Tuesday, April 14, 2009

BitTauFiQ waNnaJaH




USAHA + DOA + TAWAKAL + REDHA



kalih pndgn mata ku beberapa kali melihat jadual belajar didinding yg tak terlaksana dgn baik..tambahan, dgn 'carier mark' yg masih membimbngkan hati..


lantas terngiang kata seorng shbt yg 'if kita terlalu merisaukn sesuatu, tandanya seolah-olah kita tak yakin pada Allah'. astagfirullah..


lalu, perlu amat aku memperbnyakkan doa,


"FAIZA 'AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH"


Padaku, penting untukku tunjukkan 'izzah ISLAM dalam segala aspek; akademik, perasaan Redha, ikhlas walaupun payah..duka walaupun sengsara DLL.

kerana apa yg harus aku imani, tiada apa yang KAU taqdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.."


( ^ - ^ )


Ya ALLAH,
sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada ISLAM dan perjuangan,
maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara.
Dan sekiranya kejayaanku membuatkanku jauh dari ISLAM dan perjuangan,
maka KAU lebih berhak menentukan selayaknya untukku
.






subhanallah walhamdulillah...
tiap kejayaan, kekuatan, milik-Mu hanya disndarkan utk-Ku.
bila2 saja Kau mampu menarik semula..
jgn jadikan aku antara yg leka dlm 'proses imtihan', hingga aku lupa ibadahku, hingga aku lalai laksanakan tugasku, bantu Ya Allah.
krn apa yg aku impikan adalah redho-Mu.
YaAllah, kurniakanla buat usrahti (keluargaku), sahbt2 ku,
kejayaan demi kejayaan..
agar bisa kami jadikan sbg penggerak dan medan terbaik utk melangkah
ke jalan dakwah yg lebih besar.
':BIT TAUFIQ WAN NAJAH :'

Monday, April 13, 2009

PBA mencipta wadah



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..


Allahumma Antal 'Azizul Jalil,

sesungguhnya aku merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapMu,
atas kurniaan-Mu yg tak terhingga.


Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya ditgnMu sajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru, jadikanlah apa kiranya segala kerja
mereka sepnjang 2 hari itu, sebelumnya mahupun hari2 yg mendatang sbgai Ibadah yg Engkau redhai.
terimalah segala kerja mereka sbgai amal soleh yg Engkau berkati.


rahmatila kami Ya Allah dgn al-Quran.
Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dgn ketinggian martabat al-Quran.
Muliakanlah kami dgn kemuliaan al-Quran.

Peliharalah lidah kami dari melakukan pnghinaan dan pendustaan terhadap Kalam-Mu.
Kurniakanlah apa kiranya kpd kami kekuatan dan keazaman utk membaca & memperkota ayat2-Mu dlm kehidupan.


Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami, bila-bila, dimana shja, walau kerana apa,
dengn keazaman serta dgn iltizam dan istiqomah utk terus menabur budi dan bakti kpd agama-Mu. kurniakanlah dari kami zuriat dan genearsi beriman

agar suatu saat kami mampu mencipta wadah
memartabatkan keindahan dan kebenaran al-Quran yg sebenar..


.: AMIN :.
( ^ - ^ )
>>dalam hati aku ada mereka <<



Saturday, April 4, 2009

PROF MADYA HJ GHAZALI



Siapa sangka saat itu MERUPAKAN kali terakhir ku tatap wajah 'ayahanda'.. siapa sangka..
insan yg terlalu besar jasa dan pengorbanannya dlm mengerakkn gerak kerja pimpinan persatuan dakwah dibumi UITM, PMH..
setahun jagung menjejakkan kaki di bumi mendan UITM, insan ini telah kukenali..
melalui raut wajahnya yg sering tersenyum.. buat hati yg resah, gundah gelana terus disapa ketenangan.. dan setiap katanya penuh falsafah,bait bicara juga sgt berhikmah.. subhanallah.. rindunya aku pd arwah..

masih jelas diingatan beberapa bulan lalu, ketika majlis berbuka puasa bersama pimpinan PMH disurau seksyen..shah alam.(x ingat nama surau..hinggakn jauh tersesat bersama kak sa’ie dan kak amal)

usai berbuka sempat dlam nada bergurau insan ini sempat mengusik kak Bib, Timb Pres PMH.. `sapa masak ni,em.. kalah sy makan kat kedai..’
usik mengusik menambah ria, org kata pengubat luka.. inilah dia arwah yg kukenali..

dan sebelum terawih, kata2 ’ayahanda’ terus sarat dgn nasihat..
"..sy percaya kekuatan dan perjuangan dakwah kamu tidak akan berhenti walau tidak lagi memegang pimpinan, tp beriltizamlah dgn gerak kerja Islam ini..Allah itu maha melihat. Tetapi jgn lupa pd pelajaran.. Moga Dia pandang usaha anak2.."

`anak2..` ungkapan itu buat aku runtun hati.. Akrabnya mereka.. yaAllah, moga uhkwah yg pernah tercarit itu terus mekar dan melebar hingga kesyurgaMu..

Hebatnya dia.. Kau hadirkan dia saat aku tahu kesukaran dn kegetiran kakak2 & akhi2 pimpinan PMH menguruskan persatuan. Dgn kerenah birokrasi, kekangan waktu, tngungjwab sbg anak, pelajar.. aku yakin .. memang Kau hadirkan insan ini untuk menguatkan mereka yaAllah..

Tika itu, di balik cermin Hospital , dlm kejauhan aku merenung ’erat’ wajah prof.. tidak sedarkan diri.Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan prof.. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini.. lantas, diri bermonolog.. prof akan pulih. InsyaAllah..

Pagi itu, aku terima panggilan dari seorg shbt, `hafsah.. prof baru meninggal pg td..`
Lalu jelas2 keegoaanku yg ada terlerai dgn jujuran air mata..

Dalam seusia 52 tahun memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk Allah memanjangkan usianya. Saat dan ketika dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Kami pasrah kepada ketentuan Ilahi …
kehilangannya sesuatu yang ditangisi,terutama bagi insan yg sentiasa di sisi,


i'allah,walau jasadnya telah pergi, namun,rohnya sentisa segar di sisi... singkat masa berlalu, tapi, Allah masih mahu mempertemukan kami semasa hidup nya.. moga berkat dari doa semua, rohnya ditempatkan di kalangan orang2 mukmin...

allahummakhtimlana bihusnil khatimah...
~~AMIN~~

Sesungguh segala kenangan biarlah bisa menjadi semarah perjuangan buat kalian. Dedikasi khas kutujukan buat
almarhum Prof Ghazali..

moga kau damai disana.
AL-FATIHAH

Thursday, March 26, 2009

Allahu ghayatuna

BISMILLAH Pictures, Images and Photos

sekali diri mengingatkan, walau sesibuk mana sekalipun aku. tidaklah sesibuk mujahid dan mujahidah yg bertebaran utk menegakkan syiar agama. astagfirullah..
a
a
dosa yg makin bersarang dlm lubuk hati, makin menebal bagai anai membusut.
mencari kalimah alasan dlm setiap kerja kebaikan, nauzubillah..
a
satu saat, aku rasakan mungkin diri yg bnyak dosa ni mnjadi asbab kpd ajakan amar ma'ruf nahi mungkar yg hnya tinggal 'ajakan'..
a
mungkin blum lg mampu mnjadi tauladan yg baik.
a
lalu,jujurlah keegoan-ku yang ada terlerai bila air mata mengalir terkenangkan kaedah dakwah yg serba serbi kurng menjadi..
a
seringkali aku begitu. letihnya bermujahadah mnjaga hati. maka bertebaranlah anggapan negative yg terus menguasai diri. yaAllah.. jgn kau biarkan aku menentukan takdir sendiri.
a
a
terngiang kata seorng shbat..IMAN itu, yazid wa yanqus.. iman itu bertmbah dn berkurng.
kerdilnya diri.. kucari dan kunanti petunjukMu ilahi.
a
dari sudut pandangan sisi,kesilapan yang dilakukan seperti disengajakan,malah dari sudut pandangan tepi kesilapan ini juga seperti wujud melalui pencarian...namun,dari sudut pandangan hati_
a
ADA HIKMAH TERSUBUR MENANTI,SUATU HAKIKAT YANG TIDAK PASTI,DALAM SUATU KEHENDAK NALURI...MENGHALA KE DESTINASI YANG KEKAL ABADI.
a
a
mantapkan dalam hati, semat disanubari..
ini dia peringatan buat diri !!
allahu ghayatuna..
arrasul qudwatuna..
alquran dusturuna,.
aljihadu sabililuna..
almautu fi sabilillah,
asma amanina..
insyaALLAH
a
a
ONAK &DURI sentiasa berdiri seiring DUNIA YANG AKHIR INI...
PERJUANGAN TIDAK DILIHAT PADA ketinggian SEMANGAT, TAPI LEBIH JELAs DGN BERMATLMAT.. (kata pujangga..) ^-^
a
a
waallahua'lam..

Saturday, February 28, 2009

Program Minggu Keindahan Islam



Assalamualaikum wbt..
Minggu keindahan ISLAM akan di jalankan dari 28 febuari sehingga 16 mach
diJemput seluruh warga kampus UITM memeriahkan minggu Islam ini.


Perkara I
Program : Pertandingan Banner bersempena Sambutan MaulidurRasul
Tarikh : 28 Februari 2009
Tempat : Court Badminton 2A, Kolej Mawar


Perkara II
Program : Tayangan Wafratunnabi
Tarikh : 10 Mac 2009
Tempat : Dewan HEP, Kolej Mawar


Perkara III (Ceramah MaulidurRasul)
Program : Hikayat Rasulullah sebagai Pencinta Wanita yang Agong
Tarikh : 12 Mac 2009
Tempat : Dataran Kolej Mawar



Perkara IV
Program : Pendekatan Tentang Makhluk Halus
Tarikh : 16 Mac 2009
Tempat : Dataran Kolej Mawar



Jemputan,
~ Pegawai2 Pembangunan Pelajar
~Sahabat2 Pimpinan Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
~Sahabat2 Pimpinan Persatuan Bahasa Arab (PBA)
~JPK2 Kerohanian seluruh kolej2 kediaman UiTM
~Warga Kolej Mawar
~warga kolej2 kediaman berdekatan

Ihsan,
Presiden.
wardatulsyauqa89.blogspot.com

Wednesday, February 25, 2009

Bila Hati DiSaPa UkhWaH (^-^)

(psst..kali nie posting ana higlight ngan purple-warna kegmaran mimie..:-))

(
Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah,
Pandangn pertama..
picture hasil edited peribadi, Noor Syamimi Ismail Basha buat ana tersenyum pnjang..
tak jemu menatap, tenang memandang..
syukur setinggi-tinggi dirafakkan buat RabbulIzati kerana naluri ukhwah yang terus mengalir dlm diri.. Buat mimiey-comey (^-^), terima kasih mie..
tak jemu melayan diri yg bnyk songeh ni :-p. pastu asik usik mimie jerk, yelah..kalo tak, tak jadi anak bongsu ye tak? erm, 'take care' yg sentiasa brsama through 'sms' n 'calling'.. :-)
tiada ungkapan syukran, melainkan 'la syukran aalal wajib..'

Buat Syarifah Hazirah Syed Othman, yg tak jemu menemani ana kemana shaja.
bnyak spent waktu bersama, rajin tido bilik ha bila esok ada test, kejutkan tido.. lepas ni, kita tido kat musolla plak yer, bleh Qiam sama2.. :-)

adakalanya..
ukhti, maaf kerna kesibukan ana sem ni menyekat ana untuk lebih melayani nti berdua..
tp percayalah, ana yakin dlm setiap ukwah itu terletak dlm keyakinan utk sama2 membawa shbat pd jalan Allah. justeru, walau sesibuk mana sekalipun, buknkah Musolla Mawar tempat pertemuan kita brsama.. mudah2han setiap pertemuan itu Allah bawa bersama hati2 ini dlm lembut lunak disapa kebenaran dn terbiyah dariNya.. Insyaallah.

andai suatu saat tiada lagi kesempatan utk pertemuan itu, iringilah ana dlm setiap doa..


'Ukhwah fillah abadan abada..'
~yaAllah, iringi kasih dan ukhwah kami agar terus mekar hingga kesyurgaMu~

Di AnTaRa Dua TanGiSaN..

Bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah, kali ini Allah beri kakuatn lagi utk ana bangkit memberi
pengisian dlm blog.. tidaklah seberapa, tp jika diteliti penuh makna..
dgn taklifan, adakalanya menghadap yg Esa dgn linangn air mata..
siapa sangka?
tidak mampu diungkap dgn kata2, tp ada ape ye dgn air mata?
AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
so, kaji lah.. ada ape dgn tangisan kita. muhasabah bersama..
InsyaAllah..

Thursday, February 12, 2009

Halusinasi atau Realiti?

Assalamualaikum wbt..

Cabaran menjadi pemimpin penghuni Mawar kian terasa

*Pelajar histeria saban minggu
*Masalah berlarutan hingga ke level JPK (Kuatkan kami yaAllah)
*Hari Bertemu Pelanggan
*Seminar Isu Semasa Ummah-UM
*Mesyuarat berkala JPK2 Kerohanian bagi kolej2 UITM di Pusat Islam
*Perjumpaan berterusan bersama AJK Badan Musolla
*Aktiviti harian musollah dan Program kerohanian berkala
*Bacaan yasin besar2an di Mawar.
*Program Pendekatan Makhluk secara Halus (the latest..harus amat menjadi progrm wajib pelajar.InsyaAllah)
*Karnival Hujung Minggu Bersama Mahasiswa-PMH
*Skuad Maksiat Sifar (14 Feb)

surah Muhammad : ayat 7
Lalu, dimanakah peranan ana sebagai pemimpin?
usik hati, tanya iman..
bukankah telah Allah beri janji dalam Kalamnya,dengan kesempurnaan akal fikiran dan tubuh badan, diri seharusnya tegar dan gembira menjadi penerus kesinambungan dakwah yg pernah dibawa oleh Rasulullah saw. subhanallah walhamdulillah..

Indahnya setiap gerak kerja itu jika bertakhtakan ibadah!

Buat AJK Badan Musolla Mawar..

Assalamualaikum wbt.

Dedikasi buat sodiqoti, teman2 seperjuangan, Majlis Tertinggi Badan Musolla, Lujnah2, sahabat2 Mawar, ahli2 Kesenian Islam (insyaAllah)..semoga berada dlm lindungan rahmat yg Esa. Tidak lupa secangkir ingatan yang tidak akan luput ditelan zaman buat ’ayahanda’ tercinta, Ustaz Aminudin Bin Basrun. Selaut pujian disandarkan kpd Rabbul Izzati, kerana akhirnya terhasil jua blog penulisan Badan Musolla Mawar(srikandimawar-uitm.blogspot.com) Alhamdulillah..

Tahniah buat Lujnah Multimedia Dan Informasi!
(lepas ni, berusaha buat website plak ye..)

Ketahuilah, dilahirkan kedunia sebagai penerus kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, merupakan suatu nilai yang tidak terharga. Amat yakin ana berbicara, bahawa kalian antara insan hebat yang terpilih untuk menerajui Badan Musolla Mawar. Kata Allah- (surah Muhammad : 7).

Semoga dalam setiap tarbiyah menemui kalian dalam keadaan yang lembut lunak disapa kebenaran Allah swt. Ayuh, kita belai bersama hati-hati ini dengan salam perjuangan. Mari kita sama menuju mihrab keimanan dan bina mahligai tawakal kepada-Nya. Jauhilah kehidupan yang dikeruhkan dengan kegelisahan, kegundahan dan keluhan.(al-mathurat / page 31)

Blog ini merupakan titipan kita bersama, selain satu method tarbiyah dalam bentuk penulisan dakwah. Moga setiap pertemuan itu Allah letakkan bersama hati-hati ini agar istiQomah pd jalan-Nya. InsyaAllah..
Bukankah indah ukhwah itu jika bertakhtakan Ibadah?
Subhanallah.. rasailah kemanisannya

Ingin ana bisikkan doa, bangkitklah kalian, membaiki diri dan menyeru orang lain.
Berprestasilah dalam redho-Nya. Redhoilah ana sebagai pemipin kalian.
Tegurlah ana dimana silap, kerana ana sendiri ingin membaiki kelemahan. Sokongan kalian yang tidak bertepi adakalanya buat ana runtun hati. Sukar untuk dimengerti. Ketahuilah, kemanisan ukhwah yang terbina tidak mampu digambarkan melalui kata2.

Lantaran terasa amat penting penulisan dakwah di-celah2 jaring internet ini, ana GALAKkan kalian untuk membina blog penulisan sendiri. Berusahalah, belajar jika tak reti, minta petunjuk kpd yg mengetahui, buknkah belajar sedikit2 lama2 akan jadi bukit? Mudah2han ianya dpt dijadikan credit pahala yg berterusan utk kita bersama..

Akhir kalam, panggilan perjuangan telah lama bergema dipuncak bukit harapan, ayuh, kita sahut seruan. Suatu saat nanti, percayalah keimanan akan menyeru dengan pekik kegembiraan.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillahh Allahuakbar!!

Pena,
Presiden Badan Musolla Mawar
wardatul sYauQa
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa