Saturday, April 4, 2009

PROF MADYA HJ GHAZALI



Siapa sangka saat itu MERUPAKAN kali terakhir ku tatap wajah 'ayahanda'.. siapa sangka..
insan yg terlalu besar jasa dan pengorbanannya dlm mengerakkn gerak kerja pimpinan persatuan dakwah dibumi UITM, PMH..
setahun jagung menjejakkan kaki di bumi mendan UITM, insan ini telah kukenali..
melalui raut wajahnya yg sering tersenyum.. buat hati yg resah, gundah gelana terus disapa ketenangan.. dan setiap katanya penuh falsafah,bait bicara juga sgt berhikmah.. subhanallah.. rindunya aku pd arwah..

masih jelas diingatan beberapa bulan lalu, ketika majlis berbuka puasa bersama pimpinan PMH disurau seksyen..shah alam.(x ingat nama surau..hinggakn jauh tersesat bersama kak sa’ie dan kak amal)

usai berbuka sempat dlam nada bergurau insan ini sempat mengusik kak Bib, Timb Pres PMH.. `sapa masak ni,em.. kalah sy makan kat kedai..’
usik mengusik menambah ria, org kata pengubat luka.. inilah dia arwah yg kukenali..

dan sebelum terawih, kata2 ’ayahanda’ terus sarat dgn nasihat..
"..sy percaya kekuatan dan perjuangan dakwah kamu tidak akan berhenti walau tidak lagi memegang pimpinan, tp beriltizamlah dgn gerak kerja Islam ini..Allah itu maha melihat. Tetapi jgn lupa pd pelajaran.. Moga Dia pandang usaha anak2.."

`anak2..` ungkapan itu buat aku runtun hati.. Akrabnya mereka.. yaAllah, moga uhkwah yg pernah tercarit itu terus mekar dan melebar hingga kesyurgaMu..

Hebatnya dia.. Kau hadirkan dia saat aku tahu kesukaran dn kegetiran kakak2 & akhi2 pimpinan PMH menguruskan persatuan. Dgn kerenah birokrasi, kekangan waktu, tngungjwab sbg anak, pelajar.. aku yakin .. memang Kau hadirkan insan ini untuk menguatkan mereka yaAllah..

Tika itu, di balik cermin Hospital , dlm kejauhan aku merenung ’erat’ wajah prof.. tidak sedarkan diri.Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan prof.. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini.. lantas, diri bermonolog.. prof akan pulih. InsyaAllah..

Pagi itu, aku terima panggilan dari seorg shbt, `hafsah.. prof baru meninggal pg td..`
Lalu jelas2 keegoaanku yg ada terlerai dgn jujuran air mata..

Dalam seusia 52 tahun memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk Allah memanjangkan usianya. Saat dan ketika dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Kami pasrah kepada ketentuan Ilahi …
kehilangannya sesuatu yang ditangisi,terutama bagi insan yg sentiasa di sisi,


i'allah,walau jasadnya telah pergi, namun,rohnya sentisa segar di sisi... singkat masa berlalu, tapi, Allah masih mahu mempertemukan kami semasa hidup nya.. moga berkat dari doa semua, rohnya ditempatkan di kalangan orang2 mukmin...

allahummakhtimlana bihusnil khatimah...
~~AMIN~~

Sesungguh segala kenangan biarlah bisa menjadi semarah perjuangan buat kalian. Dedikasi khas kutujukan buat
almarhum Prof Ghazali..

moga kau damai disana.
AL-FATIHAH

Thursday, March 26, 2009

Allahu ghayatuna

BISMILLAH Pictures, Images and Photos

sekali diri mengingatkan, walau sesibuk mana sekalipun aku. tidaklah sesibuk mujahid dan mujahidah yg bertebaran utk menegakkan syiar agama. astagfirullah..
a
a
dosa yg makin bersarang dlm lubuk hati, makin menebal bagai anai membusut.
mencari kalimah alasan dlm setiap kerja kebaikan, nauzubillah..
a
satu saat, aku rasakan mungkin diri yg bnyak dosa ni mnjadi asbab kpd ajakan amar ma'ruf nahi mungkar yg hnya tinggal 'ajakan'..
a
mungkin blum lg mampu mnjadi tauladan yg baik.
a
lalu,jujurlah keegoan-ku yang ada terlerai bila air mata mengalir terkenangkan kaedah dakwah yg serba serbi kurng menjadi..
a
seringkali aku begitu. letihnya bermujahadah mnjaga hati. maka bertebaranlah anggapan negative yg terus menguasai diri. yaAllah.. jgn kau biarkan aku menentukan takdir sendiri.
a
a
terngiang kata seorng shbat..IMAN itu, yazid wa yanqus.. iman itu bertmbah dn berkurng.
kerdilnya diri.. kucari dan kunanti petunjukMu ilahi.
a
dari sudut pandangan sisi,kesilapan yang dilakukan seperti disengajakan,malah dari sudut pandangan tepi kesilapan ini juga seperti wujud melalui pencarian...namun,dari sudut pandangan hati_
a
ADA HIKMAH TERSUBUR MENANTI,SUATU HAKIKAT YANG TIDAK PASTI,DALAM SUATU KEHENDAK NALURI...MENGHALA KE DESTINASI YANG KEKAL ABADI.
a
a
mantapkan dalam hati, semat disanubari..
ini dia peringatan buat diri !!
allahu ghayatuna..
arrasul qudwatuna..
alquran dusturuna,.
aljihadu sabililuna..
almautu fi sabilillah,
asma amanina..
insyaALLAH
a
a
ONAK &DURI sentiasa berdiri seiring DUNIA YANG AKHIR INI...
PERJUANGAN TIDAK DILIHAT PADA ketinggian SEMANGAT, TAPI LEBIH JELAs DGN BERMATLMAT.. (kata pujangga..) ^-^
a
a
waallahua'lam..

Saturday, February 28, 2009

Program Minggu Keindahan Islam



Assalamualaikum wbt..
Minggu keindahan ISLAM akan di jalankan dari 28 febuari sehingga 16 mach
diJemput seluruh warga kampus UITM memeriahkan minggu Islam ini.


Perkara I
Program : Pertandingan Banner bersempena Sambutan MaulidurRasul
Tarikh : 28 Februari 2009
Tempat : Court Badminton 2A, Kolej Mawar


Perkara II
Program : Tayangan Wafratunnabi
Tarikh : 10 Mac 2009
Tempat : Dewan HEP, Kolej Mawar


Perkara III (Ceramah MaulidurRasul)
Program : Hikayat Rasulullah sebagai Pencinta Wanita yang Agong
Tarikh : 12 Mac 2009
Tempat : Dataran Kolej Mawar



Perkara IV
Program : Pendekatan Tentang Makhluk Halus
Tarikh : 16 Mac 2009
Tempat : Dataran Kolej Mawar



Jemputan,
~ Pegawai2 Pembangunan Pelajar
~Sahabat2 Pimpinan Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
~Sahabat2 Pimpinan Persatuan Bahasa Arab (PBA)
~JPK2 Kerohanian seluruh kolej2 kediaman UiTM
~Warga Kolej Mawar
~warga kolej2 kediaman berdekatan

Ihsan,
Presiden.
wardatulsyauqa89.blogspot.com

Wednesday, February 25, 2009

Bila Hati DiSaPa UkhWaH (^-^)

(psst..kali nie posting ana higlight ngan purple-warna kegmaran mimie..:-))

(
Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah,
Pandangn pertama..
picture hasil edited peribadi, Noor Syamimi Ismail Basha buat ana tersenyum pnjang..
tak jemu menatap, tenang memandang..
syukur setinggi-tinggi dirafakkan buat RabbulIzati kerana naluri ukhwah yang terus mengalir dlm diri.. Buat mimiey-comey (^-^), terima kasih mie..
tak jemu melayan diri yg bnyk songeh ni :-p. pastu asik usik mimie jerk, yelah..kalo tak, tak jadi anak bongsu ye tak? erm, 'take care' yg sentiasa brsama through 'sms' n 'calling'.. :-)
tiada ungkapan syukran, melainkan 'la syukran aalal wajib..'

Buat Syarifah Hazirah Syed Othman, yg tak jemu menemani ana kemana shaja.
bnyak spent waktu bersama, rajin tido bilik ha bila esok ada test, kejutkan tido.. lepas ni, kita tido kat musolla plak yer, bleh Qiam sama2.. :-)

adakalanya..
ukhti, maaf kerna kesibukan ana sem ni menyekat ana untuk lebih melayani nti berdua..
tp percayalah, ana yakin dlm setiap ukwah itu terletak dlm keyakinan utk sama2 membawa shbat pd jalan Allah. justeru, walau sesibuk mana sekalipun, buknkah Musolla Mawar tempat pertemuan kita brsama.. mudah2han setiap pertemuan itu Allah bawa bersama hati2 ini dlm lembut lunak disapa kebenaran dn terbiyah dariNya.. Insyaallah.

andai suatu saat tiada lagi kesempatan utk pertemuan itu, iringilah ana dlm setiap doa..


'Ukhwah fillah abadan abada..'
~yaAllah, iringi kasih dan ukhwah kami agar terus mekar hingga kesyurgaMu~

Di AnTaRa Dua TanGiSaN..

Bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah, kali ini Allah beri kakuatn lagi utk ana bangkit memberi
pengisian dlm blog.. tidaklah seberapa, tp jika diteliti penuh makna..
dgn taklifan, adakalanya menghadap yg Esa dgn linangn air mata..
siapa sangka?
tidak mampu diungkap dgn kata2, tp ada ape ye dgn air mata?
AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
so, kaji lah.. ada ape dgn tangisan kita. muhasabah bersama..
InsyaAllah..

Thursday, February 12, 2009

Halusinasi atau Realiti?

Assalamualaikum wbt..

Cabaran menjadi pemimpin penghuni Mawar kian terasa

*Pelajar histeria saban minggu
*Masalah berlarutan hingga ke level JPK (Kuatkan kami yaAllah)
*Hari Bertemu Pelanggan
*Seminar Isu Semasa Ummah-UM
*Mesyuarat berkala JPK2 Kerohanian bagi kolej2 UITM di Pusat Islam
*Perjumpaan berterusan bersama AJK Badan Musolla
*Aktiviti harian musollah dan Program kerohanian berkala
*Bacaan yasin besar2an di Mawar.
*Program Pendekatan Makhluk secara Halus (the latest..harus amat menjadi progrm wajib pelajar.InsyaAllah)
*Karnival Hujung Minggu Bersama Mahasiswa-PMH
*Skuad Maksiat Sifar (14 Feb)

surah Muhammad : ayat 7
Lalu, dimanakah peranan ana sebagai pemimpin?
usik hati, tanya iman..
bukankah telah Allah beri janji dalam Kalamnya,dengan kesempurnaan akal fikiran dan tubuh badan, diri seharusnya tegar dan gembira menjadi penerus kesinambungan dakwah yg pernah dibawa oleh Rasulullah saw. subhanallah walhamdulillah..

Indahnya setiap gerak kerja itu jika bertakhtakan ibadah!

Buat AJK Badan Musolla Mawar..

Assalamualaikum wbt.

Dedikasi buat sodiqoti, teman2 seperjuangan, Majlis Tertinggi Badan Musolla, Lujnah2, sahabat2 Mawar, ahli2 Kesenian Islam (insyaAllah)..semoga berada dlm lindungan rahmat yg Esa. Tidak lupa secangkir ingatan yang tidak akan luput ditelan zaman buat ’ayahanda’ tercinta, Ustaz Aminudin Bin Basrun. Selaut pujian disandarkan kpd Rabbul Izzati, kerana akhirnya terhasil jua blog penulisan Badan Musolla Mawar(srikandimawar-uitm.blogspot.com) Alhamdulillah..

Tahniah buat Lujnah Multimedia Dan Informasi!
(lepas ni, berusaha buat website plak ye..)

Ketahuilah, dilahirkan kedunia sebagai penerus kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, merupakan suatu nilai yang tidak terharga. Amat yakin ana berbicara, bahawa kalian antara insan hebat yang terpilih untuk menerajui Badan Musolla Mawar. Kata Allah- (surah Muhammad : 7).

Semoga dalam setiap tarbiyah menemui kalian dalam keadaan yang lembut lunak disapa kebenaran Allah swt. Ayuh, kita belai bersama hati-hati ini dengan salam perjuangan. Mari kita sama menuju mihrab keimanan dan bina mahligai tawakal kepada-Nya. Jauhilah kehidupan yang dikeruhkan dengan kegelisahan, kegundahan dan keluhan.(al-mathurat / page 31)

Blog ini merupakan titipan kita bersama, selain satu method tarbiyah dalam bentuk penulisan dakwah. Moga setiap pertemuan itu Allah letakkan bersama hati-hati ini agar istiQomah pd jalan-Nya. InsyaAllah..
Bukankah indah ukhwah itu jika bertakhtakan Ibadah?
Subhanallah.. rasailah kemanisannya

Ingin ana bisikkan doa, bangkitklah kalian, membaiki diri dan menyeru orang lain.
Berprestasilah dalam redho-Nya. Redhoilah ana sebagai pemipin kalian.
Tegurlah ana dimana silap, kerana ana sendiri ingin membaiki kelemahan. Sokongan kalian yang tidak bertepi adakalanya buat ana runtun hati. Sukar untuk dimengerti. Ketahuilah, kemanisan ukhwah yang terbina tidak mampu digambarkan melalui kata2.

Lantaran terasa amat penting penulisan dakwah di-celah2 jaring internet ini, ana GALAKkan kalian untuk membina blog penulisan sendiri. Berusahalah, belajar jika tak reti, minta petunjuk kpd yg mengetahui, buknkah belajar sedikit2 lama2 akan jadi bukit? Mudah2han ianya dpt dijadikan credit pahala yg berterusan utk kita bersama..

Akhir kalam, panggilan perjuangan telah lama bergema dipuncak bukit harapan, ayuh, kita sahut seruan. Suatu saat nanti, percayalah keimanan akan menyeru dengan pekik kegembiraan.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillahh Allahuakbar!!

Pena,
Presiden Badan Musolla Mawar
wardatul sYauQa

Sunday, January 11, 2009

SaYanGi PaLesTiN.. KHAIBAR KHAIBAR YAYAHUD..



..kemarahan mahasiswa juga telah sampai ke kemuncaknya-kampus ana juga telah mengadakan rapat umum bertempat di pusat Islam,uitm shah alam selepas solat jumaat pada 9 januari.Dari kolej,kami berarak sehingga ke pusat Islam.Sepanjang perjalanan,laungan LA ILA HA ILLA ALLAH serta hancur yahudi dilaungkan.Pemandu dan pembonceng motosikal juga menyokong dengan melaungkan takbir dan membunyikan hon..Sesampainya di pusat islam,kami telah bertemu dengan beberapa kumpulan mahasiswa dari kolej2 berlainan dan persatuan2 dlman uitm yang sama2 memegang sepanduk membantah kekejaman Israel.


juga..

di stadium MELAWATI, SHAH ALAM

Laungan berkumandang,
HANCUR-HANCUR YAHUDI..
HIDUP-HIDUP PALESTINE.
KHAIBAR KHAIBAR YALAHUD..







Seluruh ruang stadium melawati bergegar dengan kalimah hancur yahudi,hidup palestin.Rapat umum anjuran AMAN PALESTINE mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan para pemuda yg berdarah mujahid,mujahidah yang lantang bersuara,para saudara islam berlainan bangsa juga ada.Semuanya dengan niat yg sama berkumpul utk menunjukkan bantahan kepada Israel.Dan pada minggu depan,16 ogos,memorendum memboykot product ISRAEL yg akan di tandatangani oleh sejuta rakyat Malaysia akan diserahkan.Air mata menitis tatkala mendengar ucapan para pemimpin pAS,JIM,ISMA,HALUAN dan lain2.Walaupun mereka berlainan fikrah,tetapi atas kesedaran saudara kita di tindas bagai binatang,mereka menunjukkan kesatuan yang teguh dengan 1 tujuan iaitu membantah dan menaikkan semangat para pejuang berhati mujahid di Malaysia.Israel tidak akan mempunyai negara sendiri sehinggalah kiamat dan hal ini telahpun di jelaskan dalam al-quran.Walaupun kita tidak berperang bersama HAMAS,tetapi tanamkan jiwa kita dengan sifat jihad,menyumbangkan tenaga untuk sama-sama menghadiri demonstrasi dan rapat umum selamatkan Palestine.
Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang masalah umat ISLAM,maka dia bukanlah dari kalangan aku.(hadith)

adakah hanya dengan melaungkan slogan anti-israel di rumah sahaja sudah cukup?sedangkan rasulullah s.a.w mengatakan barangsiapa yang tidak mengambil berat maka dia bukan dari kalangan aku?

adakah dengan memboykot product ISRAEL sahaja sudah besar pengorbanan kita untuk saudara kita di sana?

ia sama sekali tidak serupa.sesiapa yang mampu berceramah dan berpidato,gunakan bakat anda utk membakar semangat para Muslim.
Kepada yang mempunyai tenaga,maka gunakan untuk menganjurkan program2 selamatkan Palestine..
..sebarkan kepada semua umat ISLAM tentang saudara kita di sana.Mungkin kita sebagai mahasiswa mengetahui tentang kekejaman yahudi,tetapi tidak bagi orang2 kampung tidak dapat mengetahui dengan jelas tentang perkembangan di Palestine.Maka tanggungjawab kita lah untuk menyebarkan informasi terkini.

lalu, dimanakah peranan kita?

...BERSATULAH MERUNTUHKAN EKONOMI YAHUDI LAKNATULLAH...




pst :- sumbngn ihsan, kak jie. :-)

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...">

LanJuTan dan DebaRaN

Assalamualaikum wbt..
dgn lafaz Basmallah, mudah2han warkah kali ini dijauhkan pengaruh syaitan laknatullah. Gementar rasenya bile sem baru bermula. Hati dan jiwa mengorak langkah dgn seribu iltizam utk cemerlang dlm pelajaran lantas ‘consistent’ dlm perjuangan.


EXCO AGAMA DAN KEROHANIAN MAWAR
:: MUSOLLA MAWAR ::

Tinta kali ini ana titipkan utk kalian yg sentiasa menyokong ana, mantan, bdn tertinggi musolla, juga mereka yg sentiasa harum didlm naungan kasihNya.



Utk hati2 yg cintakan kebenaran
Ingin ana titipkan sesuatu utk kalian
Kita ditakdirkan bertemu dalam Halaqoh
Menyemai bakti setia dalam perjuangan
Bukankah kita berjanji ingin bersama?
Bersatu menegakkan kalam Allah
Di bumi UITM penuh cabaran

Tidakkah kalian rasa
Ianya penuh onak dan cabaran
Menuntut mujahadah diri yg berterusan
JanjiNya itu pasti dalam kalam Tuhan
Surah as-saff membisikkan kebenaran



Ayuh teman
Kita tentang SYAITAN!
Kita musuhi segala KEPALSUAN!
Kita tempuh setiap UJIAN!
Kita redah segala RINTANGAN!



Kualitikan diri dgn ilmu dan hujjah
Saratkan jiwa dengan agenda dakwah
Perhalusi hati dengan roh dan sunnah
Itu warisan didikan terbiyah

Bangkitlah shabat
Jgn gentar bawa risalah
Penerus kesinambungan dakwah Rasulullah
Rantai-rantai perjuangan cipta wardah



Nukilan,
Nor hafsah hj omar
wardatul_syauqa89@yahoo.com
wardatulsyauqa89.blogspot.com
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa