Thursday, February 12, 2009

Buat AJK Badan Musolla Mawar..

Assalamualaikum wbt.

Dedikasi buat sodiqoti, teman2 seperjuangan, Majlis Tertinggi Badan Musolla, Lujnah2, sahabat2 Mawar, ahli2 Kesenian Islam (insyaAllah)..semoga berada dlm lindungan rahmat yg Esa. Tidak lupa secangkir ingatan yang tidak akan luput ditelan zaman buat ’ayahanda’ tercinta, Ustaz Aminudin Bin Basrun. Selaut pujian disandarkan kpd Rabbul Izzati, kerana akhirnya terhasil jua blog penulisan Badan Musolla Mawar(srikandimawar-uitm.blogspot.com) Alhamdulillah..

Tahniah buat Lujnah Multimedia Dan Informasi!
(lepas ni, berusaha buat website plak ye..)

Ketahuilah, dilahirkan kedunia sebagai penerus kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, merupakan suatu nilai yang tidak terharga. Amat yakin ana berbicara, bahawa kalian antara insan hebat yang terpilih untuk menerajui Badan Musolla Mawar. Kata Allah- (surah Muhammad : 7).

Semoga dalam setiap tarbiyah menemui kalian dalam keadaan yang lembut lunak disapa kebenaran Allah swt. Ayuh, kita belai bersama hati-hati ini dengan salam perjuangan. Mari kita sama menuju mihrab keimanan dan bina mahligai tawakal kepada-Nya. Jauhilah kehidupan yang dikeruhkan dengan kegelisahan, kegundahan dan keluhan.(al-mathurat / page 31)

Blog ini merupakan titipan kita bersama, selain satu method tarbiyah dalam bentuk penulisan dakwah. Moga setiap pertemuan itu Allah letakkan bersama hati-hati ini agar istiQomah pd jalan-Nya. InsyaAllah..
Bukankah indah ukhwah itu jika bertakhtakan Ibadah?
Subhanallah.. rasailah kemanisannya

Ingin ana bisikkan doa, bangkitklah kalian, membaiki diri dan menyeru orang lain.
Berprestasilah dalam redho-Nya. Redhoilah ana sebagai pemipin kalian.
Tegurlah ana dimana silap, kerana ana sendiri ingin membaiki kelemahan. Sokongan kalian yang tidak bertepi adakalanya buat ana runtun hati. Sukar untuk dimengerti. Ketahuilah, kemanisan ukhwah yang terbina tidak mampu digambarkan melalui kata2.

Lantaran terasa amat penting penulisan dakwah di-celah2 jaring internet ini, ana GALAKkan kalian untuk membina blog penulisan sendiri. Berusahalah, belajar jika tak reti, minta petunjuk kpd yg mengetahui, buknkah belajar sedikit2 lama2 akan jadi bukit? Mudah2han ianya dpt dijadikan credit pahala yg berterusan utk kita bersama..

Akhir kalam, panggilan perjuangan telah lama bergema dipuncak bukit harapan, ayuh, kita sahut seruan. Suatu saat nanti, percayalah keimanan akan menyeru dengan pekik kegembiraan.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillahh Allahuakbar!!

Pena,
Presiden Badan Musolla Mawar
wardatul sYauQa

No comments:

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa