Monday, April 30, 2012

Muslimah di Medan Islami


"kalau hanya sekadar menghafal rukun baiah dan rukun usrah tetapi penakut,,sila jangan dekati serikandi ini.....mereka "oki" BERSIH 3" 
Ustaz Riduan Mohd Nor, fb, 8.09 PM, 30/04/12


Bismillahi... Saya tersenyum bahkan terselit rasa terharu akan mereka, lebih2 lagi pemimpin utama yang sentiasa meraikan peranan Muslimat di medan amal islami. Allahubarik fi..

Muslimah, ciptaan Allah swt yang begitu unik. Emosinya tak terjangkau, mampu meledak dalam masa yang sama mampu menjadi sesejuk air di gunung. Penciptaannya unik, kisahnya berwarna-warni. Dia peniup obor semangat. 

siapa..?

Aminah Qutb, Hamedah Qutb, di Mesir..

Maryam Jameelah yang tidak lelah meruak kebangkitan  agama ini dengan tulisan yang mencerahkan akal. Berasal  keturunan Yahudi yang disapa hidayah Tuhan, begitu banyak meninta buku-buku berkaitan Islam sebagai cara hidup, sejarah gerakan Islam dan pelbagai tema penting Islam. 

Pelukan Khadijah yang menenangkan saat Rasulullah ketakutan..
Infakan hartanya untuk agama Allah..

Dr Maryam Solleh, sosok muslimat pemberani yang dipakej dengan kekuatan intelektual ini pula, menggalang perjuangan Islam di bumi Isra.

Muslimah dan Baitul Muslim
^_^
Kefahaman tentang makna kepimpinan yang salah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hnya lelaki menetapkan perancangan dan ketentuan pada kaum hawa, maka itu harus dilaksanakan. Sedangkan hakikatnya teman, muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Justeru, siapakah yang akan mengisi kekosongan itu dimedan islami..
 


P/S : Hidup ini mempunyai tujuan yang besar untuk dicapai. Memerlukan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan idea serta pandangan untuk terus maju ke arah matlamat tersebut. Oleh itu, perkongsian harus berlaku agar analisis dapat dilakukan seterusnya membentuk ilmu baru bagi maslahah ummah Bukankah muslimah itu MAMPU jika diOPTIMUMkan peranannya. Sir'uala barakatillah.. ^_^

Thursday, April 26, 2012

Nafas Syuhada'

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur
 (Surah An-Nahl 16: Ayat ke 78)



.:. Kenangan .:.

************************************************
“Assalamualaikum. Kak Hafsah ke? Boleh tak saya nak jumpa akak. Sekejap pun takpe, saya nak sangat jumpa akak..” Deringan pagian, seolah2 seruan jihad yang harus segera saya respon.

Petang itu, saya luangkan masa untuk memenuhi permintaan adik ini. Ditepi bilik, waktu tengahari, tenang dengan kehadiran siswi2 Mawar mundar mandir untuk kekelas. Saya duduk menghadapnya dengan tenang di atas meja batu, dia juga begitu. 

Ditangannya memegang sebekas ‘tupperware’ lutsinar. Saya tanya padanya, apa yang dia bawa. Adik ini diam. Saya kelu, tidak tahu bagaimana ingin memulakan, bagaimana untuk memujuknya bercerita. Akhirnya.. saya juga turut diam. Perlahan dia mengangkat wajahnya, memahamkan saya dengan setiap butir bicaranya.

“Saya ada masalah kak.. ..  ..  .. … … … .. .. .. .. Hinggalah satu ketika saya diserang symptom yang macam saya sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian..  ..  .. … .. .. .. … .. .. … … ..   saya baru belajar nak hidup. .. .. .. akak bantu saya .. .. .. satu hari saya perlu makan dekat 7 jenis pil berbeza.. .. ..” ‘tupperware’nya yang berisi ubat-ubatan dibuka perlahan2.. saya lihat air matanya menitis laju.

Akhirnya, dengan semasak-masaknya barulah saya benar-benar faham setelah taluan soalan saya dijawab adik ini. Dalam diam saya kagumi ketahanan jiwanya, kekuatan dirinya. Syahdu melihat senyuman dalam tangis, dengan redup wajah yang terpalit kepenatan. Allahubarik fi..

****************************************

“Salam. Kak, akak apa khabar? Fatimah ni.. Alhamdulillah.. Fatimah sem 1 kat UPSI ni dapat 3.89. Tak sangka.. Terima kasih bnyak kak.. .. .. .. .. Fatimah dilantik jadi Naqibah dekat surau, tapi tak tau lagi nak terima @ tak. Bimbang tak mampu .. akak doakan Fatimah ya, kuat kat sini..” Saya memerah memori pada mesej2 yang adik ini kirimkan..

Sem 1, di UiTM. Kemudian takdirnya berpindah ke UPSI. Imiginasinya, saya melihat perubahan yang sangat baik, mendadak. Syukur pada Allah.. Saya menyerahkannya bulat2 pada jagaan Allah, semoga Allah memberinya kekuatan dan barakah dalam setiap kehidupannya..

****************************************************

22 April 2012, di Dewan Muktamar Pusat Islam, UiTM. saya menerima panggilan.
Dan saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar dari mulut sahabat ini, mengirim berita pemergian adik usrah saya ini, saat itu air mata saya gugur satu persatu.


Sinar Harian ,
“seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00 petang tadi.

Arwah  Fatimah Mina Md Juferi
Tahun 3, Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 
Universiti Pendidikan Sultan Idris 
Al-Fatihah...


************************************

Akak sendiri melihat…
Bagaimana dirimu diuji dengan penyakitmu..
Akak sendiri..
Sempat berkongsi akan bagaimana derita dan kesabaranmu atas ujianmu…
Akak sendiri…
Sempat menjadi orang yang dirimu sayangi..

“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”


Wahai diri,

Perlu ada rasa syukur dalam diri ini..
Walau bgitu pedih  telinga, 
tatkala mendengar omelan sekeliling akan pemergianmu,
Allah lebih layak menentukan kedudukanmu,
Allah lebih tahu bagaimana mujahadah dirimu,

Wahai ukhti serikandi ILAHI,
Semoga rohmu tenang disana..

**************************************************** 

  Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
  " .....kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".
( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )


Rabbul Izzati…tempatkanlah Ukhti Fatimah Mina Md Juferi bersama orang2 beriman~…  

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa