Monday, January 16, 2012

Melabuhkan Tirai Ijazah

Salam Alaik..

Saya berkira-kira menunaikan hasrat beberapa teman dan seseorang untuk mengupdate blog.



Tajuk?
Tiga tahun setengah jumlahnya. Seingat saya, blog ini dengan nama 'WARDATUL SYAUQA' tidak pernah saya ubah semenjak posting pertama di semester pertama UiTM pada Bulan September 2008. Saya bertatih dari Zero! Saya tidak biasa dengan internet, coding HTML, animasi dll pada waktu itu. Dek 'keras kepala' saya, akhirnya blog ini terhasil di musim peperiksaan walaupun kakak2 lain mengingatkan 'Tunggulah selesai exam baru buat..'. Saya sukakan dan cintakan bahasa. Lebih2 lagi jika diolah dalam bentuk penulisan dakwah yang kreatif. Manfaatnya besar. Lihat sahaja penulisan ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharudin, Ustaz Zahazan dan beberapa lagi.

Ok, Bolehlah.. Update! Bukan penulisan yang baru. Tetapi posting2 lama yang saya lebih senang 're-read' bila merasa diri jauh dengan sahabat-sahabat.bila saya tahu semangat saya semakin luntur. bila jiwa diasak dengan lambakan masalah.. (kdg2 rasa mcm perdana menteri..)

Adakalanya saya teringin bermimpi apa yang saya impikan, pergi ketempat yang ingin saya pergi, menjadi seperti apa yang saya inginkan, seolah2 saya benar2 hanya ada satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang saya inginkan.
Bolehkah berfikiran begitu?
Pernah jiwa dan otak saya hampir menolak taklifan YDP kerana CINTA saya pada gerak kerja JPK Kerohanian. Link : Sini

Kerana itu, saya bimbang saya terlalu berkira, tidak redho akan ketentuan Dia. Maka posting2 lama inilah yang menjadi sandaran saya, mengingat semula disaat saya merangkak membentuk diri, menjadi mad'u. Pengorbanan mereka, nasihat dan tunjuk ajar mereka ada di sini dan sini dan sini dan di sini . justeru mengapa harus saya sia-sia kan!


Kata seorang sahabat, "Takpe..hafsah dah ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada anak nanti. Umi dulu macam ni lah kat kampus. Ini dan ini dan ini. " Bebelnya panjang sambil menggerakkankan tetikus didepan mata. Saya gelak hingga kering gusi. mengiyakan saja apa katanya..

Dahulunya 'ana', kemudian 'aku', dan kini 'saya'.
Bila membaca semula posting lama benar2 terasa penulisan saya agak 'jiwang', 'meleret', 'berperasaan' dan 'ntah apa2'. Saya biarkan. saya tahu itu fasa saya meningkat dewasa. Tahun 2010 dan 2011 menunjukkan perubahan dalam corak tulisan saya. ^_^

Moga bahagia yang datang membuatkan saya cukup syukur padaNya, ujian dia membuatkan saya kuat, sedih dan gelisah yang timbul membuatkan saya seorang manusiawi, maka moga pengharapan saya benar2 tinggi untuk setiap ketentuan dan takdirNya.

Saya mohon maaf jika ada nukilan2 saya yang tidak menyenangkan. Apa yang dikongsikann bukanlah bererti saya adalah yang terbaik di kalangan kamu, tapi saya juga sedang mengingatkan diri saya yang sering lalai. dan semoga Allah hindarkan saya dari sifat riya' yang menjadi musuh hati.



P/s : 3 tahun setengah pengajian saya dalam bachelor melabuhkan tirai.. alhamdulillah.. ^_^

9 comments:

Mujahid Muda said...

alhamdulillah...tahniah...semoga memperoleh kebaikan didunia dan diakhirat...gunakan segala pengalaman di kampus untuk melalui suasana realiti yang sebenar diluar sana kelak...insyaAllah...

Unknown said...

Alhamdulillah... dan tahniah, sahabatku ini hebat, bangga punya sahabat seperti kamu, lepas ni master pulak kan...good luck n all the best. =)

inniakhofullah said...

salam haf...lama tak dengar khabar. dah habis belajar ?

by the way, blog is better than facebook, twitter or whatever, sedar tak ?

Blog itulah sebenarnya diri kita, pemikiran kita, kata-kata yang lahir dari hati dan sebagainya =)

slaveofALLAH said...

Tahniah...ahlan wa sahlan ke dunia ALUMNI...join the club...perjuangan menunggu anda di merata2 tempat.... ;)......

Zinnirah Humaira' said...

Tahniah hafsah..semoga segala urusan dpermudahkan oleh Allah n terus istiqamah ye.. (^_^)

Sumayyah Islami said...

mabruk alaik k.hafsah ^_^ insyaAllah julai 2012 ni su pula bakal menyusul..tggu ye ;)

'Hafsah' said...

Mujahid Muda : Tak jemu melontar pandangan, terima kasih untk pesanan dn tunjuk ajar!

Pencinta Allah : Sahabat saya ni.. ^_^ Apelah sangat diri yang terlalu banyak kekurangan ni. Teringat kita sama-sama 'dulu'... Kan.... Rindu~~~

Erma : Betul, saya setuju. Tapi ruangan itu juga harus kita kejar kerana itu medan masyarakat kalau nak dibandingkan dengan blogging..

Mimie : memang merata-rata.. Kita jer yang tetap ataupun tidak.. Awak doakan saya ya.. jgn asyik nyakat saya je, penat.. *_*'

Zinnirah Humaira : Amin.. Moga Allah sentiasa permudahkan..

Sumayyah : Akak tunggu awak.. Tunggu kad! ^_^

mujahidah_fillah said...

tahniah kak hafsah...semoga ALLAH sentiasa redha di mana jua akak berada...rindu kat akak...lama x borak dan bercerita bersama...

moga Allah kasih selalu...amin ^_^

slaveofALLAH said...

ok sy xnyakat...kacau jew... ;)...maaf

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa