Monday, January 2, 2012

Lapangan Realiti

Usai pulang dari jogging (round UiTM) bersama ana dan achik pagi tadi,

mimie : saya edit gambar awak!

saya : ouo, mane? nak tengok.


saya terdiam. Tiada apa yang menggembirakan saya dengan gambar diatas.

Tak sabar nak saya ikut jejak awak ya Mimie Ismail Basha ^_^

Meninggalkan alam mahasiswa bakal membuka satu lagi lembaran kebimbangan dan keresahan dalam diri saya. Bergerak sendiri. Tiada yang memerhati.

Beberapa hari lagi.. saya bakal ditinggalkan zaman yang penuh idealisma, memberi cabaran, merencana dan merancang, sememangnya menyebabkan kadangkala keadaan reality sekeliling lebih senang untuk membiarkan diri saya terus hanyut dalam suasana berbanding saya yang mempengaruhi suasana.

Berpencak di pentas kampus tidak sama dengan pentas realiti kehidupan sebenar.

Inilah lapangan ummah, satu masyarakat yang penuh dengan warna-warni.

Moga setiap pengalaman yang dititip di bumi kampus sedikit sebanyak membantu mengisi lubang-lubang kekurangan diri dalam menangani setiap cabaran yang datang.

Allah, permudahkan..

4 comments:

slaveofALLAH said...

maaf xberi kegembiraan di hati awk dgn gambar yg diedit.......

semesti nya berlainan bekerja diluar dan didalam....perkataan "didalam" selalu nyer dikaitkan suasana agak selesa dan selamat.."diluar" banyak ancaman dan bahaya...

awk kan ank panah ISLAM...perjuangan itu berterusan dan berada dimana saja...islam xmemerlukan kita..tp kita memerlukan ISLAM untuk perjuangan...

Sahabat yg sama matlamat akan sentiasa bersama kita...hny kita mahu atau tidak (nasihat untuk diri ini terutama nya)

k idah said...

Ada yang memerhati...DIA sentiasa memerhati. Samada kita rasa atau tidak. DIA sentiasa memerhati lebih dari perhatian manusia. Kalau kita rasa DIA memerhati kita, adakah kita ingin buat kesilapan atau kejahatan? Tak kan? Mesti kita nak buat yang terbaik atas pemerhatian ALLAH. Semailah rasa "DIA memerhati kita".

'Hafsah' said...

mimie : gembira pd perbuatan awak tu, tapi bukan pd hasilnya. jgnlah salah sangka.. Terima kasih rajin mengedit.

'diluar banyak ancaman dan bahaya'
hm, first time sy dengar. cuba olah sikit mie... -,-



k.idah : betul tu kak.. Terima kasih untuk peringatan. ^_^

slaveofALLAH said...

olah cikit ye..erm...panjang nant..hehehe

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa