Dan Allah mengeluarkan kamu dari
perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu
pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur
(Surah An-Nahl 16: Ayat ke 78)
.:. Kenangan .:.
************************************************
“Assalamualaikum. Kak Hafsah ke? Boleh
tak saya nak jumpa akak. Sekejap pun takpe, saya nak sangat jumpa akak..”
Deringan pagian, seolah2 seruan jihad yang harus segera saya respon.
Petang itu, saya luangkan masa
untuk memenuhi permintaan adik ini. Ditepi bilik, waktu tengahari, tenang
dengan kehadiran siswi2 Mawar mundar mandir untuk kekelas. Saya duduk
menghadapnya dengan tenang di atas meja batu, dia juga begitu.
Ditangannya memegang sebekas ‘tupperware’
lutsinar. Saya tanya padanya, apa yang dia bawa. Adik ini diam. Saya kelu,
tidak tahu bagaimana ingin memulakan, bagaimana untuk memujuknya bercerita. Akhirnya..
saya juga turut diam. Perlahan dia mengangkat wajahnya, memahamkan saya dengan setiap
butir bicaranya.
“Saya ada masalah kak.. .. .. .. …
… … .. .. .. .. Hinggalah satu ketika saya diserang symptom yang macam saya
sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian.. .. .. …
.. .. .. … .. .. … … .. saya baru belajar nak hidup. .. .. .. akak
bantu saya .. .. .. satu hari saya perlu makan dekat 7 jenis pil berbeza.. ..
..” ‘tupperware’nya yang berisi ubat-ubatan dibuka perlahan2.. saya lihat air
matanya menitis laju.
Akhirnya, dengan semasak-masaknya
barulah saya benar-benar faham setelah taluan soalan saya dijawab adik ini. Dalam
diam saya kagumi ketahanan jiwanya, kekuatan dirinya. Syahdu melihat senyuman dalam tangis, dengan redup wajah yang terpalit kepenatan. Allahubarik fi..
****************************************
“Salam. Kak, akak apa khabar? Fatimah
ni.. Alhamdulillah.. Fatimah sem 1 kat UPSI ni dapat 3.89. Tak sangka.. Terima
kasih bnyak kak.. .. .. .. .. Fatimah dilantik jadi Naqibah dekat surau, tapi
tak tau lagi nak terima @ tak. Bimbang tak mampu .. akak doakan Fatimah ya,
kuat kat sini..” Saya memerah memori pada mesej2 yang adik ini kirimkan..
Sem 1, di UiTM. Kemudian takdirnya berpindah ke UPSI. Imiginasinya, saya melihat
perubahan yang sangat baik, mendadak. Syukur pada Allah.. Saya menyerahkannya
bulat2 pada jagaan Allah, semoga Allah memberinya kekuatan dan barakah dalam
setiap kehidupannya..
****************************************************
22 April 2012,
di Dewan Muktamar Pusat Islam, UiTM. saya menerima panggilan.
Dan saat
mendengar satu persatu patah bicara yang keluar dari mulut sahabat ini, mengirim
berita pemergian adik usrah saya ini, saat itu air mata saya gugur satu
persatu.
Sinar Harian ,
“seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab
terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00
petang tadi.
Arwah Fatimah Mina Md Juferi
Tahun 3, Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Al-Fatihah...
************************************
Akak sendiri melihat…
Bagaimana dirimu diuji dengan penyakitmu..
Akak sendiri..
Sempat berkongsi akan bagaimana derita dan kesabaranmu atas ujianmu…
Akak sendiri…
Sempat menjadi orang yang dirimu sayangi..
“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
Wahai diri,
Perlu ada rasa syukur dalam diri ini..
Walau bgitu pedih telinga,
tatkala mendengar omelan sekeliling akan pemergianmu,
Allah lebih layak menentukan kedudukanmu,
Allah lebih tahu bagaimana mujahadah dirimu,
Wahai ukhti serikandi ILAHI,
Semoga rohmu tenang disana..
****************************************************
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" .....kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".
" .....kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".
( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Rabbul Izzati…tempatkanlah Ukhti Fatimah Mina Md Juferi bersama orang2 beriman~…
2 comments:
T_T xterkata..sedih baca..ternyata insan yang dimaksudkan itu adalah pelajar upsi tu..Allahu Robbi..Al-Fatihah..
Al-fatihah.. ;(
Post a Comment