Saturday, February 28, 2009

Program Minggu Keindahan Islam



Assalamualaikum wbt..
Minggu keindahan ISLAM akan di jalankan dari 28 febuari sehingga 16 mach
diJemput seluruh warga kampus UITM memeriahkan minggu Islam ini.


Perkara I
Program : Pertandingan Banner bersempena Sambutan MaulidurRasul
Tarikh : 28 Februari 2009
Tempat : Court Badminton 2A, Kolej Mawar


Perkara II
Program : Tayangan Wafratunnabi
Tarikh : 10 Mac 2009
Tempat : Dewan HEP, Kolej Mawar


Perkara III (Ceramah MaulidurRasul)
Program : Hikayat Rasulullah sebagai Pencinta Wanita yang Agong
Tarikh : 12 Mac 2009
Tempat : Dataran Kolej Mawar



Perkara IV
Program : Pendekatan Tentang Makhluk Halus
Tarikh : 16 Mac 2009
Tempat : Dataran Kolej Mawar



Jemputan,
~ Pegawai2 Pembangunan Pelajar
~Sahabat2 Pimpinan Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
~Sahabat2 Pimpinan Persatuan Bahasa Arab (PBA)
~JPK2 Kerohanian seluruh kolej2 kediaman UiTM
~Warga Kolej Mawar
~warga kolej2 kediaman berdekatan

Ihsan,
Presiden.
wardatulsyauqa89.blogspot.com

Wednesday, February 25, 2009

Bila Hati DiSaPa UkhWaH (^-^)

(psst..kali nie posting ana higlight ngan purple-warna kegmaran mimie..:-))

(
Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah,
Pandangn pertama..
picture hasil edited peribadi, Noor Syamimi Ismail Basha buat ana tersenyum pnjang..
tak jemu menatap, tenang memandang..
syukur setinggi-tinggi dirafakkan buat RabbulIzati kerana naluri ukhwah yang terus mengalir dlm diri.. Buat mimiey-comey (^-^), terima kasih mie..
tak jemu melayan diri yg bnyk songeh ni :-p. pastu asik usik mimie jerk, yelah..kalo tak, tak jadi anak bongsu ye tak? erm, 'take care' yg sentiasa brsama through 'sms' n 'calling'.. :-)
tiada ungkapan syukran, melainkan 'la syukran aalal wajib..'

Buat Syarifah Hazirah Syed Othman, yg tak jemu menemani ana kemana shaja.
bnyak spent waktu bersama, rajin tido bilik ha bila esok ada test, kejutkan tido.. lepas ni, kita tido kat musolla plak yer, bleh Qiam sama2.. :-)

adakalanya..
ukhti, maaf kerna kesibukan ana sem ni menyekat ana untuk lebih melayani nti berdua..
tp percayalah, ana yakin dlm setiap ukwah itu terletak dlm keyakinan utk sama2 membawa shbat pd jalan Allah. justeru, walau sesibuk mana sekalipun, buknkah Musolla Mawar tempat pertemuan kita brsama.. mudah2han setiap pertemuan itu Allah bawa bersama hati2 ini dlm lembut lunak disapa kebenaran dn terbiyah dariNya.. Insyaallah.

andai suatu saat tiada lagi kesempatan utk pertemuan itu, iringilah ana dlm setiap doa..


'Ukhwah fillah abadan abada..'
~yaAllah, iringi kasih dan ukhwah kami agar terus mekar hingga kesyurgaMu~

Di AnTaRa Dua TanGiSaN..

Bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah, kali ini Allah beri kakuatn lagi utk ana bangkit memberi
pengisian dlm blog.. tidaklah seberapa, tp jika diteliti penuh makna..
dgn taklifan, adakalanya menghadap yg Esa dgn linangn air mata..
siapa sangka?
tidak mampu diungkap dgn kata2, tp ada ape ye dgn air mata?
AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
so, kaji lah.. ada ape dgn tangisan kita. muhasabah bersama..
InsyaAllah..

Thursday, February 12, 2009

Halusinasi atau Realiti?

Assalamualaikum wbt..

Cabaran menjadi pemimpin penghuni Mawar kian terasa

*Pelajar histeria saban minggu
*Masalah berlarutan hingga ke level JPK (Kuatkan kami yaAllah)
*Hari Bertemu Pelanggan
*Seminar Isu Semasa Ummah-UM
*Mesyuarat berkala JPK2 Kerohanian bagi kolej2 UITM di Pusat Islam
*Perjumpaan berterusan bersama AJK Badan Musolla
*Aktiviti harian musollah dan Program kerohanian berkala
*Bacaan yasin besar2an di Mawar.
*Program Pendekatan Makhluk secara Halus (the latest..harus amat menjadi progrm wajib pelajar.InsyaAllah)
*Karnival Hujung Minggu Bersama Mahasiswa-PMH
*Skuad Maksiat Sifar (14 Feb)

surah Muhammad : ayat 7
Lalu, dimanakah peranan ana sebagai pemimpin?
usik hati, tanya iman..
bukankah telah Allah beri janji dalam Kalamnya,dengan kesempurnaan akal fikiran dan tubuh badan, diri seharusnya tegar dan gembira menjadi penerus kesinambungan dakwah yg pernah dibawa oleh Rasulullah saw. subhanallah walhamdulillah..

Indahnya setiap gerak kerja itu jika bertakhtakan ibadah!

Buat AJK Badan Musolla Mawar..

Assalamualaikum wbt.

Dedikasi buat sodiqoti, teman2 seperjuangan, Majlis Tertinggi Badan Musolla, Lujnah2, sahabat2 Mawar, ahli2 Kesenian Islam (insyaAllah)..semoga berada dlm lindungan rahmat yg Esa. Tidak lupa secangkir ingatan yang tidak akan luput ditelan zaman buat ’ayahanda’ tercinta, Ustaz Aminudin Bin Basrun. Selaut pujian disandarkan kpd Rabbul Izzati, kerana akhirnya terhasil jua blog penulisan Badan Musolla Mawar(srikandimawar-uitm.blogspot.com) Alhamdulillah..

Tahniah buat Lujnah Multimedia Dan Informasi!
(lepas ni, berusaha buat website plak ye..)

Ketahuilah, dilahirkan kedunia sebagai penerus kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, merupakan suatu nilai yang tidak terharga. Amat yakin ana berbicara, bahawa kalian antara insan hebat yang terpilih untuk menerajui Badan Musolla Mawar. Kata Allah- (surah Muhammad : 7).

Semoga dalam setiap tarbiyah menemui kalian dalam keadaan yang lembut lunak disapa kebenaran Allah swt. Ayuh, kita belai bersama hati-hati ini dengan salam perjuangan. Mari kita sama menuju mihrab keimanan dan bina mahligai tawakal kepada-Nya. Jauhilah kehidupan yang dikeruhkan dengan kegelisahan, kegundahan dan keluhan.(al-mathurat / page 31)

Blog ini merupakan titipan kita bersama, selain satu method tarbiyah dalam bentuk penulisan dakwah. Moga setiap pertemuan itu Allah letakkan bersama hati-hati ini agar istiQomah pd jalan-Nya. InsyaAllah..
Bukankah indah ukhwah itu jika bertakhtakan Ibadah?
Subhanallah.. rasailah kemanisannya

Ingin ana bisikkan doa, bangkitklah kalian, membaiki diri dan menyeru orang lain.
Berprestasilah dalam redho-Nya. Redhoilah ana sebagai pemipin kalian.
Tegurlah ana dimana silap, kerana ana sendiri ingin membaiki kelemahan. Sokongan kalian yang tidak bertepi adakalanya buat ana runtun hati. Sukar untuk dimengerti. Ketahuilah, kemanisan ukhwah yang terbina tidak mampu digambarkan melalui kata2.

Lantaran terasa amat penting penulisan dakwah di-celah2 jaring internet ini, ana GALAKkan kalian untuk membina blog penulisan sendiri. Berusahalah, belajar jika tak reti, minta petunjuk kpd yg mengetahui, buknkah belajar sedikit2 lama2 akan jadi bukit? Mudah2han ianya dpt dijadikan credit pahala yg berterusan utk kita bersama..

Akhir kalam, panggilan perjuangan telah lama bergema dipuncak bukit harapan, ayuh, kita sahut seruan. Suatu saat nanti, percayalah keimanan akan menyeru dengan pekik kegembiraan.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillahh Allahuakbar!!

Pena,
Presiden Badan Musolla Mawar
wardatul sYauQa

Sunday, January 11, 2009

SaYanGi PaLesTiN.. KHAIBAR KHAIBAR YAYAHUD..



..kemarahan mahasiswa juga telah sampai ke kemuncaknya-kampus ana juga telah mengadakan rapat umum bertempat di pusat Islam,uitm shah alam selepas solat jumaat pada 9 januari.Dari kolej,kami berarak sehingga ke pusat Islam.Sepanjang perjalanan,laungan LA ILA HA ILLA ALLAH serta hancur yahudi dilaungkan.Pemandu dan pembonceng motosikal juga menyokong dengan melaungkan takbir dan membunyikan hon..Sesampainya di pusat islam,kami telah bertemu dengan beberapa kumpulan mahasiswa dari kolej2 berlainan dan persatuan2 dlman uitm yang sama2 memegang sepanduk membantah kekejaman Israel.


juga..

di stadium MELAWATI, SHAH ALAM

Laungan berkumandang,
HANCUR-HANCUR YAHUDI..
HIDUP-HIDUP PALESTINE.
KHAIBAR KHAIBAR YALAHUD..







Seluruh ruang stadium melawati bergegar dengan kalimah hancur yahudi,hidup palestin.Rapat umum anjuran AMAN PALESTINE mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan para pemuda yg berdarah mujahid,mujahidah yang lantang bersuara,para saudara islam berlainan bangsa juga ada.Semuanya dengan niat yg sama berkumpul utk menunjukkan bantahan kepada Israel.Dan pada minggu depan,16 ogos,memorendum memboykot product ISRAEL yg akan di tandatangani oleh sejuta rakyat Malaysia akan diserahkan.Air mata menitis tatkala mendengar ucapan para pemimpin pAS,JIM,ISMA,HALUAN dan lain2.Walaupun mereka berlainan fikrah,tetapi atas kesedaran saudara kita di tindas bagai binatang,mereka menunjukkan kesatuan yang teguh dengan 1 tujuan iaitu membantah dan menaikkan semangat para pejuang berhati mujahid di Malaysia.Israel tidak akan mempunyai negara sendiri sehinggalah kiamat dan hal ini telahpun di jelaskan dalam al-quran.Walaupun kita tidak berperang bersama HAMAS,tetapi tanamkan jiwa kita dengan sifat jihad,menyumbangkan tenaga untuk sama-sama menghadiri demonstrasi dan rapat umum selamatkan Palestine.
Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang masalah umat ISLAM,maka dia bukanlah dari kalangan aku.(hadith)

adakah hanya dengan melaungkan slogan anti-israel di rumah sahaja sudah cukup?sedangkan rasulullah s.a.w mengatakan barangsiapa yang tidak mengambil berat maka dia bukan dari kalangan aku?

adakah dengan memboykot product ISRAEL sahaja sudah besar pengorbanan kita untuk saudara kita di sana?

ia sama sekali tidak serupa.sesiapa yang mampu berceramah dan berpidato,gunakan bakat anda utk membakar semangat para Muslim.
Kepada yang mempunyai tenaga,maka gunakan untuk menganjurkan program2 selamatkan Palestine..
..sebarkan kepada semua umat ISLAM tentang saudara kita di sana.Mungkin kita sebagai mahasiswa mengetahui tentang kekejaman yahudi,tetapi tidak bagi orang2 kampung tidak dapat mengetahui dengan jelas tentang perkembangan di Palestine.Maka tanggungjawab kita lah untuk menyebarkan informasi terkini.

lalu, dimanakah peranan kita?

...BERSATULAH MERUNTUHKAN EKONOMI YAHUDI LAKNATULLAH...




pst :- sumbngn ihsan, kak jie. :-)

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...">

LanJuTan dan DebaRaN

Assalamualaikum wbt..
dgn lafaz Basmallah, mudah2han warkah kali ini dijauhkan pengaruh syaitan laknatullah. Gementar rasenya bile sem baru bermula. Hati dan jiwa mengorak langkah dgn seribu iltizam utk cemerlang dlm pelajaran lantas ‘consistent’ dlm perjuangan.


EXCO AGAMA DAN KEROHANIAN MAWAR
:: MUSOLLA MAWAR ::

Tinta kali ini ana titipkan utk kalian yg sentiasa menyokong ana, mantan, bdn tertinggi musolla, juga mereka yg sentiasa harum didlm naungan kasihNya.



Utk hati2 yg cintakan kebenaran
Ingin ana titipkan sesuatu utk kalian
Kita ditakdirkan bertemu dalam Halaqoh
Menyemai bakti setia dalam perjuangan
Bukankah kita berjanji ingin bersama?
Bersatu menegakkan kalam Allah
Di bumi UITM penuh cabaran

Tidakkah kalian rasa
Ianya penuh onak dan cabaran
Menuntut mujahadah diri yg berterusan
JanjiNya itu pasti dalam kalam Tuhan
Surah as-saff membisikkan kebenaran



Ayuh teman
Kita tentang SYAITAN!
Kita musuhi segala KEPALSUAN!
Kita tempuh setiap UJIAN!
Kita redah segala RINTANGAN!



Kualitikan diri dgn ilmu dan hujjah
Saratkan jiwa dengan agenda dakwah
Perhalusi hati dengan roh dan sunnah
Itu warisan didikan terbiyah

Bangkitlah shabat
Jgn gentar bawa risalah
Penerus kesinambungan dakwah Rasulullah
Rantai-rantai perjuangan cipta wardah



Nukilan,
Nor hafsah hj omar
wardatul_syauqa89@yahoo.com
wardatulsyauqa89.blogspot.com

Saturday, December 13, 2008

WAlimaH UkhTiNa kaklong





JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
Anakanda kepada
HJ OMAR BIN SAPAR & HJH RAHMAH BTE MOHD LIM

Bertempat di 89, KG BUKIT BANJAR,
84900 TANGKAK,
JOHOR
Tarikh 20 DEC 2008


Sungguh manis bilamana segala gerak kerja walimah diurus bersama keluarga tersyg. Indahnya ukhwah bertakhtakan ibadah dan keikhlasan krn Allah.
Buat ukhtina kaklong, mudah2han dapat membina ’baitul muslim’ dibawah jagaan Allah swt.

Insan yg paling sibuk ana perhatikan siapa lg kalo bukn ayahanda tercinta. Semuanya diatur serba rapi supaya tidak ada persiapan saat2 akhir. Bermula dari ’rewang’, ’angkat balai’, segala keperluan semakin mencukupi. Maklumlah, giliran anak pertama. Semuanya serba teratur. Ayah, hebatnya insan ini bila ana perhatikan kewajaran sifat kepimpinan yg jelas2 ada dlm dirinya. Jauh disudut hati ingin jadi sepertinya, tak pernah berputus asa dlm mendidik kami. Ketegasannya terserlah sejak ana kecil lg, ayah juga tak pernah bertolah ansur dlm soal ’berkawan anak2nya’. Semuanya ditapis dan diteliti.
Pernah suatu ketika, ana disoal be-tubi2 oleh ayah sehingga menangis hanya kerana ada shbt lelaki yg dtg kerumah utk menyerahkan kertas kerja kerana kemusykilan trhadap progrm ’HARI GURU’ yg kami rancangkan disekolah. Bukn siapa, tetapi hanyalah salah seorng majlis tertinggi bdn pengawas seperti ana.

Tika ini, baru sedar tindak tanduk ayah yg se-olah2 mahu menyekat pergaulan ana. Semuanya bagi mendidik, menjaga batas2 seorng muslimah, bahkan utk megelakkan fitnah akhir zaman. Alhamdulillah, ayahlah anugerah yg tak ternilai utk ana.

Dlm kesibukan ana menjemput bekas2 student SEMESTA dan gurunya,
Masih jelas diingatan beberapa hari lalu,

****************************************************************

”papa2.. anak murid papa dtg.” ~ kdngaran teriakan Iqbal Hakimi, satu2nya anak lelaki cikg amin apabila aku smpai diperkrngn rumah miliknya di Lot 104,Jln Sri Ledang, Taman Mega.
”pa..kak cha ke tu. Yeke pa..” ~ rengekan sikecil berusia 6 thun itu mengusik hati kecilku, tersenyum aku melihat telatahnya.’Ya Allah, kuatnya ingatan ank kecil ini. Masih mengenali aku walaupun hampir 2 tahun brlalu.’ ~getus hatiku.

’ha, hafsah. Masuk meh, cikg ingat awk tak dtng td’ ~cikgu mempelawa sambil membuka pintu garaj rumahnya. Beberapa jam yg lalu telah ku maklumkn kehdiranku pd ptg itu. Hanya sekadar utk menjemputnya ke walimatulurus
2o Dec ini.keriuhan anak2nya bermain didalm rumah menggamit suasana.

”maaf cikgu. Alang2 lalu Tamn Tangkak Jaya td, singgah umah kaunselor jap. Tu yg lmbt sikit. B’bual2 dgn kaunselor tak prasn pulk dh lewat. ” ~ sambil kakiku melangkah masuk kerumah cikgu amin. Sempat ku kunci ‘hendal’ motor. Telah aku maklum kejadian ‘motor hilng’ yg kerap brlaku ditaman itu. ”mak ngan ayah kirim salam cikgu, tak sempat nak kemari katenye. rumah paklong yg kat Asahan tu ada wat kenduri sikit” ~aku berbicara sambil mencari kelibat isterinya, cikgu azimah yg juga seorng pendidik di SMK Tun Mamat. Iqbal sempat kusentuh pipinya yg berisi. Comel, dah besar pnjng.

”w’kumslam.cikgu mah ada kat dapur hafsah, tngh mask” ~aku tergelak kecil bila tindkanku yg seperti ter-cari2 dpt dihidu. (adus, kuat betul firasat cikgu ni)

’em, masak? Kul 4, takkan lunch kot. Em,masak utk aku dtg ke, isyh, susah2 jer cikgu ni.’~getus hatiku. Tp kebiasaanya beginilah, cikgu amin memg gemar menjamu tetamu. Masih segar diingatan spnjang 18 bulan yg lalu, setiap kali kehadirnku kerumahnya, pasti ada shaja yg terhidang. Sikapnya yg gemar menjamu tetamu membuatkan dirinya disenangi, malah kebaikannya itu disebut2 disekolah. Tetapi aku kenalinya disekolah dahulu sebgai seorng guru yg tegas dan pntingkan displin. (erm, biaselah.anak murid lg mase tu :-o )


Pertemuan petng itu dgn keluarga cikgu amin berakhir jam 5.40. juga jamuan ringkas. Bnyak perkara yg dikongsi, perkembngn semasa, prkmbngn persatuan dakwah (PERPIS), terbaru berita kematian suami kpd ex-pengetua pn hjh Khamidah buln 11 yg lepas, innalilla hi wa inna ilaihiroji’un..al-fatihah. Rasenya masih bru lg pertemuanku dgn arwah, hari raye lepas sempat aku kerumahnya di Parit Jawa, Muar b’sama2 dgn cikgu Fazlina. Tup tup insan ini pergi menyahut seruan ilahi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongn org2 yg soleh. Dan hangatnya isu UiTM jugalah yg menjd perbualan utma kami. Biaselah, UiTM kan penuh dgn kontroversi. (hehe...)

Pesanan juga kata2 perngsang dr cikgu sempat dititipkan utk aku terus tegar dlm jalan ini, antara kata2nya ”istiqomahlah, kita bukn bergerak brsendirian. Sebabnya kita ade kekuatan fitrah.Allah letakkan perhitungn dlm pada kita menghadapi perjuangn yg pahit, sukar dan lama. Penghujungnya akn ada kemanisan.” ~nasihat itu sarat dgn mesej dakwah. Cukup aku mengerti bila bibir guru ini menuturkan kata ’fitrah’, dan seingatku ketika di SMK Seri Tangkak dhulu, aku diajar dan dididik utk sentiasa membebaskan fitrah dari runtuhan berbagai KEPALSUAN dlm berkepimpinan. Lebih2 lg tanggungjawab yg tergalas dibahu agak berat ketika itu. Ahh..kenangan manis mengusik QALBU.


inilah diriku, dgn taklifan yg pernah trpikul dibahu suatu ketika dahulu sbgai Ketua Pelajar ( ketua pengawas sekolah), Pengerusi PERPIS dan Naib Presiden Kelab Setia mnyebabkan hubungnku dgn guru2 sgt akrab. Dan alhamdulillah, keakraban itu mekar hingga kini! Terima kasih YaAllah, kerana kurniaan ukhwah yg terus mengalir dlm diri yg dhaif lg hina ini.

Pengalamku, guru2 ini sentiasa memahami..



Kaunselor yg sering kutemui utk membincngkn masalah2 pelajar,program2 motivasi, jalinan krjasama antara beberapa buah sekolah, semua itu memerlukan organisasi tertinggi bdn pengawas sbgai penggeraknya.
Cikgu Saipul Anuar, GPK HEP, merangkap ’menti’ (bapa angkat) yg sering kuketuk biliknya utk melaporkan perkembngn terkini masalah displin pelajar, juga menguruskan hal2 berkaitan kutipan derma dan dana2 bg yg memerlukan.
Hrm, ustaz Azemee, penasihat PERPIS merngkap guru panatia Pend. Islam, juga merupakan guru kelas utk subjek Pend Islam. Masih jelas diingatan, masa mula2 dhulu pihak PERPIS cuba menubuhkan kelas Bahsa Arab..kami merangkak dan bertatih agar progrm ini berterusn. Dan akhirnya, alhamdulillah.. bukn shja pelajar muslim tetapi juga menarik minat dikalangn pelajar
non-muslim. Itu antara titipan kejayaan buat kami lebih2 lg cabarannya agak besar bilamana sekolah itu terdiri drpd peljar pelbagai bangsa, kaum dan agama. Tp, semua itu tidk menjadi masalah utk PERPIS bersikap toleransi.

Bukankah ISLAM itu sendiri mendidik kita begitu, asalkan keperluan dan hak yg ’haq’ itu tidak berubah.yg perlu ditolak patut ditolak, yg kelihatan mulia tetapi sbnrnya hina, jauhkan.dan yg sebaliknya jdkan sndaran.

bukankah ’toleransi pd perkauman’ itu, ada batasnya. Maka, peliharalah. :-p


Bnyk lg kisah yg tidak terungkai jika bercerita tujuh hari tujuh malam sekalipun. yg pasti, mereka ada dlm hati aku. Jalinan ukhwah yg terpatri dhulu membuatkan pertemuan berikutnya sentiasa dinantikan.


Allah, hajat pd mulanya ingin ’publish’kan jemputan walimah shja(rujuk awal post). Lain pula jadinya. Pantang sungguh bila laptop ade di riba. Hrm.. (idea dah membeku sebnrnya, jari jemari pun dah letih,
Plak tu, bru ingat nak stop. Hafsah2..)

Sudahnya, wallahua’lam..


p/s :- ya akhi wa ukthi, ukhtina kaklong, Siti Rahayu Hj Omar bihabibathi fi Tangkak, Johor. Watakunu ghodan huna.. Jemput bertamu. J Doakan semuanya brjalan lancar. InsyaAllah

Friday, December 5, 2008

Fajar IslaM kian menYinsinG..

Photobucket


Assalamualaikum wbt..
.
Alhamdulillah, dgn kalimah Allah ana bgun awal pg td sedari jam 6.17 am melihatkan jam digital didinding. diberi nafaz lg, syukur tidak terhingga masih dikurniakan nikmat iman dan islam. Tafakkur sejenak selepas zikir mathurat di’end’kan, ana melihat terik mentari. Diberanda luar rumah, sinar matahari mula menmpakkan ke’gagahan’nya. Tanda2 awal waktu fajar brmula, waktu dhuha me-manggil2, jiwa brkehendak utk menympurnakan solat sunat yg telh menjdi kewajipan dibahu Rasulullah saw.

Hari2 matahri brsinar, Islam? Ya, inilah yg membuatkan hati ana me-ronta2 utk berbicara. Buknkah kita telah melihat tanda2 awal pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Antum percaya? Ana, bukn shja prcaya, bahkan yakin dgn janji Allah. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula mngembalikn kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh2 Islam telah mula bimbang dan khuatir dgn kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan2 ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'. Dakyah ana,tuduhan itu mengarut!!

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Sungguh ana setia mengikuti perkembngn ’glocal’ dan ’global’ di akbar2 dan media massa. US yg suatu saat dahulunya mendabik dada kekuatan mereka, tetapi kini merupakn negara yg menunggu saat-saat kehancuran, dgn masalah dalaman yg begitu teruk seperti mana runtuhnya kerajaan komunis. Bukankah ini satu petanda? Bhawa kekuasaan kekuatan musuh Islam ini tidak akan bermaharajalela selamanya. Kebangkitan obama sebgai Presiden US januari ini, menarik minat ana, adakah mampu membwa perubhan besar kpd seantero dunia. Dgn onar2 yg dijanjikan, kita lihat dan tunggu shja. Hrm, lihat shaja rencana berikutnya..




Dan inilah yg adakalanya buat ana tersenyum, bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing, dan bakal menjadi penguasa alam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Jadi perlu amat2 kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini. Ya, DINUL ISLAM..!

Ana kembali me-rangkak2 mengingatkan dialog antara saidina Omar r.a dn shabtnya..kata-kata Saidina Omar kepada sahabatnya: " Impikanlah". Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Antum mngenali siapa itu abu ubaidah? Muaz dan salim? insyaAllah akn ana jelaskan dlm post berikutnya. Nantikan.


Dlm pd itu, inilah yg ana fikirkan bhawa kekuatan ’manhaj rabbani’ tidak ada pada manusia lain. Sedarkah antum bahawa muslimin, atau scara syumulnya, ana istilahkan Islam itu sndiri menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan sejagat? Sistem ciptaan manusia yg wujud pada hari ini telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan yg amat kpd manusia. Buknkah kita telah didik bhwa jgn sesekali menolak sistem Allah ini.



Dan inilah sebenarnya modal utama yg ingin ana publishkan untuk kita kembali memerintah dunia. Kita semua brharga, tetapi buknkah seorang pemuda itu lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia.

Bangkitlah, biar suatu saat nanti, apabila nama Islam ini jika dihumban kebumi menjadi permata, dicampak kelaut menjd mutiara dan dilontar kelangit mnjd bintng.
(psst, kata2 hikmah mse zaman ana brpidato dulu. :-p )

p/s : jngn biarkan Sinar Islam Tenggelam..!!

~ hak cipta terpelihara ~
wardatul_syauqa89@yahoo.com
wardatulsyauqa89.blogspot.com
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa