Salam Alaik..
Saya berkira-kira menunaikan hasrat beberapa teman dan seseorang untuk mengupdate blog.

Tajuk?
Tiga tahun setengah jumlahnya. Seingat saya, blog ini dengan nama 'WARDATUL SYAUQA' tidak pernah saya ubah semenjak posting pertama di semester pertama UiTM pada Bulan September 2008. Saya bertatih dari Zero! Saya tidak biasa dengan internet, coding HTML, animasi dll pada waktu itu. Dek 'keras kepala' saya, akhirnya blog ini terhasil di musim peperiksaan walaupun kakak2 lain mengingatkan
'Tunggulah selesai exam baru buat..'. Saya sukakan dan cintakan bahasa. Lebih2 lagi jika diolah dalam bentuk penulisan dakwah yang kreatif. Manfaatnya besar. Lihat sahaja penulisan ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharudin, Ustaz Zahazan dan beberapa lagi.
Ok, Bolehlah.. Update! Bukan penulisan yang baru. Tetapi posting2 lama yang saya lebih senang 're-read' bila merasa diri jauh dengan sahabat-sahabat.bila saya tahu semangat saya semakin luntur. bila jiwa diasak dengan lambakan masalah.. (kdg2 rasa mcm perdana menteri..)
Adakalanya saya teringin bermimpi apa yang saya impikan, pergi ketempat yang ingin saya pergi, menjadi seperti apa yang saya inginkan, seolah2 saya benar2 hanya ada satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang saya inginkan.
Bolehkah berfikiran begitu?
Pernah jiwa dan otak saya hampir menolak taklifan YDP kerana CINTA saya pada gerak kerja JPK Kerohanian. Link :
SiniKerana itu, saya bimbang saya terlalu berkira, tidak redho akan ketentuan Dia. Maka posting2 lama inilah yang menjadi sandaran saya, mengingat semula disaat saya merangkak membentuk diri, menjadi mad'u. Pengorbanan mereka, nasihat dan tunjuk ajar mereka ada di
sini dan
sini dan
sini dan di
sini . justeru mengapa harus saya sia-sia kan!
Kata seorang sahabat, "Takpe..hafsah dah ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada anak nanti. Umi dulu macam ni lah kat kampus.
Ini dan
ini dan
ini. " Bebelnya panjang sambil menggerakkankan tetikus didepan mata. Saya gelak hingga kering gusi. mengiyakan saja apa katanya..
Dahulunya 'ana', kemudian 'aku', dan kini 'saya'.
Bila membaca semula posting lama benar2 terasa penulisan saya agak 'jiwang', 'meleret', 'berperasaan' dan 'ntah apa2'. Saya biarkan. saya tahu itu fasa saya meningkat dewasa. Tahun
2010 dan
2011 menunjukkan perubahan dalam corak tulisan saya. ^_^
Moga bahagia yang datang membuatkan saya cukup syukur padaNya, ujian dia membuatkan saya kuat, sedih dan gelisah yang timbul membuatkan saya seorang manusiawi, maka moga pengharapan saya benar2 tinggi untuk setiap ketentuan dan takdirNya.
Saya mohon maaf jika ada nukilan2 saya yang tidak menyenangkan. Apa yang dikongsikann bukanlah bererti saya adalah yang terbaik di kalangan kamu, tapi saya juga sedang mengingatkan diri saya yang sering lalai. dan semoga Allah hindarkan saya dari sifat riya' yang menjadi musuh hati.

P/s : 3 tahun setengah pengajian saya dalam bachelor melabuhkan tirai.. alhamdulillah.. ^_^