.

Jangan dianggap mahasiswa ini seperti sampah dan membelakangkan pendapat mereka.

Semakin menjadi-jadi.

Namun bagi sesetengah yang lain, ia penanda aras kepada perubahan jati diri yang kritikal.

Cukuplah pencemaran bahasa berlaku antara dua telefon bimbit. Antara dua emel. Tetapi untuk menjadi kebiasaan yang disiarkan dari mulut ke mulut, meremehkan kesilapan kecil melebihi keutamaan pembangunan pelajat, saya kira bahasa dalam perbincangan bukan lagi keutamaan kita.

saya kira mereka kini bukan tidak pandai berbahasa.

Tetapi ‘Tidak reti bahasa’.

Kecuaian mereka daripada menjaga beberapa perkara asas mahasiswa yang menyandang jawatan ini membimbangkan saya. Risau memikirkan masa depan pelapis kelak!

Saya menulis ini sebagai kupu-kupu kecil yang masih optimis!

5 comments:

Mujahid Muda said...

bersabarlah...kuatlah...yakinlah bahawa janjiNya itu pasti...disetiap ujian dan kedukaan itu ada kemanisan...

biasalah "mereka" itu...disemua pentadbiran kebanyakan begitu...jadi teruskan semangat!! biarkan "mereka"...chaiyok2...

Cik AB=) said...

ya Allah,kuatkan langkah kak Hafsah:)

'Hafsah' said...

optimis sungguh dgn motivasi dan penyokong paling dekat Mawarians ya.. *_*
APa kurangnya nta dengan pengalaman sbg mantan Exco Kerohanian dan pimpinan Persatuan TAHA ye tak..
Lebih hebat cabarannya

'Hafsah' said...

Ya Allah, kuatkan juga langkahan mujahidah adibah bakri yang masih lama tapaknya dikampus.. amin ^_^

Mujahid Muda said...

Pengalaman sbg mantan tidak membawa apa2 erti...melalui pengalaman skrg lebih mencabar dari masa lalu..ana boleh katekan nti seorang yg kuat sbb masih mampu bertahan..tahniah..

p/s: kalo exco kerohanian tu mungkin boleh lg r...tp kalo Persatuan TAHA, sy xlayak...orang hebat je masuk TAHA..sy ni rakyat biasa je... ^_^

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa