Monday, October 19, 2009

"angka + nombor" kaitan dengan al-Quran

Assalamualaikum wbt
1
Baru-baru ini bukankah kita dikejutkan dengan insiden gempa di Sumatera, bahkan rentetan daripada peristiwa tersebut, kita mendengar pelbagai tafsiran dan juga gambaran yang cube diketengahkan dalam bentuk angka VS penafsiran al-Quran.
1
kali ini, saya cuba dapatkan pandangan seorang yang faqih utntuk merungkai permasalahan yang timbul. ayuh, kita ZOOM IN...!!!!!!
1
Oleh: al-Ustadz Hammad bin Amir Abu Muawiyah al-Makassari
1
Tanya:Bismillah. Ana mendapat risalah yang disebar di masjid yang berisi hubungan antara gempa di Sumatera dengan beberapa ayat dalam Al-Qur`an. Disebutkan di situ: Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam. 8.52. Lalu kita disuruh melihat ke Al-Qur`an surah 17 (Al-Isra`) ayat 16, ayat ke 58 dan surah 8 (Al-Anfal) ayat 52, yang mana ketiga-tiga ayat ini berisi keterangan tentang seksaan Allah kepada kaum yang melakukan maksiat.
1
1
Apakah hukum mempercayai hal ini dan menyebarkan berita ini, apatah lagi sebahagian teman menyatakan bahawa berita ini juga tersebar melalui sms.
1
1
Jawab: Pertama sekali, kepastian bahawa kejadian ini adalah seksaan atau azab secara mutlak kepada semua korban adalah hal yang kurang tepat, apatah lagi mengarahkan makna ayat-ayat di atas kepada peristiwa di Sumatera. Hal itu kerana yang maut ramai di antaranya kaum muslimin yang Insya Allah baik agamanya. Seandainya ada musibah yang menimpa seorang muslim, maka itu merupakan ujian baginya dan merupakan penghapus dosanya. Ini kerana seksaan kepada orang kafir dipanggil azab sementara seksaan kepada kaum muslimin dipanggil ujian.
1
1
Jadi ,musibah gempa di Sumatera ini adalah azab bagi orang-orang kafir yang memang selayaknya menerimanya dan merupakan penghapus dosa bagi kaum muslimin yang meninggal, serta penghapus dosa dan peringatan bagi korban yang masih hidup dan bagi selainnya yang tidak mengalaminya.
1
1
Ala kulli hal, menghukum secara mutlak bahawa kejadian ini adalah azab yang diperuntukkan untuk mereka semua, adalah hukum yang perlu ditinjau kembali. Ini kerana pada zaman para nabi sebelumnya, azab hanya menimpa orang-orang kafir dan membinasakan mereka semuanya, wallahu a’lam.Kedua, anggaplah kita menyatakan itu adalah azab, akan tetapi kita tetap tidak menerima seandainya makna ayat-ayat di atas diarahkan kepada kejadian ini.
1
1
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengingatkan di dalam Muqaddimah at-Tafsir mengenai salah satu kesalahan di dalam tafsir iaitu: Menafsirkan sebuah ayat dengan kejadian yang datang kemudia, yang mana kejadian tersebut tidak ditunjukkan oleh lafaz dan makna ayat tersebut.Sementara di sini, manakah hubungan di antara ketiga ayat ini dengan kejadiannya? Betul di dalam ayat-ayat tersebut disebutkan seksaan dan azab, akan tetapi apakah kejadian ini adalah azab secara mutlak untuk mereka semua? Kalaupun azab, kenapa membataskan hubungan kejadian ini hanya pada tiga ayat, bukankah banyak sekali ayat dalam Al-Qur`an yang menyebutkan tentang azab?
1
1
Kami jawab : Hubungan erat antara ayat-ayat ini dengan kejadian di Sumatera -di mata orang yang pertama kali menimbulkan hal ini- adalah di dalam hal nombor surah dan ayatnya dan jam terjadinya gempa bumi. Bukankah ini lebih dekat kepada bentuk dugaan dan ramalan berbanding tafsiran ayat? Orang ini berusaha menunjukkan kebenaran isi Al-Qur`an dengan cara-cara seperti ini, padahal apa yang dia sebutkan tidak ada hubungannya dengan Al-Qur`an kecuali sekadar angkanya.Isi pentingnya, kami tidak mengingkari penggunaan ayat-ayat ini sebagai peringatan kepada kaum muslimin sekalian akan apa yang terjadi di Sumatera, akan tetapi yang kami ingkari adalah menghubungkan antara keduanya dengan hubungan yang tidak diterima di dalam ilmu tafsir Al-Qur`an, iaitu angka-angka.
1
1
Seandainya mahu mengingatkan kaum muslimin, maka ingatkanlah mereka dengan semua ayat yang berisi ancaman kepada pelaku maksiat, janganlah hanya terbatas pada ayat-ayat ini dan jangan pula menonjolkan kaitan di antara ayat dan sebuah peritiwa (baik/buruk) dengan sesuatu yang tidak ada hubungannya.
1
1
Ini kerana membiarkan hal-hal seperti ini berkembang akan membuka pintu-pintu ramalan dan penafsiran Al-Qur`an dengan penafsiran yang tidak dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.
1
Kembali kepada pertanyaan:
1
1. Hukum mempercayainya?
Oleh kerana tidak ada kaitan sama sekali antara ketiga ayat ini dengan peristiwa di Sumatera, maka tentunya kita tidak mempercayai kalau ayat yang diturunkan 15 abad yang lalu ini merupakan peringatan bagi orang-orang yang hidup 15 abad selepasnya bahawa akan terjadi peristiwa pada jam sekian lewat sekian. Ini kerana sama sekali tidak ada dalil yang menunjukkan hal itu, dan mengaitkannya (melalui angka-angka) adalah perbuatan berkata ke atas nama Allah tanpa ilmu dan itu diharamkan.
1
1
2. Hukum menyebarkannya?
Tidak boleh menyebarkannya dengan alasan di atas, kerana ia membuka pintu dugaan, ramalan, dan penafsiran Al-QUr`an dengan penafsiran yang salah. Ditambah lagi dia adalah perbuatan membazir harta(kredit sms) untuk hal-hal yang tidak ada manfaatnya.Sebagai nasihat, hendaklah setiap muslim tidak sibuk dengan hal-hal seperti ini, akan tetapi hendaklah dia mengambil pelajaran dan peringatan daripada apa yang terjadi di sana dan berusaha memberikan bantuan kepada para korban sesuai dengan kemampuannya. Insya Allah ini jauh lebih bermanfaat.
1
1
Jadi, hakikat sebenarnya, tafsir ayat menggunakan angka atau mengaitkan angka dengan alquran, haram hukumnya dan ulama' tafsir tak pernah menggunakan angka bilangan utk tafsir ayat.... dan untuk tafsir ayat mesti melalui 16 ilmu. ilmu angka tidak termasuk. adapun yang berlaku sekarang ini, adalah secara kebetulan sahaja dan mungkin sebahagian mukjizat alquran. namun tidaklah boleh dibawa kepada penafsiran.
1
1
apapun alhamdulillah, dengan insiden ini kita belajar sesuatu, dan mungkin satu ilmu baru untuk kita semua,
moga-moga tidak diulangi akan datang
1
Takbir..!!! ( ",)

1 comment:

Unknown said...

Sy dah share artikel ni. Hopefully boleh membendung gejala share ayat alquran n kaitkan ngan peristiwa sebenar. Thanks sbb menulis psl ni

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa