Monday, January 2, 2012

Senyum : Berbudaya Hidup Sihat



" kenapa macam runsing jer ni.."
Saya menoleh sekilas, lagaknya tak seperti biasa. Kurang bercakap, hanya memerhati dari tadi.

"G lah berehat.."
Nasihat saya disambut senyuman kelat darinya.

Masih boleh tersenyum, walau saya tahu ada sesuatu menganggu fikiran adik ini.
saya faham saat-saat ini, sesiapa pun masih ada
project + assignment + Study + Final + Program + ...... + ....... + ......
sehingga menjadi 'jujukan perkara' yang tidak akan pernah habis malah berterusan.

Jika dalam istilah matematik yang complex, saya kategorikannya dalam "Taylors Sequence" yang perlu ditemui 'pemalar berganda' untuk menyelesaikannya.

Apa pemalar untuk kehidupan anda?
Ans : sila kekalkan senyuman.. "jujukan' diatas akan nampak mudah dan ringan. ^_^'

Apa pula 'pemalar berganda' untuk hidup adik ini?
Ans : 'senyuman nya lah yang kene berganda kak Hafsah!' (Jawapannya bila saya mencetuskan anologi dalam situasi)

saya tergelak kecil. amatan saya, pemikiran undang2 memang susah nak disamakan pemikirannya dengan ahli matematik *_*'

************************************************************************
Jom kita soroti kisah ni,

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Lelaki itu mengadu,
"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana,"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria."
Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri.

Hmm, tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat,
Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah menegaskan,
"Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya"

Jom amalkan Sunnah Rasulullah..
Senyum memulakan langkah di Tahun Baru!

No comments:

 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa