Monday, September 14, 2009

Masihkah ada lagi Ramadhan berikut untukku...

Malam ini aku bejalan sendirian terhuyung hayang pulang dari solat terawih.
Hati sarat dengan pelabagai ragam emosi yang melanda diri, keseimbangan IQ, EQ dan SQ yang tak ter’balance’ dek kesihatan yang tak brape nak ok. Semuanya bercampur baur.Dari iftar dan tadarus jamaie td hinggalah ke Solat terawih dan witir, seakan2 hati dikecamuk rasa hiba. Entah pada apa harus aku tumpukan perhatian. Keletihan badan yang melampau turut menjejaskan kekuatan zahir dan batinku. YaAllah, lemahnya aku tanpa nikmat kesihatanMu.


“Hafsah, dah sihat?”


“ha, jgn lupa pakai topeng muka. Takut suspect H1N1..”


“jangan lupa mkn ubat”


“Hafsah baliklah, tak payah join unit hisbah. Kan tak sihat..”


“taktik nak kebah, jangan pakai baju tebal2…etc”


“sah, dah gi klinik lom?”


Inilah ragam sahabat2ku, yang kebanyakannya risau dek kesihatanku yang tak menentu. Benarla sabda Nabi SAW, ibarat sesama mukmin dalam kecintaan, belas kasihan dan kasih sayang mereka, adalah bagaikan sebuah tubuh, jika satu anggotanya mengeluh, maka seluruh anggota badannya turut merasakan dengan berjaga malam dan demam.


Berhenti seketika aku di tepi surau. . Tiba2 terdetik, aku membilang hari dengan jari. Ramadhan berbaki 5 hari. YaAllah, ramadhanMu.. Terleka aku mungkin agak lebih melayan demam, batuk dan selsema yang masih tak kebah masuh hari ke-5. Perit, adakala sakit kepala yang menyerang ‘ala2 migrain’ buat aku lebih melayan rehat dan tido.


Kali ini dongakku 90˚ menghadap langit. Memandang ke langit kemerah-merahan. Nak hujan agaknya..Menutup hatinya dengan kabus gelap. Mungkin sudah penat memancarkan sinar dari matahari di siang hari. Tiada rasa hati untuk ku mengeluh, kerana aku tahu sifat mengeluh juga sebahagian dari syirik khafi. Tidak ingin walau secebis aku mensyirikkan tuhan..


Aku berehat sebentar di wakaf bahagian sudut tepi musolla.sendirian.. Pandangan mata berpinar melihat bangunan marhalah mawar yang mencangkar langit. 9 Tingkat. Tinggi.. hatiku kuat meronta mahu merenung panjang. Solat terawih yang berbaki 1/3 daripada jemaah awalnya.. Bilangan iftar jamai’e yg semakin merundum, bilangan tadarus jamai’e yang semakin menyusut. Solat jemaah subuh yang hanya tinggal berapa kerat..


Sahabatku.. dengan nada apakah lagi untuk aku ber’husnuzon’. Dengn gerak daya bagaimanalah lagi untuk aku merayu dan menyeru.. Letihkah kalian berada di saf ini.. penatkah kalian bersama mata-mata dan rantai-rantai perjuangan. Tega kah kalian membiarkan sahabat lain terumbang-ambing dalam usaha mengistiqomahkan diri. Sanggupkah kalian membiarkan hanya 2, 3 kerat mujahidah mengimarahkan musolla, menggerakkan segala aktiviti dgn tulang2 hawa yang tak seberapa ni.. tak mampu.. tak mampu sahabat..



Jujur, aku terlalu merasai keletihan.. dipenghujung sem, apabila segala gerak kerja yang dijalankan selama ini dinilai semula. Aku semakin penat dan lelah untuk terus bermuhasabah dan berdialog dengan jiwa. Bertengkar dengan nafsu..Walaupun Allah tak melihat kepada hasil kejayaan semata, tapi dilnilai olehNya adalah usaha. Namun, tidak cukup sekadar itu aku membuat penanda aras.Terdetik aku,betapa ramainya warga siswi yang jauh dan makin jauh dariMu..



Hiba..sayu..lantaran, aku bisikkan ditelinga :
“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

Aku mulai resah saat berpijak di marmar untuk menuju kebilik. Aku tenangkan hati, cuba menerima apa jua pemandangan yang muncul di kedua belah mataku. Tetap aku melangkah, meskipun berat bak bata yang menghempap. MasyaAllah, mengapa begitu sukar kau menyedari saudaraku? Telah berulang kali aku tegaskan, aku amarahkan pendirianku, jauhi apa yang dilarang tuhan. Ikatlah dirimu dengan musolla. Jebakkan dirimu dalam suasana biah soleha. Namun, kau berdegil. Aku semakin resah di situ. Tidak lagi aku mahu menoreh dalam luka dihati. Mungkin lebih baik bagiku untuk men'silent'kan diri. Ya, mungkin ia lebih baik. Jalur dan warna ketetapan ilahi, siapa mahu melawan?

Lantaran satu kalimah meng’enak’kan dan me’reda’kan hati..


.:.kerja tuhan siapa tahu, setiap hati milikNya kan.:.

Wednesday, September 9, 2009

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMuTuhan...
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum wbt..



Lama penulisan blog saya biarkan senyap seketika, hampir berhari mencecah minggu malah mejengah ke bulan. Jika nak diikutkan, ada saja yang ingin dikongsi dalam penulisan. Malah, sempat saya listkan tajuknya didalam notepad. Tapi, masa berlalu pergi tanpa tindakan apa2 dari saya. Mungkin kedhaifan dalam menguruskan masa dengan baik. Saya masih belajar. Nak kata sibuk? Ramai lagi da’ie yang bertebaran menghabiskan sepenuh masa untuk Islam. Saya? Apalah sangat..


TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH..


(Forum Mencari Isteri Idaman)

Tahniah kpd Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Seketeriat Exco Agama dan Kerohanian, Pimpinan Badan Musolla Mawar, PMH dan seluruh warganya atas kejayaan beberapa program yang telah diurus dengan cantik dan rapi. “Bicara Ramadhan”, “Mencari Isteri Idaman”, “Sehari Bersama Seabad Terasa” dan berbagai.

Mencari Isteri Idaman

Pada mulanya program ini berbentuk talk yang melibatkan sepasang suami isteri. Tetapi atas beberapa kemaslahatan, program ini berubah ’shape’ menjadi forum. Dan ramai pula yang menjadi penerjun dan mampu mendarat dengan baik. Alhamdulillah..

(lambakan Mawarians..)
Perkara yang cuba ditekankan adalah persoalan berkenaan dengan wanita dan title isteri. Melihatkan kepada enakmen-enakmen yang kompetitif dalam mengejar ketandusan isteri yang soleha, saya merungkai satu-satu persoalan mengenai fitrah manusia, seterusnya ciri dan idaman isteri menurut kaca mata lelaki.


Saya rasa bertuah kerana dapat bersama-sama memperbincangkan isu dihadapan mahasiswi di marhalah mawar walaupun menjadi salah seorang ahli penerjun. Tetapi tidaklah seterjun yang baru shaja diconfirmkan untuk menjadi panel pada jam 7, forumnya jam 8.30 malam. Dasyatlah ustaz..


Bukan utk dikisahkan siapa penerjun @ bukan, tetapi penghargaan yang tak terhingga kepada pihak2 yang terlibat kerana mampu menjadi backup plan dalam menyampaikan dakwah kampus sacara langsung kepada warga Mawar khususnya.


Suka untuk saya merungkai bait-bait dan beberapa pengisian yang diketengahkan apabila diajukan persoalan oleh saya yang bertindak moderator. soalan ke-4 pada pusingan ke 2, melayakkan pandangan seorng siswa untuk dikongsi apabila ditanya mengenai calon isteri idaman. Dan katanya, “soalan yang diajukan sngatlah panas..rasa mcm nak balik jer”. Layan..



(Penuh semangat..)


1. Taat dan Patuh pada suami

Pernah Rasulullah bersabda,

“sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Apabila engkau memberi perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga dirinya”




Ironinya, ramai remaja telah menjadikan hadis ini sebgai satu amalan sebelum menjelang perkahwinan. Contohnya, wala’ pada yg bukn bergelar suami, @ hanya dgn title ‘boyfren’. Bermesra mengalahkan bulan pernama. Dok makan berdua, lamanya seperti nak tunggu bulan jatuh keriba. Dah confirm ker dia suami kita??? Istikharah dah? Kalo tak jadi, macam mane..?? tak rasa buang masa? Tak rasa kita kumpul banyak dosa? Tak takut Allah tak pandang kita dengan pandngnNya..? YaAllah… sahabat2, warga Mawar yang sngat dikasihi, inilah dia realitinya. Keadaan masyarakat yang semakin membimbangkan keadaanya, kondisi mahasiswa yang tidak kompetensif dlm mengejar kebaikan. Malah mencatat keburukan dgn tangan2 mereka sendiri.. nauzibillahiminzalik..

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.



3.Berhias untuk suami



Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.



Sabda Rasulullah SAW:



Dari Jabir ra. Ia berkata:



"Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing". Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)



Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam



Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.




Allah SWT berfirman, ertinya:



“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)





6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami


Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.




Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

Bersikap malu terhadap suami.


Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.


Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.


Sentiasa menghormati keluarga suami .

Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.



Kesimpulannya, secara pandangan kasar saya melihat segala persoalan yang diketengahkan mampu digarap dan diolah dengan ilmiah oleh saudara fadhil. Pandngn dan corak yang berbeza dilontarkan oleh kak sya dlm bentuk yang lebih santai dan memikat. Setinggi-tinggi tahniah buat al-Fadhil ‘ustaz’ Mohd Fadhil kerana telah menjadi penerjun yang baik dan mendarat dengan cantik, juga kepada ustazah Dr. syarifah atau lebih mesra dgn panggilan kak sya.

.:.salam mahabbah .:.

Tuesday, August 18, 2009

Tautan cinta abadi..

ANA AKAN KEMBALI...!!!!!

Friday, July 24, 2009

ku Genggam Satu Azimat

bismillah Pictures, Images and Photos
Assalamualaikum wbt..

lama sgnt blog ini aku biarkan bersawang, akhirnya ketakmampuan

aku memejamkan mata melayakkan 1 post'g utk pg ini.

alhamdulillah.. (^-^)

0

SHARING IS CARING

o
“Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu,
Sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu, Aku akan terus menyerumu,
Pada yang Satu..”


Satu per satu bait kata nukilan Fatimah Syarha ini aku pegang erat.
aku rasai, betapa sukarnya mengajak dan menyeru.
Bagaimanalah ingin aku taut hati adik-adik ini yaAllah..???
Sungguh, aku tak mampu..

Adik-adikku…
Hadamlah setiap bingkisan ini,
“Ingatlah bahawa Islam berputar, maka berputarlah
kamu bersama Islam kemana saja ia berputar..
Ketahuilah bahawa penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka
Janganlah kamu berpisah dari al-Quran..”



Adik-adik yang akak kasihi…
Rasailah apa yang telah kami lalui..
Tika sabar diuji, itulah tarbiyah.. bila derita menyapa..
Baru kita tahu sengsaranya derita.. saat rasa diri kuat lantaran kakuatan sahabat, baru kita
tahu tingginya martabat ukhwah..

Adik-adik yang kasihi..
Sharing Is Caring adalah wadah terbaik untuk dirimu…
adik-adik berupaya memilihnya.. walau kadag kala rasa diri tersasar
lantaran pautan nafsu.. namun peluang dari-Nya
sentiasa ada..


jika pernah terdetik, “BUANG MASALAH DGN SHARING IS CARING TU..”
“MALASNYA NAK TURUN JUMPA KAKAK TU..”
“ALAH..BOLEH KE AKU KOMIT DGN SIC NI..”
“ CUKUPLAH DULU MASA KAT SEKOLAH, AKU DAH TAKNAK TERIKAT”
“BANYAK LAGI KERJA AKU NIE, STUDY LAGI”

Beristigfarlah kembali adik-adik…
Yakinlah, setiap masa yang kita infakkan pada jalanNya
akan diiringi dengan seribu kemanfaatan..

Adik-adik yang akak kasihi..
Nak Tanya sikit boleh??
Beriman tak adik-adik dengan ayat ni..?? Surah Muhamad, ayat 7, page 507.
Tentulah kan.. kata-kata Allah, siapa yang tak percaya.
Beriman kepada Kitab, bukankah itu satu rukun iman yang 6.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah,
Nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanMu”

Hrm….Janji Allah tu.

o
(^-^)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AKU GENGGAM SATU AZIMAT…
“Hafsah, kau hanya penyeru, bukn penghukum..”
YaAllah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku..
Itu tugas rasulMu,
Aku kuteruskan semampuku..
Hingga kehujung nafasku..
Izinkan aku..

Amin..

Tuesday, June 9, 2009

ALUMNI BMM 'fresh' dihati


ALUMNI Badan Musolla

(ana 4 dari kanan bersama barisan alumni)


Sem kedua yang melayakkan saya bergelar JPK mengheret beberapa insiden demi insiden yang pastinya membuatkan saya tersenyum sendirian. Tidak kurang pula hati diulit resah lantaran beberapa tanggungjawab yang masih lagi tidak terlaksana bahkan mampu ‘memberatkan kepala’ diri yang dhaif lagi hina ini. Penulisan saya kali ini mungkin lebih ingin mengungkit kenangan dan mengetengahkan jasa-jasa mereka yang telah bergelar “ALUMNI Badan Musola Mawar”.

Ukhwah yang tertaut erat antara kami memungkinkan perpisahan yang terjadi sering dikenang. Dengan mempraktikkan system barter, saling bertukar-tukar video peribadi,kad-kad ucapan, kata-kata semangat atau boleh diertikan sebagai ‘pena kasih sayang’, segalanya sangat manis bagi kami.


Rumah Allah menyaksikan pertemuan antara sesama kalian. Bachelor af degree in Mathematics, Law, Mechanical of Engineer, Chemistry, Biology, Farmacy, Medic, perbezaan ’course’ yang diambil di Universiti dan latarbelakang keluarga juga taraf kehidupan tidak menghalang pertalian UKHWAH yang dicipta keranaNya terus dibajai.
Sabda Rasulullah s.a.w :-

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Masihkah ada lagi kenangan-kenangan kalian saat selesainya solat berjemaah di Musolla Mawar? Masih segarkah diingatan kalian tatkala pipi sama bertaut, tika tangan saling menggenggam erat, saat lutut saling bersentuhan, pabila duduk dalam kumpulan sambil seorang diantara kita meyampaikan tazkirah, alunan sayu zikir munajat setiap malam sabtu, pengisian tajwid antara kita walaupun serba kekurangan? Subhanallah.. juga pada waktu-waktu ifthor Isnin dan Khamis lantas merasai nikmatnya suapan pertama seorang sahabat.

Apakah masih jelas diingatan kalian semua? ”Malam Aman Palestin” yang tenang menyaksikan hujan renyai-renyai pada jam seawal 8.00 malam. Saat hati gelisah dan mencipta resah apabila dua program bertembung di Dataran Cendekia, malam yang dingin apabila hujan berhenti menangis lantas mencipta kabus namun bahang dengan rasa ketidakpuasan hati. Antara mereka dan kita. Segalanya dalam kenangan. Apakah masih antum ingat saat2 kita saling berganding bahu menjayakan program-program kerohanian berkala di Kolej, biarpun banyak kekurangan mencipta keluhan. Tapi cukup ana bangga dengan kalian. Kekentalan dan kesabaran menghadapi segala tribulasi menjadikan hati ana terus tegar untuk bersama kalian. Syukur pada Allah kerana mengurniakan sedikit kekuatan dari ’kekuatanNya’.

Dalam kenangan yang tercipta dan malam-malam yang kita isi pengisian bersama, ’jengah’kan di hati antum dengan rasa syukur kepada Allah dengan kurniaan ukhwah yang terus mengalir dalam diri. Jika pernah terlintas dihati dengan rasa benci, tidak senang dengan sahabat, beristigfarlah.. sesungguhnya itulah tipu helah syaitan untuk menyesatkan manusia.Ukhti, maklumlah bahawa diantara pendekatan syaitan untuk menyesatkan manusia adalah menanamkan kebencian pada dirimu terhadap sahabat-sahabatmu. Syaitan akan terus-terus membisik ditelinga kita :
”orang ini pernah berbuat sesuatu, orang itu pernah meyakitimu”
Makhluk Allah itu tidak akan pernah rasa jemu dengan propaganda itu sehingga dirimu menyendiri, lemah dan malas. Kemudian, diri kita yang banyak dosa ini akan terus diheret mencintai dunia, kita diperdaya oleh syaitan dengan khayalan-khyalan maya,memikirkan dunia dengan segala kesenangan dan kesibukan-kesibukan duniawi yang remeh sehingga menyekat perjuangan kita di kampus. Tidakkah kalian rasa ianya satu kerugian yang sangat besar? Ukhti, dengan rasa rendah diri dan penuh kasih sayang untuk semua. Jagalah hati-hati kalian daripada rasa asing dengan sahabat, masalah dakwah, majlis-majlis ilmu, agar dirimu terhindar daripada menjadi santapan lazat dan terjerat dengan tipu daya syaitan. Semuanya telah jelas diolah dengan penerangan yang baik dalam buku VIRUS-VIRUS UKHWAH karya Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah dan JANJI DAN SUMPAH IBLIS karya Adil Akhyar. Hidupkanlah dalam kehidupan kalian dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Ana sendiri sedang berusaha menjadikan sunnahnya sebagai budaya.

Dan jika ada diantara kita yang lebih banyak mengundang keluhan daripada mencipta rasa senang, InsyaAllah setelah semuanya berlalu barulah kini kita sama merasai manisnya rasa mahabbah. Ukhti, campak dan semaikan hati-hati kalian di Kolej ’Wardatul Syauqa’ itu untuk dibajai. Semuanya masih kukuh dalam ingatan.

Mohon maaf dari ana sepanjang berada di marhalah Mawar atas keterlanjuran kata-kata, ketidakpuasan hati, keputusan dan perancangan yang tidak rapi, kalimah yang mengguris jiwa dan segala rasa kurang senang. Ingatan ukhwah dan simpulan kemas berpintal iman akan terus tertaut disitu. InsyaAllah.

Dalam hadith Qudsi , peganglah dengan FIRMAN Allah Subhanahu wa Ta'ala :

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”




.:. ISLAM .:. UKHWAH .:. MAWAR .:.


Halusinasi hamba yang dhaif..


Alhamdulillah, seungkap kalimah lailahaillallah terus meniti dibibir.

“apakah ertinya saya menganut Islam” garapan hebat Fathi Yakan. Menjadikan saya terus kaku dan setia kemana sahaja bersama buku ini. Satu pengalaman dan pembacaan yang sangat berharga. Malahan apabila mengulangi pembacaan ini, darurah dan kewajipan atas kesedaran sebagai seorang muslim terus menghantui diri. Sudah pasti! Saya telah jatuh cinta. Inilah sumbernya untuk saya sedar dan terus sedar. Subhanallah, masih lagi saya terfikir bahawa inilah.. inilah nikmat Allah yang tidak ternilai. Iman dan Islam. Saya ada Islam, dengannya saya dikurniakan iman.

Lantaran kelemahan dan keburukan yang sering menguasai diri, saya tidak mahu terus hanyut dengan arus dunia. Saya tidak mahu meniti umur yang menginjak usia 20 tahun ini hanya dengan kejayaan akademik semata-mata. Sebaliknya, hati terus ingin melangkah lebih jauh, memberi sumbangan sepenuh jiwa dan raga hanya untuk agama Allah ini. YaAllah, izinkan hambaMu.

Satu per satu peristiwa saya fikir dan renungkan sepanjang tahun pertama saya di UITM. Adakah hanya mensia-siakan masa yang Allah telah berikan? Nauzubillahiminzalik.. minta dijauhkan. Atau dari sudut perkadaran yang tidak seberapa, saya mampu menginfakkan sebahagian masa daripada keseluruhan masa yang telah Allah berikan ini pada jalanNya? Alhamdulillah.. (^-^)

Memulakan langkah dan kayuhan pada sem pertama bersama PMH, saya rasakan satu jutaan rahmat dariNya.. Melibatkan diri secara istiqomah bersama persatuan inilah, saya mengenali serba serbi kondisi sebenar bagaimana itu dakwah. Kolotnya saya ketika itu. Hampir-hampir mengalami kejutan budaya memandangkan satu per satu perkara yang saya tempuhi tidak di ‘mind set’ kan diotak, dan terus dihadam. Tetapi atas kehendak dan naluri yang Allah berikan, digerakkan hati ini untuk terus bersama mereka. Alhamdulillah.. dan akhirnya, dengan dorongan sahabat-sahabat saya melayakkan diri untuk di’interview’ oleh Pegawai Pembangunan Pelajar untuk menjadikan pangkat JPK terus berada di pundak dan bolehlah dikatakan mem’beratkan kepala’.

Sepanjang berada dibarisan pimpinan, masih jelas diingatan, saya mewujudkan beberapa perancangan jarak dekat dan jarak jauh sebagai langkah pertama dan berterusan di Kolej Mawar. Tidak menjadikan golongan yang berfikrah tertentu sebagai sasaran, saya terus ligat dengan idea-idea bernas yang dikeluarkan oleh AJK Badan Musola Mawar sendiri sebagai strategic dan backup plan untuk program kerohanian di Kolej. Tak terucap kepiluan diri lantaran terasa amat sukar mengajak, menyeru dan terus mengislah. Mungkin atas kedaifan dan kejahilan yang masih lagi membelenggu hati. Namun, bukan berasal dari pendidikan sekolah agama di peringkat menengah tidak menjadi asbab untuk saya terus tunduk pada kelemahan diri. Ianya saya jadikan satu cabaran lantas mendorong saya untuk lebih konsisten memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. InsyaAllah..

Dan alhamdulillah, boleh saya katakan Rancangan Peringkat Pertama berakhir dengan kejayaan dalam menanamkan kefahaman dari sudut peribadatan dengan beberapa agenda. Jauh dari sudut hati, saya bimbang barah-barah yang ada akan terus menular dan merosakkan setiap inci dan segenap kehidupan mahasiswi, mengkucar kacirkan pemikiran, merosakkan akhlaq dan akhir sekali menyediakan masyarakat kepada ketewasan pertama Umat Islam suatu ketika dahulu. Saya berusaha untuk mengelak!

Seterusnya, Rancangan Peringkat Kedua terus menghimpit saya dengan terus rasa bersalah atas sikap dan kecuaian yang tidak sepatutnya. Dalam erti kata lain, saya tidak mahu menjadi diri ‘tawanan’ yang kalah dan keciciran, terus dicengkam perasaan, tertipu pula dengan anasir-anasir kepalsuan dan keindahan zahir yang memukau. Justeru, tekad harus disematkan dan perancangan yang lebih teliti perlu amat saya teliti dengan rapi. Itu pengajaran!

Rentetannya, saya merasakan bahawa amat banyak dan besar sekali kekosongan jiwa-jiwa mahasiswi yang tidak dapat diisi dengan Islam sepenuhnya, Aqidah? Sistem hidup mahupun akhlaq? Syariat.. kesemua keperluan ini menyebabkan saya berhadapan dengan satu tanggungjawab besar mendepani sem hadapan yang memungkinkan terciptanya sejarah masa depan umat Islam. Ya, tanggungjawab ini pastinya memerlukan iman dan iradah yang ampuh!

p/s : Allah tidak akan membebani sesuatu melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya.

(^ - ^ )

Thursday, May 28, 2009

'PerMuLaaN' di sanubariku

.:. Assalamualaikum wbt .:.

Alhamdulillah, minggu MMS berlalu sudah. Malam semalam, perjalanan pulang kekampung di tangkak pada jam 6 petang. Jika nak diikutkan, mengambil masa hanya lebih kurang 3 jam utk sampai. Tapi otak ligat mengatakan bahwa bas ini akan singgah di Pudu dahulu dan melewatkan perjalanan. So. Maybe dalam pukul 10.30 malam nanti baru sampai. Pernah suatu ketika, bas yang saya naiki dalam perjalanan pulang ke destinasi sampai ke melaka dan memakan masa 30 minit saja lagi untuk sampai ke Tangkak. Tapi, bus terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur, mahu tak sampai 3 jam pergi dan balik. Totally, 6 jam saya menghabiskan masa dalam bus. Bus apa? Opps, tak perlulah saya sebutkan.


Semalam saya tinggalkan sahabat dengan seribu satu macam rasa, rindu, sayang. Jiwa sarat dengan ukhwah yang tertaut erat, hati diheret nilai taqwa yg berharapan ingat terus bersama mereka. Bimbang lost, bimbang cuti tak terlaksana dengan baik. Tapi, bila mengingatkan mak dan ayah yang sentiasa menanti anaknya pulang, hasrat itu cuba saya kaburkan sementara. Hanya kaburkan, bukan dipadamkan terus.

Bersama mereka, hati menjadi tenang. Bersama mereka, rasa difahami. Bersama mereka, jiwa diikat rasa cinta pada agama dan perjuangan. Bersama mereka, saya rasa keindahan Islam itu akan terlaksana. Mereka tidak lupa bangsa, tidak lupa negara. Semunya berperanan ’penting’ dan ’lebih penting’. Subhanallah! Hebatnya apa yang saya rasa.

Cuti ni, saya terus didesak dengan kesedaran untuk memantapkan diri. Dari sudut pengisian rohani dan mentaliti. Otak telah ligat berfikir bahawa cuti kali ini harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan kebolehan diri lantas memaksimumkan pengisian untuk adik2 baru naik cuti nanti. Ledakan debaran demi debaran menjadikan saya terus tidak keruan menempuhi dan mengisi masa cuti yang baru bermula pagi tadi.


1) Al-Raheeq Al-Makhtum Sirah Rasulullah SAW oleh Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Murakfuri

2) Penyakit Umat Islam (kaedah & cara pengubatannya) oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh

3) Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan

4) Janji & Sumpah Iblis oleh Adil Akhyar

5) Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya) oleh Mustafa 'Abdul Rahman

6) Is The Bible True Word Of Good? oleh Sheikh Ahmed Deedat


InsyaAllah, dengan izin-Nya inilah 'title'2 buku yang saya aim untuk diisi dalam masa fre ni.


'Tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada' - asSyahid Imam Hassan al-Banna.


Justeru, SEMATKAN TEKAD!






Saturday, May 23, 2009

SeLaMaT DaTanG

Bismillah Pictures, Images and Photos




23 Mei 2009




Dicatat sebagai tarikh bagi seluruh penghuni Kolej Mawar menerima orang baru. Baik dari kalangan staff, JPK, LO mahupun PM terus meneima asakan dan ledakan debaran untuk menerima adik-adik pelajar asasi bagi ambilan Mei. Alhamdulillah, segala gerak kerja berjalan dengan lancar. Mungkin terdapat beberapa kekurangan dari pelbagai sudut, tetapi dari sudut pandangan tepi saya perhatikan segalanya berjalan tanpa urusan yang meragukan.




Bermula dengan pendaftaran kolej bagi pelajar baru, LO dan PM menyambut orang baru dengan senyuman. bait "Selamat datang ke Kolej Mawar" tidak lekang meniti dibibir, dihias dengan senyuman seikhlas hati. InsyaAllah.




Mungkin boleh saya ulas berkenaan beberapa incident. Ada diantara ibu2 dan bapa2 yang agak demand untuk menyelesaikan Proses pendaftaran anak2 kesayangan mereka. Tapi takpelah, saya paham memandangkan otak dan mental ini telah saya aktifkan untuk menerima apa sahaja karenah dan tribulasi penjaga juga pelajar2 yang baru mendaftar ni.




ada pula, "kak,saya homesick la..". ha, sudah. lalu, dengan kekuatan yang ada cuba saya berikan kata2 semangat dan dorongan. Biasalah, fresh lagi. Baru habis SPM kan.




Bagi sesi malam, adalah slot kerohanian. Dinanti bukan? Dimulai dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah membuatkan adik2 baru ni saya perhatikan agak teruja untuk slot berikutnya. Tazkirah selingan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Aminudin yang boleh ana simpulkan 'main' penyampaiannya adalah berkenaan syahadah. "Lailahaillahumuhammadurrasulullah"
Adik-adik baruPelajar Asasi Ambilan Mei 2009-Fresh lagi tu.. -















Buat adik-adik baru, selamat datang ke Kolej Mawar.
Selamat datang untuk melanjutkan pelajaran ke UITM.
tahniah semua kerana andalah insan terpilih.

PerCaYa..???

( ^ - ^ )



.:. Islam .:. Ukhwah .:. Mawar .:.
 

WarDaTuL sYauQa Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa