Tuesday, December 20, 2011

Manusia bila diuji

Bismillahirmanirrahim..



Kadang-kadang saya selalu terfikir..

2 tahun disini saya mengenggam begitu banyak memori

Jiwa saya sarat dengan cerita untuk dikongsi

kadang-kadang.. Perit dan penatnya melalui semua ini

Kadang-kadang.. Saya gembira.

Biasalah, manusia memang sentiasa memikirkan masalah.

Saya tahu, suatu hari nanti saya bakal merindui jalan yang pernah saya lalui kini

Saya bersyukur kerana Allah pernah mencampakkan saya disini

Teman, berbahagialah dengan adanya masalah. Kerana masalah itu ibarat api yang membakar kerak dosa, melunturkan karat maksiat, membersihkan kakisan dengki, meraih ketinggian peibadi.
Allah.. sungguh aku tahu semua ini nikmat darimu tuhan..

Berbahagialah teman.. kerana kalau kita tak pernah diberi masalah, hidup bakal tempang tanpa aral melintang, mudah tanpa masalah yang menghadang. Boleh jadi Allah belum memberi kepercayaan untuk memikul masalah.

Teman..ayuh pandanglah masalah dengan tenang. Siapkan agenda kedua bila gagal dilangkah pertama. Siapkan hati untuk segala kondisi. Kelola diri secara kreatif dan inovatif. Berusahalah untuk lebih dewasa dan bijak dalam bertindak. Pandang semua itu sebagai pendidikan kesabaran dan uji keimanan, untuk mengekspresikan ketaatan. Berdoalah, semoga menjadi peribadi yang lebih baik, lebih kuat, lebih sabar, lebih tercabar, lebih matang dan lebih dewasa.

Saya bakal grade, beberapa masa lagi. Jujur, risau dan bimbang bergerak sendiri nanti. Saya perlu lebih advance memahami dunia luar, gerak kerja luar.
Mohon doakan saya.. Dunia akhirat, supaya saya terus istiqamah, ^_^

3 comments:

Mujahid Muda said...

benar...berbahagialah apabila diuji...kerna diri akan merasai kemanisan nikmat ujian itu...insyaAllah doaku semoga dirimu terus istiqamah...~peringatan buat diriku juga yang sering lupa..

slaveofALLAH said...

doakan sy gak..yg kian lemah..lagi 4 jam lebih ag.... ;-)

'Hafsah' said...

Mujahid Muda : ana doakan semua sahabat2..

Mimie: 4 jam lagi kenapa mie,

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa