Monday, April 30, 2012

Muslimah di Medan Islami


"kalau hanya sekadar menghafal rukun baiah dan rukun usrah tetapi penakut,,sila jangan dekati serikandi ini.....mereka "oki" BERSIH 3" 
Ustaz Riduan Mohd Nor, fb, 8.09 PM, 30/04/12


Bismillahi... Saya tersenyum bahkan terselit rasa terharu akan mereka, lebih2 lagi pemimpin utama yang sentiasa meraikan peranan Muslimat di medan amal islami. Allahubarik fi..

Muslimah, ciptaan Allah swt yang begitu unik. Emosinya tak terjangkau, mampu meledak dalam masa yang sama mampu menjadi sesejuk air di gunung. Penciptaannya unik, kisahnya berwarna-warni. Dia peniup obor semangat. 

siapa..?

Aminah Qutb, Hamedah Qutb, di Mesir..

Maryam Jameelah yang tidak lelah meruak kebangkitan  agama ini dengan tulisan yang mencerahkan akal. Berasal  keturunan Yahudi yang disapa hidayah Tuhan, begitu banyak meninta buku-buku berkaitan Islam sebagai cara hidup, sejarah gerakan Islam dan pelbagai tema penting Islam. 

Pelukan Khadijah yang menenangkan saat Rasulullah ketakutan..
Infakan hartanya untuk agama Allah..

Dr Maryam Solleh, sosok muslimat pemberani yang dipakej dengan kekuatan intelektual ini pula, menggalang perjuangan Islam di bumi Isra.

Muslimah dan Baitul Muslim
^_^
Kefahaman tentang makna kepimpinan yang salah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hnya lelaki menetapkan perancangan dan ketentuan pada kaum hawa, maka itu harus dilaksanakan. Sedangkan hakikatnya teman, muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Justeru, siapakah yang akan mengisi kekosongan itu dimedan islami..
 


P/S : Hidup ini mempunyai tujuan yang besar untuk dicapai. Memerlukan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan idea serta pandangan untuk terus maju ke arah matlamat tersebut. Oleh itu, perkongsian harus berlaku agar analisis dapat dilakukan seterusnya membentuk ilmu baru bagi maslahah ummah Bukankah muslimah itu MAMPU jika diOPTIMUMkan peranannya. Sir'uala barakatillah.. ^_^

4 comments:

Mujahid Muda said...

no komen ^_^

'Hafsah' said...

siapa lagilah yang nak meng'iya'kan peranan Muslimah ni kalau 'org atas' ni pun kata no komen. ~kecelaruan~ *_*!

Mujahid Muda said...

no komen tidak bererti tidak meng"iya"kan...no komen itu either seseorang itu bersetuju dgn kata2 di atas, or pada dia hujah di atas sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu tidak terkata, lantas meng"iya"kan... ~ itu pun boleh celaru ke?? aiyoyo ^_^

??? said...

Like

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa